Assalamualaikum...

Blog ni hanyalah mengenai rentetan hidup, luahan hati dan tempat curahan segala idea dan pendapat penulis.

Blog ini juga ada menggunakan perkataan aku sebagai penulis yang mana mungkin kasar dan tak mesra bunyinya. Sorry not sorry, this is my style.

Aman tanpa perang,
Ammanda Elydia.


Monday, 3 June 2013

Aku nak kahwin!

Assalamualaikum.

source: GOOGLE

Recently, aku selalu dengar cerita-cerita pasal tunang, kahwin, dapat anak, bla3.. Semua tu buat hati aku tersentuh. Aku pun mengimpikan perkara yang sama. Tipulah kan, kalau tak ada sekelumit atau sebesar zarah pon perasaan nak berpasangan dan berumahtangga dalam diri korang kan? Tipu... :P

Tadi, dapat 1 call. Dia cakap, kawan dia tunang dan aku tanya kenapa, jeles ke? Ya, dia jeles. Aku pon jeles. Lagi tambah jeles bila tengok kawan sekolah rendah dulu dah selamat diijabkabulkan tak lama sebelum ni. Aishhhhh, jeles youuuuu! >_<"

Biasalah tu bila umur dah menginjak ke usia yang memang boleh sangat nak kahwin ni, perasaan tu lagi lah membuak-buak ceq habaq hang! Amboiiii, gatai norrrr! XD HAHAHA. Mesti masa dok baca ni, terbayang-bayang kriteria lelaki/wanita idaman masing-masing kan???

Ada yang nak suami lawa, isteri hensem, EHH? Hahaha. Isteri lawa, suami hensem. Ada pula nak yang kaya-raya. Nak yang kaya tu agak-agak sampai 7 keturunan tak habis makan. Gituuuu~ Tak kurang jugak yang jadi trend sekarang, nak isteri yang mithali, suami yang beriman. Aduhhh, sweet gitu! Hew! :3

Korang tak terpikir ke, korang demand macam-macam nak dapat pasangan camni camtu camni camtu, korang ni setaraf ke dengan dia? Layak ke dengan dia? Cukup sempurna ke nak digandingkan bersama putera/puteri kayangan bayangan korang tu???

sentap....

Kita ambik trend sekarang, nak pasangan yang soleh dan solehah. Betul, tak salah apa yang kita semua inginkan tu tapi, cuba reflect diri balik. Ada tak apa-apa langkah dan usaha yang kita lakukan untuk mendapat pasangan macam tu? Ada tak??

Allah S.W.T berfirman, “Perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat dan lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat, perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik.” (an-Nur':26)

Haaaaa, terasa tak? Terasa tak? Aku terasa.... T.T

source: GOOGLE

Kita nak pasangan yang sempurna menutup aurat, tapi diri sendiri pon masih pakai seluar pendek nampak lutut waktu main bola. Masih pakai baju adik yang kalau sarung tu, habis tertonjol bukit-bukau semua, Masih memakai kain skirt yang kalau sekali tunduk, habis nampak lurah-lurah dendam. Masih pakai seluar londeh meleleh-leleh kononnya stail, nak tunjuk sepentot apa yang pakai hari ni. Masih segan nak labuhkan tudung yang tak berapa nampak macam tudung pon(tak tuutup apa yang perlu ditutup).

Kita nak pasangan yang lemah lembut tutur bicara, sopan santun sewaktu berkata-kata. Tengok diri sendiri dulu, wahai kakak, wahai abang, wahai adik-adik sekalian. Setiap hari, apa yang kita tuturkan. Jarang sekali nak dapat 1 hari tanpa terkeluar bahasa-bahasa kesat, lucah, tak senonoh dan macam-macam lagi laa. Tak pon kata-kata yang mampu mengguris jiwa, merobek raga. Ehh, ada ke? Kalau bercakap, mesti nak je perkataan tak elok tu. Katanya ni laa trend zaman sekarang. Hah, yelah tu. Belajar mana pon tak tahu. Tu tak masuk gossip, buat ketupat(mengumpat) lagi tu.

