Assalamualikum!
Huihhh letih betul menangis tengok cerita Dil To Pagal Hai nii. Dah memang tak ada kerja yaa nak menangis tengok cerita ni? Ni la aku.. cerita tengok 10 kali dah pun tetap nangis kalau sampai part yg menyentuh hati. Aku sebenarnya nak cek je takut-takut dah cuti sebulan lebih ni, tak buat apa-apa, takut dah hilang jiwa, dah tak ada perasaan. Alhamdulillah masih ada perasaan lagi rupanya. Lol.
Okey sambung balik perjalanan kita ni. Semalam tamat kat Moscow kan? Okayyy this time sambung cerita perjalanan ke St. Petersburg, Russia. Kami naik train dari Moscow ke St.Petersburg memandangkan tu transport yg paling berbaloi. Ambik seat yg katil so dapat lah bermalam atas train.
TIPS: Kalau naik transport between two cities, better travel malam so dapat jimat bahagian penginapan. Perjalanan dalam tujuh lapan jam juga laa. Harga tiket around 2000RUB masa beli kat Moscow hari tu.
Sampai je St. Petersburg tu kitorang rehat dulu sebab awal lagi. Kedai apa pun tak buka lagi. Aku masa tu dah mabuk-mabuk so kena tidur sat dalam Vokzal tu. Dah okay sikit, kitorang gerak keluar cari metro nak ke Baltiyskiy station.
Kena sampai awal, nak gerak pi cari office ticket untuk ke Tallin. Kena settle juga before jalan-jalan sebab ikut perancangan, kami ke Tallin malam tu juga. So lepas pi cari tiket semua, alhamdulillah selesai. Hati dah senang, simpan begpack dalam luggage room (220RUB for one day sekali pakai je), then jalan-jalan!
TIPS: Travel backpack? Travel as light as you can, banyak kan makanan macam energy bars, chocolates, sweet drinks.
|
Akak hipster di Upper Park. Hipster ke? >_< |
|
Upper Park |
Satu hari di St.Petersburg kami rancang nak habiskan di Peterhoff Palace. Dari vokzal kitorang sampai tu, Baltiyskiy Vokzal, boleh terus ambil mashrut (mini bus) No404kat depan tu. Naik cakap je tolong berhentikan kami kat Peterhoff Palace tu. You better know how to speak Russian. Kalau tak reti nak cakap, cakap je Fountain. Faham la kut driver tu nanti. Haha Tambang mahal la juga kat sana.. 60RUB!
|
Akak tak ready lgi nak bergambar ni haaa.. |
|
Berhenti makan roti kat Upper park sat.
Laporrr. |
Sampai sana, kitorang jalan-jalan dan tangkap gambar. Tempat ni ada dua park tau. Upper park and Lower park. Yg Upper park free je masuk, tetapiii kalau nak pi Lower Park kena bayar sikit. Harga student 250RUB. Nasib baik bawa student card. Jimattt. Kalau nak pi Upper park je dan tak nak masuk Lower park okay tak? Pendapat aku kan dah alang-alang sampai tu, rugi la kalau tak masuk. Lower Park jauh lagi besar dan jauh lagi cantik dari Upper park. Trust me tak rugi pun kalau pi Lower park tu... ;)
|
Pemandangan first bila masuk je Lower Park ni. Lawa gilaaa! |
|
Fountain ni lawa gila kalau tengok dari bawah sana. Semua nampak golden!
Perempuan.. mana boleh nampak gold2 ni.. Lol |
|
Pelbagai aksi terbang kitorang buat kat sini. Last2 gambar ni je appropriate nak share sini.
Hahaha >_< |
Apa yg ada kat Lower park ni? Banyak main attractions, bangunan-bangunan lawa yg ada sejarah tersendiri, fountains, a lot of fountains yg lawa gila nak mampos. Lagi ada pertunjukkan! Ada orang yg akan jalan-jalan along the park atau dia duduk kat main attractions ready untuk sesiapa nak ambil gambar dengan dia. Rasa nak gambar kenangan, boleh la pi. Bayar la of course...
|
Fountains. |
|
Fountain lagi.. |
|
Ni tak silap Chessboard Fountain. Lawaaa! Tapi dalam gambar tak nampak sangat ghupanya. |
|
Mata sepet, muka burn. Sejuk, tapi panas. |
|
Suka sangat Rose Garden depan Restaurant ni.. Lawa sangat-sangat-sangat!
