Assalamualaikum...

Blog ni hanyalah mengenai rentetan hidup, luahan hati dan tempat curahan segala idea dan pendapat penulis.

Blog ini juga ada menggunakan perkataan aku sebagai penulis yang mana mungkin kasar dan tak mesra bunyinya. Sorry not sorry, this is my style.

Aman tanpa perang,
Ammanda Elydia.


Sunday 8 December 2013

Allah as-Samad. :')

Assalamualaikum.

Hari ni nak kongsi pasal salah satu Asma ulhusna iaitu as-Samad. Sebenarnya ni tugasan usrah minggu lepas-lepas dah. Tapi tak teringat nak kongsi kat blog. Duk belek-belek notes, ternampak laa notes ini. So, teringin la nak kongsi apa yang aku bentangkan.

Bismillah...

Apakah maksud as-Samad? As-Samad bermaksud tempat bergantung. Dari segi bahasa, as-Samad membawa beberapa makna, antaranya:

1. Lengkap, Sempurna, Bersih, Keseluruhan, Tempat Pergantungan
2. Kuasa mutlak yang menguasai segala-galanya
3. Kekuasaan yang tiada tolok bandingnya

Sementara makna yang diterangkan oleh Baginda Rasulullah s.a.w pula ialah, "Kekuasaan yang sebenar dan mutlak, di mana segala sesuatu bergantung kepadaNya, dan Dia pula tidak bergantung kepada sesiapa." Oleh itu, as-Samad, adalah Kekuasaan Allah yang mana segala makhluk bergantung harap kepadaNya untuk hidup di alam ini. Dari segi saintifiknya, memang tidak dapat dibuktikan Zat ini wujud seperti jisim-jisim yang lain, tetapi kehadiran dan kewujudan Zat Allah, as-Samad ini dapat dirasai di dalam kehidupan kita pada setiap saat.

Khasiat:

1) Barang siapa berzikir “Ya-Samad” 125 kali waktu sahur, insyallah zahir kebenaran pada hatinya.

2) Barang siapa berzikir “Ya-Samad” 150 kali tiap-tiap hari, insyallah kuat kehendaknya dan di tolong atas kebaikan dan tidak merasakan sakit dan kelaparan.

3) Barang siapa yang membiasakan berzikir “Ya-Samad” dan secara kebetulan dia kehilangan sesuatu barang, insyallah barang yang hilang itu akan diperoleh kembali.

4) Barang siapa yang membanyakkan berzikir dengan ‘Ya Samad’ sebanyak mungkin, insyaAllah akan luputlah atau hilanglah perasaan marahnya terutama bagi orang yang banyak masalah atau kerumitan hidup.

Allahualam. :)

Saturday 23 November 2013

Saki Baki Agama Hanif Dalam Jahiliyyah Arab.

Assalamualaikum.

Sebelum kita faham sirah itu sendiri, kita perlu menoleh lebih belakang lagi dan mengetahui tentang satu kenyataan bahawa Islam merupakan lanjutan dari agama Hanif yang dibawa oleh Abu al-Anbiya' (bapa para Nabi) iaitu Nabi Ibrahim a.s.

Semua tahukan? Bagus. :)

Firman Allah SWT:

"Dan berjihadlah kamu pada jalan Allah dengan jihad yang sebenar-benarnya. Dialah yang memilih kamu(untuk mengerjakan suruhan agamanya); dan Dia tidak menjadikan kamu menanggung sesuatu bebanan dan susah payah dalam hal agama, sebagaimana agama bapa kamu, Ibrahim. Dia menamakan kamu: "orang Islam" semenjak dahulu dan di dalam (al-Quran) ini...." 

(Surah Al-Hajj, ayat 78)

Bangsa Arab ialah anak-anak Nabi Ismail a.s. Sebab tu lah mereka ada banyak millah(agama) dan minhaj yg diwarisi oleh bapa mereka dan semua tu menyeru kepada tauhidillah, beribadah kepadaNya, mematuhi hukum-hukumNya, mengagungkan tempat-tempat suciNya, khususnya Baitul-Haram, menghormati syiar-syiarNya serta mempertahankannya.

