Assalamualaikum...

Blog ni hanyalah mengenai rentetan hidup, luahan hati dan tempat curahan segala idea dan pendapat penulis.

Blog ini juga ada menggunakan perkataan aku sebagai penulis yang mana mungkin kasar dan tak mesra bunyinya. Sorry not sorry, this is my style.

Aman tanpa perang,
Ammanda Elydia.


Friday 13 September 2013

Di kala ku terbang di awan lalu, menuju ke sana bumi Russia!

Assalamualaikum...

Hmmm. Dah lama kan aku tak hupdate blog ni haa. Banyak sangat nak cerita tapi masa mencemburui. Ececee. Kali ni aku nak update pasal apa yang berlaku kat aku recently. Mungkin tak ada la menarik sangat pun. Ni cuma untuk simpanan dan kenang-kenangan gitu. Ahaha.

First of all nak cerita pasal what happened kat kitorang masa perjalanan nak ke Russia ni haa. Aduihh banyak betul masalah! Kiri kanan atas bawah laa. Tak larat sampai. Hoho. Ok laa, begini ceritanya...

Masa hari penerbangan 29hb Ogos dari KLIA, kitorang check-in laa luggage semua tu. Staff kat kaunter tu cakap, "Beg awak sampai ke final destination ya, ke Volgo." Apa lagi, gembira tak hengat la aku ni. Konon-konon tak payah bayar exceed luggage masa di Moscow nanti. Rm15 per kg. Jimat duit.. :')

Flight dari KLIA ke Hong Kong (ohh, lupa nak cakap yang aku transit kat HK.) okey je. Alkisah bermula di HK. Aku kena transit situ 10 jam sebelum flight seterusnya ke Moscow. Makanya berkampunglah kami di situ selama 10 jam. Siap tukar duit semua, kami pergi cari kedai makan. Alhamdulillah ada yang halal.

Halal dan mahal. -_-"

Hahaha!

Selesai semua tu kami pergi cari tempat sembahyang. Mak aihh! Hujung dunia nu! Jauh sesangat. Ok la kan dari tak ada tempat nak solat langsung kan? Bila gate dah buka, kami pergi la check in. Masuk flight masa tu dah malam. Dalam kul 12 juga laa. Aku ni yang tersangat lah mengantuk campur letih lagi terus lelap. Tak sempat kapal terbang bergerak pun lagi. Hahaha. >_<"

Tak lama tu aku tersedar. Aikk? Apasal ada kat airport lagi? Aku rasa kapal terbang dah bergerak dah tadi. Tengok kiri tengok kanan dapatlah tahu yang ada seorang passenger ni ada masalah pula! Dah kena delayed flight 3 jam. Semua start cuak sebab flight Moscow ke Volgo gap dia 2 jam macam tu je.

Alamakkk! 0__0

Aku wat lek wat cool je. Terus sambung tidur! Hahaha.

Sampai kat Moscow dapat tahu yang ada orang tolong uruskan flight kami yang sudah semestinya terlepas 3 jam yang lalu sebab delayed flight kat HK nu. Malangnya, kami(aku, zai, umai dan nad) terpisah dari group kawan-kawan yang lain dan terrrsangat laa lambat masa tu. Imigresen kat sini sangat SLOW! Benci3!

Disebabkan lambat punya pasal, lepas je imigresen tu terus kami menapak laju ke lobby check in. Cari punya cari budak-budak ni jumpa lah juga. Itupun lepas ke hulu ke hilir tanya mat ruski minah ruski keja kat airport ni hah. Menyampah!

Nak bagi best lagi cerita aku ni, kitorang nampak semua dengan luggage masing-masing.

Ya, kami tak tuntut luggage kami!

Masa tu tuhan je tahu perasaan aku. Nak mengamuk tak tahu nak lepas kat siapa. Nak marahkan staff KLIA, tak boleh juga. Silap kitorang juga tak try tengok dulu kat tempat tuntut bagasi tu. Aishhh. -_-"

Maka, misi pencarian beg bermula!

Korang tahu tak, dekat 1 jam lebih la kami pusing airport tu nak tanya mana boleh ambil beg-beg kami tu. Memang kelancaran dan kefasihan berbahasa Ruski sangat terserlah lah masa tu. Ooo, bila dah emergency macam ni boleh pulak ko cakap Russia. Hehh? :p

Last sekali jumpa balik dekat kaunter lost and found nu kat pintu lepas imigresen nu. Aduhh, sakitnya hatikuuu! Bila dah selesai semua, dapat tahu yang aku dan beberapa lagi budak ni dapat flight petang. Ada yang malam tu. Ada pula pagi esok nu. Yang pagi esok tu dapat stay hotel! Ciss, sungguh tak adil! Nikmat orang dengki ajee. :p

Dari Moscow ke Volgo aku just tidur je sebab exhausted sesangat. Rasa tak larat sangat rasa macam nak tercabut habis tulang belulang ni. Orang hidang makanan pun aku tak sedar dah. Tahu-tahu dah sampai Volgo. Nak balik hostel satu hal pulak. Teksi pula mahal. Sorang kena bayar 400rub=Rm40. Cekik darahhh! Biasanya 500rub untuk 2 orang tau. Disebabkan letih sangat, malas nak tawar harga, kitorang terima je.

Memang terbang melayang la duit aku sebab teksi yang cekik darah tu dan exceed luggage yang mahal tu. Huuu~ T_T

Walau apa pun, aku bersyukur juga sebab dalam ramai-ramai, aku yang terpilih untuk menghadapi situasi macam ni. Sekurang-kurangnya aku tahu nak buat apa, nak jumpa siapa, nak pergi mana kalau benda macam ni berlaku lagi lain kali. Harap-harap tak lah kan? Biar yang ni yang pertama dan terakhir. Tak larat dah aku nak harungi lagi sekali. Wuwuwuu!

P/s: esok tu dah keluar jenjalan. Lusa pergi makan sushi dengan adik junior. Visa pun tak hantar lagi masa tu. Hahaha. XD