Assalamualaikum...

Blog ni hanyalah mengenai rentetan hidup, luahan hati dan tempat curahan segala idea dan pendapat penulis.

Blog ini juga ada menggunakan perkataan aku sebagai penulis yang mana mungkin kasar dan tak mesra bunyinya. Sorry not sorry, this is my style.

Aman tanpa perang,
Ammanda Elydia.


Friday, 13 September 2013

Di kala ku terbang di awan lalu, menuju ke sana bumi Russia!

Assalamualaikum...

Hmmm. Dah lama kan aku tak hupdate blog ni haa. Banyak sangat nak cerita tapi masa mencemburui. Ececee. Kali ni aku nak update pasal apa yang berlaku kat aku recently. Mungkin tak ada la menarik sangat pun. Ni cuma untuk simpanan dan kenang-kenangan gitu. Ahaha.

First of all nak cerita pasal what happened kat kitorang masa perjalanan nak ke Russia ni haa. Aduihh banyak betul masalah! Kiri kanan atas bawah laa. Tak larat sampai. Hoho. Ok laa, begini ceritanya...

Masa hari penerbangan 29hb Ogos dari KLIA, kitorang check-in laa luggage semua tu. Staff kat kaunter tu cakap, "Beg awak sampai ke final destination ya, ke Volgo." Apa lagi, gembira tak hengat la aku ni. Konon-konon tak payah bayar exceed luggage masa di Moscow nanti. Rm15 per kg. Jimat duit.. :')

Flight dari KLIA ke Hong Kong (ohh, lupa nak cakap yang aku transit kat HK.) okey je. Alkisah bermula di HK. Aku kena transit situ 10 jam sebelum flight seterusnya ke Moscow. Makanya berkampunglah kami di situ selama 10 jam. Siap tukar duit semua, kami pergi cari kedai makan. Alhamdulillah ada yang halal.

Halal dan mahal. -_-"

Hahaha!

Selesai semua tu kami pergi cari tempat sembahyang. Mak aihh! Hujung dunia nu! Jauh sesangat. Ok la kan dari tak ada tempat nak solat langsung kan? Bila gate dah buka, kami pergi la check in. Masuk flight masa tu dah malam. Dalam kul 12 juga laa. Aku ni yang tersangat lah mengantuk campur letih lagi terus lelap. Tak sempat kapal terbang bergerak pun lagi. Hahaha. >_<"

Tak lama tu aku tersedar. Aikk? Apasal ada kat airport lagi? Aku rasa kapal terbang dah bergerak dah tadi. Tengok kiri tengok kanan dapatlah tahu yang ada seorang passenger ni ada masalah pula! Dah kena delayed flight 3 jam. Semua start cuak sebab flight Moscow ke Volgo gap dia 2 jam macam tu je.

Alamakkk! 0__0

Aku wat lek wat cool je. Terus sambung tidur! Hahaha.

Sampai kat Moscow dapat tahu yang ada orang tolong uruskan flight kami yang sudah semestinya terlepas 3 jam yang lalu sebab delayed flight kat HK nu. Malangnya, kami(aku, zai, umai dan nad) terpisah dari group kawan-kawan yang lain dan terrrsangat laa lambat masa tu. Imigresen kat sini sangat SLOW! Benci3!

Disebabkan lambat punya pasal, lepas je imigresen tu terus kami menapak laju ke lobby check in. Cari punya cari budak-budak ni jumpa lah juga. Itupun lepas ke hulu ke hilir tanya mat ruski minah ruski keja kat airport ni hah. Menyampah!

Nak bagi best lagi cerita aku ni, kitorang nampak semua dengan luggage masing-masing.

Ya, kami tak tuntut luggage kami!

Masa tu tuhan je tahu perasaan aku. Nak mengamuk tak tahu nak lepas kat siapa. Nak marahkan staff KLIA, tak boleh juga. Silap kitorang juga tak try tengok dulu kat tempat tuntut bagasi tu. Aishhh. -_-"

Maka, misi pencarian beg bermula!

Korang tahu tak, dekat 1 jam lebih la kami pusing airport tu nak tanya mana boleh ambil beg-beg kami tu. Memang kelancaran dan kefasihan berbahasa Ruski sangat terserlah lah masa tu. Ooo, bila dah emergency macam ni boleh pulak ko cakap Russia. Hehh? :p

Last sekali jumpa balik dekat kaunter lost and found nu kat pintu lepas imigresen nu. Aduhh, sakitnya hatikuuu! Bila dah selesai semua, dapat tahu yang aku dan beberapa lagi budak ni dapat flight petang. Ada yang malam tu. Ada pula pagi esok nu. Yang pagi esok tu dapat stay hotel! Ciss, sungguh tak adil! Nikmat orang dengki ajee. :p

Dari Moscow ke Volgo aku just tidur je sebab exhausted sesangat. Rasa tak larat sangat rasa macam nak tercabut habis tulang belulang ni. Orang hidang makanan pun aku tak sedar dah. Tahu-tahu dah sampai Volgo. Nak balik hostel satu hal pulak. Teksi pula mahal. Sorang kena bayar 400rub=Rm40. Cekik darahhh! Biasanya 500rub untuk 2 orang tau. Disebabkan letih sangat, malas nak tawar harga, kitorang terima je.