Namun, setelah kurun demi kurun berlalu, mereka mula mencampuradukkan kebenaran ini dengan kebatilan yang akhirnya mempengaruhi akidah mereka. Maka, mereka pun kembali menyembah berhala. Ok, soalan kuiz! Tau tak siapa orang pertama yang mula-mula menyelitkan unsur syirik dengan cara menymbah berhala?

Amru' bin Luhay bin Qama'ah.

Dia merupakan datuk moyang Bani Khuza'ah. Ibnu Ishaq meriwayatkan daripada Muhammad bin Ibrahim bin al-Harith al-Tamimi: Solih al-Saman menceritakan kepadanya, bahawa dia pernah mendengar Abu Hurairah berkata:

"Aku pernah mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda kepada Aktsam bin Jaun al-Khuza'i, "Wahai Aktsam, aku pernah melihat Amru' bin Luhay bin Qama'ah bin Khandaf menarik berhala kayunya ke dalam neraka. Aku tidak pernah melihat seorangpun wajahnya yang mirip(wajahnya) dengannya kecuali kamu." Lalu Aktsam berkata, " Apakah kemiripan rupa tersebut akan membahayakan aku, ya Rasulullah?" Rasulullah menjawab," Tidak sebab kamu Mukmin, sedangkan dia kafir. Sesungguhnya dia adalah orang yang pertama sekali mengubah Agama Ismail a.s. Kemudian dia membuat patung-patung, memotong telinga haiwan untuk dipersembahkan kepada thaghut-thaghut, menyembelih binatang untuk Tuhan mereka, membiarkan unta-unta untuk sesembahan dan memerintahkan untuk tidak menaiki unta tertentu, kerana keyakinan kepada berhala." 

Ibnu Hisyam meriwayatkan bagaimana Amru' bin Luhay memasukkan berhala kepada bangsa Arab. Beliau berkata: Amru bin Luhay keluar dari Makkah ke Syam untuk keperluannya. Ketika sampai di Ma'ab, di daerah Balqa', pada waktu itu di tempat tersebut terdapat anak keturunan Amliq bin Lawaz bin Sam bin Nuh, dia melihat mereka menyembah berhala-berhala, lalu Amru' bin Luhay bertanya kepada mereka, "Apakah yang kamu sembah ini?" Mereka menjawab: "Ini adalah berhala-berhala yang kami sembah. Kami minta hujan kepadanya, lalu kami diberi hujan" Kemudian, Amru' bin Luhay berkata lagi, "Bolehkah kamu berikan satu berhala kepadaku untuk aku bawanya ke negeri Arab agar mereka(juga) menyembahnya?" Maka dia diberi satu berhala bernama Hubal. Lalu, dia membawanya pulang dan memasangnya serta memerintahkan orang ramai untuk menyembahnya.

Ish ish ish...

Maka tersebarlah ajaran penyembahan berhala ini di seluruh Arab. Dahulu mereka beraqidahkan tauhid yang dibawa Nabi Ibrahim, namun sekarang(pada masa tu la) mereka mensyirikkan Allah SWT. Akhir sekali, mereka berada dalam kesesatan dan melakukan tindak-tanduk yang buruk seperti bangsa-bangsa lain yang sesat.

Tetapi, perlu diingatkan bahawa penyebab utama mereka menjadi begitu adalah kerana ketandusan ilmu pengetahuan dan buta huruf dalam kalangan mereka.

Haa, walaupun macam tu, tetap masih ada segelintir daripada mereka yang masih berpegang teguh pada aqidah tauhid dan mengamalkan ajaran agama Hanif: meyakini hari kebangkitan, mempercayai bahawa Allah s.w.t. akan memberi pahala kepada orang-orang yang taat dan menyeksa orang-orang yang berbuat maksiat. Malahan mereka membenci penyembahan berhala yang dlakukan oleh orang-orang Arab  pada masa itu dan mengecam kesesatan fikiran dan tindak-tanduk buruk lainnya.

:)

Antara yang masih mengamalkan saki-baki agama Hanif ialah:
Qais bin Saudah al-Ayadi
Ri'ab Ash-Shanni
pendeta Buhaira

Ada juga yang masih mengamal saki-baki ajaran agama Hanif tetapi telah dicampur adukkan dengan amalan jahiliyah contohnya tawaf. Sewaktu melakukan tawaf, talbiyah mereka berbunyi:

"...melainkan dia yang menjadi sekutu bagi Engkau, Engkau miliki apa yang dia miliki"

Mereka tauhidkan Allah, tetapi dalam masa yang sama mereka menyekutukan Allah dengan berhala-berhala mereka.

