Assalamualaikum...

Blog ni hanyalah mengenai rentetan hidup, luahan hati dan tempat curahan segala idea dan pendapat penulis.

Blog ini juga ada menggunakan perkataan aku sebagai penulis yang mana mungkin kasar dan tak mesra bunyinya. Sorry not sorry, this is my style.

Aman tanpa perang,
Ammanda Elydia.


Tuesday, 28 July 2015

WINTER BREAK 2015 : KAZAN

Assalamualaikum w.b.t.!

I hope it's not too late to wish you all Selamat Hari Raya Aidilfitri! Buat yang mengenali diri ini (atau tak pun), diri ini ingin menyusun 10 jari tangan, 10 jari kaki sekali (kalau ada seratus, seratus la juga yg nak disusun) memohon ampun dan maaf atas segala silap dan salah. Ampunkan dan maafkan diri yg hina ini, dari hujung rambut, ke hujung kaki, balik ke hujung rambut balik. Yeah, diri yg hina ini juga dah maafkan semuaaa salah silap kalian. Takpe, semua boleh tenang2 dah dengan kita ya.. ;)

Well, back to our main topic which is winter trip 2015, yg sepatutnya ditulis dan dipos earlier this year tapi apakan daya, masa tak ada, sibuk dengan study, notes kiri kanan, tests depan belakang, exam sana sini.. Amboi, sibuk benau. Hahaha

So, ni nak cerita la winter trip kami hari tu sementara tengah cuti summer ni kan. Summer trip pun ada juga, tunggu next posts ya? Hehe..

* * * * *

So, winter trips ni begin the same exact date kami budak baru tamat sem 4 ni, habis winter praktikal kat Volgograd ni. Tengah hari tu habis praktikal, balik rumah, siapkan barang apa yg patut, petang tu bertolak ke Kazan, naik train!

Al-kisahnya nak pi vokzal(train station in Russian language) awal, konon nak la tangkap-tangkap gambar before pre-trip la kan. Then, tiba-tiba ada sikit masalah(hari tu juga nak pi beli peti ais sebab peti tak ada, ayam dah nak rosak, dengan purse kawan yg tertinggal), kami jadi kelam kabut gila and sampai kat vokzal tu lambat dari sepatutnya. So, no picture apa, berlari-lari cari platform, cari train. Sekali, kitorang punya tempat, nuhhh gerabak hujung sekali! Putus nyawa berlari nak oiii! Hahaha

Tak sempat lunch kat rumah, so kita lunch dalam train!

Nak dijadikan cerita, kawan ni sorang(Sam) rupanya duk tunggu kami 3 org lagi kat luar, tak masuk lagi rupanya! Train nak gerak less than 10 min lagi. Gelabah beb cari kawan. Sorang pi keluar cari, then selamat la semua masuk train. Duduk kejap je, train gerak terus. Uihh, kalau terlepas ni, mampuihhh!

View dari end of vagon kami. Selesa dan dekat dengan tandas.
Tapi paham-paham la tandas Russia acano. 

Perjalanan kami dari Volgograd ke Kazan, naik train dalam 24 hours tau. Kami bertolak dalam pukul 2.30 ptg, sampai sana pun lebih kurang la 2.30 ptg macam tu juga. Harga tiket train ni around 1500RUB. Masa tu currency RUB-MYR best, kiranya lebih kurang RM75 ringgit je. Should be RM150, tapi alhamdulillah currency turun naik dapat la murah camtu.

Sebab journey dia panjang dan bosan, kami dah siap-siap download cerita.
Apa lagi kalau bukan ceghita hantu! Hahaha
Ni umai, sory dah berpunya. :P
Ok, sampai je Kazan, terus blur-blur. Ye laa baru 1st time sampai tempat orang kan. So, aim yg 1st nak cari hostel kitorang. Kat Kazan ni masyaAllah sejuk ya amat! Temperature masa tu lebih kurang -21 degree. Diulang -21! Sakit oiii hujung jari kaki tangan ni. Semua dah tak sabau nak balik hostel dulu. Shock dengan temperature. Hahaha

Trip kat Kazan ni I dan Sam yg handle. Minah 2 org lagi ni(Umai n Nad) handle yg Moscow(next post). Kami ke hostel naik trolleybus dia je. Well, sistem dia sama je dengan Volgograd, which is masuk tu kena bayar tiket kat konduktor bus, tapi mahal la compare to Volgograd. No pictures, sebab duk kalut tengok peta, tengok jalan, tengok bangunan kiri kanan. Hahaha

Bilik Sam n Nad

Bilik I dan Umai

Hostel kami nama dia Kazanskoye Padvorye Hostel, situated at Bauman Street. Bauman Street ni kira macam Arbat Street kat Moscow la. Kami stay sini 2 malam, and the cost for 2 rooms are 4800RUB, for 2 nights, breakfast included. Bilik kami ni kena share bathroom dengan guests lain, but okay je. Toilet dia lawa ya amat, dan bersih sangat2. Pekerja baik-baik. Hostel pun kat city centre, senang transports dekat, kedai makan bersepah-sepah.So, Nora bagi 5 bintang! Hahaha

Travel buddies dari kiri: Nad, Sam, Umai.
*tengok salji belakang tu. tinggi pada orang lagi*
*_*
Location: Dalam kawasan hostel.