Memang terbang melayang la duit aku sebab teksi yang cekik darah tu dan exceed luggage yang mahal tu. Huuu~ T_T

Walau apa pun, aku bersyukur juga sebab dalam ramai-ramai, aku yang terpilih untuk menghadapi situasi macam ni. Sekurang-kurangnya aku tahu nak buat apa, nak jumpa siapa, nak pergi mana kalau benda macam ni berlaku lagi lain kali. Harap-harap tak lah kan? Biar yang ni yang pertama dan terakhir. Tak larat dah aku nak harungi lagi sekali. Wuwuwuu!

P/s: esok tu dah keluar jenjalan. Lusa pergi makan sushi dengan adik junior. Visa pun tak hantar lagi masa tu. Hahaha. XD

Sunday, 25 August 2013

Kutemu Abah!

Assalamualaikum.

Sebenarnya, tak tahu nak mula dari mana. Dari tadi menulis,padam, menulis, padam dan tulis balik. Huhh. Ok la, kita mulakan dengan ucapan syukur kepada Allah atas nikmat dan rezeki yang dikurniakan. Alhamdulillah!

tapi kenapa?

Kalau ada antara korang yang pernah baca entry aku yang dulu-dulu, mesti tahu cerita pasal Abah aku kan? Haa. post ni pasal Abah aku laa. Setelah sekian lama berdoa dan berharap, Alhamdulillah yang telah menemukan aku dengan Abah. :')

Allah berfirman, "Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu..." (40:60)

Allah temukan aku elok pada masa dan keadaannya. Allah lebih mengetahui kan? :)

Pada raya Aidilfitri yang lepas, aku balik ke kampung dan kami menuju ke Perak. Kampung Abah di Perak. Kami duduk sana beberapa hari. Masa kami sampai, Abah bawa jumpa keluarga Abah, Mak Njang dan keluarga.

Semua baik-baik. Diorang layan kami baik. Aku pun selesa bila bersama diorang walaupun aku tak berapa kenal diorang(sebenarnya tak ingat pun..). Malam tu kami sambut hari jadi aku yang ke 19. Walaupun majlis biasa, simple tapi dengan kehadiran Abah kali ni, hari jadi aku terasa kelainannya. Huuhuu~

Esoknya, Abah bawa aku keluar jalan-jalan. Kami pergi round-round tempat kerja Abah. Menarik tapi panas... =_=" Abah bawa masuk tempat penjagaan ikan Arowana. Ada yang dah besar, ada yang kecik, ada tu kantung telur dia masih melekat lagi kat perut dia, macam biji-biji bola! Comel! ^_^

Walaupun agak panas dan boring, tapi ok laa. Haha. Pastu Abah bawa aku pergi Bukit Merah. Alaa. tak masuk taman tema pun. Jalan-jalan luar tu je haa. Pusing sana, pusing sini. Abah belikan keychain. Hehee. Simpan buat kenangan katanya.

Aku nampak abah kekok nak layan aku. Aku pula jenis yang malu-malu kucing bila dengan orang yang tak biasa. Mungkin sebab dah lama tak jumpa tu yang jadi kekok tu. Bila jumpa, hah tu dia! Besar gajah dah anak dia ni. HAHAHA. XD

Hmm. masa hari terakhir memang tak best. Semua sedih-sedih. Kami pergi Bukit Merah lagi sekali. Jalan-jalan, pusing-pusing, tangkap gambar. Masa nak berpisah tak payah cakap laa. Air mata bercucuran macam paip air ni haa. Abah peluk aku, kemas pelukan Abah. Macam tak nak lepaskan dah.

Sedih, memang sedih.

Takut ni perjumpaan yang terakhir. Abah nampak sakit, dah tua walaupun masih boleh berjalan, bawa kereta. Aku pula nak pergi jauh ni. Kalau ada apa-apa berlaku, susah nak balik Malaysia. Risau dan sedih bila fikir-fikirkan. Abah pun menangis juga. Yela kan, bila lagi nak jumpa? Tahun depan pula la kan? Huuu..

T_T

Abah, Ann harap kita akan dipertemukan lagi oleh Allah pada masa hadapan. InsyaAllah. Abah jaga diri di sana. Solat kena jaga. Ibadat kena perbanyakkan. Ann nak jumpa Abah kat syurga.

Ann sayang Abah, lillah! T_T


Sunday, 30 June 2013

Because of something I found something.

Assalamualaikum.

Lately, there's something bothering me. Something I can't describe it literally. It's like something that is flying in your mind, running in your vein. Something that you know it is actually there yet you just do not know what it is. You feel it but you can't 'see' it.

That something had made my life worse and worse and worse. I couldn't sleep well these few nights. I lost my appetite(not all actually). I'm not interested in anything. Neither study, food, holidays, movies, friends nor my beloved one there in Malaysia. Like seriously, what is happening to me?

Erghhh...

Just now, I found this one beautiful video and I watched it. As I watched it, I felt like crying. It really touched my deep-deepest heart. I can't say that the video is excellent but it really gave me something when actually my heart was empty.

I do hope that you guys can spent 5 minutes and 27 seconds of your life to watch this video till the end.

Please, please, please...

source: Facebook JomBorak 
Credit to Zai for sharing it on the first place. Thank you.

Have you watched the video? How is it? Is it good? Do you feel something in your heart, in the deep-deepest heart?

Worth watch right? Huuuu~

No comment from me about the video. Cause you too know how its feel and you know what to do now? Good. The only thing now are how do you want to start and when it is?

Come on! There's not enough time left. Let's move!