Assalamualaikum...

Blog ni hanyalah mengenai rentetan hidup, luahan hati dan tempat curahan segala idea dan pendapat penulis.

Blog ini juga ada menggunakan perkataan aku sebagai penulis yang mana mungkin kasar dan tak mesra bunyinya. Sorry not sorry, this is my style.

Aman tanpa perang,
Ammanda Elydia.


Friday, 7 December 2012

Happy birthday Ibu!

Assalamualaikum.
"Happy birthday to you. Happy birthday to you. Happy birthday to IBU!! Happy birthday to you."
Ibu, selamat menyambut ulang tahun yang ke-......*sila isi tempat kosong dengan jawapan yang ibu nak. Ehehe~

Ibu, di sini ann nak doakan ibu supaya sentiasa diampuni dosa-dosa ibu, dirahmati dan disayangi Allah selalu, dilindungi Allah dari segala musibah, kejahatan, kemungkaran dan apa-apa sahja gangguan dari makhluk-makhlukNya.

Ann doakan ibu sentiasa mendapat tempat di sisinya dan ditempatkan di dalam syurgaNya yang tertinggi. Semoga ibu juga dipanjangkan umur untuk terus beribadat kepada Allah, dimurahkan rezeki, diberi kesihatan tubuh badan dan dipermudahkan urusan di dunia dan di akhirat.

Ibu, ann nak ucapkan terima kasih untuk ibu, atas segala pengorbanan dan jasa yang ibu taburkan untuk ann dan adik. Terima kasih ibu untuk setiap air peluh ibu yang mengalir sejak ann ada dalam kandungan ibu sampai ke saat ini dan sampai ke nafas yang terakhir.

TERIMA KASIH IBU!

Ibu, ann nak mintak maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki atas SEGALA, SEMUA, kesilapan yang ann buat kat ibu. Maafkan ann, ampunkan ann atas segala ketelanjuran ann dalam berbicara, berfikir, lintasan hati dan perbuatan ann. Ampunkan ann jika ada ann MENDERHAKA. T.T

Last but not least, I wish you happiness in your life in the world and especially in the Hereafter. ^_^


No comments:

Post a Comment