Assalamualaikum...

Blog ni hanyalah mengenai rentetan hidup, luahan hati dan tempat curahan segala idea dan pendapat penulis.

Blog ini juga ada menggunakan perkataan aku sebagai penulis yang mana mungkin kasar dan tak mesra bunyinya. Sorry not sorry, this is my style.

Aman tanpa perang,
Ammanda Elydia.


Friday, 31 July 2015

Rendang Ayam Ala Perantau

Assalamualaikum w.b.t.

Hari ni dah syawal yg ke berapa ya? Hmm, kalau raya hari tu jatuh pada tarikh 17hb Julai.. so today dah 31 Julai kan. Maknanya dah raya ke 15 lah kan? Haaa dah setengah bulan dah rupanya aku beraya kat perantauan tahun ni. Jangan sedih manda jangan sedih..

*meraung setengah jam* okay, back.

Huh, drama sangat. Hahaha.. Terasa-rasa rindu Malaysia dan seisinya. Rindu suasana raya di Malaysia, walaupun tak lah semeriah masa kita kecik-kecik dulu kan. Hari raya sibuk nak kutip duit raya, pusing kampung bagai. Pakai baju ada tema setiap family. Tahun lepas oren, tahun ni rainbow, tahun depan mak kau hijau. Ehh? Hahaha

Tapi yg paling aku rindu bila raya ialah Rendang Ayam ibu laa. Kalau dapat makan dengan nasi impit, perghhh tak pandang dah lauk lain weyh! Sedap nya rendang ibu *nanges rinduuu*

So sebab tak boleh nak rasa rendang ibu buat, apa lagi buat sendiri la jawabnya! Haa maka misi meng'google' resepi rendang ayam perantau pun bermula! Dah kenapa perantau nya? Sebab bila perantau ni, ingredients nak masak tu.. limited tau. Ada yg tak ada jual kat sini, ada pula yg jual tapi mahal nak mampuihhh. So, cari la resepi yg ala-ala perantau... Kerana mereka-mereka ni faham la perasaan kita-kita ni.. Sobsss.

Jumpa lah juga satu blog ni, dia bagi resepi perghhh senang dan mudah! Rasa dia macam mana and sedap ke idok tak tau la lagi sebab belum buat kan. Ni just share je dulu so senang nak tengok balik. Kau jangan tak buat pula manda. Perangai sangat..

Ok la. Mehh nak share resepi dia.

Bahan-bahan:

Ayam - Guna sekor la kan, baru dapat makan banyak.. nyum nyummm

Bahan blend:
*10 biji bawang merah kecik atau 2 biji bawang merah besar
*4 ulas bawang putih
*15 biji cili padi *kat sini susah nak dapat cili padi, mahal nak oiii
*15 tangkai cili kering *depends nak pedas mana la kan
*1 inci halia
*1 inci lengkuas
*1/2 inci kunyit hidup

2 batang serai - dititik
2 helai daun kunyit
5-10 helai daun limau purut - dihiris kasar, buang garis tengah
4 cawan santan pekat *sebab guna sabtan debu, so pandai-pandai la estimate
4-6 sudu kerisik
garam dan gula secukupnya

Cara-caranya:

  1. Perap ayam yg dah dipotong kecik dengan bahan-bahan blend tadi dan serai for 1 hour. Jangan lupa masukkan garam sekali (3sudu)
  2. After 1 hour, masukkan ayam tu dalam kuali di atas dapur yg menyala apinya.
  3. Masukkan santan dan masak sampai mendidih. Jangan lupa kacau pula, nanti santan limpah.
  4. Masukkan daun limau pururt, daun kunyit, kerisik dan garam. Rasa dulu before add garam sebab maa perap dah letak kan..
  5. Masak ayam tu sampai laa empuk dan agak pekat. Kalau suka kering, tunggu sampai kering.

Done! Boleh la makan dengan nasi impit ke, ketupat ke, lemang boleh, pulut kuning pun boleh. Nak ratah camtu pun boleh. Tapi paling best makan dengan nasi impit. Oihh peberet kita tuuu. Sedap ermmm. Kecuq ayaq liuq!

Terima kasih tuan blog sebab sudi share resepi yg mudah dan ala-ala perantau. Tapi apasal lah I tak boleh follow blog you? Hmmm.


No comments:

Post a Comment