Pages

Saturday, 24 December 2016

Penyertaan Rasulullah SAW Dalam Usaha Membina Semula Al-Ka'bah


Assalamualaikum w.b.t.

Kaabah telah dibina oleh Nabi Ibrahim a.s. untuk mengerjakan ibadat kepada Allah SWT. Pembinaan dapat dilaksanakan selepas menghadapi beberapa persengketaan dan permusuhan dengan penyembah-penyembah berhala.

"Dan (ingatlah), ketika Ibrahim meninggikan (membina) dasar-dasar Baitullah bersama Ismail (seraya berdoa): "Ya Tuhan kami terimalah daripada kami (amalan kami), sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui".

(Surah Al-Baqarah 2:127)

Setelah beberapa ketka berlalu, Ka'bah tadi pun mula retak-retak dan pecah. Antara bencana yang telah melanda dan merubah Ka'bah ialah banjir, beberapa tahun sebelum dibangkitkan Rasulullah. Ini menyebabkan puak-puak Quraisy terpaksa berusaha untuk mendirikan semula binaan Ka'bah kerana kehormatan dan kemuliaannya. 

Dalam usaha mendirikan semula Ka'bah ini, Rasulullah turut sama memberi sumbangan fikiran dan tenaga. Baginda sendiri telah berusaha mengangkut batu-batu dengan tangan baginda sendiri. Baginda dapat mengatasi masalah yang dihadapi oleh puak-puak Arab iaitu siapa yang lebih uatama meletak semula Hajarul Aswad ke tempat asalnya. Perbalahan ini dapat diatasi dengan Nabi merentangkan kain, dan semua ketua puak memegang setiap bucu dan sama-sama meletakkannya ke tempat asal.

Semua bersetuju untuk melakukan seperti yang dicadangkan nabi kerana bagnda memang terkenal di kalangan orang-orang Arab di masa itu dengan gelaran "Al-Amin" yang mempunyai amanah dan disukai ramai.

PENGAJARAN DAN RENUNGAN

1. Keagungan dan kemuliaan Ka'bah sejak zaman berzaman bermula dengan peletakkan batu asa binaan oleh Nabi Ibrahim a.s.. Ka'bah dijadikan rumah yang ulung dan pertama untuk menunaikan ibadat kepada Allah dan sebagai tempat keamanan dan kesejahteraan umat manusia seluruhnya. Allah memerintahkan nabi supaya menghapuskan segala berhala untuk menunjukkan bahawa rumah ibadat Allah sahaja yang boleh tertegak dan kekal.

Ka'bah melambangkan  syiar perpaduan umat Islam dan tempat pancaran sinaran tauhid. Firman Allah SWT,

"Dan (ingatlah), ketika Kami menjadikan rumah itu (Baitullah) tempat berkumpul bagi manusia dan tempat yang aman. Dan jadikanlah sebahagian maqam Ibrahim tempat shalat."

(Surah Al-Baqarah 2:125)

2. Kebijaksanaan nabi dalam menyelesaikan perbalahan antara puak tersebut. Kebiasaanya perbalahan akan berakhir dengan pertumpahan darah, tetapi Nabi Muhammad berjaya menyelesaikannya. Ini merupakan anugerah Ilahi kepada baginda sebagai seorang nabi. Keupayaan ini bersumber dari keNabian, bukan dari kepintaran semulajadi.

Faktor uatam pembentukan nabi ialah kerasulan dan kenabiannya, dan anasir-anasir yang alin merupakan faktor tambahan sahaja.

3. Ketinggian dan kelebihan Nabi Muhammad SAW di kalangan orang-orang Arab Quraisy sehingga mereka mempercayai sepenuhnya apa yang diperkatakan baginda, sehingga baginda digelar "Al-Amin".

Berdasarkan apa yang telah diperkatakan ini, dan masih ada lagi orang-orang Quraisy dan Arab umumnya yang tidak mahu beriman dengan Nabi Muhammad SAW malah menentangnya pula, maka ini membuktikan hasad dengki dan kedegilan mereka terhadap apa yang dibawa oleh nabi dan terhadap kebenaran.

* * * * *

Alhamdulillah selesai lagi satu entry tentang Fiqh Sirah ni. InsyaAllah apa yang cuba disampaikan ini dapat memberi manfaat buat semua, dan dapat beri peringatan juga buat diri ini yang sentiasa lupa. Mohon ampun dan maaf atas kesilapan yang ada. Mohon komen agar sama-sama kita dapat perbaiki kesalahan dan berkongsi pengetahuan.

Segala yang baik itu datangnya dari Allah, dan segala yang buruk juga datang dari Allah tetapi disandarkan kembali kepada aku insan yang lemah ini.

Rujukan: Fiqh Al-Sirah, Jilid 1.

No comments:

Post a Comment