Assalamualaikum...

Blog ni hanyalah mengenai rentetan hidup, luahan hati dan tempat curahan segala idea dan pendapat penulis.

Blog ini juga ada menggunakan perkataan aku sebagai penulis yang mana mungkin kasar dan tak mesra bunyinya. Sorry not sorry, this is my style.

Aman tanpa perang,
Ammanda Elydia.


Friday, 20 June 2014

WINTER BREAK 2014 : Paris Disneyland.

Assalamualaikum!


Hah, baru nak sambung pat Disneyland? Dah lapuk dah ceritanya haaa. Ehh, tapi memori tu kekal selamanya tau. Tak kira, nak juga cerita. Buat kenang-kenangan kalau nak baca balik kan. Biasa laa, memori kekal selamanya pun kalau dah makin tua, nyanyuk tu datang tak ingat juga ye kan?

Ok, sebelum aku makin mengarut tak tentu hala, meh kita throw back al kisah hari ke-3 di Paris. Ceritanya bermula dengan kisah yang saaangat menyayat hati. Apartment kami kena pecah masuk malam tu. Sorang pun tak sedar ada orang masuk. Boleh tau tu sebab pagi tu masa tengah sarapan, aku terfikir pasal duit nak bayar masuk Disneyland ada tak, cukup tak.

Aku pun pi la cek wallet. Sekeping duit un tak ada. Aku pelik. Mula-mula ingat ada toyol ke rumah ni. Haha, tahyul gila fikiran. Then, teringat semalam ada pi bilik budak-budak ni sebab langsaikan hutang. So, ingatkan tertinggal kat bilik diorang la. Tapi, impossible.. sebab aku ingat aku kemas wallet aku semalam sebelum tidur.

Dah muka cuak, aku kejut budak-budak ni, suruh semua cek wallet masing-masing. Yep, habis duit kami kena kebas! Dalam ramai-ramai aku yang paling banyak hilang. Hampir RM1000. Hilang dalam note pound dan euro. Licin terus! Nasib dia tak ambik sekali dengan dollar dan rubble. Alhamdulillah dia tak buat apa-apa kat kami. Semua selamat. Bahaya juga anak dara semua ni haa.

Dah kecoh-kecoh hilang duit, mood nak pi enjoy Disneyland tu merudum la jugak kan? Semua wat cool, kitorang gerak juga pi Disneyland. Yela, dah rancang bagai kan.. Hati tawar habis laa. Duit kena kebas oiii! Sampai Disneyland, memang kita enjoy habis-habisan laa. Lupakan segala kisah duka dan lara yang berlaku. LOL.

Ok, ni sambung dengan gambar la pulak ya. Hehehe.

Depan entrance kita tangkap gambar dulu. Hehe

We were here, Disneyland.



Fefeeling British gituhhh. :p

Model: Alia comey. :)


Ratatouille..!

Wayang kulit versi Disney. Ok tak. Haha


Berapa percentage persamaan kami? :P


Jumpa Mickey Mouse! ^_^

Don't eat me! >_<


Depan 2nd entrance.


Princesses are waiting for their princes. >_<"






Roller coaster from far. Best gilosss!

Rumah hantu. Tak takut pun. *jangan percaya*











Princesses castle. Dalam dia saaangat cantik!


Dalam Princesses castle.



Malam pukul 7 ada pertunjukan kat castle ni. Penutup dia terbaik, bunga api cantik gilosss! Paling dirindui bunga api dia la. Terbaikkk!

Disneyland Paris, a place must go. Ikutkan hati tak puas kalau main kat sini dalam 1 hari je sebab park dia ada 2 dan sangat besar. Kalau nak betul-betul puas hati, kena ambik tiket 2 hari 2 park. Hah, yang tu terbaikkk!

Next, Disneland Hong Kong la pulak. Adiosss!

Thursday, 19 June 2014

Pesanan seorang sahabat.

Assalamualaikum.

Hidup di dunia yang penuh dengan cabaran dan dugaan sangat mencabar diri ini untuk terus menuju ke hadapan, terus melangkah dengan semangat. Sungguh, kadang-kadang diri ini rasa seperti dah tak mampu, tak kuat untuk bangun dari jatuh yang menyakitkan. Berkali-kali pulak tu. Rasa macam nak terus duduk, dan biar masa berlalu pergi.

Masa ini, hati tak payah cakap lah kan? Pasti tengah retak. Ada yang berderai lagi. Dalam duduk kita itulah, kita cuba panjangkan tangan untuk mengutip serpihan yang berkecai tu. Kadang-kadang, dalam waktu mengutip itu, tangan kita terhiris luka. Sakit lagi. Kutip lagi, luka lagi, sakit lagi.

