Assalamualaikum...

Blog ni hanyalah mengenai rentetan hidup, luahan hati dan tempat curahan segala idea dan pendapat penulis.

Blog ini juga ada menggunakan perkataan aku sebagai penulis yang mana mungkin kasar dan tak mesra bunyinya. Sorry not sorry, this is my style.

Aman tanpa perang,
Ammanda Elydia.


Saturday, 15 August 2015

Spagetthi Carbonara (Home Made Sauce)

Assalamualaikum w.b.t.

Semalam pergi Ashan jalan-jalan shopping dari tengahhari sampai ke petang. Balik tu dah tak larat sangat sampai lembik kaki. So semalam lepas solat maghrib, dia mesej good night. Nak tidur dah katanya. Aku pun dah tak larat dengan mengantuknya lagi pun nak tidur awal juga la. Sedar balik dalam pukul 1 lebih. Solat isya' apa semua then tunggu subuh.

Masuk je subuh ingat nak tidur balik tapi malam dah tidur kaw-kaw, so hari ni kena produktif la sikit kan.. Perut lapar, masuk dapur tengok barang dapur apa yg ada. Beras yilek! Makan mee la jawabnya.. Aku ni bukannya suka sangat makan mee goreng, mee berkuah semua tu except kueytiow. Kat sini pula nak masak mee kena guna spagetti sebab mana ada orang jual mee kuning sini. Memang tak selera sangat la makan. (memilih sangat makan ni haaa.. belajar bersyukur manda oiii...)

Tiba-tiba tekak teringin nak makan spagettie carbonara. Haa barang-barang macam ada semua. Kalau tak ada pandai-pandai la adjust ye dokk? So selepas di google resepi carbonara ni, senang je nak buat. Aku combine je semua resepi. Hasilnya sedap weyhhh! *masuk bakul, angkat sendiri nampak :P  Tak guna sos Prego pun dan paling penting senang dan cepat! 30minit comfirm siap! ;)

Bahan-bahan:

Butter/olive oil untuk tumis bawang
Bawang putih 5 biji potong dadu
Bawang merah 1 biji (ganti dengan bawang besar) cincang halus
Ayam/udang/sosej
Tepung gandum 1-2 sudu (untuk likatkan)
Susu segar 500ml
Lada hitam tumbuk
Garam
Parsley/basil untuk hiasan (tak letak)
Cheese parmesan/cheddar (guna yg slice je)

Cara-cara:

1. Masukkan butter/olive oil dan tumis bawang. Gaul sampai naik bau dan warna.
2. Masukkan ayam/udang/sosej. Sebab udang tak makan, sosej pun tak terasa macam nak, so kita letak ayam je. Potong kecik-kecik.
3. Then letak tepung gandum 1-2 sudu
4. Masukkan susu segar. Actually ikut suka je nak letak banyak mana pun susu tu, ikut selera masing-masing. ;)
5. Campurkan sedikit air dan kacau sehingga mendidih.
6. Kemudian masukkan lada hitam dan garam secukup rasa. Kacau sehingga berkrim.
7. Kalau ikut resepi, masukkan parsley/basil. Tapi sebab tak ada, kita skip je step ni.
8. Masukkan cheese, kacausampai likat dan siap!

Presentation out. Yg penting rasa dia umpphhh!
Hahaha :P

Jangan lupa rebus spagetti tu! Tips: tunggu air betul-betul panas baru masukkan spagetti, tambahkan sikit garam untuk rasa dan minyak supaya tak melekat bila kering.

Aku pun tak sure juga macam mana rasa asal spagetti carbonara ni, and I'm very sure that it doesn't look like this or must I say, it shouldn't? Hahaha >_<  Aku suka kuah dia banyak, so memang limpah la kan.. Atas masing-masing nak makan macam mana. Pilihan di tangan anda!


Monday, 10 August 2015

#dombayretreat Part 2

Assalamualaikum w.b.t.

Haa kali ni kita sambung balik cerita #dombayretreat kita. Hari tu kan dah cerita day 1 punya. So kali ni aku share day 2 and 3 pula yaa (kalau cerita jadi panjang, sambung next post lagi :P ).

Second day kitorang siap awal, nak berebut sarapan kat kafe bawah hotel ni. Kalau lambat tak dapat seat, tak dapat makan. Haha Apa punya perangai laaa. Tourists lain putih mata je tengok kitorang ambik makanan macam pirana, berdesuppp hilang semua makanan atas meja! >_<

Hari ni first activity kitorang sambung balik ikut tentatif program semalam which is a 'visit to waterfall! Kenapa aku letak tanda "" ni? Haaaa. Sebab ni visit bukan sebarang visit! Aku ingat datang sini, tak ada lah istilah expect the unexpected.. Rupa-rupanya kalau dah namanya Russia, bawa lah istilah tu ke ceruk Russia mana pun kau pergi anak oiii!

