Assalamualaikum...

Blog ni hanyalah mengenai rentetan hidup, luahan hati dan tempat curahan segala idea dan pendapat penulis.

Blog ini juga ada menggunakan perkataan aku sebagai penulis yang mana mungkin kasar dan tak mesra bunyinya. Sorry not sorry, this is my style.

Aman tanpa perang,
Ammanda Elydia.


Saturday, 24 December 2016

Berkhulwah Di Gua Hira'


Assalamualaikum w.b.t.

Bila usia Nabi Muhammad SAW mencapai 40 tahun, baginda gemar mengasingkan diri dan berkhulwah di Gua Hira'. Selalunya amalan ini memakan masa beberapa hari dan malam, ada sampai sebulan lamanya. Macam ni la keadaan baginda, selalu berulang-alik anata rumah baginda dan Gua Hira' sampailah turunya wahyu yang pertama.

PENGAJARAN DAN RENUNGAN

Kegemaran nabi ni, iaitu mengasingkan diri dan beruzlah di Gua Hira', mebuktikan bahawa tidak akan sempurna keislaman seorang Muslim itu, walaupun ia berkeperibadian atau berakhlak yang tinggi serta amal ibadat yang tak putus-putus terhadap Allah, tanpa dia cuba untuk mengasingkan dirinya untuk menilai dan mencari ketenangan jiwa dan segala sesuatu yang membolehkan dia sampai kepada hakikat keagungan Ilahi.

Diri manusia ini sentiasa diselaputi oleh pelbagai penyakit yang tidak akan dapat diubati kecuali dengan jalan mengasingkan diri, menghisab  dan bermuhasabah diri sendiri di waktu dan tempat yang sunyi dari duniawi. Ketika kita bertafakur, merenung diri sendiri berulang-kali maka penyakit-penyakit ni akan digantikan dengan cahaya dan ketenangan yang abadi.

Satu lagi perkara yang perlu dititik beratkan ialah menanam benih-benih cinta kepada Allah SWT dalam lubuk hati sanubari manusia, dan tidak ada jalan lain untuk mencintai Allah melainkan dengan cara merenung dan bertafakur dengan segala nikmatNya, merenung keagungan dan kebesarannya, melazimi zikir-zikir dengan perantaraan hati dan lidah.

Inilah senjata yang paling tajam untuk mereka yang akan melaksanakan dakwah dan inilah yang diperlengkapkan dalam jiwa Rasulullah SAW. Diri ini akan mampu menolak segala godaan, tidak mempedulikan sebarang azab sengsara yang akan dihadapi, dan mampu menangani segalanya dengan mudah dan senang.

* * * * *

Alhamdulillah selesai lagi satu entry tentang Fiqh Sirah ni. InsyaAllah apa yang cuba disampaikan ini dapat memberi manfaat buat semua, dan dapat beri peringatan juga buat diri ini yang sentiasa lupa. Mohon ampun dan maaf atas kesilapan yang ada. Mohon komen agar sama-sama kita dapat perbaiki kesalahan dan berkongsi pengetahuan.

Segala yang baik itu datangnya dari Allah, dan segala yang buruk juga datang dari Allah tetapi disandarkan kembali kepada aku insan yang lemah ini.

Rujukan: Fiqh Al-Sirah, Jilid 1.

No comments:

Post a Comment