Assalamualaikum...

Blog ni hanyalah mengenai rentetan hidup, luahan hati dan tempat curahan segala idea dan pendapat penulis.

Blog ini juga ada menggunakan perkataan aku sebagai penulis yang mana mungkin kasar dan tak mesra bunyinya. Sorry not sorry, this is my style.

Aman tanpa perang,
Ammanda Elydia.


Friday, 27 July 2012

Sombong!

Assalamualaikum.

Dah lama tak update blog. Nasib baik tak sempat bersawang lagi. Ehh ye ke? Hew! :3 Okey, kita proceed to our hot story today!

Jeng, jeng, jeng! *saspen lah sangat. :P

Aku budak sombong?

Sebenarnyakan, korang semua ni kategorikan sombong tu macam mana ya? Hmm, bagi aku lah kan, sombong ni macam tak nak kawan dengan orang. Bukan tak nak kawan terus dengan orang, tu dah macam autism da. Haha! Maksudnya memilih dalam berkawan. Macam ada unsur-unsur berlagak la. Err.. Err.. korang macam tu juga ke?

Hmm. Semalam ada sorang kawan aku ni, ehh tak! Dua.. Ehh, tak! Tiga tiga. Ehh ye ke? Ahh, lantak laa. Dia tiba-tiba je minta maaf. Aku pu pelik laa. (o.0)? Ada buat salah apa-apa ke kat aku ni yang sap nak minta maaf bagai. Biasanya kalau ada kesalahan yang tak nampak, tapi tiba-tiba minta maaf ni biasanya mengumpat, tak pun mengata. =.="

Seriously, aku sangat-sangat tak sangka ada yang cakap belakang pasal aku. SANGAT TAK PERCAYA. Aku ras aku tak ada buat apa-apa salah pun kat sesiapa. Aku tanyalah kenapa? Aku cuba teka,

"Sebab aku sombong?"

Jawapannya, ya.

Aku dah agak dah. Aku tahu sepanjang aku duduk sini, aku mengaku yang aku macam tak rapat dengan kawan-kawan lain. Ini semua bukan kehendak aku. Percayalah! Aku tak nak pun rasa jauh dengan korang semua. Nak sangat-sangat join korang bila lepak-lepak, bual-bual, bla3...

Tapi, aku MALU, sangat-sangat MALU!

Sejujur-jujurnya, aku memang tak pandai berkawan dan bergaul dengan orang sekeliling. Kenapa?

Sebabnya..

1. Aku tak pandai nak 'approach' orang lain dulu. So, aku tunggu orang lain approach aku dulu.
2. Aku tak pandai bercakap, maksudnya tak pandai nak meneruskan perbualan a.k.a tak ada modal atau topik nak bawa berbual.
3. Aku ada hyperhidrosis. Ehh, ye ke? Ya! Orang yang ada penyakit macam aku ni, memang tak suka dekat-dekat dengan orang. TAK SELESA.

Aku kurang keyakinan diri.

 Maka, di sini ingin aku simpulkan bahawa sebenarnya aku bukan budak sombong. Kalau korang tak kenal aku, memang korang akan cakap aku ni sombong la, ini la, itu la. Tapi, bila korang dah kenal aku, korang akan tahu siapa dan macam mana aku ni sebenarnya!

Bila aku rapat dengan seseorang tu, perangai aku yang sebenar akan terserlah. BOOM! Huhu. Memang korang tak akan percaya punya. Tapi percayalah! :P So, kalau korang nampak aku, tegur je. Aku memang susah nak tegur orang dulu. InsyaAllah, kita mampu jadi kawan yang baik dan aku akan cuba untuk perbaiki diri aku.

^__^

No comments:

Post a Comment