Aku si tudung oren, beg merah.

Mula-mula kitorang diberi taklimat tentang aktiviti hari ini. Katanya tak payah pakai tebal, sebab nanti panas dalam sana. Ahh sudah mana nak simpan jaket buluss iolls ni? Nak tak nak memang pakai je la dulu sebab masa tu sejuk lagi. Pastu terfikir yg waterfall mesti sejuk kan. So tak apa lah. Okay je kut.

Tak ku sangka tak ku duga, a visit tu waterfalls turns to be a jungle-trekking! Allah je yg tahu betapa peritnya perjalanan itu. Memang lah masa tu baru habis intervarsity games tapi badan terkejut lah juga tiba-tiba kena jungle-trekking bila mental tak bersedia. Macam-macam betul laaa..

Matahari memancor-mancor. Makanya jaket bulus iolss sudah tak berzip.
Panas nak oiii >_<
Along the journey, pihak Azam Russia ada sediakan game and competition. Team mana post gambar paling kreatif dan banyak kat insta ada peluang lah nak menang hadiah. So kita yg bajet kreatif dan semangat ni pun try la nak isi sepanjang journey tu tangkap gambar nak buat sequel lah konon dari awal sampai ke destinasi. Boleh lah try tengok hashtag #dombayretreat. Ada lah gambar2 travel kami dalam tu. ;)



Lama-lama dah tak larat weyhh nak tangkap-tangkap gambar ni bagai. Cerita ke mana, gambar ke mana dan aku pula entah ke mana. Semuanya ke lauttt. Hahaha..

Ada macam twilight tak, macam Edward Cullen. Ahakss.

Penat-penat pun gambar tetap senyum. :)

Sejam duk jungle-trekking sampai la kitorang kat satu dataran sungai ni. Tempat ni lawa sangat. Air sungai sejuk je.. Rasa macam nak je minum air tu sambil berenang-renang seperti kanak-kanak ribena yg lain. Malangnya itu semua angan-angan.. Perjalanan harus diteruskan jua...

Sungai lawa, sejuk bersih.
Pemandangan belakang yg gunung salji tu cantik sangat3!


Rupa-rupanya air terjun tu jauh lagi weyhhh. Dapat tahu yg sungai kitorang stop tu, baru half way nak ke waterfall tu. Apa boleh buat, sekali melangkah tak kan mengalah. Perjalan diteruskan lagi. Hahaha Macam-macam weyhh kitorang kena redah. Turun naik bukit curam. Redah semak, lalu sungai, lalu bawah pokok tumbang bagai. Sampai satu masa aku jadi terfikir, ada ke orang yg pernah lalu sini ni. Pokok semak samun pun dia baru tebas ni. Aishh risau aku...

What is ukhuwah?
Ukhuwah is when we dance together through the storm.

Nampak air terjun kat atas tu? Haa nampak kecik je orang-orang kat atas tu.
Ya tinggi dan jauh lagi nak panjat ni...

Dah sampai kaki gunung ni, kitorang kena panjat bukit salji yg licin curam ni. Merangkak-rangkak weyhh nak sampai atas ni. Haa tahu tak, bawah timbunan salji ni la air terjun tu lalu.. sambung sampai ke bawah mengalir jadi la sungai. Tinggi weyhh bukit salji ni. Gayat datang balik...

Ni Arthur, tour guide kitorang.

Alhamdulillah sampai atas tu lega sangat.Tapi tak dapat sduduk sebab sempit ya amat.. So tangkap-tangkap gamabr macam tu je. Hmmm. Not a really nice memores. But a good experience. Boleh lah buat modal berlagak dengan geng kan aku panjat gunung salji bagai. Puiii.

Thumbs up sebab berjaya panjat waterfall ni! :')

Balik dari jungle-trekking kitorang pi naik kuda! Haa tak semua yg pergi naik kuda ni. Ada yg ikut, ada yg tak. So aku ikut la sebab bukan senang nak dapat naik kuda pusing-pusing padang rumput kat Dombay ni kan. Kat sini lawaaa. Tanah lapang hijau je..

Kuda hitam iolss paling tinggi dan paling besar.
Nampak gahh je. Gayat aku dibuatnya.. >_<

Untaaa...

Nampak bukit-bukit hijau tak jauh dari area tu. Ada kuda banyakkk sangat! Haa kat Malaysia kalau kita balik kampung biasa la kan nampak lembu sepah-sepah tepi jalan kan? Tapi kat sini, kuda sepah-sepah tepi jalan. Tak diikat pun.. Diorang ni biar je kuda-kuda ni ragut rumput kat padang ni. Tak ada pagar apa pun... Pemandangan dia bombastik artistik fantastik! Tak tau nak cakap macam mana.. Tenang je tengok... :')

Belakang tu banyak kuda tengah berkeliaran berlari berkejaran..
Seindah bunga di tamannnnnn Hahaha

Nak ke tengah jalan takut. Padahal kereta tak ada pun yg lalu.

