Assalamualaikum...

Blog ni hanyalah mengenai rentetan hidup, luahan hati dan tempat curahan segala idea dan pendapat penulis.

Blog ini juga ada menggunakan perkataan aku sebagai penulis yang mana mungkin kasar dan tak mesra bunyinya. Sorry not sorry, this is my style.

Aman tanpa perang,
Ammanda Elydia.


Tuesday 24 April 2012

Ujian bertulis dan Temuduga Yayasan Terengganu.

Assalamualaikum.

Pada tarikh 23 April 2012, Isnin, aku bertolak ke Wisma Amar seawal jam 6 pagi untuk hadiri sesi ujian bertulis atau IQ Test lebih tepatnya. Soalan-soalan yang diberikan agak mencabar. Ada 20 soalan kesemuanya sekali. Soalan yang diberikan bukan mengenai sains, Biologi, Fizik, Kimia dan seangkatan dengannya. Tak ada langsung!

Soalan dia lebih pada meminta kita untuk berfikir secara kritikal dan kreatif. Contohnya, Ada soalan yang macam pernyataan dan kita kena selesaikan pernyataan yang diberikan. Ada pula soalan gambar berturut-turut. Dia minta gambar apa selepas itu. So, banyaklah kena buat 'think out of the box' kan? Nasihat aku, banyakkan lah main IQ Test Games. :)

Seterusnya ialah sesi temuduga. Temuduga dibuat secara berkumpulan. 1kumpulan 7-8 orang. Ada 4 orang panel penemuduga. Ohh ya! Salah seorang ialah ex-Sesma! ;)

Sewaktu temuduga berjalan, panel akan tanya soalan dan kita kena bagi pendapat kita. Malangnya, sewaktu sisi temuduga tu berlangsung, aku tersangatlah pasif. Kenapa? Okey, ni sebabnya. Ada dalam kumpulan kami ni seorang budak perempuan yang sangat banyak bercakap. Sangat banyak!

Setiap kali panel tanya soalan, mesti dia orang yang pertama jawab dan tak bagi peluang pun kat orang lain jawab. Peringatan buat semua, Perkara ni tak seharusnya terjadi. Kalau ya pun nak bagi pendapat, sila beri peluang kepada orang lain untuk beri pendapat mereka juga. Semua ada hak dan peluang tersebut. Barulah nampak awak tu bagus sikit. Okey?

Soalan yang ditanya kebanyakannya soalan mengenai isu-isu semasa. Pasal politik, pasal ekonomi, pasal pembangunan negara. Ohh ya! Buat sesiapa yang akan ambil temuduga Yayasan Terengganu nanti, sila ambil tahu mengenai isu-isu semasa, pasal negara kita. Haa, nama-nama sultan dan agung, menter-menteri dan pengarah-pengarah berkaitan dengan bidang yang diambil tu silah tahu ya.

Panel ada lah tanya pasal nama-nama ni, dan alhamdulillah dapat la jawab. Dapatlah bonus sikit untuk diri sendiri. ;)

Jadi, sampai sini sahajalah. Rasa macam tak ada harapan nak dapat biasiswa ni. Jangan putus asa, masa masih ada. Keputusan pun belum keluar lagi kan? Banyakkan berdoa dan serah kepada Allah segala-galanya.

Apa pun yang terjadi, aku reda. InsyaAllah, it will be mine! ^_^

Keputusan Matrikulasi.

Assalamualaikum.

Keputusan matrikulasi dah keluar dan ini keputusan aku.

* * * * * *

KEPUTUSAN PENEMPATAN CALON
PROGRAM MATRIKULASI KPM SESI 2012/2013 

Makluman.
Anda membuat semakan menggunakan No Kad pengenalan 94081310****

Tahniah! Anda telah ditawarkan ke Program Matrikulasi,
Kementerian Pelajaran Malaysia

Nama
AMMANDA ELYDIA BINTI RAMLI

No Kad Pengenalan
94081310****

No Matrik
MS1223544201
 
Program Pengajian
PROGRAM SATU TAHUN

Kursus
M001-SAINS

Nama Kolej
KOLEJ MATRIKULASI SELANGOR 

Tarikh Mendaftar
28 MEI 2012

* * * * *

Fikir. Nak pergi ke tak nak. -_-"


AXIATA Young Talent Program.

