Assalamualaikum...

Blog ni hanyalah mengenai rentetan hidup, luahan hati dan tempat curahan segala idea dan pendapat penulis.

Blog ini juga ada menggunakan perkataan aku sebagai penulis yang mana mungkin kasar dan tak mesra bunyinya. Sorry not sorry, this is my style.

Aman tanpa perang,
Ammanda Elydia.


Wednesday, 5 June 2013

1 litre of tears...

Assalamualaikum.

Wahhh, kerap update blog nampak? Biasalah, budak first year first sem baru praktikal. Banyak la masa yang terluang. Ehehe~ Btw, dengan masa yang ada ni, aku decide nak habiskan semua cerita yang ada dalam hard disk aku. Kekononnya nak download yang baru, nak tengok kat Malaysia nanti. Yela rumah tak ada wifi bagai. So, harapan nak tengok online ke apa ke memang tinggal harapan la kan? Huhu.


Semalam aku layan cerita '1 litre of tears'. Ya3, aku tau macam agak lambat. Orang lain dah tengok lama dah. Dah basi dah cerita ni. Bla3... Nak buat acano aku memang jarang tengok cerita. Takut jadi addicted. Wuwwuwu~ ^0^

Korang tau kan cerita ni sedih kan? Akibatnya aku nangis tak henti2 from the beginning of the story, sampai la dah habis pon aku nangis lagi. HAHAHA XD Sumpah aku cakap cerita ni sangat la sedih bagi aku laa. Tak tau laa kalau korang tak nangis tengok cerita ni. Tabik spriiiiing! Ceritanya 1 litre of tears, tapi aku yang nengok ni dah jadi 1 ocean of tears da. -___-"

Meh nak kongsi2 sikit apa yang aku dapat dari cerita ni.

Cerita ni mengisahkan tentang seorang remaja perempuan yang sangat pandai, sangat cantik dan sangat aktif sukan. Malangnya dia dapata penyakit yang tak boleh disembuhkan (tak ingat nama penyakit tu..hehehe...) dengan teknologi perubatan sekarang. Kesian.. T.T


Tapi betapa optmistiknya dia, sangat tabah, sangat bersemangat untuk teruskan kehidupan walaupun sakit menahan perasaan sedih akibat pandangan keji dan kasihan orang sekeliling. Ni lah masalah dalam masyarakat yang harus kita ubat. Asal nampak ada yang kurang kat orang lain, mula nak mengeji, mula nak mencemuh.

Apa salah mereka? Kita dalam masyarakat ni terdiri dari pelbagai jenis. Ada yang sihat. Ada yang sakit. Ada yang tua. Ada yang muda. Ada yang kaya. Ada yang miskin. Semuanya berlainan tapi kita masih 1 masyarakat. Hentikan lah pandangan tajam itu. Hentikanlah semuanya.

Tambah pula dia baru menginjak masuk ke zaman remaja. Banyak lagi perkara yang nak dia buat. Banyak lagi impian yang nak dia capai. Tapi dia tak mampu. Fikirkan yang lalu, sayu. Fikirkan akan datang, air mata jadi teman. Sedih..

Macam-macam masalah timbul. Satu persatu. Adik dia rasa malu ada kakak yang jalan macam penguin. Boyfriend dia tinggalkan dia sebab tak nak rasa terbeban dengan tanggungjawab menjaga kekasih yang sakit apa punya BF pon tak tahu! heihhhh~


Family dan kawan-kawan dia tak pernah berhenti bagi sokongan dan semangat kat dia. Tiap hari, tanpa jemu. Pentingnya sokongan keluarga dalam waktu rapuh begini. Ibu, insan yang paling rapat dengan kita akan sentiasa berusaha untuk memberi yang terbaik buat anaknya. Abah pula tak kan pernah tinggalkan kita kesusahan seorang diri. Rindu ibu.. Nak balik...

Then masuk peringkat seterusnya. Doktor. Wahhhhh, kagum gila aku dengan semangat doktor ni. Aku ni seorang yang saaaaangat cepat menangis. Pantang sedih menangis. Pantang ditegur menangis. Pantang tersentuh hati menangis. Naaaaangis je reti. :P

Tapi doktor dalam cerita ni kuat. Aku suka cara doktor ni tunjukkan kekuatan dia. Tabah dan tenang je depan pesakit dan keluarga. Kalau sedih pon sensorang dalam bilik. Jangan tunjuk kat pesakit sebab kalau diorang nampak dia orang akan rasa cepat putus asa. Kan?

Lagi satu, disebabkan Aya(nama gadis dalam cerita), dia jadi sangat bersemangat untuk terus berusaha mencari penawar bagi penyakit Aya. Ada kata-kata dia menyentuh hati aku.

"Kalau pesakit pon masih terus berusaha, kenapa dia sebagai doktor untuk mengalah?"


Huhh huhh huhh. Tarik nafas, hembus.

Mampu ke aku untuk jadi setabah dan setenang doktor ini? Mampukah aku untuk jadi sekuat dan seoptimistik pesakit ini? Mampukah aku untuk terus memberi semangat kepada orang lain tanpa rasa jemu seperti keluarga dan kawan-kawan Aya? Mampukah aku?

Tepuk dada tanya hati.

*semua gambar dalam post ini bersumberkan GOOGLE.

2 comments:

  1. Neesa pun dah tgk time spm thn lps. wuwuuwuw. nangis habis

    ReplyDelete
    Replies
    1. waa.. awal neesa tengok. malu plak sbb saya baru tengok. hew3! sedih kan? lebat gila nangis. sampai telan panadol sebab sakit kepala. :P

      Delete