Aku ingat lagi Zai cakap best nya dapat naik kuda sebab tu first time dia naik kuda. Aku sendiri pun tak ingat dah bila first time aku naik kuda. Uihh tak bersyukurnya aku masa tu sebab memori pertama naik kuda tu langsung tak lekat kat kepala. Mungkin tak menghargai, tak pernah menghargai. Harapnya aku punya alasan kenapa aku tak rasa bersyukur masa tu. Sebab aku masih kecil, atau tak tahu. Ampunkan aku ya Allah...

Malam tu tak buat apa. Just rehat dan BBQ sebab tu malam last dah duduk sini. Kenyang perut, badan letih, memang pitam terus la dalam bilik tu. Ohh ya, team kitorang tak menang no 1. Kitorang.. dapat no 2! Alhamdulillah. Thank you Azam Russia..

Groupmates hebakkk!
Rasanya post kali ini boleh cerita pasal second day je kut sebab third day which is the last day banyak lagi nak cerita. So apa iktibar yg aku dapat untuk second day ni? Nampak macam biasa-biasa je aktiviti ni kan. Banyak...

Sisters fillah!

Friday, 7 August 2015

#dombayretreat

Assalamualaikum w.b.t..

Alhamdulillah setelah beberapa hari tak buka blog, tak terasa macam nak update blog sampai pi update resepi apa-apa ntah before this, akhirnya datang juga kekuatan dan kerajinan diri ini untuk godek-godek balik gambar dalam laptop, transfer semua gambar dalam hp ke laptop, download segala mak nenek gambar special untuk post ni.. *lap peluh*

Biasanya 1 Mei kan kita sambut Hari Pekerja kan.. Kat Russia ni pun sama laa. Cikgu-cikgu pun nak cuti juga kan? Students tak payah cakap laa. Dasar pemalaihhh! Hahaha Alang-alang dah ada cuti dua tiga hari tu, apa lah salahnya kalau kita berjaulah ke Dombay? Dombai? Kat India ke? Hahaha tu Mumbai la beb. Ni Dombay, Russia!

Say yooo to Dombai! 

Kami sampai Dombay pagi 1 Mei 2015. Bangun tidur(still dalam bas), before sampai kat hotel, sepanjang perjalanan boleh nampak pemandangan lawa! Pandang atas nampak gunung-gunung salji, bukit-bukit hijau. Tengah spring ni tapi kat sini masih sejuk dan sentiasa sejuk. Salji kat gunung tak pernah cair!

Salji atas gunung, sama macam kita lukis zaman kecik-kecik dulu.
Awww...

Pandang bawah terbentang bumi Allah yg hijau segar ni. Ada rumah-rumah orang tempatan sini. Sederhana, tak mewah, tak terlalu miskin. Cukup untuk hidup mungkin. Ada kebun kecil tepi atau belakang rumah. Ada kuda, kambing biri-biri. Cukup sederhana. Muhasabah diri sekejap diberi peluang untuk bertaubat sebab selama ni selalu tak bersyukur. Allah.. :')
"Sesungguhnya Allah mengetahui segala rahsia di langit dan di bumi; sesungguhnya Dia mengetahui akan segala (isi hati) yang terkandung di dalam dada." - Surah Faatir, Ayat 38.
Sampai di hotel, pihak Azam Russia(yg bawa kitorang n handle jaulah ni) bagi masa untuk siap-siap, rehat sekejap pastu semua kena kumpul untuk aktiviti pertama. Uihh masa tu tak sabau kita nak tahu apa briefing untuk aktiviti pertama ni haa..

So apa yg kami buat kat sini untuk first day ni? Haaa kitorang pi puncak gunung yg putih-putih atas tu. Perghhh best atas tu weyhhh. Best gila! :')

View from above the bridge nak ke cable car station.

View sebelah kiri bridge.

Lawa je semua pemandangan. Atas bawah kiri kanan semua mendamaikan menenangkan. Memang tak salah aku join trip ni kali ni. Niat aku memang nak berehat dari kekusutan hidup kat bandar dengan kerja harian yg tunggang langgang. Kelas sana sini, tests every classes memang kusut lah kepala. This quick escape is something I look forward to and I realy wish that I can reorganize back my schedule, my life when I return home.

