Assalamualaikum...

Blog ni hanyalah mengenai rentetan hidup, luahan hati dan tempat curahan segala idea dan pendapat penulis.

Blog ini juga ada menggunakan perkataan aku sebagai penulis yang mana mungkin kasar dan tak mesra bunyinya. Sorry not sorry, this is my style.

Aman tanpa perang,
Ammanda Elydia.


Sunday, 13 January 2013

Life goes on.

Assalamualaikum.

Alhamdulillah. hari ni, dapat aku berbulatan gembira sekali lagi dengan kakak-kakak dan kawan-kawan yang sempoi habis. Alhamdulillah! :) Ya, dalam banyak-banyak usrah yang aku hadir, hari ni lah usrah yang paling aku suka. Tajuknya UKHUWAH.

Banyak yang kami cerita. Banyak yang kami kongsi. Hati aku tenang, lapang dan lega dapat berkongsi. Sungguh, sejak kebelakangan ni, aku rasa jiwa aku tak berapa nak betul. Banyak berfikir. Banyak termenung. Sedih memanjang. Huhh. Buruk betul perangai dua tiga empat hari ni. -,-"

Aku perlukan seseorang untuk aku luahkan rasa ni. Ya, aku ada Allah! Aku banyak mengadu. Banyak menangis padaNya. Kemudian hati aku akan tenang. Tapi, kembali bergelora setiap kali teringat balik.

Macam-macam berlaku. Dimulakan dengan markah bahasa Russia yang tak berapa nak bagus sangat. Cikgu tak puas hati. Masalah dengan kawan. Fikirkan pasal saudara kita di Syria, Palestin dan bla3... Rindukan keluarga, kawan. Nak skype tak boleh. Semua ada masalah connection and the list go on and on and on.

*sigh*

Tambah pula, si Faisal pi main piano lagu instrumental yang sedih. Memang teringat habis kat Abah. T.T Okey, Manda stop! Nangis. Nangis. Nangis. Huhh~

Mood memang lari habis la. Malas nak layan orang tapi nak orang dengar apa aku nak cakap. *sesuka hati aku je. :P Aku nak cerita-cerita dengan ibu, aku rasa tak perlu sebab ibu ada baaanyak lagi benda nak fikir. Mana nak kerja lagi, nak uruskan rumahtangga lagi, nak cari duit untuk aku lagi. Rasanya tak patut aku menyusahkan ibu dengan menambah masalah aku ni. Tak patut, tak patut.

Then, try contact "someone" ni. Sibuk. Contact lagi. Pon masih ada kerja. At last, aku mengaku kalah. Malas aku nak cerita kat siapa-siapa. Daripada nak cerita, terus senyap tak cakap banyak. Last last, tak cakap apa-apa. Lepas tu terus tidur. Hmm.

Mungkin Allah nak hanya aku dan DIA je yang tau. Mungkin Allah nak aku luah kat DIA je. Kan3? Sebab tu semuanya tak ada waktu aku perlukan diorang. Tak pon, ada je masalahnya. Heihhh. Tapi Allah tu ada. SENTIASA ADA! :')

Tapi, aku tak salahkan diorang pon sebab tak ada, waktu aku perlukan diorang. Semua tu dah ditentukan. Allah dah tetapkan. Semua ada hidup masing-masing. Aku reda je.

Life goes on.

No comments:

Post a Comment