Assalamualaikum...

Blog ni hanyalah mengenai rentetan hidup, luahan hati dan tempat curahan segala idea dan pendapat penulis.

Blog ini juga ada menggunakan perkataan aku sebagai penulis yang mana mungkin kasar dan tak mesra bunyinya. Sorry not sorry, this is my style.

Aman tanpa perang,
Ammanda Elydia.


Monday, 10 December 2012

When the war begin!

Assalamualaikum.

Sekarang aku nak cerita pasal 'the war day'! War? Aku ada perang dengan sesiapa ke? Ehh, taklah. Sebenarnya, aku main paintball. Main tembak-tembak. Main perang-perang. Peluru dia bukan peluru betul, offfkosss~

Tapi, walaupun bukan yang betul, sekali kena, memang terasa sakitnya. Peluru dia just sebiji bola cat. BOLA CAT. Hmmm. Perasaan masa tu? Huhhh. Sangat, amat mendebarkan. Tuhan je tahu betapa takut, gementar, ketaq lutot nye aku masa tu. Ahh, senang cakap memang rasa cam tak boleh nak berdiri laa. Saaaaaaaaaangat takut!

Aim: rampas bendera pihak lawan dengan cara menyerang. TAPI! ada tapi ya.. dalam masa yang sama kena tembak pihak musuh yang serang kita dan kena pertahankan bendera di kubu kita. Huhh, susah. Amat amat amat susah...

Tiba-tiba, aku jadi teringat pada saudara kita di Palestin. Aku jadi terfikir  bagaimana pula mereka di sana? Hari-hari dihujani peluru. Peluru BETUL bukan bola cat. Berlari ke sana ke mari mencari tempat perlindungan. Bermati-matian mempertahankan negara, mempertahankan ISLAM! Bagaimana dengan mereka?

Hari-hari bergadai nyawa mempertahankan bumi tanah tercinta. Ahhh! Tak sanggup nak terus dibayangkan. T.T  Aku yang terkena bola sikit dah merengek membebel macam nak pecah dunia. Diorang patah tangan patah kaki tapi tetap masih kuat untuk bangun berjuang. Aihhhh, malu dengan diri sendiri. Malu dengan saudaraku di sana. Malu dengan ALLAH!

Sungguh, dalam berseronok, ada perkara yang harus kita ambil sebagai iktibar. Setiap yang berlaku tu, ada sebabnya ALLAH buat perkara tu terjadi. Ada saat kita perlu berfikir kenapa ALLAH menjadikan kita yang berada di tempat itu?

Masih kurang apakah pada diri ini? Amal apa yang belum lengkap? Apa yang belum aku selesaikan?

Ya, ambik masa, dan cuba fikirkan...


No comments:

Post a Comment