Pages

Friday, 11 May 2012

Temuduga Mara 2012.

Assalamualaikum.

Entry ni dibuat khas untuk luahkan pengalaman-pengalaman aku sepanjang sesi temuduga MARA 2012 ni. Mungkin membantu bagi anda yang akan menghadiri temuduga MARA pada masa akan datang. Semoga berjaya!

10 MEI 2012

Selepas sesi pendaftaran, aku dimasukkan dalam panel no 11. Memandangkan aku orang pertama yang mendaftar, jadinya no aku ialah K1. Ada 4 perempuan da 4 lelaki dalam panel 11. Sebelum 'dijemput' masuk ke bilik temuduga, kami berkenal-kenalan dulu antara satu sama lain bagi mengelakkan rasa segan dan 'awkward' waktu temuduga nanti.

Interviewer dah panggil masuk! Ya Allah, cuaknya aku masa tu. *pengsan

Ohh ya, tak ingat nak sebut sebelum ni. Aku akan ambil jurusan perubatan di Jordan. InsyaAllah.

*sambung balik cerita.

Kami diminta untuk duduk mengikut no giliran masing-masing, kononnya senang nak bagi markah. Markah? Ohh man...

Kami diberi satu soalan atau 'study case'. SC yang kami dapat ialah,
ADE SATU HOT AIR BALLOON(HAB) SEDANG TERBANG MENUJU KE PUTRAJAYA. DALAM PERJALANAN 'HAB' ITU ROSAK DAN DALAM 'HAB' ITU ADA 8 ORANG. UNTUK MENYELAMATKAN KEADAAN, 4 ORANG HARUS DIKELUARKAN DARI 'HAB' TERSEBUT. SETIAP DARIPADA ANDA HARUS MEMILIH SATU WATAK UNTUK DIMAINKAN. MASING-MASING HARUS MEMPERTAHANKAN DIRI MASING-MASING AGAR DAPAT KEKAL BERADA DI DALAM 'HAB' TERSEBUT. KAMI KENA BINCANG 'THE PROS N CONS OF EVERYONE'. NAMA-NAMA YANAG TERDAPAT DALAM HAB TERSEBUT IALAH:

PRIME MINISTER
ISLAMIC AFFAIRS MINISTER
GABENOR BANK NEGARA
DIRECTOR OF MARA
TONY FERNANDES
DATO FADZILAH KAMSAH
KHAIROL FAHMI
ROZITA CHE WAN(ME) 
Siapa cepat, dia dapat. Aku dapat Rozita Che Wan. Apakah? Sangat susah untuk mempertahankan RCW sebab aku sendiri pun rasa yang diri aku ni perlu dicampak keluar 'HAB' tersebut. HAHAHA XD

Then, someone had to make the conclusion. This is the best moment and opportunity that you shoulld grab. It will make you as the leader of the conversation, even you're not. *that was just an opinion.

Panel penemuduga ada tanya kami beberapa soalan contohnya, "What have you learned from this discussion?" "What good quality you think a leader should have and why?". Maka, gunakan peluang ini untuk tonjolkan lagi diri tu. ;)

Lepas tu ada sesi bertanya soalan. Sila tanya segala perkara yang bermain dalam kepala anda pada masa ini. Tiada lagi peluang kedua untuk anda tanya MARA lepas ni.

Kenapa MARA tanya soalan yang tak ada kaitan dengan bidang perubatan? Peliknya?

*Ehemmm hemm!

Cuba reflek balik. Soalan ni sebenarnya nak tengok macam mana kita berkomunikas antara satu sama lain. Selain itu Nak tengok macam mana kita selesaikan masalah yang berkaitan nyawa orang ni. Dalam dunia realiti sekali pun, tak kan lah kita nak suruh 4 orang daripada kita, untuk terjun keluar 'HAB' tu kan? Logik la sikit wahai kawan-kawan semua. -__-;

Semua orang ada hak untuk terus hidup. Sepatutnya kita kena selesaikan masalah tanpa mengira pangkat dan kepentingan seseorang tu. Samalah macam nak rawat pesakit bila dah jadi doktor nanti. Kita tak boleh sesekali memilih kasih dalam merawat pesakit. Ini tidak adil! *emo sikit. HAHAHA!

Sampai sini sahaja. Tips? Aishhh. Aku pun tak pasti lagi dapat ke tidak tawaran biasiswa ni. Nak bagi tips? tak lah kot. Nasihat lah sikit kot. Walau tak pandai mana pun kita nak cakap Englsh,cuba juga cakap! Kalau ada orang sengih-sengih kambing, senyum-senyum pisang kat korang sebab BI yang berterabur, biarkan mereka dengan senyuman mereka. Biarkan!

Cakap pada diri sendiri, "Ada aku kisah?". Good!

"Even though you can write well in English, that doesn't mean that you can speak well in English too. Its the matter of how brave you are to speak in English and to defence your point!"

Jangan mengaku kalah sebelum mencuba! Bila dah cuba, jangan berhenti berdoa. Semua tu milik Allah. Minta padaNya.

Good luck to all of you! :)

4 comments:

  1. attend the intview to0 but then frust menunggeng kot bile taw ta dapat!hewhewhew

    ReplyDelete
    Replies
    1. huhu. me? tipu la kalo x frust langsung kan. frust ada jugak. sikit2. tapi sbb dri awal cam x brape harap sangat. kire, oke laaa~

      Delete
  2. masa ni perlu tulis essay tak

    ReplyDelete
    Replies
    1. sorry reply lambat. weekend ni busy sikit. btw, masa IV tak ada bertulis pon. just speaking, speaking, and speaking. SPEAKING ya, bukan BERCAKAP. make sure you are well prepared. all the best! :)

      Delete