Assalamualaikum.
Pada tarikh 23 April 2012, Isnin, aku bertolak ke Wisma Amar seawal jam 6 pagi untuk hadiri sesi ujian bertulis atau IQ Test lebih tepatnya. Soalan-soalan yang diberikan agak mencabar. Ada 20 soalan kesemuanya sekali. Soalan yang diberikan bukan mengenai sains, Biologi, Fizik, Kimia dan seangkatan dengannya. Tak ada langsung!
Soalan dia lebih pada meminta kita untuk berfikir secara kritikal dan kreatif. Contohnya, Ada soalan yang macam pernyataan dan kita kena selesaikan pernyataan yang diberikan. Ada pula soalan gambar berturut-turut. Dia minta gambar apa selepas itu. So, banyaklah kena buat 'think out of the box' kan? Nasihat aku, banyakkan lah main IQ Test Games. :)
Seterusnya ialah sesi temuduga. Temuduga dibuat secara berkumpulan. 1kumpulan 7-8 orang. Ada 4 orang panel penemuduga. Ohh ya! Salah seorang ialah ex-Sesma! ;)
Sewaktu temuduga berjalan, panel akan tanya soalan dan kita kena bagi pendapat kita. Malangnya, sewaktu sisi temuduga tu berlangsung, aku tersangatlah pasif. Kenapa? Okey, ni sebabnya. Ada dalam kumpulan kami ni seorang budak perempuan yang sangat banyak bercakap. Sangat banyak!
Setiap kali panel tanya soalan, mesti dia orang yang pertama jawab dan tak bagi peluang pun kat orang lain jawab. Peringatan buat semua, Perkara ni tak seharusnya terjadi. Kalau ya pun nak bagi pendapat, sila beri peluang kepada orang lain untuk beri pendapat mereka juga. Semua ada hak dan peluang tersebut. Barulah nampak awak tu bagus sikit. Okey?
Soalan yang ditanya kebanyakannya soalan mengenai isu-isu semasa. Pasal politik, pasal ekonomi, pasal pembangunan negara. Ohh ya! Buat sesiapa yang akan ambil temuduga Yayasan Terengganu nanti, sila ambil tahu mengenai isu-isu semasa, pasal negara kita. Haa, nama-nama sultan dan agung, menter-menteri dan pengarah-pengarah berkaitan dengan bidang yang diambil tu silah tahu ya.
Panel ada lah tanya pasal nama-nama ni, dan alhamdulillah dapat la jawab. Dapatlah bonus sikit untuk diri sendiri. ;)
Jadi, sampai sini sahajalah. Rasa macam tak ada harapan nak dapat biasiswa ni. Jangan putus asa, masa masih ada. Keputusan pun belum keluar lagi kan? Banyakkan berdoa dan serah kepada Allah segala-galanya.
Apa pun yang terjadi, aku reda. InsyaAllah, it will be mine! ^_^