Assalamualaikum...

Blog ni hanyalah mengenai rentetan hidup, luahan hati dan tempat curahan segala idea dan pendapat penulis.

Blog ini juga ada menggunakan perkataan aku sebagai penulis yang mana mungkin kasar dan tak mesra bunyinya. Sorry not sorry, this is my style.

Aman tanpa perang,
Ammanda Elydia.


Wednesday, 8 February 2012

Keputusan Temuduga MARA.-Result Trial SPM

Assalamualaikum.

Sakit hati.. Sakit sekali...

Pada hari kejadian, aku pergi Pejabat MARA tu dengan ibu aku. Ramai sangat pelajar-pelajar menunggu giliran untuk ditemuduga. Setelah berusaha sekuat yang mampu *ecehh, ayat tak boleh power lagi? :P dapat la juga aku ke barisan hadapan untuk ambil borang.

Tiba-tiba, ada seorang makhluk tuhan ni,

"Adik ni nak memintas ke?"

Aku dah tayang muka pelik dah. Ewah-ewah mulut tak makan saman. sesuka hati je nak tuduh-tuduh orang ya? Aku cakap elok-elok yang aku ke depan ni nak ambil borang. terus pandang lain mak cik tu hah. Haaa, malu la tu. Malu la tu. :P Minta maaf mak cik ya. Lain kali tanya elok-elok, bukan tanya macam nak marah tu ha.

Lepas dapat borang tu, ibu pun datang dan tiba-tiba cakap English. Ibu cakap tak payah la temuduga ni. Temuduga ni untuk IPTS. Yang datang sini pun result diorang cukup-cukup makan je. Aku cakap la yang aku nak try temuduga tu. Ibu cakap tak payahlah. I deserve a better one. Hmmm. Ikut je la cakap ibu.

Aku cuba tengok balik SMS yang aku dapat tu.

"Slm Sejahtera! Anda tpilih ke sesi TEMUDUGA Biasiswa/Pinjaman Pendidikan, utk PROGRAM KEMASUKAN AWAL KE IPT MENGGUNAKAN RESULT PERCUBAAN SPM (tahun Akademik 2012)
*Min 3 Kdt & Lulus B.M
*Tarikh: 4/2/12' (sabtu)
*wktu: 10.00pg-4.00ptg
*Tpt: Blik Mesyuarat,Pej MARA DAERAH GOMBAK,BATU CAVES,Slgr(sejajar Balai Polis Batu Caves).
*Sila bawa SLIP PERCUBAAN SPM & Copy IC
*Call Cik ******* 017-******* utk INFO lnjut. Kehadiran bsama ibubapa dgalakan."

Haa. Macam tu la SMS nya. Baru aku perasan yang dia tulis IPT. Aiyoo! Aku cuba call pegawai tu lagi sekali untuk tanya temuduga tu untuk apa. Dia cakap IPTS, Kolej **********. Bila aku tengok tahap yang dia nak, biasa-biasa je. Baru aku faham yang sebenarnya temuduga kali ni untuk bantu pelajar-pelajar yang lemah dalam pelajaran untuk further study.

So, I think I had made a wise decision by letting it go. Orang lain lebih layak dan patut untuk dapatkan biasiswa tu. Aku boleh cuba kut lain kan?

The end!

2 comments: