Assalamualaikum...

Blog ni hanyalah mengenai rentetan hidup, luahan hati dan tempat curahan segala idea dan pendapat penulis.

Blog ini juga ada menggunakan perkataan aku sebagai penulis yang mana mungkin kasar dan tak mesra bunyinya. Sorry not sorry, this is my style.

Aman tanpa perang,
Ammanda Elydia.


Tuesday, 26 February 2013

Terasing itu beruntung!

Assalamualaikum.

What a shocking new I got today!

Before I begin my story, lets have a look on this hadith.

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَال َ: قَالَ رَسُولُ اللّهِ قال : بَدَأَ الإِسْلاَمُ غَرِيبا وَسَيَعُودُ كَمَا بَدَأَ غَرِيباً فَطُوبىَ لِلْغُرَبَاءِ 
Dari Abu Hurairah, ia berkata; Rasulullah bersabda, “Islam bermula dalam keadaan asing, dan akan kembali terasing seperti semula, maka beruntunglah orang-orang yang terasing”

After I read this hadith, I realised, our prophet, Muhammad S.A.W. had told us before just like above. Then, why should I felt annoyed? Then why should I felt angry? Then why should I ask why all this things happened? Why oh why? Hehh. Too many why. -..-"

"After a storm comes fair weather, after sorrow comes joy. There must be something better after every piece of unpleasantness." -based on (94:5-6) 
InsyaAllah, everything is going to be fine. :)

Tuesday, 8 January 2013

Abah, where are you?

Assalamualaikum.

Sejak dua menjak ni, aku asyik teringat kat abah je. Aku rindu abah. Sangat sangat rindu. Scroll down FB, nampak post pasal abah. Buka you tube dan selongkar pon masih pasal abah. Korek korek MR. Google hensem pon, tetap pasal abah. Sini abah. Sana abah.

Aku jadi rindu pada orang itu!

Abah, Ann rindu abah, abah kat mana? Ann nak sangat jumpa abah. Banyak Ann nak cerita kat abah ni.
"Abah tau tak Ann sekarang dah ada kat Russia, kat negara orang. Ann ambil bidang perubatan. Tu cita-cita Ann dari kecik dan sampai sekarang. Alhamdulillah, Ann mampu sampai sini. Dah separuh jalan dah abah. Ann nak buat abah dan ibu bangga. Abah gembira?"
Kalaulah abah baca. Kalaulah abah dengar.

*kolam bertakung*

"Abah, Ann pernah berazam nak cari abah. Walau kat mana pun abah berada. InsyaAllah! Abah, Ann dah ada orang yang Ann sayang dan Ann harap, dia akan jadi suami Ann nanti, jadi bapa kepada anak-anak Ann, jadi anak kepada ibu dan abah. Tapi, Ann harap sangat-sangat, abah yang jadi WALI Ann. Ann ada abah je. Kalau tak Ann kena pakai wali hakim. Ann TAK NAK. Ann minta tolong bakal menantu abah ni. Minta tolong dia carikan abah bersama-sama Ann. Ann akan cari abah. Ann akan! :'("

Abah, abah dengar tak luahan hati Ann ni? Ann tau abah dengar. Ann tau. ANN PASTI!

*kesat air mata*

Abah, Ann tengok cerita PAPA, I LOVE YOU! Ann menangis, sebab rindu abah. Ann menangis dalam bilik air, atas katil. Ann menangis setiap kali teringat kat abah. Asyik menangis je teringatkan abah.
T.T

Ann dengki tengok orang lain call abah diorang. Keluar jalan-jalan sama-sama. Makan sama-sama. Cakap dan bersembang bersama. Ann dengki abah, Ann DENGKI!

*empangan pecah*

Abah, Ann nak abah tau yang Ann sangat SAYANGKAN abah. Sangat sangat sangat sayang!

I miss you so much....

Tuesday, 22 May 2012

Tak faham isi al-Quran.

Assalamualaikum.

Bertemu lagi kita di sini. Alhamdulillah! Agak sibuk sekarang sebab uruskan hal-hal nak masuk PASUM ni. Okey, kali ni nak cerita pasal baca Al-Quran!