Namun apabila perutusan Rasulullah SAW bermula, maka ini telah menghapuskan dan menyinari kegelapan jahiliyah dengan cahaya tauhid dan prinsip-prinsip keadilan disamping menghidupkan "saki-baki hanifiyah" yang ada.

Dengan itu barulah dapat dikenali kedudukan sebenar antara Islam dan pemikiran jahiliyyah yang pernah menjadi panduan kepada bangsa Arab sebelum kelahiran Islam, sama seperti dikenali kedudukan sebenar antara zaman jahiliyyah dengan zaman Milah Hanifiyyah yang diutuskan Ibrahim ‘Alaihi salam untuknya. Dan dengan itu jelaslah sudah bahawa kerana itulah Rasul mengekalkan banyak adat dan prinsip yang menjadi panduan dan ikutan kepada bangsa ‘Arab, di samping banyak pula adat dan tradisi mereka yang dihapuskan semuanya.

*****

Alhamdulillah. Selesai sudah entry kali ini yang juga merupakan tugasan usrah untuk minggu ini. InsyaAllah apa yang cuba disampaikan ini dapat memberi manfaat buat semua. Mohon ampun dan maaf atas kesilapan yang ada. Mohon komen agar sama-sama kita dapat perbaiki kesalahan dan berkongsi pengetahuan.

Segala yang baik itu datangnya dari Allah, dan segala yang buruk juga datang dari Allah tetapi disandarkan kembali kepada aku insan yang lemah ini.

Rujukan: Fiqh Al-Sirah, Jilid 1.

Nabi Muhammad SAW, nabi yang terakhir!

Assalamualaikum.

Nabi Muhammad SAW ialah nabi yang terakhir dan tidak akan mungkin ada lagi nabi selepas baginda. Di dalam Islam, perkara ini harus dipercayai dan diimani. Ini merupakan asas akidah seorang muslim.

Dalam sepotong hadis Nabi yang bermaksud:

" Aku dan para anbiya' sebelumku 'ibarat satu bangunan' yang dibina oleh seorang lelaki. Lalu ia membinanya dengan baik dan dipercantikkannya kecuali pada tempat sekeping batu-bata pada suatu sudut. Maka orang ramai datang mengelilinginya dan kagum melihat dan berkata mengapa tidak diletakkan seketul batu-bata di tempat yang kosong itu, maka akulah batu-bata itu dan akulah penyudah segala nabi."

Kita dapat faham bahawa perkaitan dakwah Nabi Muhammad SAW dan dakwah para anbiya' terdahulu adalah untuk memperkemaskan lagi atau dengan kata lain untuk membuat kesimpulan dan penutupan.

Dua asas penting dakwah para anbiya':
*aqidah kepercayaan
*perundangan dan akhlak

Apa yang perlu kita tahu ialah aqidah kepercayaan yang dibawa oleh Nabi Adam TIDAK PERNAH BERUBAH sehinggalah ke zaman Nabi Muhammad SAW iaitu kepercayaan sepenuhnya pada Allah dan mengimaniNya. Setiap Nabi yang diutuskan menyeru kaumnya agar mensucikan Allah, mempercayai akan adanya hari kiamat, balasan syurga dan neraka. Setiap nabi itu juga menyokong apa yang dibawa oleh nabi-nabi yang terdahulu.

Allah berfirman, yang bermaksud:

"Allah telah menerangkan kepada kamu - di antara perkara-perkara agama yang Ia tetapkan hukumnya - apa yang telah diperintahkanNya kepada Nabi Nuh, dan yang telah Kami (Allah) wahyukan kepadamu (wahai Muhammad), dan juga yang telah Kami perintahkan kepada Nabi Ibrahim dan Nabi Musa serta Nabi Isa, iaitu: "Tegakkanlah pendirian agama, dan janganlah kamu berpecah belah atau berselisihan pada dasarnya"..."

