Assalamualaikum...

Blog ni hanyalah mengenai rentetan hidup, luahan hati dan tempat curahan segala idea dan pendapat penulis.

Blog ini juga ada menggunakan perkataan aku sebagai penulis yang mana mungkin kasar dan tak mesra bunyinya. Sorry not sorry, this is my style.

Aman tanpa perang,
Ammanda Elydia.


Sunday, 8 December 2013

Allah as-Samad. :')

Assalamualaikum.

Hari ni nak kongsi pasal salah satu Asma ulhusna iaitu as-Samad. Sebenarnya ni tugasan usrah minggu lepas-lepas dah. Tapi tak teringat nak kongsi kat blog. Duk belek-belek notes, ternampak laa notes ini. So, teringin la nak kongsi apa yang aku bentangkan.

Bismillah...

Apakah maksud as-Samad? As-Samad bermaksud tempat bergantung. Dari segi bahasa, as-Samad membawa beberapa makna, antaranya:

1. Lengkap, Sempurna, Bersih, Keseluruhan, Tempat Pergantungan
2. Kuasa mutlak yang menguasai segala-galanya
3. Kekuasaan yang tiada tolok bandingnya

Sementara makna yang diterangkan oleh Baginda Rasulullah s.a.w pula ialah, "Kekuasaan yang sebenar dan mutlak, di mana segala sesuatu bergantung kepadaNya, dan Dia pula tidak bergantung kepada sesiapa." Oleh itu, as-Samad, adalah Kekuasaan Allah yang mana segala makhluk bergantung harap kepadaNya untuk hidup di alam ini. Dari segi saintifiknya, memang tidak dapat dibuktikan Zat ini wujud seperti jisim-jisim yang lain, tetapi kehadiran dan kewujudan Zat Allah, as-Samad ini dapat dirasai di dalam kehidupan kita pada setiap saat.

Khasiat:

1) Barang siapa berzikir “Ya-Samad” 125 kali waktu sahur, insyallah zahir kebenaran pada hatinya.

2) Barang siapa berzikir “Ya-Samad” 150 kali tiap-tiap hari, insyallah kuat kehendaknya dan di tolong atas kebaikan dan tidak merasakan sakit dan kelaparan.

3) Barang siapa yang membiasakan berzikir “Ya-Samad” dan secara kebetulan dia kehilangan sesuatu barang, insyallah barang yang hilang itu akan diperoleh kembali.

4) Barang siapa yang membanyakkan berzikir dengan ‘Ya Samad’ sebanyak mungkin, insyaAllah akan luputlah atau hilanglah perasaan marahnya terutama bagi orang yang banyak masalah atau kerumitan hidup.

Allahualam. :)

No comments:

Post a Comment