Assalamualaikum...

Blog ni hanyalah mengenai rentetan hidup, luahan hati dan tempat curahan segala idea dan pendapat penulis.

Blog ini juga ada menggunakan perkataan aku sebagai penulis yang mana mungkin kasar dan tak mesra bunyinya. Sorry not sorry, this is my style.

Aman tanpa perang,
Ammanda Elydia.


Sunday 18 May 2014

WINTER BREAK 2014: Paris Part 2.

Assalamualaikum.

Mehh kita sambung part 2 cerita kita. Semangat akak menulis ya. Tak sedar kurang 2 bulan lagi nak final ni. Ulangkaji tak, belajar apa pun tak. Cantik peghangaiii. Hahaha. Weekend kena rehat-rehat kan? :P

Okey, hari kedua bermula dengan trip to Marche! *maksud dia market. Trip ni tak dirancang pun. Masa kami dah sampai kat sana, masa malam tu baru ada kawan cadang kan nak pi sini. Not bad la walaupun macam bosan sikit. Hahaha. Banyak je jual pakaian, beg, souvenir kat market ni. Dia macam ada banyak market dalam market ni. Markets in market. Err, faham ke? Buat-buat faham je la ya. Hoho \(^o^)/

Depan salah satu market. Sini dia jual pelbagai barangan antik. Tehee~

Found this big pencils. Imma so hungry! Aummm!

Imma so gemuksss! Bina lemak masa winter. hah, amik ko! >_<

Then, kami proceed perjalanan kami naik metro ke Charles de Gaulle. Dekat stesen ni ada Arc de Triomphe! One of the most famous amos in Paris. Monument ni terletak kat hujung Champs-Élysées. Pasal Champs-Élysées ni aku cerita kat bawah nanti.


My girls n of course imma the cameragirl. -..-

Kat sini kan, ada satu kejadian yang tak diduga. Biasanya kan, orang akan pesan suruh hati-hati kat Paris sebab banyak pencopet. Kejadian kami lain sikit. Ada kat sekitar ni kan satu kumpulan kecik yang minta sumbangan apa ntah. Mula-mula dia akan suruh kita sign tau atas borang dia. Tulis nama, negara, sign. Then, tetiba dia akan minta duit dengan kita. Pastu paksa2 kami kena bayar juga. Sedangkan sebelum tu dia tak cakap pun yang dia nak kutip derma. Dia just suruh sign je. Kawan aku ni dah bertekak dengan dia. Macam-macam la keluar dar mulut haa. Lepastu dia blah je cari mangsa lain. You don't know who's you dealing with. ;)

Puas dah kami tangkap gambar kat sini, kami teruskan perjalanan sepanjang Champs-Élysées. Panjanggg gila dan branded gila kedai-kedai kat sini. Ada yang pi usha beg nak beli untuk mak kat Malaysia. Ada yang pi usha baju untuk diri sendiri. Tapi cuci mata je la yang mampu. Mahal bak hanggg. Iskkk~ T_T

View sepanjang Champs-Élysées.

Sampai kat hujung Champs-Élysées ni, ada Place de Concorde. Satu menara tercacak tengah-tengah jalan. Tak silap piramid kecik kat atas tu made of gold. Tak silap laaa.. Huhu.

Place de Concorde.

Depan Place de Concorde ni ada fountain. Siapa pernah tengok cerita The Devil Wears Prada? Kan ada masa last scene cerita tu, heroin dia campak hp dalam fountain. Haa, ni la fountain tu. Gituuu semangat nak cerita. Hahaha. >_<


Pastu kan, kami decide nak naik Ferris Wheel. Tak besar dan tinggi mana pun. Biasa-biasa je. Tapi gayat juga la dibuatnya. Huhu. Harga tak silap 10 euro. Dua kali pusing. Hmm, oke la...

View from above.

Abaikan muka gemuk tu. :P

Turun benda alah tu, kami proceed lagi jalan ke arah fountain yg korang nampak dalam gambar atas tu tadi. Nampak macam keck je kan dari atas, tapi besar la jugak. Ada itik warna hijau kat kolam tu! Eksaited weyhhh! Lama dah nak tengok itik kaler hijau camtu. Haha.

Sambung lagi jalan menuju ke Musee de Louvre. Berhenti kejap ambik gambar. Penat kottt jalan dari hujung sana ke hujung sini. Ada laaa dalam 5km. Letihhhhh!




Selfie depan Musee de Louvre. ;)

Dah nak malam, kami pun gerak balik. Jalan-jalan cari stesen metro, kami singgah kedai-kedai tepi jalan. Ada laa beli keychain, baju sikit. Ohh ya, kami berhenti kejap kat jambatan Ponts de Art. Alaa, jambatan mangga tu. Yang orang letak mangga kunci kat jambatan tu. Kononnya kunci cinta dekat jambatan tu la. Sebab gelap sangat dah malam, no picture was taken. Batery hp pun tak mengizinkan juga. Huhuuu~

Then, kami singgah kedai makan. Isi perut dulu seround. Lapar sangat dan letih sangat-sangat-sangattt. Kat sini ada kedai muslim, halal. Tapi susah juga la nak jumpa. Kedai ni akak bagi 4 bintang. Kurang 1 bintang sebab makanan dia sikit sangat compared to harga dia yang agak la mahal. Tapi sedap laaa! :)

Selesai semua, kami terus balik. Malam kena rehat kaw2 sebab esok nak pi main Disneyland! Weee~

All the pictures were taken with Samsung S3.