(Asy-Syura, ayat 13)

Apabila kita bercakap tentang akidah, kita sebenarnya sedang bercakap tentang berita atau perkhabaran yang disampaikan seseorang. Tidak akan berlainan sesuatu perkhabaran itu jika berita yang disampaikan itu adalah benar. Begitu juga perihalnya bahawa Allah itu Esa, Allah itu Maha Suci.

Tapi apa yang membezakan antara setiap nabi kalau semuanya membawa akidah yang sama? Syariat. Bukan maksudnya, syariat yang dibawa itu sangat berlainan antara satu sama lain. Tetapi syariat yang dibawa oleh nabi yang terdahulu mungkin ada yang dimansuhkan atau dibatalkan oleh yang terkemudian sehinggalah syariat yang dibawa Nabi Muhammad SAW.

Syariat yang dibawa oleh setiap nabi-nabi terdahulu ini hanya tertumpu untuk kaumnya sahaja. Nabi Musa diutuskan buat Bani Israel, untuk bangsa dan zaman itu sahaja. Undang-undnag yang diturunkan buat kaum itu keras dan sesuai dengan sifat dan sikap kaumnya yang keras kepala.

Nabi Isa pula membawa yang lebih sederhana daripada Nabi Musa. Allah berfirman, yang bermaksud:

"Membenarkan apa yang dihadapanKu iaitu Kitab Al-Taurah dan menghalalkan separuh dari apa yang diharamkan ke atas kamu dahulu."

(Surah Ali Imran, ayat 50)

Nabi Isa membenarkan apa yang dibawa oleh Al-Taurah iaitu dari soal aqidah, tetapi dari segi perundangan atau syariat ada sedikit perubahan iaitu kelonggaran berbanding zaman dahulu.

Dapat disimpulkan di sini bahawa aqidah dan agama yang benar itu satu. Tidak ada wujudnya akidah yang pelbagai, yang ada hanyalah syariat yang dimansuhkan dan dibatalkan  hinggalah syariat terakhir yang dibawa Nabi Muhammad SAW.

Mungkin akan timbul pertanyaan, persoalan nanti.

Kenapa mereka yang mengaku pengikut-pengikut Nabi Musa mempunyai aqidah tersendiri yang tidak ada kena mengena dengan aqidah keesaan yang dibawa para anbiya'? Dan mengapakah mereka yang mengaku pengikut Nabi Isa menganuti suatu aqidah yang tersendiri? Jom, kita sandarkan pada dalil al-Quran:

"Sesungguhnya agama di sisi Allah hanyalah Islam. Tidak berselisih orang-orang yang diberi Al Kitab kecuali setelah datang pengetahuan kepada mereka, kerana berdengkian di antara meraka,"

(Surah Ali Imran, ayat 19)

"Dan mereka(ahli kitab) tidak berpecah-belah melainkan sesudah datangnya pengetahuan kepada mereka kerana kedengkian antara mereka. Kalau tidak kerana suatu ketetapan yang telah ada dari Tuhanmu dahulunya(untuk menangguhkan azab) sampai kepada waktu yang ditentukan, pastilah mereka telah dibinasakan. Dan sesungguhnya orang-orang yang diwariskan kepada mereka Al-Kitab(Taurat dan Injil) sesudah mereka benar-benar berada dalam keraguan yang mengejutkan kitab itu."

(Surah Asy Syura, ayat 14)

Para anbiya' diutuskan bersama mereka yang Islam, agama yang diakui Allah. Ahli Kitab tahu bahawa agama itu satu dan diutuskan nabi-nabi untuk memberi sokongan kepada nabi-nabi yang terdahulu.

*****

Alhamdulillah. Selesai sudah entry yang kedua ni. Mohon ampun dan maaf atas segala kesilapan dalam menukilkan entry ni. Mohon komen agar dapat sama-sama kita baiki kesilapan diri ini. Segala yang baik datang dari Allah, dan segala yang buruk datangnya juga dari Allah tetapi disandarkan balik ke atas diri yang hina ini.

Semoga memberi manfaat buat semua. InsyaAllah. :)

Rujukan: Fiqh Al-Sirah, Jilid 1.

Friday 22 November 2013

Rahsia pemilihan Semenanjung Arab sebagai tapak pancaran Agama Islam.

Assalamualaikum.

