Assalamualaikum...

Blog ni hanyalah mengenai rentetan hidup, luahan hati dan tempat curahan segala idea dan pendapat penulis.

Blog ini juga ada menggunakan perkataan aku sebagai penulis yang mana mungkin kasar dan tak mesra bunyinya. Sorry not sorry, this is my style.

Aman tanpa perang,
Ammanda Elydia.


Thursday, 24 May 2012

Keputusan Temuduga Yayasan Terengganu.

Assalamualaikum.

Sejak dua menjak ni, makin susah aku nak tidur malam. Tak tahu lah kenapa. Dah tak boleh tidur punya pasal, online je la kerjanya. :3

Petang tadi aku dapat call dari nombor ni. 09 622****. Cuba teka siapa yang call? Yayasan Terengganu! Ya Allah, aku tak percaya aku dapat tawaran biasiswa YT!

Alhamdulillah!

Ohh ya, tawaran tu untuk jurusan perubatan ke Russia. Bahagia menguasai diri sampai tak sedar dah terloncat-loncat macam apa je. >_<"

Memang aku tak percaya yang aku akan dapat tawaran YT selepas apa yang berlaku semasa sesi ujian bertulis dan temuduga YT. Sebenarnya aku dah kecewa sangat-sangat dan tak berharap dengan mana-mana tawaran. Tak kira lah YT ke, MARA ke. Mara pula bagi keputusan yang sangat menyedihkan.

Tapi, ada satu kerugian yang aku sedang alami. Dalam post yang lepas, aku ada ceritakan macam mana susah dan bersemangatnya aku nak buat persiapan ke PASUM. Takut tak sempat buat kalau nak tunggu keputusan dari YT.

Aku cakap kat ibu yang aku nak cuba masuk PASUM sekejap. Alang-alang dah bayar dah semua kan? Tapi ibu pun cakap, ambil yang YT tu. Tak payah susah nak masuk PASUM. Baik ibu...

Bila difikir-fikirkan balik, alahai membazirnya aku bank in duit-duit tu untuk PASUM. Dah lah tak pergi pun. Rugi, rugi. Mungkin ada hikmahnya kan? Siapa tahu? :)

7 comments:

  1. OH MAIII ! congrats dik ! happy for you.

    all the best yaa. akak ada kawan juga buat Medic russi under YT. hee.

    belajar rjin2 :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe! maceh kak. errr, yans SIF tu kwn sy jew. dye msuk SESMA, skalo sy dulu mase form 4. then kluar balik pegi SIF. sy x skola SIF. hehe :)

      kwn akak name pew? leh la sy kenal2. nanti jdi big pemely kat sana. (^_^)

      Delete
  2. manda,jelesnye..nak join jgk..sy jgk la terumbang ambing lagi my future job...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalamualaikum yana! maaf yana. tak perasan pulak ada komen ni. dah la dah lama. Ampun yana ampun! huhu.. Pasal future tu xda sape dpat jamin yana. Manda pun blum tntu cntik je future ni. Yakin dengan Allah.. ada sesuatu yg baik Allah simpan untuk yana di masa depan. insyaAllah.. ;)

      Delete
  3. Saya nak tanya bila keputusan temudiga Yayasan Terengganu bagi sesi 2014/2015 akan diumumkan ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maaf, lambat respon. baru berkesempatan nak buka blog. Kalau pasal tu, saya tak pasti. Itu bergantung atas YT sendiri. Tapi biasanya akan dapat tahu dalam 1 bulan lepas temuduga. Boleh jadi 2 3 hari sebelum daftar IPTA. Ada yang dapat lambat. Lepas dah masuk IPTA. Nak senang, call directly YT. :)

      Delete