Assalamualaikum...

Blog ni hanyalah mengenai rentetan hidup, luahan hati dan tempat curahan segala idea dan pendapat penulis.

Blog ini juga ada menggunakan perkataan aku sebagai penulis yang mana mungkin kasar dan tak mesra bunyinya. Sorry not sorry, this is my style.

Aman tanpa perang,
Ammanda Elydia.


Sunday, 6 May 2012

Tips Bangun Subuh.

Assalamualaikum.

source: GOOGLE

Kenapa susah sangat nak bangun subuh? Di sini aku kongsikan tips-tips untuk senang bangun subuh. Kredit tu I LUV ISLAM. :)

Ramai di kalangan kita yang mengalami kesukaran untuk bangun awal pagi dan mendirikan solat Subuh di awal waktu. Masalah ini terjadi atas beberapa sebab. Antaranya ialah perkara ini telah menjadi tabiat, tidur lewat dan perasaan malas.

Berikut adalah beberapa panduan atau tips yang boleh dicuba oleh kita bagi mengatasi masalah ini :

1. Tidur awal, sekitar pukul 10 atau 11 malam supaya tidur anda mencukupi.
Yang ni mungkin kita susah nak buat sebab banyak kerja nak selesaikan tapi paling kurang, janganlah tidur melebihi pukul 12 malam.

2. Ambil wuduk sebelum tidur.
Bagus diamalkan kerana boleh melindungi kita dari gangguan syaitan dan seangkatannya.

3. Tanam azam di dalam diri untuk bangun awal.
Azam selalu kena ada kita sentiasa bersemangat untuk melakukannya.

4. Baca surah Al-Mulk, tiga Qul dan doa sebelum tidur.
Sejuk perut ibu mengandung sebab dalam ramai-ramai anak dia ada juga yang baca surah sebelum tidur. Tak ke bagus kalau baca surah sebelum tidur tu. InsyaAllah dilindungi Allah sepanjang malam.

5. Pasangkan niat; 'Aku nak bangun pukul sekian kerana Allah.'
Niat amat penting dalam melakukan apa sahaja perkara. tapi niat mesti kerana Allah. Barulah Allah tolong kita. :)

6. Maafkan semua orang sebelum tidur.
Sedangkan nabi memaafkan umatnya. Apa lagi kita insan biasa. Apa salahnya kita maafkan orang lain. Nanti orang lain akan maafkan kita jugak. Allah akan naikkan darjat kita lagi.

7. Elakkan makan makanan berat sebelum tidur.
Kata nak diet. So, tak payahlah makan berat-berat atau banyak-banyak sebelum tidur. Nanti badan jadi malas nak bangun sebab kenyang perut penuh.

8. Elak diri dari melakukan maksiat sebelum tidur.
Astaghfirullallah! Kalu boleh, tak payah buat terus maksiat ni. Tak semestinya sebelum tidur je. Memang bila-bila masa je la. Tak payah buat. Berdosa. -_-"

9. Gunakan jam loceng atau alarm di telefon bimbit untuk membantu anda. Pastikan ia berkualiti.
Ya, cara ini sangat membantu. Telefon tu bukan guna untuk mesej-mesej atau telefon orang je. Boleh juga digunakan untuk 'alarm'. Letak kat lubang telinga tuh. Baru boleh dengar!

10. Minta tolong orang lain seperti ibu atau rakan untuk mengejutkan anda. 
Minta mereka simbahkan air atau urut ibu jari anda sekiranya masih sukar untuk bangun! Yang ni dah tahap kritikal dah ni. Siap kena simbah air lagi. So, kalau tak nak kena simbah teruslah bangun bila dikejut tu. :D

Panduan di atas memerlukan sedikit latihan. Namun insyaAllah, Allah pasti tolong kita sekiranya kita MAHU. Hendak seibu daya, tak hendak seribu dalih! Selamat mencuba! :)

No comments:

Post a Comment