WINTER BREAK 2014 : Paris

Assalamualaikum.

Kali ni nak aku nak cerita pasal winter break 2014 aku di... Paris! Baru nak cerita. Baliknya dah berbulan-bulan dah. Ampunnn! Apa yang orang selalu cakap tu ek? Masa mencemburui kita? Hoho :3

Sampai di Paris dari London 9hb Februari, naik bas je. Masa sampai, tak tahu nak pi mana. Masa tu gelap lagi. Subuh. Semua settle down dulu, rehat, dan cari jalan macam mana nak pi apartment kitorang. Kitorang decide nak jalan je, sampai la jumpa stesen metro yang kitorang cari tu. Pastu, kami beli tiket nak ke Zone 4. Apartment kami kat Zone 4. Uihhhh, terserlah kejakunan kitorang nak beli tiket. Bikin maluuu je! XD

Ticket machine in Paris. Tak ghetiii nak guna! -__-"

Dah sampai stesen Bry Sur Marne (area apartment kitorang), tak tahu pula nak tuju ke mana. Tanya orang sini, tanya orang sana. Semua jawab kut France. Haa, faham sangat la kami.. -___-' Memang la dulu zaman sekolah ada ambil bahasa Perancis as bahasa antarabangsa dulu. Tapi, otak ni dah berkarat dah.. Tak membantu sangat laa. Huuuu.

Jalan punya jalan, jumpa la juga apartment kami. Alhamdulillah.. :') Bila dah masuk, cakap la nak check in kat kaunter tu. Sekali dia cakap check in boleh pukul 4 petang kak. 4petang?! Memang gila, memang gilaaa. Masa tu baru dalam pukul 9-10 kuttt. Tapi dia cakap boleh je nak tunggu kat lobby tu. Kitorang decide nak tunggu je. Dalam pukul 12 camtu, receptionist panggil aku, katanya apartmen kami dah kosong. Boleh nak check in sekarang. Alahamdulillah! ^_^

Me in front our apartment. Cantik sangat okeyhhh! ^_^

Lepas check in, kami bersih diri sikit, sembahyang, then terus keluar. Masa tak boleh bazir! Huhu. So, perjalanan cerita di Paris bermula dengan kami ke... Les Halles, first metro stop around area kami nak mula jelajah Kota Cinta ni!

Mini Market at Les Halles station.

Market ni jual pets macam rabbits, hamsters, birdies! Ada barang2 anyaman, ukir macam kat Malaysia. hehe


Doraemon dengan gaya bajet ayu nya. lol

Me in front of Palaise de Justice!

Katanya bangunan ni salah satu antara yang paling tua n most prestigious official buildings in Paris. Katanya lah... *bahasa rojak gilosss*

Depan Notre Dome de Paris.

Notre Dame ni cathedral. Ramaiiiii sangat yang nak masuk. Beratur panjang gila. Kami tak masuk sebab nak kejar tempat lain pulak. Macam la tempa lain tu ada kaki nak lari. Haha. Ohh, Notre Dame ni nama English dia Our Lady of Paris. ;)

Umai bajet macho nak tembak awek bajet ayu. Aku lettew! haha :P

Then going to the next place. Kami jalan2 sekitar kawasan kedai situ. Ada banyak kedai jual baju t-shirt, keychain, beg. Rambang mata akak mandang! Hahaha. Tapi duit tak draw lagi. So, telan air liur je la kami semua tengok. Duit tak ada. Harga pun boleh tahan la...



Next, kami bergerak ke tempat yang wajib pergi dekat Paris. Kalau tak sampai sini kira macam tak sampai Paris laa. Ecehh ayat... Haha. Ala, tempat ni tak lain tak bukan Eiffel Tower! Ohmaiii, lepas turun metro tu, keluar je dari station tu, mata ni sibuk duk cari mana Mr Eiffel ni.

Duk sibuk mendongak ke langit, tiba-tiba... "Assalamualaikum!" Terkejut aku! Lelaki mana pulak bagi salam kat aku ni. Kat Paris pulak tu. Tengok keliling rupanya ramai orang African muslim duk jual keychain Eiffel Tower. Sibuk sangat mendongak ke langit, sampai tak perasan diorang tegur nak jual keychain. Hahaha.

Eiffel Tower 1st captured.