Hmmm, pernah tak anda semua terfikir (mungkin sambil-sambil baca Al-Quran) apa maksud ayat ni? Ke main baca je semua? Haaa, tipu la kalau tak pernah pun terfikir, aku selalu terfikir.

Ada jugak yang masalah dia, tak nak baca Al-Quran. Sebab? Sebab takut salah baca. Nanti salah maksud, dapat dosa. TAK! Anda silap! Kalau nak tunggu sampai reti baca, memang sampai ke tua la tak baca-baca. Betul tak?

Sabda Nabi s.a.w, "Yang membaca al-Quran sedangkan dia mahir dengannya akan bersama-sama dengan para malaikat. Yang membaca al-Quran dan tergagap-gagap dan al-Quran amat payah ke atasnya maka baginya DUA PAHALA" -Riwayat al-Bukhari.

Maksud mendapat dua kali pahala, iaitu (1) pahala membaca dan (2) pahala susah payah menghafalnya..

Wah, pelaburan yang menguntungkan! ^0^

Jadi, kepada sesiapa yang tak nak baca sebab yang berkenaan, maka padamkanlah hasrat anda tu dan mulalah membaca Al-Quran sekarang. Tapi macam mana pulak yang nak baca, tapi tak paham. Haa, jom kita ikuti kisah di bawah.

* * * * * *

Suatu pagi di hujung minggu, seorang budak bernama Mikail terdengar atuknya membaca Al-Quran. Sebaik sahaja atuknya selesai mengaji, dia terus menerpa ke atuknya lalu bertanya,

“Tuk, Mikail nak tanya ni. Tuk faham tak ape yang atuk baca tadi?”.

Dengan tenang atunya menjawab,

“Mestilah faham cu. Dulu atuk pernah belajar bahasa arab dengan arwah bapa atuk. Kenapa cu?”

Mikail kemudian menyatakan pendapatnya tentang membaca Al-Quran. Dia memberitahu bahawa beruntunglah atuknya itu sebab tahu membaca dan memahami isi kandungan Al-Quran sedangkan dia hanya tahu membaca tapi tak faham langsung.

Jadi tak ada faedah bagi dia membaca sebab tak faham. Serupalah jugak kalau kita membaca surat khabar bahasa Jerman ke atau bahasa Perancis. Baca boleh tapi apa pun tak faham.

Kemudian atuknya membawa Mikail ke luar rumah. Sampai sahaja di tasik berdekatan dengan rumahnya itu, disuruhnya Mikail untuk mengambil air dari tasik itu untuk diisi ke dalam baldi di hadapan rumahnya dengan menggunakan bakul sampah.

Mikail kehairanan memikirkan apa yang disuruh oleh atuknya itu. Namun tanpa berfikir panjang, dia lakukan juga. Selepas beberapa kali cuba, dia tidak dapat mengisi air ke dalam baldi tersebut. Mikail akhirnya berputus asa. Lalu dia pun berkata kepada atuknya,

“Atuk, dah banyak kali saya cuba tapi tak boleh jugak sebab air keluar daripada bakul ni. Macam mana?”

Kemudian atuknya memberitahu,

“Begitulah juga kalau kamu membaca Al-Quran tetapi tidak dapat menghayati isi kandungannya sebab tak faham. Meskipun baldi tersebut tidak dapat diisi, tapi bakul sampah tu tadi yang kotor sekarang sudah bersih. Begitu lah juga dengan hati kamu.

Selagi kamu membaca Al-Quran, selagi itulah hati kamu akan sentiasa bersih.”

* * * * * *

Wah, untungnya! Setiap apa yang kita buat, jika ikhlas kerana Allah, insyaAllah ada ganjarannya. Jangan risau. Biarlah sekarang ni bersusah-susah kita nak membaca, apatah lagi untuk memahaminya. Jangan sampai bila di akhirat kelak ditanya Allah, kita tak punya alasan kenapa tak baca! :)

*sumber: I LUV ISLAM