Waktu ini lah kita perlukan kekuatan dan sokongan orang lain. Allah hantarkan insan-insan itu untuk menhulurkan tangan mereka. Menarik kita bangun, menyapu debu di baju dan memimpin kita melangkah lagi. Sungguh, insan sebegini tidak ramai. Siapa sahaja yang sanggup dan mampu menjadi sahabat sebegini?

Alhamdulillah, aku tenang hidup di sini. Ramai teman dan sahabat sebegini. Menjadi tulang belakang antara satu sama lain. Kau jatuh, aku angkat. Aku jatuh, kau pula yang angkat. Syukur, masih ada yang menyayangi dan mengambil berat walau kita tak ada talian darah. Syukur! :')

Ohh ya. Ada seorang sahabat ini, dia tinggal pesan pada diri ini. Pesannya amat baik sekali. Teringin pula rasa nak berkongsi. Mungkin boleh membekalkan pahala yang berterusan buat sahabat ini kalau-kalau ada yang mengikuti? InsyaAllah.

Ini pesannya:

Be the best sister in the world for your heart.

  • Seorang kakak yang sentiasa menjaga dan mendidik adiknya supaya patuh pada nur hatinya. Tak mudah melepaskan dirinya kepada orang lain.
  • Seorang doktor yang menjaga peradaban, kehormatan, maruah mahupun aurat agar dirimu sentiasa mahal untuk sesiapa tetapi murah dan eksklusif hanya yang ditakdirkan untukmu.
  • Seorang kakak yang menjaga belakang bajunya supaya tak nampak belakang.
  • Seorang kakak yang menyuruh hatinya melakukan kebaikan dan meninggalkan keburukan. Selagi boleh..
  • Seorang kakak yang meleteri hatinya atas kejahatan/kealpaan yang dilakukan dan menasihatinya kembali.
  • Seorang kakak yang memuji atas kebaikannya tetapi sentiasa mengingatkan akan bahaya pujian itu.

Be the best brother in the world to your body and soul.
  • Seorang abang yang melindungi tubuh, maruah dan hati dirinya supaya tak terjatuh dengan mudah pada tipu daya.
  • Seorang abang yang bijak dalam menganalisis setaip kata-kata/janji manis yang diberikan oleh orang lain.
  • Seorang abang yang teguh akan setiap prinsip dan kata-kata yang akan mahupun yang telah dibina.
  • Seorang abang yang tidak sentiasa lelah menolong dirimu, memberi harapan dan kata-kata kebaikan dalam dirimu menyelusuri kehidupanmu di sini.
  • Seorang abang yang turut sama membantu kakakmu dalam menjaga diri, hati, iman, maruah...

Semoga dirimu sentiasa diberkahi.

Panjang pesannya dan insyaAllah akan disemat dalam hati. Kalau anda terbaca entry ini, anda tahu siapa anda. Nanti boleh kutip saham pahala anda di akhirat nanti ya! ;)


Terima kasih daun keladi!


Sunday, 8 June 2014

Day 100. The sparks have gone.

For you...

* * *

You.
Who broke my heart into pieces.
Who made me cry a river of tears.
Who walk out of my life for no apparent reason.

You.
Who failed to realise which one is reality.
Who never see what's in front of you.
Who doesn't know which one is true.

You.
Who is dazzled by different lights.
Who forgot the love in your heart.
Who can't be true.

You.
Who used to call me baby.
Who used to say you miss me.
Who used to whisper I love you.

Yes, it's you.
Who was someone I used to know.

* * *

Thank you for everything you had done. You make me grow, stronger and wiser.
So strong that it would take tons and tons and tons of rocks just to break my heart, again.
So wise that I will never, ever and ever fall to that lie again.

Thank you for passing by in my life.
Thank you for all the lessons you gave me.
Thank you for being somebody that I used to know.

Thank you, friend.


The sparks have gone. 
If only you can trigger it back...

Sunday, 18 May 2014

WINTER BREAK 2014: Paris Part 2.

Assalamualaikum.

Mehh kita sambung part 2 cerita kita. Semangat akak menulis ya. Tak sedar kurang 2 bulan lagi nak final ni. Ulangkaji tak, belajar apa pun tak. Cantik peghangaiii. Hahaha. Weekend kena rehat-rehat kan? :P

Okey, hari kedua bermula dengan trip to Marche! *maksud dia market. Trip ni tak dirancang pun. Masa kami dah sampai kat sana, masa malam tu baru ada kawan cadang kan nak pi sini. Not bad la walaupun macam bosan sikit. Hahaha. Banyak je jual pakaian, beg, souvenir kat market ni. Dia macam ada banyak market dalam market ni. Markets in market. Err, faham ke? Buat-buat faham je la ya. Hoho \(^o^)/

Depan salah satu market. Sini dia jual pelbagai barangan antik. Tehee~

Found this big pencils. Imma so hungry! Aummm!