Pernah tak dalam kehidupan seharian kita, terdetik persoalan kenapa Semenanjung Arab yang dipilih untuk menjadi tapak permulaan penyebaran Islam? Kenapa rasul terakhir dari bangsa Arab? Kenapa bahasa al-Quran ialah bahasa Arab?

Sebelum kita cuba rungkai satu-satu, jom kita singkap dulu keistimewaan bangsa Arab sebelum Islam dan keadaan geografinya. Then, kita bandingkan pula dengan tamadun-tamadun lain yang sezaman dengannya, contohnya Rome, Greek, India, Parsi.

Firstly, kita cuba kaji dulu bangsa-bangsa lain yang hidup di sekitar SA sebelum Islam. Nak dijadikan cerita, pada zaman tu dunia sedang dikuasai oleh dua negara besar: Parsi dan Rome, Greek dan India.

Pada masa itu, Parsi ialah satu negara yang mempunyai falsafah yang pelbagai dan merupakan arena perbahasan agama. Pembesar dan masyarakat pada masa itu menganut agama Majusi . Antara ajaran agama tersebut ialah menggalakkan perkahwinan antara anak lelaki dengan ibunya atau saudara perempuannya. Mereka hidup dalam tatasusila dan amalan yang jauh terpesong dari sifat-sifat kemanusiaan.

Kerajaan Rome pula sibuk dengan aktiviti perluasan kuasa dan perbahasan agama Kristian dengan negeri Syam a.k.a Syria dan Mesir. Mereka hidup dalam keadaan yang huru-hara dan tidak stabil. Kehidupan pula berlandaskan kemewahan duniawi dengan cara menindas golongan bawahan. Cukai yang tinggi juga merupakan fenomena biasa pada masa itu.

Greek pula tak habis-habis dengan dunia khayalan dan dongeng mereka sedangkan semua perkara itu langsung tidak memberi apa-apa manfaat buat mereka. India pula hidup dalam kemerosotan akhlak dan tatasusila kehidupan dan kemasyarakatan.

Kenapa mereka hidup macam tu sekali? Ini kerana, mereka hidup atas kemajuan dan tamadun yang hanya berasaskan harta benda, material, duniawi semata-mata. Mereka tidak mengambil akhlak-akhlak yang mulia sebagai asas kehidupan seharian mereka.

Acano lak dengan Semenanjung Arab masa tu? Haa, ni nak cerito la ni...

SA pada masa itu merupakan suatu kawasan yang tenang, jauh dan terpencil dari segala anasir-anasir buas dan liar tu. Eheh? Kenapa pula? Bukan ke diorang semua tu duduk di antara negara-negara yang tengah hebat dengan kemerosotan akhlak tu kan?

Ya, tetapi mereka tidak pernah merasakan kemewahan seperti Parsi, kekuatan tentera seperti Rome, tiada falsafah pelik-pelik seperti Greek. Mereka boleh dikatakan seperti 'bahan mentah' yang suci dan boleh dibentuk. Apa yang perlu diberikan hanyalah ilmu pengetahuan kerana sebelum ini mereka hanya hidup dalam dunia kejahilan yang sangat  gelap, hitam pekat. Kesesatan.

"Dan sesungguhnya kamu sebelum hari ini adalah dari golongan orang-orang yang telah sesat."

(Surah Al-Baqarah, ayat 198)

Allah telah menerangkan di dalam Al-Quran bukan untuk menghina, tetapi untuk memberi kemaafan atas keuzuran mereka. Ini kerana, bangsa-bangsa lain menjadi sebegitu rupa dalam keadaan sedar dan nak jadi macam tu.

Ok, sekarang kita kembali kepada persoalan asal kita. Kenapa pancaran dakwah Islamiyyah tu Allah bebankan pada Arab dan bukannya Parsi atau Rome atau mana-mana pelusuk dunia? Andaikata Allah nak pancaran dakwah Islamiyyah tu terpancar, bersinar di mana-mana pun di atas muka bumi ini, pasti Allah mampu kerana Allah itu Maha Kuasa, Pencipta Alam Semesta!

Namun hikmah Allah memilih SA dan Rasul yang buta huruf supaya manusia itu tidak syak wasangka terhadap Islam dan RasulNya. Di tempat Rasulullah diutuskan itu wujudnya satu suasana buta huruf, mereka tidak diracuni dan diusik oleh mana-mana tamadun, falsafah yang entah apa-apa itu.

