Assalamualaikum...

Blog ni hanyalah mengenai rentetan hidup, luahan hati dan tempat curahan segala idea dan pendapat penulis.

Blog ini juga ada menggunakan perkataan aku sebagai penulis yang mana mungkin kasar dan tak mesra bunyinya. Sorry not sorry, this is my style.

Aman tanpa perang,
Ammanda Elydia.


Saturday, 1 August 2015

Nasi Goreng Ikan Bilis

Assalamualaikum w.b.t.

Semalam siap kemas bahagian dapur, buang rempah-rempah yg mana dah expired sebab housemates balik sini balik nanti dah bawa yg baru. So yg lama kena la sort out dan buang. Hari ni puasa, dan hari ni juga la nak menyapu satu rumah, nak vacuum semua bilik, nak mengemop nya lagi. Puasa puasa juga tapi kalau dah bosan, nak buat macam mana kan.

Oleh sebab banyak buat kerja hari ni, letih lah kita ni nak memasak kan. Tengok kat dapur tadi, nasi putih semalam masih ada dan elok lagi. So petang ni berbuka dengan nasi goreng pula la kita. Tapi cemuh la kalau nak makan nasi goreng cina sama macam semalam kan?

Hari ni google lagi nak masak nasi goreng apa. Tengok resepi kat Azie Kitchen(again). Hajat di hati nak makan nasi goreng ikan bilis. Hmmm. Rare ni kalau si gadis bernama ammanda ni nak makan nasi goreng ikan bilis sebabnya si ammanda ni tak berapa nak gemar ikan bilis! Haha Apa-apa pun, nasi goreng sudah dibuat dan selesai masuk perut sudah..

Presentation out! Kesah? :P

Bahan-bahan:
Nasi putih *kalau guna nasi sejuk lagi sedap
8 ulas bawang merah *tapi I ganti dengan bawang besauuu
4 ulas bawang putih
2-3 sudu besar cili kisar - ikut pedas disukai
Segenggam ikan bilis - tumbuk seketika jer
2 biji telur
Sayur kubis/kacang panjang
Garam

Cara cara:
1. Tumbuk bawang bawang dan masukkan cili kisar. Gaul rata.
2. Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk tadi dengan api perlahan sehingga cili benar benar masak.
3. Kemudian, masukkan pula ikan bilis yang ditumbuk kasar sehingga agak masak, masukkan sayuran. Kacau seketika.
4. Masukkan pula telur dan kacau rata sehingga telur hampir masak, terus tuangkan nasi.
5. Kacau sehingga rata dan taburkan garam. Sesuaikan rasa dan bolehlah ditutup api.
6. Sedia untuk dihidangkan.

Mudah kan? Siapa kata nak masak ni susah? Pemalaihhh je selama ni. >_<

Actually dulu memang tak berani nak masak sebab tak tau nak letak apa, nak masak macam mana. Sekarang dah berani nak masak, tapi masih tateh-tateh lagi nak belajar. Belajar kan sepanjang hidup... Tak kan pernah habisnya belajar.

So, good luck buat diri ini di masa hadapan! ;)

No comments:

Post a Comment