Imma so gemuksss! Bina lemak masa winter. hah, amik ko! >_<

Then, kami proceed perjalanan kami naik metro ke Charles de Gaulle. Dekat stesen ni ada Arc de Triomphe! One of the most famous amos in Paris. Monument ni terletak kat hujung Champs-Élysées. Pasal Champs-Élysées ni aku cerita kat bawah nanti.


My girls n of course imma the cameragirl. -..-

Kat sini kan, ada satu kejadian yang tak diduga. Biasanya kan, orang akan pesan suruh hati-hati kat Paris sebab banyak pencopet. Kejadian kami lain sikit. Ada kat sekitar ni kan satu kumpulan kecik yang minta sumbangan apa ntah. Mula-mula dia akan suruh kita sign tau atas borang dia. Tulis nama, negara, sign. Then, tetiba dia akan minta duit dengan kita. Pastu paksa2 kami kena bayar juga. Sedangkan sebelum tu dia tak cakap pun yang dia nak kutip derma. Dia just suruh sign je. Kawan aku ni dah bertekak dengan dia. Macam-macam la keluar dar mulut haa. Lepastu dia blah je cari mangsa lain. You don't know who's you dealing with. ;)

Puas dah kami tangkap gambar kat sini, kami teruskan perjalanan sepanjang Champs-Élysées. Panjanggg gila dan branded gila kedai-kedai kat sini. Ada yang pi usha beg nak beli untuk mak kat Malaysia. Ada yang pi usha baju untuk diri sendiri. Tapi cuci mata je la yang mampu. Mahal bak hanggg. Iskkk~ T_T

View sepanjang Champs-Élysées.

Sampai kat hujung Champs-Élysées ni, ada Place de Concorde. Satu menara tercacak tengah-tengah jalan. Tak silap piramid kecik kat atas tu made of gold. Tak silap laaa.. Huhu.

Place de Concorde.

Depan Place de Concorde ni ada fountain. Siapa pernah tengok cerita The Devil Wears Prada? Kan ada masa last scene cerita tu, heroin dia campak hp dalam fountain. Haa, ni la fountain tu. Gituuu semangat nak cerita. Hahaha. >_<


Pastu kan, kami decide nak naik Ferris Wheel. Tak besar dan tinggi mana pun. Biasa-biasa je. Tapi gayat juga la dibuatnya. Huhu. Harga tak silap 10 euro. Dua kali pusing. Hmm, oke la...

View from above.

Abaikan muka gemuk tu. :P

Turun benda alah tu, kami proceed lagi jalan ke arah fountain yg korang nampak dalam gambar atas tu tadi. Nampak macam keck je kan dari atas, tapi besar la jugak. Ada itik warna hijau kat kolam tu! Eksaited weyhhh! Lama dah nak tengok itik kaler hijau camtu. Haha.

Sambung lagi jalan menuju ke Musee de Louvre. Berhenti kejap ambik gambar. Penat kottt jalan dari hujung sana ke hujung sini. Ada laaa dalam 5km. Letihhhhh!




Selfie depan Musee de Louvre. ;)

Dah nak malam, kami pun gerak balik. Jalan-jalan cari stesen metro, kami singgah kedai-kedai tepi jalan. Ada laa beli keychain, baju sikit. Ohh ya, kami berhenti kejap kat jambatan Ponts de Art. Alaa, jambatan mangga tu. Yang orang letak mangga kunci kat jambatan tu. Kononnya kunci cinta dekat jambatan tu la. Sebab gelap sangat dah malam, no picture was taken. Batery hp pun tak mengizinkan juga. Huhuuu~

Then, kami singgah kedai makan. Isi perut dulu seround. Lapar sangat dan letih sangat-sangat-sangattt. Kat sini ada kedai muslim, halal. Tapi susah juga la nak jumpa. Kedai ni akak bagi 4 bintang. Kurang 1 bintang sebab makanan dia sikit sangat compared to harga dia yang agak la mahal. Tapi sedap laaa! :)

Selesai semua, kami terus balik. Malam kena rehat kaw2 sebab esok nak pi main Disneyland! Weee~

All the pictures were taken with Samsung S3.