Assalamualaikum...

Blog ni hanyalah mengenai rentetan hidup, luahan hati dan tempat curahan segala idea dan pendapat penulis.

Blog ini juga ada menggunakan perkataan aku sebagai penulis yang mana mungkin kasar dan tak mesra bunyinya. Sorry not sorry, this is my style.

Aman tanpa perang,
Ammanda Elydia.


Tuesday, 8 May 2012

Keputusan Tawaran Temuduga Mara.

Assalamualaikum.

Setelah berhari-hari tunggu, akhirnya keputusan temuduga MARA dah keluar. Masa mula-mula buka tu, aku dah cuak dah. Ada gambar slip keputusan aku, tapi tanpa sebarang butiran peribadi diri! Apakah? =_="

Bila tengok orang lain post gambar slip mereka dengan butiran peribadi, terus rasa macam nak menangis. Aku cuba buka link tu melalui laptop ibu tapi laptop ibu lembap sangat. Tak keluar-keluar sampai sudah. *sigh...

Lepas tu minta tolong Alif semakkan, aku cuba lah juga melalui laptop aku lagi sekali.

Alhamdulillah.

SLIP TAWARAN TEMUDUGA
Nama Nama:AMMANDA ELYDIA BINTI RAMLI
No. Kad Pengenalan:
Kod Program:LN0301
Panel:PANEL 11
Tarikh:10 MEI 2012
Masa:9.00 AM
Tempat:KOLEJ POLY-TECH MARA BANGI
:SEKSYEN 14 BANDAR BARU BANGI
:43650 KAJANG
:SELANGOR
: ARAHAN KEPADA CALON :
1. SILA HADIR 30 MINIT LEBIH AWAL BAGI URUSAN PENDAFTARAN
2. SILA CETAK SLIP PANGGILAN TEMUDUGA BAGI URUSAN PENDAFTARAN
3. SILA BAWA KAD PENGENALAN BAGI URUSAN PENDAFTARAN
4. SILA BAWA ALAT TULIS
5. PELAJAR DIWAJIBKAN BERPAKAIAN KEMAS DAN FORMAL BAGI TUJUAN TEMUDUGA.


URUSETIA / PANEL BERHAK UNTUK TIDAK MEMBENARKAN PELAJAR DITEMUDUGA JIKA DIDAPATI PELAJAR MENGENAKAN PAKAIAN YANG TIDAK SESUAI
: ARAHAN TAMBAHAN :
(CALON PROGRAM LN0202, LN0203, LN0204, LN0205, LN0208, LN0326, LN0327, LN0328, LN0329 & PT0101)
1. CALON-CALON PERLU MEMBAWA SIJIL-SIJIL ASAL DAN SALINAN
2. SATU KEPING GAMBAR FORMAL UKURAN PASPORT
3. CALON PROGRAM LN0208 SAHAJA AKAN DIMINTA MENULIS ESEI PADA HARI TEMUDUGA
*Nota: Slip ini tidak memerlukan tandatangan

Alhamdulillah! Alhamdulillah! Alhamdulillah!

Tak sabar nak pergi temuduga ni. Semoga semuanya berjalan lancar.
InsyaAllah. :)

No comments:

Post a Comment