Siap check in bagai, solat, basuh buka, buang taik mata, air liur basi menempel di pipi tu, kami pun terus keluar jalan-jalan along Bauman Street ni. Well, sebab sekarang winter, jalan ni tak semeriah waktu summer. So, nampak kosong je..

Bauman Street
Sini pun ada GUM! Tak besau pun, internal dia pun biasa2 je.
Other shopping complexes lagi hidup kut.
Dalam ni ada kedai burger halal, dan sedap ya amat *nanges rindu*

Sesejuk pun sibuk posing. Dah jatuh tergolek-golek aku panjat benda alah licin ni.
Jatuh saham mak oiii.. Hahaha

Actually patung belakang tu kucing seksi.
Model kat depan yg melebih, habis cover patung tu >_<

Dah jalan mesti la penat kan.. So, misi mencari makanan la pulok. Kitoran pi makan kat Cak-Cak. Dia macam buffet cafe style, halal semuanya *Kazan senang nak cari semua halal, KFC pun halal. wuwuwuwuuuu*. Location kat Bauman Street ni juga, just kena jalan menuju ke Qul Sharif dari hostel kami.

Sudah makan tu kami jalan balik, sambil cuci-cuci mata sikit. Masa tu around kul 5 petang tapi sebab winter, so kat sini gelap awal. Pukul 5 camtu dah maghrib dah.. So dalam sesejuk -21 degree tu, kami jalan-jalan sambil usha kedai-kedai souvenirs yg murah-murah, snap night views lagi. Boleh kata kami masuk every 2 shops. Sebab? Sejuk nak oii! Putus jari ni rasa. Body ni shaking macam ada sejuta hp melekat kat body tengah vibrate serentak. >_<

Malam sejuk, tak ramai orang pun.

Ada sorang pak cik ni tegur I, tanya asal mana, dari pakistan ke indonesia? Aiii, pelik sangat ke sampai nampak kami macam pakistan or indonesia? Haha Aku jawab je la kami ni dari Malaysia (ohh tanah airku.... :P). Datng sini nak jalan-jalan je, kami belajar kat Russia juga. Sama-sama muslim, so bagi salam then say goodbye lah. Ramah-ramah orang sini, walaupun sesejuk camni. Nice! Akak suka! :)

Settiap angle nak posing, tak reti badan dah beku tu...

Bangunan apa ntah tak ingat. Depan mata nampak lawa, bercahaya.
Dalam gambar, hmmm..

GUM, waktu malam, awal tutupnya..

Sini, malam awal, kedai pun awal je tutup. Cepat sunyi. maybe sebab winter dan suhu yg extreme kan. Walaupun tak ramai orang, rasa selamat je jalan kat sini. Bukan nak kata apa, tapi kan jalan-jalan di Russia ni, as a woman(woman ke?), sangat selamat berbanding jalan-jalan di Malaysia. Oppps, jangan kata I tak sedar diri, tak ingat asal usul ke apa. Ni just my opinion based on my experiences.

Sebenarnya orang Russia ni sangat menghormati wanita-wanita dia. Mereka tak kacau any women yg tengah jalan-jalan even though sorang-sorang, unless dia mabuk la kan. Ni, I nampak kat every part of Russia yg I dah pernah pergi, and I salute Russia for this. But, apa-apa pun, perlindungan tu semua datang dari tuhan yg satu, Allah SWT.

Walau kat mana pun kita, selamat mana pun tempat tu, bagus mana pun perangai orang-orang kat situ, tanpa perkindungan Allah, tak ke mana juga kita. Syukur, alhamdulillah. Sepanjang perjalanan ni, Allah lindung kami dari orang-orang yg jahat niatnya.


Saints Peter and Paul Cathedral.
Sebab seni bina dia lawa, so kita click sikit!


Next, pi makan malam, and yes cari topi winter sebab tak tahan kepala beku, cari glove juga sebab nak scroll hp pun tak boleh tangan dah tak boleh nak detect dah. Hahaha So, this day end with just simple nice chill cool walk along the Bauman Street. Cuci-cuci mata, biasakan diri dengan kesejukan abadi kat Kazan ni, beli souvenirs sikit, usha kedai-kedai makan.

Ohh, ya malam ni juga kami(Nad, Umai n me) rekod video Sam buat janji nak masuk rumah hantu malam esok. So, Next post maybe? ;)

Adios amigos!


1 comment:

  1. Follow me bak. Boleh? yunita-hutabarat.blogspot.com :)

    ReplyDelete