Assalamualaikum.



This was the experience I gained during the program.

Axiata YTP. Can't really believe myself as I succeeded to be one of the participant of this high prestiged scholarship program. Before, when I was filling up the form, I didn't expect that I will get the offer as I'm not very good in English. I kept thinking whether I was fit enough for the scholarship but i tried my best.

On the day, I wear a slack bottom and my ibu's shirt, a black scarf and a pair of 'kasut raya'. I stepped into the building with full of spirit. Then, the fire was gone. I looked at others. They look really smart physically and mentally. I told my ibu, "Ibu, let's go home. I don't feel well." HAHA XD

At the registration site, Imet someone with the same nama as mine. Amanda. After settling the registration, we moved to the next session.

We watched 2 videos telling us about AXIATA as not many people know about them. Some of the people thought that Axiata is and insurance country. Aigoo~ The show was quiet boring as I kept yawning a few times during the show. :P However, the video was really good as I already know who is Axiata now.

Then, there was English test. There were compositions, idioms, PH words and a few more. It was quite hard, but I still can answered them even though the time given was only 1 hour. -__-"

Then, we continued with Mathematics test. The questions were like the Additional Mathematics we learnt in form 5. LOL. I couldn't recall any formulas so, I just managed to answer the log question only.

After a good lunch, we had an IQ test. I love this test. There were all 5 sets of question. The time given was very-very-very short. 50 question in 30 seconds. Hehh. I couldn't finish the test. In this test, we must always remembered that "Speed is as important as accuracy."

As all the test had been done, we are allowed to go and back home. I was so happy as there were no interview session. The interview would be at the next stage after the Axiata group announced the students selected.

 Sorry as there is no tips given as I think I'm not good at those activities held.

May Allah help me throughthe hardships. :')

Monday 23 April 2012

Esei MARA 2012-Bahasa Melayu dan English

Assalamualaikum.

Di sini saya ingin kongsikan esei MARA saya.

ENGLISH VERSION

My name is Ammanda Elydia Binti Ramli. I am 18 years old and currently living in Gombak, Selangor. I was the eldest and my only brother was 2 years. I lived with my mother who did not work and step-father who worked as a police. I am a former student of Sultan Mahmud Science School. I was one of the best student in school by maintaining my academic performance every year. I took French as a foreign language, and got certificates DELF A1 and DELF A2.

                In school, I was appointed as Deputy Chairman of the Librarians Board, Bureau Chief of Sports House, President of the Pergerakan Puteri Islam Malaysia, Committee member of the French Language Club and the Bureau Chief of BADAR. I have participated in various competitions at various levels such as the Marin Quiz competition FMSM Cup (winner), Summer Camp (runner-up), the National Mathematics Olympiads, National Chemistry Quiz, English Camp, SBP Innovation Competition and SBP French Culture Day (runner-up). I am also active in sports, by representing my school in the handball tournament (winner), netball (third), archery (runner-up), and athletics.

                Now, I'm waiting for any offer from any university that offers education in the medical field and also scholarships / loans from any agency. In my planning, I want to place myself under MARA loan at INTEC, UiTM Shah Alam for preparation to Jordan for four months. Then, I will pursue education in Jordan for 6 years to finish my study at degree level.

                With a degree, I will serve in any government hospital for several years and will consider to open a hospital / clinic myself. My intention to open a hospital / clinic itself is to give employment opportunities to the potential graduates in the medical field and helping people in need of a detailed treatment, especially in rural areas. . With this, I hope that all this planning will run smoothly coupled with assistance from your organization.

Thank you.
* * * * * 

VERSI BAHASA MELAYU

Nama saya Ammanda Elydia Binti Ramli. Saya berumur 18 tahun dan  sekarang sedang menetap di Gombak, Selangor. Saya merupakan anak sulung dari 2 beradik dan adik saya berumur 2 tahun. Saya tinggal bersama ibu yang tidak bekerja dan bapa tiri yang bekerja sebagai polis. Saya merupakan pelajar lepasan SPM Sekolah Menengah Sains Sultan Mahmud dan merupakan salah seorang pelajar cemerlang sekolah dengan sentiasa mengekalkan prestasi akademik supaya sentiasa berada di tahap yang tertinggi. Saya mengambil bahasa perancis sebagai bahasa asing dan berjaya mendapat sijil DELF A1 dan DELF A2.

