Assalamualaikum...

Blog ni hanyalah mengenai rentetan hidup, luahan hati dan tempat curahan segala idea dan pendapat penulis.

Blog ini juga ada menggunakan perkataan aku sebagai penulis yang mana mungkin kasar dan tak mesra bunyinya. Sorry not sorry, this is my style.

Aman tanpa perang,
Ammanda Elydia.


Wednesday, 4 January 2017

Peringkat-peringkat Dakwah Islamiyyah Semasa Hidup Rasulullah SAW

Assalamualaikum w.b.t...

4 peringkat yang berlainan:

* Peringkat pertama *
Seruan secara sulit memakan masa selama tiga tahun.

* Peringkat kedua *
Seruan secara terang-terangan tanpa kekerasan, berjalan hingga berlakunya hijrah

* Peringkat ketiga *
Dakwah secara terang-terangan menggunakan senjata untuk mempertahankan diri berjalan  hingga pembukaan Mekah alMukarramah.

* Peringkat keempat *
Dakwah secara terang-terangan dan mengangkat senjata terhadap mereka yang cuba menghalang perjalanan dakwah. Dalam peringkat inilah dipraktikan syariat-syariat  Islam dan perintah berjihad pun diturunkan.

* * * * *

Alhamdulillah selesai lagi satu entry tentang Fiqh Sirah ni. InsyaAllah apa yang cuba disampaikan ini dapat memberi manfaat buat semua, dan dapat beri peringatan juga buat diri ini yang sentiasa lupa. Mohon ampun dan maaf atas kesilapan yang ada. Mohon komen agar sama-sama kita dapat perbaiki kesalahan dan berkongsi pengetahuan.

Segala yang baik itu datangnya dari Allah, dan segala yang buruk juga datang dari Allah tetapi disandarkan kembali kepada aku insan yang lemah ini.

Rujukan: Fiqh Al-Sirah, Jilid 1.

Penerimaan Wahyu

Assalamualaikum w.b.t.

Imam Bukhari telah meriwayatkan satu hadis daripada Saidatina Aishah r.a. tentang bagaimana ditemukan wahyu yang pertama.

Daripada Aishah Ummil Mukminin r.a. dikhabarkan bahawa ia telah berkata;

"Penerimaan wahyu yang dimulakan kepada Rasulullah SAW ialah mimpi yang baik lagi benar di dalam tidur, maka tiadalah junjungan bermimpi satu mimpi melainkan datanglah mimpi itu seperti cahaya subuh. Kemudian disukakan(dikemukakan) kepadanya untuk berkhalwat di Gua Hira' lalu bertahannut(beribadat) di dalamnya, iaitu beribadat di dalam masa beberapa malam.

Setelah itu baginda SAW kembali kepada ahlinya dan berbekalan untuk menyambung tahannutnya, Kemudian junjungan kembali lagi kepada Khadijah dan berbekalan sama seumpama itu juga hingga datanglah kepadanya kebenaraan. Sewaktu Baginda di dalam Gua Hira', maka datang kepadanya Malaikat, lalu ia berkata: Iqra'! (Bacalah). Berkata junjungan: Ma Ana biqari' (Tiada aku pandai membaca). Bercerita junjungan:

"Kemudian Jibril mengambil (menarik) aku maka dipeluknya kuat-kuat hingga terasa kepadaku kesungguhannya kemudian dilepaskan aku, lalu ia berkata: Iqra'! (Bacalah). Maka aku berkata: Ma Ana biqari' (Tiada aku pandai membaca), kemudian diambilnya aku lalu dipeluknya ketat-ketat untuk kali yang kedua hingga terasa kepada aku kepayahan kemudian itu dilepaskan aku dan dia berkata: Iqra'! (Bacalah), maka berkata aku: Ma Ana biqari' (Tiada aku pandai membaca), setelah itu mengambil aku akan dia buat kali yang ketiga lalu dipeluknya sungguh-sungguh hingga terasa aku eratnya kemudian dilepaskannya aku, maka ia berkata:

"Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu yang menjadikan, Dia telah menciptakan manusia dari darah. Bacalah, dan Tuhanmulah yang mulia."

(Surah al-Alaq 96:1-3)

Pulanglah baginda dengan ayat-ayat itu dan hatinya gementar, lalu masuklah ia kepada Khadijah binti Khuwailid seraya berkata: (Selimutkanlah aku! Selimutkanlah aku!) maka diselimutkan akan dia hingga hilang daripadanya rasa ketakutan kemudian berkata ia kepada Khadijah setelah menceritaan khabar itu: Sesungguhnya aku takut (ke atas diriku) lalu Khadijah pun berkata kepadanya "Tidak sekali! Demi Allah, tiada dihinakan engkau selamanya kerana engkau sebenarnya mempunyai rahim(kasih sayang), dan engkau memikul bebanan dan engkau berusaha terhadap orang yang tiada (orang susah) dan engkau menjamu tetamu dan engkau menolong atas menolak bala."