Besi bughokkk. Hahaha! >_<

Besi bughok lagiii! :P


Me with my roommate, Zai. Lebiiiu Zai! <3

Kononnya nak naik sampai ke atas. Tapi masa tu dah lewat petang. Barisan nak beli tiket pun panjang. So, kami decide tak jadi naik dan ambik gambar je dekat area bawah tu. Lagipun aku gayat nak naik tinggi-tinggi. Teruja tu dah okey, tapi gayat tu yang tak tahan. Kepada bakal laki aku nanti, mohon jangan bawa aku pi tempat tinggi-tinggi ya. Kalau tak, naik lah kau sorang-sorang. Hahaha. XD

Next trip is Seine River Cruise! Orang cakap naik waktu malam cantik. Ya, memang cantik. Tapi sejuk nak mampus! Masa ni kan masih baru nak habis winter. Duduk deck atas yang terbuka tu. Tambah lagi dengan angin yang bertiup 'sepoi-sepoi' bahasa. Berterabur gigi atas lantai! Hahaha.

Harga tak mahal. 13 euro. okey la tu kan dengan pengalaman naik ni SEKALI seumur hidup. haha ;)

Eiffel Tower waktu malam. Cantik!

Dah habis naik cruise, semua dah letih, lapar. Kitorang decide nak balik je terus. Ehh, tapi sebelum tu kami pegi balik dekat orang-orang yang jual keychain tu. Nak beli keychain buat kenang-kenangan. Huhu. Main tawar-menawar harga, dapatlah berapa biji free. Satu beg aku borong keychain ni. Weeee~

Tapi kan, diorang ni jual tak ada lesen tau. So, masa nak berjual beli tu pandang kanan, pandang kiri. Takut ada polis! Nak dijadikan cerita, masa kami nak beli tu, tetiba pulak polis datang. Diorang semua lari tak cukup tanah. Kami dah ambik dah keychain dengan diorang, tapi tak sempat bayar lagi. Menunggu juga lah kami kejap kat situ. Tunggu diorang datang balik. Huhu..

Dah selesai semua, kami pun bergerak balik. Semua dah tak larat dah. Malam kena rehat cukup-cukup. Esok nya nak jalan jauh. Satu hari berjalan tanpa henti! Cerita hari kedua nantikan di post yang akan datang! Hehehe. ;)

P/s: Siapa nak keychain Eiffel Tower kena datang jumpa aku balik Malaysia nanti. Muahaha!

All pictures were taken with Samsung S3.

Quick Spring Update : The Believer Has 5 Types Of Fear.

Assalamualaikum.

Here's a quick update from me. I have been very busy lately with all the colloq, test and quizes. Ohh yes, I promised to wrote about my winter vacation but it is still in process. I'll try to finish my stories as soon as possible. Well it's spring here but I think summer's coming right now. The weather is quite hot. The day becomes sooo long. Subuh is at 2 something and maghrib is at 8 something. It's really a looonggg day.

Ok, here is something I would like to share with you and as a notes for me too. My friend shared in on Facebook and I find it would be a benefit if I shared it here too. So here we go.

*****

THE BELIEVER HAS 5 TYPES OF FEAR.

1. Fear that Allah may take his faith away from him

Many of us live our lives in such comfort that we are not concerned about losing our Iman. We think just because we are Muslim at this moment in time, we will stay like that, yet we forget the smallest action can nullify our Iman. To the extent, many of the Ulema mentioned that a single thought which is Kufr can make one leave the fold of Islam.

2. Fear that the recording angels may write down something that may expose him on the Day of Resurrection

Some of us are so careful when committing evil deeds to make sure that our friends and family do not see us, but how foolish are we to think that the record keeping angels are not monitoring our every action and thought. Allah Subhanahu wa ta’ala says,

‘So, by your Lord (O Muhammad sallallahu alaihi wa sallam), We shall certainly call all of them to account. For all that they used to do.’ [Quran 15:92-93]

3. Fear that the Shaytan may cause his deeds to become invalid

The true believer should always be on guard, to purify his speech and actions from the misguidance of Shaytan. We should remember that it is very easy to nullify our deeds by a simple intention and thus we must constantly make sure that all of our deeds are done with sincerity and with following the method (Sunnah) of the Prophet Muhammad (sallallahu alaihi wa sallam).

4. Fear that the Angel of Death may come to him without warning

When this unexpected guest arrives knocking at your door, you cannot turn him away, nor can you ask him to return at a later time, but rather the time is fixed and appointed. We must ensure that we are always doing the good deeds, so that maybe our last deed before we leave this dunya is in obedience to Him. Allah Subhanahu wa ta’ala says,

Say: ‘The angel of death, who is set over you, will take your souls, then you shall be brought to your Lord.’ [Quran 32:11]

5. Fear that this world may tempt him and distract him from the Hereafter

One of our biggest temptations is this dunya. We become so busy in chasing this dunya, the cars, the money, the fame, the houses the businesses etc, but yet we forget that the one who chases the dunya never gets the akhirah, but the one who chases the akhirah will get the akhirah and the dunya.

May Allah Subhanahu wa ta’ala allow us to fear Him the way He deserves to be feared. Ameen.

[These 5 points were mentioned by Uthman Ibn Affan (radiallahu anhu): Fara’id al-Kalam lil-Khulafa al-Kiram, page 278]

*****

All the credits go to the primary owner. I don't own this writing. The article is copy-pasted by me so that I can take some benefits out of it and spread the good to others too. Jzkk to the writer whoever you are. May Allah blesses you! :)