Assalamualaikum...

Blog ni hanyalah mengenai rentetan hidup, luahan hati dan tempat curahan segala idea dan pendapat penulis.

Blog ini juga ada menggunakan perkataan aku sebagai penulis yang mana mungkin kasar dan tak mesra bunyinya. Sorry not sorry, this is my style.

Aman tanpa perang,
Ammanda Elydia.


Wednesday, 23 May 2012

Persediaan ke PASUM.

Assalamualaikum.

Dah berhari-hari uruskan kemasukan ke PASUM ni. Terkejar ke sana, terkejar ke sini. Letih letih. Hari ni baru selesai semua. Pheww!

Ohh ya. PASUM bermaksud Pusat Asasi Sains Universiti Malaya. *kot kot ada yang tak tahu :P


Dari awal pagi dah keluar untuk uruskan segala dokumen-dokumen yang diperlukan. Mula-mula kami ke klinik untuk buat medical check-up. Kena ambil darah, buat x-ray dan kena cucuk! Tak suka. =_=" Macam mana lah nak jadi doktor macam ni ehehehe :P

Bayaran yang dikenakan RM165. Berpatutan lah harganya, nak nak buat medical check-up di KL ni. Selesai semua, kami pergi tangkap gambar. Minta tuan kedai edit sikit gambar tu kasi cantik. Muehehe~ :3 Lepas tu kami bergerak ke Bank Islam. Nak buat apa ke Bank Islam? Haa, kat sini aku kena buka akaun dan bayar yuran PASUM. Berapa kena bayar? Murah je, RM270. Murah kata kau? ya, murah. T.T 


Tak selesai lagi pasal bank ni. Lepas Bank Islam, Bank CIMB pula. Kat sini kena bayar duit PASUM juga sebanyak RM89.

Melayang duit aku. -__-;

Selesai semua yang ni, kami pergi Pejabat Hasil tapi pak cik jaga tak bagi masuk sebab dah pukul 12.30. Kalau nak masuk, kena parking kereta kat luar dan masuk jalan kaki je. Kami tukar plan pergi jumpa ADUN dulu untuk dapatkan cop jadi saksi dan pengesahan sijil-sijil.

Alhamdulillah. Nasib kami baik sebab ADUN ada dan dia pun baru nak keluar. Siap selesai semua, kami berhenti makan dulu. Perut pun kena isi juga kan? ;)

Siap makan, kami ke Pejabat Hasil lagi sekali. Sampai-sampai je kat kaunter pejabat tu pekerja tu pun tanya, "Nak cop, mana setemnya?". Aku pun jawab, "Hah? Kawan saya tak kena ada setem pun?"

Jadi, aku kena pergi pejabat pos untuk beli setem hasil. Satu setem RM10. Kalau aku beli 3 setem? Rm30 habis untuk setem saja. Apalaa. Kesian ibu kena bawa aku ulang-alik ke sana, ke mari. Lepas tu kami pergi balik Pejabat Hasil untuk minta cop. Siap kena marah lagi sebab tak faham macam mana nak isi borang. 

*sigh...

Bila dah selesai semua, kami pun pergi shoppiiing! Habis dalam RM250 untuk beli semua barang-barang keperluan. Duit terbang lagi~

Keesokkan harinya kami sambung shopping lagi! Muehehe :3 Kemudian, pergi ambil keputusan medical check-up. Then, kami ke KL, shoppiiing! >_<"

Hari ni dah mula kemas-kemas barang yang nak bawa. Basuh apa yang patut. Esok dah kena selesai semua barang. Sabtu kena ikut ibu pergi pusing-pusing cari jalan ke UM. Takut sesat pula hari pendaftaran nanti. HAHAHA XD

Sampai sini dulu. Assalamualaikum! ^_^

6 comments:

  1. Replies
    1. tq... tapi ade brite buruk+brite baek sket... nak tw? nntikan di post yg akn dtg.... :)

      Delete
  2. wahh !

    selamat datang ke uni's club ! :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. maceh q.mimi! hehe~ sangat3 x sabar da neyh... tapi sangat cuak tu memang ler ade... huuu~

      Delete