Kemudian pergilah Khadijah bersamanya menemui Warqah bin Naufal Ibnu Asad bin Abdul Izza iaitu anak bapa saudara Khadijah. Warqah itu adalah seorang yang beragama Nasrani di dalam zaman jahiliyyah dan pandai menulis kitab Ibrani. Maka disalinnya daripada kitab Injil itu dengan bahasa Ibrani apa yang dikehendaki Allah bahawa ia menulis dan adalah ia seorang yang berusia tua dan buta maka Khadijah pun berkata kepadanya "Ya anak bapa saudara! Cuba dengarkan kepada anak saudara engkau ini"; kemudian bertanya kepada Waraqah: "Wahai anak saudaraku! Apakah dia yang engkau lihat itu?"

Lalu Rasulullah SAW menceritakan apa yang (dialami dan) dilihatnya. Setelah itu Waraqah pun berkata kepadanya "Inilah Jibril yang pernah diturunkan Allah ke atas Nabi Musa. Sekiranya aku masih muda remaja dan aku masih pula hidup ketika dikeluarkan (diusir) engkau oleh kaum engkau..." Segera bertanya Rasulullah SAW: (Apakah mereka hendak mengeluarkan aku?) Jawabnya: (Ya! Kerana tidak pernah datang seorang pun yang membawa (risalah) seumpama yang engkau bawa itu melaikan ia akan dimusuhi dan sekiranya aku dapatilah hari engkau itu tentulah aku akan menolong engkau dengan pertolongan yang sungguh-sungguh, kemudian tidak berapa lama sesudah itu Warqah pun meninggal dunia dan wahyu pun berhentilah.

Para ulama berselisih pendapat tentang masa waktu dibekukan atau diberhentikan sementara waktu. Ada yang kata 3 tahun, ada yang kata kurang dari itu dan yang paling hampir seperti yang diriwayatkan Al-Baihaqi: 6 bulan.

Berkata Ibnu Syihab: Dan telah dikhabarkan kepadaku oleh Abu Salamah bin Abdul Rahman bahawa Jabir Ibnu Abdullah Al Ansari telah berkata semasa bercerita tentang terputusnya wahyu: seterusnya junjungan bersabda di dalam percakapannya itu":

"Sedang aku masih berjalan-jalan, tiba-tiba kedengaran oleh ku suara daripada langit, lalu aku angkatkan pandanganku, sekoyong-koyongnya Malaikat yang datang kepada ku di Gua Hira' itu sedang duduk di atas kerusi yang terletak di antara langit dan bumi menyebabkan aku pun terperanjat melihatnya lalu aku pun balik, maka aku katakan: "(Selimutkanlah aku, selimutkanlah aku!) Maka diturunkan Allah, ertinya:

"Wahai orang yang berkemul (berselimut)!, Bangunlah, lalu berilah peringatan. Dan agungkanlah Tuhanmu. Dan bersihkanlah pakaianmu. Dan tinggalkanlah segala (perbuatan) yang keji."

(Surah Al-Mudassir 74:1-5)

Dan kemudian wahyu pun diturunkan dan ia datang pun secara berturut-turut.

PENGAJARAN DAN RENUNGAN

Hadis tentang permulaan penurunan wahyu merupakan titik permulaan dan pengenalan yang membawa ke arah mempercayai segala apa yang telah dibawa oleh Nabi Muhammad SAW seperti perkhabaran ghaib dan suruhan syariat.

Hakikat wahyu ialah sejenis yang bersifat tunggal, ia memisahkan antara 'manusia yang berfikir merangkakan undang-undang dengan otak pemikiran sendiri yang bersifat kemanusiaan' dan 'manusia yang menyampaikan segala sesuatu yang telah diturunkan oleh tuhannya tanpa menukar, menokok tambah dan sebagainya'.

Banyak persoalan tentang wahyu yang dikemukan hanya untuk mengelirukan umat Islam agar syak wasangka di anata kebenaran, wahyu dan ilham, serta inspirasi biasa sebabnya musuh-musuh Islam ini yakin bahawa hakikat wahyu ni lah merupakan sumber kepercayaan dan keyakinan orang Islm yerhadap apa yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW dari Allah SWT.