                Di sekolah, saya pernah memegang jawatan sebagai Timbalan Pengerusi Pengawas Pusat Sumber Sekolah, Ketua Biro Rumah Sukan, Pengerusi Pergerakan Puteri Islam Malaysia, AJK Persatuan Bahasa Perancis dan Ketua Biro BADAR. Saya telah menyertai pelbagai pertandingan di pelbagai peringkat seperti pertandingan Kuiz Marin Piala FMSM (johan), Summer Camp (naib johan), Olimpiad Matematik Kebangsaan, Kuiz Kimia Kebangsaan, English Camp, Pertandingan  Inovasi SBP dan Hari Kebudayaan Bahasa Perancis (naib johan). Saya juga aktif dalam bidang sukan dengan mewakili sekolah dalam pertandingan bola baling (johan), bola jaring (ketiga), memanah (naib johan), dan olahraga.

                Sekarang, saya sedang menunggu tawaran dari mana-mana IPT yang menawarkan pengajian dalam bidang perubatan dan juga tawaran biasiswa/pinjaman dari mana-mana agensi. Dalam perancangan saya, saya ingin menempatkan diri di bawah pinjaman MARA di INTEC, UiTM Shah Alam untuk persediaan ke Jordan selama 4 bulan. Kemudian, saya akan melanjutkan pelajaran di Jordan selama 6 tahun untuk menamatkan pengajian saya di peringkat Ijazah Sarjana Muda.

                Dengan segulung ijazah, saya akan berkhidmat di mana-mana hospital kerajaan selama beberapa tahun dan akan memikirkan untuk membuka hospital/klinik sendiri. Niat saya untuk membuka hospital/klinik sendiri adalah kerana ingin meningkatkan peluang pekerjaan kepada bakal-bakal graduan dalam bidang perubatan dan membantu masyarakat yang memerlukan rawatan terperinci terutama di kawasan pedalaman. Dengan ini, saya berharap agar segala perancangan ini akan berjalan lancar ditambah pula dengan bantuan dari pihak tuan.

Sekian,terima kasih.
* * * * * 

Maybe these essays will help you. If not for this year, maybe for the juniors next year. I wish you all the best and good luck!

Monday 16 April 2012

Berkat Bismillah!

Assalamualaikaum.

Nak kongsi satu cerita tentang kelebihan membaca Bismillah.

* * * * * *

Ada seorang perempuan tua yang taat beragama, tetapi suaminya seorang yang fasik dan tidak mahu mengerjakan kewajipan agama dan tidak mahu berbuat kebaikan. Perempuan itu sentiasa membaca Bismillah setiap kali hendak bercakap dan setiap kali dia hendak memulakan sesuatu sentiasa didahului dengan Bismillah. Suaminya tidak suka dengan sikap isterinya dan sentiasa memperolok-olokkan isterinya. Suaminya berkata sambil mengejak, "Asyik Bismillah, Bismillah. Sekejap-sekejap Bismillah."

Isterinya tidak berkata apa-apa sebaliknya dia berdoa kepada Allah S.W.T. supaya memberikan hidayah kepada suaminya. Suatu hari suaminya berkata : "Suatu hari nanti akan aku buat kamu kecewa dengan bacaan-bacaanmu itu." Untuk membuat sesuatu yang memeranjatkan isterinya, dia memberikan wang yang banyak kepada isterinya dengan berkata, "Simpan duit ini." Isterinya mengambil duit itu dan menyimpan di tempat yang selamat, di samping itu suaminya telah melihat tempat yang disimpan oleh isterinya.

Kemudian dengan senyap-senyap suaminya itu mengambil duit tersebut dan mencampakkan beg duit ke dalam perigi di belakang rumahnya. Setelah beberapa hari kemudian suaminya itu memanggil isterinya dan berkata, "Berikan padaku wang yang aku berikan kepada engkau dahulu untuk disimpan." Kemudian isterinya pergi ke tempat dia menyimpan duit itu dan diikuti oleh suaminya dengan berhati-hati dia menghampiri tempat dia menyimpan duit itu dia membuka dengan membaca, "Bismillahirrahmanirrahiim."

