Assalamualaikum...

Blog ni hanyalah mengenai rentetan hidup, luahan hati dan tempat curahan segala idea dan pendapat penulis.

Blog ini juga ada menggunakan perkataan aku sebagai penulis yang mana mungkin kasar dan tak mesra bunyinya. Sorry not sorry, this is my style.

Aman tanpa perang,
Ammanda Elydia.


Thursday, 22 March 2012

UPU

Assalamualaikum.

Hidup agak tunggang langgang ya sekarang. Macam-macam yang harus diselesaikan. Aku sekarang ni tengah buat pelbagai kerja dalam satu masa. Antaranya ialah mengisi borang UPU *Allah je tahu betapa peningnya nak isi lengkap semua ni. Selain tu, aku tengah tulis surat berhenti kerja yang harus dihantar pada esok hari.

Aku juga sedang mencari laman web untuk biasiswa. Sebagai tambahan, aku sedang melayan FB, message, bergayut kat telefon dan makan coklat Cadburry! Haa, yang ni semua saja kerja tambahan. :P

Okey, pasal UPU ni, aku dah pilih apa yang aku nak.

Bidang yang dipilih:

1. sains tulen
2. farmasi
3. ekonomi/perakaunan/perniagaan

Program pengajianyang dipilih:

1. asasi sains hayat-UIAM
2. asasi sains hayat-UM
3. asasi perubatan-UIAM
4. asasi sains fizikal-UM
5. asasi famasi-UIAM
6. diploma farmasi-UiTM
7. diploma perakaunan-UiTM
8. diploma sains aktuari-UiTM

Itu pilihan dan perancangan aku. Tapi, pilihan dan perancangan Allah adalah yang terbaik! Serahkan segalanya pada Allah. :)

Ehh? UPU buat hal pula. Kena isi lagi sekali? Hmm. Hmm. Hmm. Kertas lebih senang dari online.

Haihh, sabar je la. 

Keputusan SPM dah keluar!

Assalamualaikum.

Alhamdulillah! :)

Akhirnya debaran yang berbulan-bulan itu pun berakhir. Pada tarikh 21 Mac 2012 aku telah dapat keputusan SPM aku.

Sampai-sampai tu dah nampak dah muka-muka gelisah kawan-kawan aku berdebar menunggu keputusan. Aku dah terketar-ketar lutut tunggu saat penyampaian keputusan. >_<"

Aku dengar cerita 2 orang je yang dapat straight A+. Ya Allah, masa tu memang berharap sangat salah seorang tu aku tapi diorang cakap yang dapat tu dua lelaki. Sedihnya! Memang dah tahu lah masa tu, straight A+ bukan dalam genggaman dah. :'(

Masa cikgu sampaikan satu-satu keputusan SPM yang cemerlang, hati ni gelisah sangat. Tersenarai ke aku dalam list u? Mula-mula cikgu sebut nama Adham. Kemudian Asyraf. Kemudian.. Kemudian.. Kemudian.. 

Ehh? Mana nama aku ni? Aishhhhhh~

Kemudian, Ammanda Elydia. Ya Allah. Masa tu bahagainya aku dapat juga semua A walaupun tak semua A+. Air mata dah bertakung dalam mata, tunggu nak pecah je empangan tu. HAHA. Cikgu tanya, mana parents? Aku geleng kepala. Tak datang. :'(

Turun je pentas tu, aku tengok keputusan aku. A untuk BI? *empamgan pecah. T.T

Apa yang aku mimpi tu jadi kenyataan. Yang bezanya, aku dapat A untuk BI, bukan untuk PAI. Aku nak menangis sangat-sangat. Teacher Niza datang dan peluk aku. T.T Terima kasih teacher sebab pinjamkan bahu walau hanya untuk seketika. Lega hati sekejap. :')

Habis sesi penyerahan keputusan, ada sesi bergamabar! SESMA no1 Terengganu. SESMA masuk paper! ;)

Alhamdulillah.

* * * * * *

Lepas selesai semua, aku ambik keputusan untuk lawat nadzir. Kesian dia, teruk sakit sebab kemalangan. Semoga cepat sembuh ya. :)

Hmmm. aku ingatkan nak keluar dengan dia hari tu tap dia message cakap kena balik kemaman dah. Sedihnya! Ingatkan bolehlah jumpa sekejap. Mungkin tak ada rezeki kot. Lain kali mungkin?

Malam tu aku terus balik KL. Dalam bas, dia call. Kami berbual lama. Rindu. Tak sempat jumpa pun. Kat sekolah pun jumpa sekejap je. Dia cakap dia sayang aku. Sebak. Lama tak dengar sejak kejadian har tu. Sekarang, aku dah takut nak sebut perkataan tu lagi. Trauma datang kembali mungkin? Wuwwuwu.

Till here. Night peeps! ;)