Kita nak pasangan yang menjaga pandangan. Yang lelaki tak pandang meliar, yang perempuan jalan tunduk ke bawah. Waaahhhh, tinggi impian ya? Ingat tak dulu, kita pernah duduk kat meja kat pondok sekolah? Buat apa? Haaaaaa, dok usha budak lelaki hensem nak lalu ni. Ingat tak lagi, kita dok lepak-lepak kat hujung koridor lepas makan? Buat apa? Haaaaaa, tunggu awek cun kelas sebelah nak lalu, nak try ngorat, kot2 laaa sangkut. Iye idak nih? Betulkan??

Kita nak pasangan yang soleh dan solehah, menjaga solat 5 waktu. Tak pernah tinggal, tak pernah lewat waktu. Nak yang mengaji berlagu, puasa isnin khamis selalu. Macam-macam lagi laa. Tapi, nak tanya sikit. Subuh tadi bangun tak? Pukul berapa? Aisshhhh, malu rasanya nak mengaku. Mengaji dah juz ke berapa dah? Ohhh, muqaddam...(bagus, at least baca lah kan?) Ehh, tapi nak pasangan yang mengaji berlagu? Hmmmmm... =_="

* * * * *

Haaaaa, sedar dah? Maaf lah kalau terasa yaa. Bukan nak tuju kat siapa-siapa pon ni. Cuma nak bagi kesedaran untuk diri sendiri dan orang lain juga. Memang tak salah untuk berharap sesuatu yang baik, walaupun diri sendiri tak baik. Itu fitrah manusia yang sukakan kebaikan. Tak boleh nak nafi. Tapi, ada tak apa-apa yang kita buat untuk perbaiki diri kita? Ada? Alhamdulillah. Moga kamu terus istiqomah. Tak ada? so, mulakan dari sekarang. Masih belum terlambat.

Aku sedang berusaha untuk jadi wanita yang baik. Bukan baik luar sahaja, tapi dalaman juga kena baik. Tak kira dari segi fizikal, mental, rohani dan jasmani, aku cuba untuk terus memperbaiki diri. Apa yang aku harapkan sekarang adalah agar pasangan ku di luar sana juga turut berusaha memperbaiki diri, memantapkan keimanan pada Allah yang satu, membentuk diri menjadi lelaki yang matang pemikiran dan tindakan, lelaki yang mampu memimpin aku ke syurgaNya. InsyaAllah. :')

Kalau yang biasa tinggal solat tu, jom kita sama-sama cukupkan 5 waktu. Kalau yang suka sangat tengok lelaki/perempuan tu, sudah-sudah la tu. Kalau yang selalu terbuka sini sana aurat tu, meh kita tengok video you-tube cara-cara pakai tudung tutup aurat. Meh semua meh, kita sama-sama berubah. Jom!

source: GOOGLE

Ingatlah, perempuan yang baik diciptakan untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik diciptakan untuk perempuan yang baik. InsyaAllah. :)

8 comments:

  1. kak ann ^^ annur ayat 31 kan tu ?? chayo-ii . kawen nnti jempot sy oke :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau overall boleh dikatakan ayat 31. hehe.. lambat lagi sayang kak ann nak kahwin. insyaAllah, nanti sampai laa jemputan kat awak. ;)

      Delete
  2. comel je header. insya Allah, apabila tiba waktunya nanti , bergelar isterilah awk nanti. Allah swt menciptakan manusia itu berpasang pasangan. kalu jodoh tiada di dunia, di akhirat kelak. insya Allah.sesungguhnya janji Allah itu pasti dan Allah swt tidak akn memungkiri janjinya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih. saya yakin dengan janjiNya! :)

      Delete
  3. saje nak menyibuk. hehehe.

    ReplyDelete
  4. Sya pun nk kawin jugk..

    ReplyDelete