Ketika itu Allah S.W.T. menghantar malaikat Jibrail A.S. untuk mengembalikan beg duit dan menyerahkan duit itu kepada suaminya kembali. Alangkah terperanjat suaminya, dia berasa bersalah dan mengaku segala perbuatannya kepada isterinya, ketika itu juga dia bertaubat dan mula mengerjakan perintah Allah, dan dia juga membaca Bismillah apabila dia hendak memulakan sesuatu kerja. 

* * * * * *

Jadi, mulai sekarang apa kata kita sama-sama amalkan mengucap Bismillah ketika hendak melakukan apa-apa sahaja? Rasnya tak susah nak amalkan kan? Diri kita ji ha yang mlas nak buat kenakan walaupun fitrah kita ni memang suka akan kebaikan.

Selamat beramal! :)

Tuesday 10 April 2012

Pilihan lepas SPM?

Assalamualaikum.
Soalan yang sentiasa bermain di minda pelajar lepasan SPM.

1. Biasiswa? Tajaan? Pinjaman? ...?
2. Matriks? A-level? IB? Asasi? Diploma? ...?
3. IPTS? IPTA? ...?
4. Doktor? Engineer? ...?

source: GOOGLE
Serabut kepala fikirkan apa yang menjadi pilihan hati? Kadang-kadang tu kita rasa muak, jemu, menyampah sampai rasa nak muntah bila fikirkan semua ni. Ingatkan lepas habis sekolah, senang. Rupa-rupanya makin susah! Macam mana bila dah jejak ke alam universiti nanati? >_<;

Kita kena sentiasa ingat, kalau kita sentiasa berusaha dan tak pernah putus asa tambah tawakal lagi, insyaAllah kejayaan tu dalam genggaman je. Rezeki tu ada di mana-mana kan?

1. Basiswa? Tajaan? Pinjaman? ...?

Bercakap pasal biasiswa, tajaan dan pinjaman ni semua memang susah nak pilih. Ikutkan hati nak biasiswa atau tajaan je. Senang bila dah habis belajar nanti. Tak ada lah kena bayar banyak sangatkan? Kalu pinjaman, pun sama je. Kena bayar juga tapi jumlah yang lebih banyak la. Jenuh jugalah nak habis bayar. Tadi baru terdengar dalam berita, Tan Sri Muhyiddin bagi pengumuman yang sangat terbaik. BIASISWA JPA AKAN DIBERI AUTOMATIK KEPADA PELAJAR YANG MENCAPAI 9A+ KE ATAS. Hancur luluh hati ni. Sabar je la. Adalah tu rezeki di mana-mana nanti kan? :')

2. Matriks? A-level? IB? Asasi? Diploma? ...?

Yang ni pun pening juga untuk membuat pilihan. Masing-masing ada kelebihan dan keburukannya. Ada yang cakap matriks susah, jadual padat. Kalau A-level atau IB sesuai laa buat pelajar-prlajar yang nak melanjutkan pelajaran ke luar negara tu. Asasi? Dalam hati,, nak sangat ambil yang ni. Hehe. Diploma pula senang, Dah habis belajar boleh terus kerja. Nak sambung belajar lagi pon no hal. Yang mana ya. Masing-masing ada baik dan buruk nya. Susah susah.

3. IPTS? IPTA? ...?

Kalau tanya yang ni memang aku pilih IPTA. Ibu cakap IPTS ni orang buat jadi pilihan kedua. Betul ke? Walau macam mana pun, pilihan di hati sebenarnya nak fly oversea! Nak tengok negara orang. Nak keluar dari Malaysia, cari pengalaman. Tinggalkan semua kenangan pahit kat Malaysia dan bina pengalaman manis baru di tempat orang. Gituuu~

4. Doktor? Engineer? ...?

Cita-cita lah yang palinga aku tak suka fikirkan sebabaku memang tak tahu sampai saat ni untuk jadi apa. Impian di hati nak jadi doktor. Mampu ke aku? Aku ni bukannya tahan tengok darah, muntah nanah ni semua. Tengok orang sakit je nak nangis. :P Engineer? Uishh. Yang ni payah sikit. Aku bukannya minat sangat elektronik, mesin-mesin ni semua. Habis lah aku! ~_~"

Yang aku mampu sekarang ialah berdoa pada tuhan mohon diberi petunjuk dan pertolongan dalam mengharungi ujian demi ujian yang mendatang. Serahkan segalanya pada Allah!