1. Dakyah tentang wahyu ini ialah hasil daripada renungan dan fkiran Nabi Muhammad SAW dicetuskan dari lubuk hatinya sendiri.

- Nabi dikejutkan dengan ketibaan Jibrial, Jibrail datang dan menyeru kepada Nabi Muhammad, 'Bacalah!', dan memeluknya dengan erat sebanyak 3 kali cukup untuk menegaskan bahawa wahyu yang datang itu bukanlah rekaan khayalan Muhammad SAW dan yang sebenarnya ialah penerimaan suatu hakikat dari suara yang tidak ada kena mengena dengan dorongan jiwa dalam.

Umum pun mengetahui kanbahawa perasaan takut, gerun dan gementar pucat satu badan ni bukan sesuatu yang boleh dibuat-buat dan dipura-purakan. ;)

2. Kalaulah wahyu itu diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW dengan perantaraan Jibrail as, kenapa pula para sahabat yang lain tidak melihat?

- Tanda wujud dan adanya sesuatu tu tak semestinya dapat dilihat oleh mata kasar manusia kerana tenaga dan penglihatan manusia itu terbatas. Sebagai contoh, Malik bin Nabi menegaskan - buta warna. Ada di antara warna yang tidak dapat dilihat oleh si buta warna sebabnya perbezaan sifat warna tu sendiri.

3. Kenyataan waqi'i menunjukkan kebenaran wahyu ialah penurunannya yang berturut-turut.
Buktinya:
- Ada perbezaan antara Al-Quran dan Al-hadis. Nabi menyuruh dan meminta para sahabat supaya menulis Al-Quran selepas diturunkan, dan cukuplah sekadar menghafal Al-Hadis kerana Al-Quran ialah kalam Allah yang diwahyukan dengan makna dan perkataannya sekali, tapi Hadis pula maknanya dari Allah dan perkataannya dari Nabi Muhammad SAW. Ini dibuat supaya nas dan teks Al-Quran tak bercampur-aduk dengan nas Hadis.

- Nabi Muhammad tidak menjawab terus semua pertanyaan dari para sahabat, kadang sampai lama tak jawab sampailah turunnya ayat Al-Quran, baginda akan menjemput penyoal tadi dan membacakan ayat tadi kepadanya. Kadangkala, Nabi bertindak sendiri, kemudian diturunkan ayat yang tertentu untuk menerangkan lagi sesuatu hal hal yang lain yang lebih wajar dan kadang kala pula mengandungi teguran.

- Nabi itu seorang yang buta huruf dan tak mungkin seseorang tu boleh mengetahui peristiwa dan faktor sejarah dengan cara "medition (retrocognition) perantaraan (clair yoyance)" seperti cerita Nabi Yusuf, peristiwa Nabi Musa hanyut dan Firaun. 

* * * * *

Alhamdulillah selesai lagi satu entry tentang Fiqh Sirah ni. InsyaAllah apa yang cuba disampaikan ini dapat memberi manfaat buat semua, dan dapat beri peringatan juga buat diri ini yang sentiasa lupa. Mohon ampun dan maaf atas kesilapan yang ada. Mohon komen agar sama-sama kita dapat perbaiki kesalahan dan berkongsi pengetahuan.

Segala yang baik itu datangnya dari Allah, dan segala yang buruk juga datang dari Allah tetapi disandarkan kembali kepada aku insan yang lemah ini.

Rujukan: Fiqh Al-Sirah, Jilid 1.

Tuesday, 3 January 2017

2017 New Year Resolution(s)?


Well.. Hello there..

So every year, people would ask me what is my new year resolution. Hmm. I don't want to set up any resolutions or targets. Not because I'm demotivated or what. Just because..

No reason.

All I wish is my life would be better this year.

More laughters, smiles, be it me or people around me. No more tears, no more breaking and crumbling down. It's time to build myself back. I'll come back stronger, better this year. I should. No pressure though. ;)

and..

Letting go, really really really letting go of 'those' memories so that I could live a happy life this time.
Creating more great, definitely a good one more. Build trust, love more, communicate more. Make things work! Make it happens. Slowly but surely. :)

and..

Yeah, it was a tragedy last year, and this year let's make it better. One thing I learned, the very hard way, EXPECTATIONS HURT. THEY KILL. Forgive and forget, practice it, make it a habit. Girl, you know you can forgive them but you know you won't forget it. Try, you'll be there.

and..

Ohh one more, road to 50kg before summer break! Hahaha What?

There you go, I think all those can be considered resolutions aye? Now, I have some.
No pressure though. Hiks!

Ohh, HAPPY NEW YEAR! :)