Assalamualaikum...

Blog ni hanyalah mengenai rentetan hidup, luahan hati dan tempat curahan segala idea dan pendapat penulis.

Blog ini juga ada menggunakan perkataan aku sebagai penulis yang mana mungkin kasar dan tak mesra bunyinya. Sorry not sorry, this is my style.

Aman tanpa perang,
Ammanda Elydia.


Sunday, 12 May 2013

Sebiru Hari Ini

Assalamualaikum.

Waa.! Post ketiga dalam satu hari ni. Hebat hebat! Give a big hand clap! *tepuk tangan* Hehehe.
So, kali ni apa cerita pula? Ehh, tak baca tajuk ke? Penat tuan puteri tulis. *flip hair*

Okey, straight to the story, pada 1 May 2013, telah berlakunya peristiwa yang tak dapat dilupakan dalam hidup aku. *skema mood on! InsyaAllah tak lupa selagi tak hilang ingatan :P Peristiwa ini banyak memberi pengajaran dan perubahan dalam diri ini. Peristiwa apakah itu?

SEBIRU HARI INI.

Waa, apa tu? Apa yang biru tu? Okey, nak cerita la ni. SHI ni, one of the program organized by Azam Russia. Program ni program rehlah untuk sisters di Volgograd especially yang tak merantau sepanjang cuti dua minggu ni. Ya, aku la tu. Hehe..

Baaanyak sangat aktiviti yang diadakan. Secara ringkasnya, tengok laa video ni. Kalau malas nak tengok semua, tengok sikit-sikit pun jadi la. Boleh la faham sikit apa yang berlaku kan? Hehe. :) Nak update sangat, tapi malas nak taip. apalah! :P

source :Azam Russia

So, any comments? Best tak? Bagi aku sangat best! Seriously mula-mula tu macam malu-malu je nak cakap dengan kakak-kakak semua, ada yang tak kenal nama la. Alhamdulillah, lepas je program ni, terus kenal some of them and I think I still remember their names too. Hehe. Tu laa pentingnya taaruf antara kita semua. ;)

Then, yang uniknya, kami bertaaruf menggunakan kasut! What? Pelikkan? Yaa, pelik, tapi sangat menarik! Kena main teka personaliti kawan melalui kasut dia. Saiz laa, fashion laa, warna laa, bersih ke tidak. Haha. Macam-macam! Tapi alhamdulillah, sedikit sebanyak dapat la kenal diorang semua ni.

groupmate tersayang!
from left: kak Kma, Syairah, Kak Zati, me, Kak Anah, Fareha.
Then, ada game explorace! Wahh. Best kot. Berlari ke sana ke mari. Setiap game kat setiap stesen, ada ibrahnya game tu. So, dalam kita dok seronok-seronok main tu, jangan kita lupa juga kat Allah. Sentiasa mencari ibrah dalam setiap perkara, agar kita sentiasa dekat denganNya. InsyaAllah! ^_^

first station. hula-hula-hooooooop! ^_^
Then, ada tadabbur alam. Kak Aida kita ada bagi sedikit pengisian tentang madu dan lebah. Sangat menarik, sangat penuh dengan mesej-mesej penting. Terima kasih kak Aida. InsyaAllah, aku akan jadi macam lebah tu. Sentiasa mencari yang baik-baik, dan menghasilkan yang baik-baik. :)

Baru aku perasan, perenggan aku semua mula dengan then, then, then.. Haha! Ok, tukar plak. Lepas tu, ada sesi penyampaian hadiah dan fotografi. Ehemmm, kumpulan kami dapat no3! Hehe. Alhamdulillah. Saaangat tak sangka sebab.. memang tak sangka la. Terima kasih semua ahli kumpulan yang bersemangat tinggi dan berjiwa kental ni. Semua ada bakat masing-masing. Tahniah semua!

kami menang hadiah. no 3! :3
Kalau ada rehlah dan piknik camni, tak sah lah kan kalau tak ada BBQ? Hew3! MasyaAllah, makanan semua sedap-sedap. Nasi goreng, ayam bakar, sosej bakar, agar-agar dan air sirap. Lengkap hidangan kami. Kenyang aku dibuatnya. Kakak-kakak semua pandai masak dan pandai sedia makanan. Terima kasih semua ya! :D

Ok laa, dah panjang sangat dah bercerita. Moh kito nengok gambar pulak eaa. Hehe~

from left: Zai, Mr Vladislav(our currator), me, Alia n Umai.
le gurls~ <3
bergambar lepas stesen terakhir. semua happy2! :D
yeay! ^_^
Okey, sampai sini dulu entry kali ni. Terima kasih semua yang terlibat dalam menjayakan program rehlah ni, tak kira lah secara langsung atau tidak. Terima kasih semua atas kenangan dan memori indah sepanjang kita di Daca ni. Saya hulurkan 10 jari tangan 10 jari kaki untuk memohon maaf dan ampun atas segala silap dan salah saya sepanjang kita bersama di sini. :)

hari sangat panas. makan aiskrim dulu! ;)
Biarlah kenangan yang terlahir ini terus mekar subur di taman ingatan. Biarlah ukhuwah yang terjalin ini terus harum mewangi hingga ke syurga! ^_^

p/s: Bila rehlah seterusnya? Tak sabar dah ni. ;)

No comments:

Post a Comment