Assalamualaikum...

Blog ni hanyalah mengenai rentetan hidup, luahan hati dan tempat curahan segala idea dan pendapat penulis.

Blog ini juga ada menggunakan perkataan aku sebagai penulis yang mana mungkin kasar dan tak mesra bunyinya. Sorry not sorry, this is my style.

Aman tanpa perang,
Ammanda Elydia.


Saturday, 5 May 2012

Bukan senang jadi perempuan.

Assalamualaikum.

Siapa cakap jadi perempuan senang? Duduk kat rumah, jaga rumah, jaga anak, bla3...

Wah, senangnya pemikran korang ya?

Nak jadi perempuan bukannya senang. Maksud perempuan yang aku tulis tu, bukannya perempuan dari segi kata nama tapi dari segi kata adjektif. Faham? *kalau tak faham, buat-buatlah faham.

Kalau cakap pasal perempuan, mest orang akan cakap pasal aurat pula. Isu semasa yang panas dan sensasi sekarang. Kalau anda tu seorang muslimah, aurat tu tersangatlah penting. perkara utama yang kena jaga tau! Tak boleh pakai seksi-seksi, ketat-ketat, jarang-jarang. Semua tu haraammmm.

Pakaian harus menutup aurat dengan sempurna. Tudung tutup dada. Baju jangan jadi macam balut nangka. Jom kita berubah bersama-sama! :)

Zaman dah berubah, dunia dah maju.

Ya, aku tahu tu. Tapi janganlah sampai lupa nak masuk ke dapurkan? Perempuan zaman sekarang tak sama macam zaman dulu. Kalau dulu-dulu, kecik-kecik dah kahwin, dah pandai masak, jaga rumah semua. Yang ni lah yang jadi masalah buat aku. Aku tak pandai masak. T.T Takkan lah nak ajak suami makan luar setiap hari kan? Aigoo~

Pengurusan rumah dan tangga. Uihhhh, senang cakap tak payah jadi perempuan la kalau tak reti nak urus rumah. *maafkan saya. :P Dari kecik lagi aku ada bibik kat rumah, tapi aku masih reti nak kemas-kemas bilik semua. Sebagai perempuan, perkara paling asas ni kita kena tahu. Tak susah pun, Rumah kotor, bersihkan. Rumah bersepah, kemaskan. Senangkan?

Anak, budak kecil, kanak-kanak riang Ribena. Aku memang tak reti nak handle budak-budak kecik ni.  Diorang ni bising, nakal dan kadang-kadang tak dengar cakap. Mungkin aku 16 tahun tak ada adik. So, tak reti nak main dengan diorang budak kecik ni. Aduiiii! 

Aku tanya dia, suka budak-budak tak? Dia pun tak suka. Aigoooo! Habislah. Risau pulak bila fikirkan zaman akan jadi ibu nanti. Macam mana lah anak-anak aku nanti. Jangan sampai kekurangan kasih sayang sudah. HAHAHA. XD

Banyak lagi sebenarnya yang kena tahu dan reti sebagai seorang perempuan. Bukan setakat yang aku cakap kat atas ni je. Banyak kena perbaiki, banyak kena 'upgrade'!

*berzyukur dilahirkan sebagai seorang perempuan. :')

No comments:

Post a Comment