Assalamualaikum...

Blog ni hanyalah mengenai rentetan hidup, luahan hati dan tempat curahan segala idea dan pendapat penulis.

Blog ini juga ada menggunakan perkataan aku sebagai penulis yang mana mungkin kasar dan tak mesra bunyinya. Sorry not sorry, this is my style.

Aman tanpa perang,
Ammanda Elydia.


Thursday, 25 June 2015

Mee Racun 7 Ramadhan

Semalam giliran saya kena masak untuk berbuka puasa. So, apa lagi kita pun godek-godek internet cari resepi baru sebab bosan dah asyik masak masak merah, kicap, kari tom yam bla bla bla. Cari punya cari, terjumpa lah satu blog ni. Owner blog tu banyak share resepi-resepi dia.

Ya Allah, semua nampak sedap! Senang pula tu cara-cara nak masak dia. Bahan-bahan dia pun tak susah. Kiranya kalau tak ada tu boleh lah nak ganti dengan benda lain kan? Nama pun hidup merantau. So kena pandai-pandai la adjust resepi tu ye dak?

Pastu kan, ada satu resepi ni menarik sangat nama dia. Mee Racun. Perghhh nama memang tak leh gempak lagi ke? Mem'bunuh' betul nama dia. Haha. Tak ada lah. Nama dia memang macam tu dan mee ni terkenal sangat dekat Batu Pahat, Johor. Siapa orang Johor sini? Angkat tangan sikit!

Sebab menarik sangat nama mee ni, kita pun buka la resepi dia. Uihhh, senang sangat nak buat. Bahan pun semua ada (yeke?). Tak sempat habis baca, dalam hati dah decide nak buat mee ni la buka puasa nanti.

So, here we go with all her recipes and of course edjusted by me a lil bit(?). Zasss!

Bahan-bahannya:

600 g mee kuning (Saya guna 1 paket mee spaghetti sebab mana nak jumpa mee kuning kat Russia ni kan?)
*Telur goreng
*Tauhu goreng
*Daun sup dan daun bawang 
*Sawi atau kubis (celur dan hidang asing / masuk dalam kuah terus)
1/2 kg daging di rebus - sebab daging tak ada, so kita ganti dengan ayam yaa. ;)
1/2 kg tulang di rebus
beberapa ekor udang
beberapa ekor sotong di potong 

*optional. kalau ada lagi sedap! ;)

Bahan Kisar 

4 ulas bawang merah  -  saya ganti dengan 1 biji bawang besar, sebab tu je yg ada. 
3 ulas bawang putih  
1/2 inc halia

4 sudu besar lada boh - boleh guna cili kering
5 sudu besar sos tomato 
4 sudu besar sos cili 
1 kiub ayam
1 sudu besar gula - p/s:Mee Racun kuihnya manis. So depends on masing-masing nak rasa macam mana.
sedikit garam 
1 buku gula melaka yang sederhana besar - kita guna sugar brown je
sedikit serbuk lada sulah
sebiji tomato - Saya letak 3 biji sebab nak banyakkan sayur. Hehe

Cara-cara memasak:

*Mula-mula kita rebus dahulu tulang kambing hingga empuk. Jika tak suka kambing boleh gantikan dengan tulang lembu. Sememtara kita tunggu tulang dan daging empuk, bolehlah kita sediakan bahan tumis dulu.

*Dalam kuali, tumis bahan kisar hingga garing dan naik bau. Masukkan lada boh, tumis hingga garing. Saya guna cili kering, jadi kenalah kisar hingga halus.

*Kemudian bila dah terbit minyak barulah kita masukkan air rebusan tulang kambing tadi, masukkan sekali daging dan tulangnya. Masukkan terus daging batang pinang yang dipotong kecil. Tapi saya ganti daging dan tulang-tulang tu dengan ayam yang dipotong kecil.

*Masak hingga ia merenih. (TIPS: kalau masak ayam, lagi lama ayam direnih, lagi sedap, tapi jangan la sampai kering kuah or hangit ayam kan? Huhu)

*Kemudian masukkan sos tomato dan  sos cili biar mendidih. Masukkan udang dan sotong.

*Lepas tu tambahkan gula Melaka (brown sugar in my case), gula, garam secukup rasa, kiub ayam atau daging dan serbuk lada sulah.

*Masak hingga kuah agak pekat masukkan kobis dan tomato. Sawi jangan masuk, sedap hidang kalau dicelur.

 Done? Done! Mudahkan? For me yang tak pandai nak masak sangat ni, resepi ni sangat mudah dan boleh follow every each step yang penulis tu tulis. Thank you to the blogger of "azlita.masam manis".

Sorry for the bad presentation.
Harap tak membantutkan selera anda. Hehe
Banyak sangat resepi-resepi dia yang menarik dan sedap-sedap! Resepi kuih, kek pun ada. Bolehlah mula belajar masak yang pelbagai dan tingkatkan keberanian memasak. Kan dah tak lama dah kan...

Ehh? ;)

Assalamualaikum!

Saturday, 20 June 2015

After a year.

Assalamualaikum w.b.t.

Wow, it has been a while isn't it?

Looking back at my last entry, which was dated exactly 1 year ago, really struck me. I wrote NOTHING. What I've done over the past year? What have I accomplished last year? I can hardly recall what has happened to me..

I need to start writing back on my blog, keep updating it. So at least, all my memories won't fade away. I still remember how I used to sit in front of my laptop, updating this blog, like every day. Even the single little things I felt like sharing. Hahaha.

I do realise by writing on the blog, I can keep track on my past life. Where have I been? When did all those big things happened? With whom I was on that particular time?

I should find some time to recall back all my memories, and write it here.

Got to go! Lots of album need to be scrolled back now!

Пока!

Ps: It's almost the end of the 5th semester and I've a lot of colloquial to be done and zachot to be obtained or else I can't sit for the final exam this semester. Do pray for me, and my friends too.

Pss: And to those who I didn't reply their messages or comments, I'm truly sorry.

Credit to Ubadah.

Thank you. :)
Always laugh when you can. It is cheap medecine.