Assalamualaikum...

Blog ni hanyalah mengenai rentetan hidup, luahan hati dan tempat curahan segala idea dan pendapat penulis.

Blog ini juga ada menggunakan perkataan aku sebagai penulis yang mana mungkin kasar dan tak mesra bunyinya. Sorry not sorry, this is my style.

Aman tanpa perang,
Ammanda Elydia.


Friday, 31 July 2015

Nasi Goreng Cina

Assalamualaikum w.b.t.

Huihhh penat betul hari ni kemas dapur. Dah lah banyak serangga, kecik-kecik pula tu. Alaa serangga yg warna hitam kecik ada dalam beras tu.. Tak sukaaa! Aku ni dah lah tak berapa okay dengan serangga. Memang take time la nak menghabiskan kerja kat dapur yg should be 1-2 hours boleh siap, ni bawa dari tengah hari, sampai ke petang! Tobat dahhh.

Alhamdulillah hari ni berjaya puasa selama 17 jam lebih. Awat 17 jam tu? Yela kan kat sini tengah summer, so siangnya panjanggg. Subuh pukul 2 pagi, maghrib pukul 750 malam. Memang lah 17 jam. Okay post ni sebenarnya nak kongsi kan resepi berbuka aku petang tadi.

Bila google resepi tiba-tiba tekak terasa nak makan nasi goreng cina. Dah tu search la kita kat satu blog ni nama Azie Kitchen. Blog ni banyak kongsi resepi best dan simple mudah je nak buat. So, meh kita share sikit resepi dia.

Bahan bahan:
1 mangkuk nasi putih
1-2 sudu besar mentega
Minyak masak
Minyak bijan *ni I tak guna pun sebab tak ada*
3-4 ulas bawang putih - tumbuk *lesung tak ada so kita ketuk penyet-penyet jaa*
4 ulas bawang merah - hiris *bawang merah tak ada I ganti bawang besau. boleh laaa*
Isi ayam - potong kecil *ganti sosej sebab nak jimat ayam susah nak pi beli*
Udang secukupnya *allergik, so tak letak*
1 sudu besar lada sulah - tumbuk *I guna yg serbuk punya*
2 biji telur

Bahan Sayuran:
Karot - potong dadu
Cili padi - hiris
Sayur kubis - hiris panjang
Daun bawang - hiris halus
*sayur tak letak sangat sebab tak suka sangat makan sayur. Hehe

Cara cara:
1. Masukkan mentega ke dalam nasi dan kacau sehingga bergaul rata.
2. Panaskan minyak dan minyak bijan, tumis bawang putih, diikuti dengan bawang merah.
3. Kemudian masukkan ayam dan karot. Masukkan sedikit air untuk menghentikan bawang dari terus masak.
4. Masukkan pula udang, cili padi dan lada sulah.
5. Ketepikan semua bahan, tuangkan telur dan kacau rata sehingga telur betul betul masak. Jika nampak kering boleh tambah minyak.
6. Masukkan garam dan gula.
7. Kemudian masukkan nasi yang telah digaul dengan mentega tadi. Kacau rata lagi.
8. Akhir sekali, masukkan sayur kubis dan daun bawang. Kacau rata dan biarkan sayur agak lembut, tutup api. Sedia untuk dihidangkan!

Yaa tahu aku banyak tukar resepi dia. Dah tu nak buat macam mana. Barang dapur tak ada. So kita sesuaikan la apa yg ada dan boleh kan? Alaaa jai juga hah. Alhamdulillah kenyang aku makan berbuka tadi sambil tengok cerita "P.S. I Love You". Syok oiii!

Nanti boleh lah cuba masak lagi untuk housemates bla diorang balik sini nanti kan. Sedap weyhh nasi goreng dia. Aku pula hantu nasi goreng cina. Uihhh, nanges rasa masakan sendiri. Harapnya bila masak untuk orang nanti, jadi lah ya. Hahaha

Nasi Goreng Cina versi Ammanda! Voila!

No comments:

Post a Comment