Jatuh cinta berkali-kali! |
Haaa, rezeki kitorang masa duduk lepak-lepak ada marching band lalu, walaupun tak dapat tengok full sebab ramaiii sangat manusia, tapi dapat tengok dari jauh dan dengar bunyi drums punnn dah kira okay dah. Tiba-tiba teringat sorang ni bila tengok drum major dia. ;) Sepanjang perjalanan ni aku perasan kak Hajar sukaaa sangat kat itik! So, kebetulan lalu tepi sungai kecik tu, kasi can dia bagi makan itik-itik kat situ. Sekali habis semua burung terbang datang tumpang rezeki cik itik ni. Hahaha
|
Suka tengok Kak Hajar seronok bagi itik makan walaupun aku ni takut dengan binatang.
Demi mu kak Hajar, manda tangkap la juga gambar kak Hajar yaaa. :') |
|
Ready to be wet kalau datang sini. Ada banyak air hujan macam ni. Ada juga pertunjukkan air pancut depan Chessboard Fountain tadi, sesiapa nak try, boleh laa. ;) |
Haaa, kalau yg tak nak datang sini naik mashrut sebab perjalanan dia jauh dan boleh sampai tertidur laa, lebih kurang satu jam perjalanan dia, boleh la nak naik hydrofoil yg lalu atas sungai. Kitorang jalan-jalan dalam park ni sampai lebam laa. Letihhh sebab besar! Duduk lepak tepi sungai tu dan bila tangkap gambar kannn nampak macam lepak tepi pantai! Tapi kan.. aku rasa tu memang pantai laaa. Lagi pun St. Petersburg memang tepi laut pun kan... Hmmm baru terfikir. *buka peta*
|
Siapa kata tak balik Malaysia tak dapat lepas rindu kat pantai?
Haa sini pun ada tau... walaupun tak sama. :') |
|
The best companion to travel with. I can count on you! ;) |
Habis pusing sini, kami balik ke centre dan duduk lepak-lepak jee. Sambil tunggu bas malam ni, kami cas handphone, update gambar kat insta, makan dan shopping sikit bekalan makanan kat Lenta, supermarket besarrr ada jual pancake sedap gila dan menyesal tak beli banyak-banyak T_T) yg dekat gila dengan vokzal ni. Ohh ya St. Petersburg kan terkenal dengan White Night. Maksudnya... malam dia cerah, pukul 10 malam macam baru nak maghrib. Cerah! Pengalaman sangat tak boleh dilupakan sebab bukan senang nak rasa macam tu. Orang boleh keluar jalan-jalan sampai malam. Tak rugi travel masa ni kalau ke utara! ;)
|
White Night di Baltiyskiy Vokzal, St.Petersburg! |
|
Muka letih gilaaa. Nak rehattt -_-' |
Bas ada macam-macam jenis. Ni kira paling low class kitorang ambil nak ke Tallin, Estonia dan harga dia just around 800RUB with student discount! Sooo tolonggg lah pi travel masa tengah muda, tengah belajar lagi sebab banyak advantages untuk students!
For a conclusion, I really love coming here. Berbaloi untuk pengalaman sekali sumur hidup. Datang lagi? Hmmm.. kalau datang dengan kesayangan... nak laa! Gatalll. Hahaha
Till we meet again!
Byeee!
|
Till we meet again, Peterhoff Palace!
ILoveYou <3 |
girl, this is soooo amazing. gonna scroll back ur posts especially part travell tu ha.
ReplyDelete*cries* nak travel jugak >.<
Wow, I'm so glad that you like it. Thank you sebab sudi baca.. *terharu* haha.. Kalau nak travel ni, firstly duit laa. Duit tak apa boleh cari, boleh menabung. Second, masa nak kena cantekkk! Pi masa hujan ribut tak syiokk gak kan.. Last, travel mate. Cari yg mmg ngam dgn kita susah n senang. I'm lucky to have one. Hehe ;)
Deleteya know thiz iz da first blog ever yg state kan segala jenis harga transport, makanan, tips and tricks untuk travel. i am sooo inspired. Setuju part best travel masa muda2 ni ha. especially kalau student sebab memang dapat special price. Amazed jugak tgk you dah plan siap2 tempat nak travel, etc. ngeee.
DeletePasni kalau kita dapat pergi overseas, inshaaAllah nak guna tips and tricks you =)
Oraitt kena update more and more travel tips lah macam ni. Hehe Biasa tips ni boleh wujud bila buat silap. So if tak nak benda ni happen again to me or to anyone, so kita share kat sini. Well, I hope you could share with us about your own trips one day. I'll wait and do mention me please! ;)
DeleteinshaaAllah , one day i'll be travelling all over the world. For sure kita mention Manda nanti. Can't wait for your next posts. gonna be ur silent reader lah gini >.<
Deletengeeeee. kita add manda kat insta tau. senang sikit nak keep in touch =) seronoknya dapat kawan baru! *excitedmodeison*