Assalamualaikum...

Blog ni hanyalah mengenai rentetan hidup, luahan hati dan tempat curahan segala idea dan pendapat penulis.

Blog ini juga ada menggunakan perkataan aku sebagai penulis yang mana mungkin kasar dan tak mesra bunyinya. Sorry not sorry, this is my style.

Aman tanpa perang,
Ammanda Elydia.


Saturday, 26 May 2012

Muhasabah diri.

Assalamualaikum.

Ada cerita nak kongsi ni. Semenjak aku berniat dan berazam nak berubah ni, aku perasan suatu perubahan. Alhamdulillah ke arah kebaikan. Setiap kali terkenangkan dosa-dosa lama, air mata mesti jadi teman. Pernah tak terjadi kat korang? Aku terbaca, kalau kita masih ada perasaan takut dan malu sebab buat dosa, itu maknanya hati kita masih belum dikunci tapi kalau dah rasa tak malu nak buat depan orang, dah rasa tak takut dengan balasan azab Allah yang pedih, nauzubillah, hati kita sudah dikunci.

Pernah tak korang dengar ayat ni, "Jadikan hari ini lebih baik dari semalam, hari esok lebih baik dari hari ini." Ini kunci agar kita sentiasa melakukan perubahan.

InsyaAllah.

TAK NAK TINGGAL SOLAT WAJIB

Berdosa tau tinggal solat. Kita selalu cipta 1001 alasan kalau bab-bab nak tunaikan kewajipan yang satu ni. Ehh syaitan, pi main jauh-jauh boleh tak? Jangan nak salahkan syaitan pula. Itu memang kerja dia nak menghasut kita buat jahat. Keputusan di tangan kita. Ohh ya, sembahyang awal waktu dapat pahala banyak. Jom solat awal waktu?

PERBANYAKKAN SOLAT SUNAT

Haa. Yang ni kena bergerak seiringan dengan solat fardhu lah kan? Tak guna solat sunat bergunung-gunung, kalau yang wajib pun masih tak cukup! Tapi, ini tak bermaksud kita tak boleh buat solat sunat kalau yang wajib tak cukup kan? Yang wajib kita buat, yang sunat kita amalkan, buat top-up untuk solat fardhu  kita. ;) Sekarang kena amalkan balik segala solat-solat sunat yang aku buat masa zaman sekolah dulu. rugi pula tinggal tak amal sejak habis SPM hari tu. -___-"

PUASA SUNAT ISNIN DAN KHAMIS

Hmmm. Dulu-dulu selalu buat, tapi sekarang dah tak dah. Dulu best puasa Isnin dan Khamis, pakat puasa dengan kawan-kawan. Puasa sama-sama, berbuka pun bersama. Tapi, sejak habis SPM dah tak buat dah. Badan ni makin lama makin gemuk, makin sakit. Kena berkerja nak hadam balik segala mak nenek yang kita telan tu. Dulu slim je badan, sihat. Rugi betul tak maintain! >..<

PAKAI TUDUNG TIAP KALI KELUAR RUMAH

*batuk* Uihhh, dulu kemain ko keluar rumah je, rambut mesti pelbagai gaya. Tocang sana, ikat sini. Tudung mana kak? Haaa. Tudung tak pernah nak lekat kat kepala ni. Adeihh la. Alhamdulillah aku ditakdirkan Allah kena sambung belajar di Terengganu. Kalau aku tak pindah belajar kat sini, aku rasa tudung pun aku tak kenal. Kesian betul dia ni. Aku lah tu. :P Perlahan-lahan aku bertatih mengenal apa itu aurat dan macam mana nak jaga cik aurat ni. Biar bertatih dari tak berganjak kan?

TUTUP AURAT

Alhamdulillah. Allah hantarkan seseorang untuk tegur aku supaya sentiasa tutup aurat aku, jaga aurat aku. Allah masih sayang kita sebab tu Allah hantar seseorang untuk tegur kita segala salah dan silap kita. Terima kasih Ya Allah kerana menghadirkan seseorang itu. InsyaAllah, aku akan berusaha sedaya upaya untuk mematuhi segala perintahMu. ^.^

BACA AL-QURAN

Selalu tinggal baca Al-Quran? Ya, aku selalu tinggal. Bila nak baca, baru baca. Berdosanya aku. T..T Kata-kata ni lah yang menyentuh hati aku untuk terus baca kalam Allah itu.

Bacalah Al-Quran 1 juz sehari. Jika tak mampu, bacalah 1 surah. Jika tak mampu, bacalah sekurang-kurangnya 1 ayat. Jika tak mampu, cukuplah dengan memandangnya dan katakan di dalam hati, "Ya Allah, dosa apakah yang telah aku lakukan sehingga aku tidak mampu untuk membaca kalam mu ya Allah!" 

Apa yang sibuk sangat kita dengan dunia tu, sampai nak berkomunikasi dengan Allah pun tak sempat? Aku malu! >___..___<"

BERGANTUNG, BERDOA, BERSERAH, TAWAKAL DAN REDA PADA-NYA

Biasanya waktu kita gembira, kita jadi lupa pada Allah. Waktu kita susah, kita mula cari Allah. Ada pula waktu susah pun masih tak ingat Allah. Lupa siapa yang Maha Kuasa yang mampu menolong kita. Lupa! Lupa! Lupa! Sampainya hati aku, buat macam ni kat Allah. Setelah macam-macam Allah beri, tapi aku lupa untuk berdoa, bersyukur padaNya. :( Memikirkan masalah nak sambung belajar menyebabkan aku sedikit sebanyak lupa untuk bersyukur padaNya. Tensen, serabut lah konon. Allah pun kurniakan aku YT! Saat itu aku tersedar! Selam ni aku banyak abaikan Allah, sedangkan Allah sebenarnya tak rugi apa-apa pun kalau aku lupakan dia sebab aku sebenarnya yang rugi!

Perlahan-lahan ubah diri. Muhasabah.

"Dalam Islam, memang ada yang bersifat terpaksa. Buatlah walaupun TERPAKSA. Lama-lama, yang TERPAKSA akan jadi KEBIASAAN. Yang KEBIASAAN akan jadi IKHLAS!"

Aku nak cuba amalakan balik apa yang ditinggalkan dulu. Nak hidupkan balik amalan-amalan yang dah mati tu. Jom kita sama-sama berubah?

Doakan aku dapat jadi Muslimah Sejati. InsyaAllah! :)

2 comments:

  1. manda,setiap org ad melakukan kesilapan...sy pn sme...tp Allah sntiasa membuka pntu taubat utk umatnya...smga segala usaha awk memberikan hasil yg sgt baik

    ReplyDelete
    Replies
    1. time kaceh yana. ya, hope dat all my hopes will become true one fine day! :)

      Delete