From inside of the cable car

Well first station cable car ni berada pada ketinggian 1590m dari paras laut. Tu baru first station! Tak tau laa puncak gunung tu berapa kan.. Gayat oiii. Tapi takpe la cable car tu tertutup atas bawah kiri kanan semua. Pengharapan masa tu memang totally pada Allah. Kita ni gayat, nak naik tempat tinggi penakut. Kalau Allah tak bagi keselamatan dan rasa tenang dalam hati, rasa pengsan dah kut dalam cable car tu. Huhuu

"La takhaf wa la tahzan. Innallaha ma’ana. Maksudnya: Janganlah kamu takut dan janganlah kamu bersedih hati. Sesungguhnya Allah ada bersama kita".

Bila dah habis first ride, nak naik ke puncak kena tukar cable car lain pula. Tapi ni bukan cable car biasa-biasa tu. Ni cable-chair? Alaa yg duduk je atas kerusi tu, dinding apa takda, bumbung lantai takda. Haaa chair lift! Kaki kau tergantung freely on air, boleh rasa angin sejuk tiup-tiup sepak muka kau. Hahaha

Chair lift station.
Masa on the way tu, rasa speechless sebab tempat ni masyaAllah lawa sangat sangat sangattt. Kitorang tak banyak bual pun sepanjang on the way ke atas tu. Nak cerita betapa lawanya pemandangan tu, tak mampu nak ungkap dengan kata-kata. Tak ada perkataan yg sesuai pun nak cakap indahnya ciptaan Allah! Hilang gayat masa tu...


Ni lepas turun chair lift.

Lawakan tempat ni. Gambar tak boleh tangkap apa yg mata ni dapat tengok hari tu. Cantiknya tempat tu sampai sekarang terbayang-bayang kat mata ni haa. Tulis ni pun rasa macam nak menangis sebab lawanya dan rindunya aku kat tempat ni. InsyaAllah ada rezeki, nak datang lagi sini.

So apa kami buat kat atas tu? Haaa atas ni banyak sangat aktiviti yg boleh kita buat. Antaranya main snowboard, ski, slide pingu tu. Kalau tak nak main apa-apa, just nak chillex je pun boleh. Jalan-jalan cuci mata, lepak minum teh kat kafe-kafe atas  ni pun boleh. Kalau rasa duit banyak, boleh lah nak pi shopping souvenirs atas ni. Ehekk.

Tapi kan, tempat yg kitorang stop ni kan bukan lagi station last untuk cable car tu. Ada lagi yg lebih tinggi. Kat atas tu, kalau nak continue naik tak silap kena bayar lagi 50RUB dan dduk atas chair lift tu. Tapi aku tak naik laa sebab tak larat main ski, terus pi makan. Melantak je kerja kau kan? Hahaha >_<

Wassuppp bro! >_<

With our trainer ;)

So apa kami buat atas ni? Aku decide nak main ski! Ya Allah susahnya nak main benda ni. Memang kena hire trainer kalau tak tergolek-golek tertonggeng la kau. Elehhh ada trainer pun tergolek tertonggeng juga. Puiii. Trainer baik sangat, dia ajar macam mana nak handle, nak forward, nak stop semua-semua laa. Kiranya next time nak main tu tak payah hire pun okay je kot. Kot..

Then sementara tunggu makanan order kami sampai, aku dengan zai try la naik snow slide. Sumpah aku cakap best gila tetapi... I will never ever ever try that thing again! Aku jatuh tergolek-golek sebab silap landing masa tengah jump slide. Sakitnya tuhan je yg tahu. Tapi okay laa kan worth it laa experience tuu. Tak cuba rugi, dah cuba tak mau lagi. Bhahaha ;)

Sebab semua dah penat, so plan hari tu yg should be kami ke air terjun tunda ke esok. Petang tu kami chillex je, then malam tu apa lagi, sauna! First time sauna. One of my wishist was granted. Alhamdulillah..

Dalam sauna tu kan ada a few room. Ada ruang santai tengok tv, minum air lepak-lepak. Ada toilet and shower room. Ada juga swimming pool kecik tapi air dia sejuk sangat sampai rasa nak tercabut gigi. Hahaha. Tapi bilik sauna dia... panas sangat sampai ada rasa sesak-sesak nafas dah haa. Tapi pengalaman bukan senang nak cari. Sauna dengan seniors kesayangan dan geng-geng sendiri bukan senang weyhh. Lemaihh pun lemaihh laaa. Haaaa.

The next day?

Next post boleh? Nak sambung tengok Anaconda 4 ni yg dah siap loading habis. Ehh?

Bye! ;)


Ohh lupa nak cakap, lepas turun dari gunung tu semua orang dah macam udang bakar. Muka burn teruk sebab matahari terik sangat dekat gila rasa atas kepala. Macam mana lah nanti dekat padang mahsyar kan? Sejengkal je matahari tu rasa atas kepala kita.

Renungan bersama...