Assalamualaikum...

Blog ni hanyalah mengenai rentetan hidup, luahan hati dan tempat curahan segala idea dan pendapat penulis.

Blog ini juga ada menggunakan perkataan aku sebagai penulis yang mana mungkin kasar dan tak mesra bunyinya. Sorry not sorry, this is my style.

Aman tanpa perang,
Ammanda Elydia.


Thursday, 17 January 2013

2 achievements unlocked!

Assalamualaikum.

Siapa cakap jadi perempuan senang? kalau jadi perempuan kena pandai dalam macam-macam hal. Yang paling penting sekali hal-hal rumahtangga. Contoh? Contahnya, mengemas rumah, membasuh, menggosok, melipat pakaian, memasak, menjaga suami dan anak-anak dan bla3... 

Haa! Yang sebenarnya, aku nak cakap pasal one point kat atas. Cuba teka yang mana? Cuba teka? Ya, memasak! Pandai! Aku paling pantang cakap pasal masak. Kenapa? Sebab... aku mengaku awal-awal, aku memang tak pandai masak. Nak pandai macam mana? 16 tahun jadi anak tunggul tunggal! Hari-hari orang masakkan. Bila masuk asrama, dewan makan masak. Bila balik rumah, bibik masak.

Haa, acu kome kabo ke teman, macamno nak pandai masok eahh? -,-"

Tapi, di sini aku nak umumkan...

aku dah pandai masak!

Ok, tipu. Actually, aku dah boleh masak sikit-sikit walaupun tak sesedap diorang tu. Tapi, at least bolehlah kan? Haha. Alhamdulillah! Actually, aku bukan tak pandai langsung. Aku boleh je nak masak. Tapi, takut tu menguasai diri secara melampau-lampau!

Takut makanan tak jadi, siapa nak makan? Takut makanan tak sedap, nanti orang kutuk. Takut, takut, takut!

T___T

Lyankan perasaan takut tu, dah umur 19 baru reti nak belajar. Haihhh. -,-; Itu pun, sebab kena pandai jugak. Kalau tak reti masak, nak makan apa hari-hari kat sini? Sini mana ada dewan makan, mana ada bibik nak tolong masak bagai. Boleh je nak beli kat luar hari-hari. Tapi, alamatnya kopak la beg duit aku! Huuu.

Dah 4 hari aku dan Zai buat sistem gilir-gilir masak. Sebelum ni kami masak sama-sama dan hari ni giliran aku! Hew3! :3. First time masak aku buat sup ayam dan telur dadar. Berjaya!*sup dengan telur dadar je pun. :P Haha. Alhamdulillah. Second time aku buat mee goreng blackpepper. Hmm. Orang lain cakap sedap, tapi aku rasa...... Ok, no komen. >,<

Alhamdulillah. azam aku tahun ni lebih realistic dan mampu dicapai. InsyaAllah, tahun ni azam aku akan tercapai buat pertama kalinya!*azam sebelum ni tak pernah tercapai. :P

(2 achievements unlocked: chicken soup and blackpepper fried noodles.)

Should try harder. Wish me all the best!

* * * * * *

* hari ni start blaja anatomi in Russian language. susah! >_<"
  
   Allahumma yassir wala tuassir..

2 comments:

  1. wow... congrates syg. lps nie bley la ajar miza. i mmg x reti msk. seriously. that why i x nak kawin ag.. huhu~

    ReplyDelete
  2. errrr. ajar? aiyaiyai. memang tidak laa. tunggu dah pro baru leyh ajar. haha. nak masak pon manda takut. nak bagi orang makan apa yang manda masak da pengsan dah. kalau ajar orang alamat errr,,,, mati la kot! haha. tak ada lah. insyaAllah. suatu hari nanti, kita kongsi2 resepi ya. ;)

    ReplyDelete