Hikmah Allah memilih RasulNya seorang yang buta huruf agar tiada syak bahawa Islam ini benar-benar agama dari Allah dan bukannya dipelajari dari mana-mana falsafah oleh mana-mana tamadun. Hikmah lain yang dapat dilihat ialah ketinggian mukjizat keNabian dan syariat Islam berbanding seruan manusia lain.

Hikmah lain yang dapat diringkaskan di sini ialah:


  1. Di lembah Mekah ini lah tempat pertama seruan agama Islam iaitu agama Nabi Ibrahim dan juga tempat pengutusan nabi terakhir, Nabi Muhammad SAW.
  2. SA terletak di tengah-tengah pelbagai bangsa dan memudahkan proses penyebaran dakwah Islamiyyah di kalangan bangsa dan negara yang disekelilingnya.
  3. Bahasa Arab apabila dikaji mempunyai banyak keistimewaan yang sukar didapati dalam bahasa lain dan layak baginya untuk menjadi bahasa utama umat Islam walau di mana kita berada.
*****

Alhamdulillah, berjaya juga aku selesaikan entry kali ini dan harapanku agar ia dapat memberi manfaat buat semua. Segala kebaikan semuanya datang dari Allah. Segala keburukan juga datangnya dari Allah tetapi disandarkan balik atas aku insan yang lemah.

Mohon maaf jika ada kesilapan fakta. Boleh komen agar dapat sama-sama kita perbaiki kesalahan ini. InsyaAllah. :)

Rujukan: Fiqh Al-Sirah, Jilid 1.

Friday 13 September 2013

Di kala ku terbang di awan lalu, menuju ke sana bumi Russia!

Assalamualaikum...

Hmmm. Dah lama kan aku tak hupdate blog ni haa. Banyak sangat nak cerita tapi masa mencemburui. Ececee. Kali ni aku nak update pasal apa yang berlaku kat aku recently. Mungkin tak ada la menarik sangat pun. Ni cuma untuk simpanan dan kenang-kenangan gitu. Ahaha.

First of all nak cerita pasal what happened kat kitorang masa perjalanan nak ke Russia ni haa. Aduihh banyak betul masalah! Kiri kanan atas bawah laa. Tak larat sampai. Hoho. Ok laa, begini ceritanya...

Masa hari penerbangan 29hb Ogos dari KLIA, kitorang check-in laa luggage semua tu. Staff kat kaunter tu cakap, "Beg awak sampai ke final destination ya, ke Volgo." Apa lagi, gembira tak hengat la aku ni. Konon-konon tak payah bayar exceed luggage masa di Moscow nanti. Rm15 per kg. Jimat duit.. :')

Flight dari KLIA ke Hong Kong (ohh, lupa nak cakap yang aku transit kat HK.) okey je. Alkisah bermula di HK. Aku kena transit situ 10 jam sebelum flight seterusnya ke Moscow. Makanya berkampunglah kami di situ selama 10 jam. Siap tukar duit semua, kami pergi cari kedai makan. Alhamdulillah ada yang halal.

Halal dan mahal. -_-"

Hahaha!

Selesai semua tu kami pergi cari tempat sembahyang. Mak aihh! Hujung dunia nu! Jauh sesangat. Ok la kan dari tak ada tempat nak solat langsung kan? Bila gate dah buka, kami pergi la check in. Masuk flight masa tu dah malam. Dalam kul 12 juga laa. Aku ni yang tersangat lah mengantuk campur letih lagi terus lelap. Tak sempat kapal terbang bergerak pun lagi. Hahaha. >_<"

Tak lama tu aku tersedar. Aikk? Apasal ada kat airport lagi? Aku rasa kapal terbang dah bergerak dah tadi. Tengok kiri tengok kanan dapatlah tahu yang ada seorang passenger ni ada masalah pula! Dah kena delayed flight 3 jam. Semua start cuak sebab flight Moscow ke Volgo gap dia 2 jam macam tu je.

Alamakkk! 0__0

Aku wat lek wat cool je. Terus sambung tidur! Hahaha.

Sampai kat Moscow dapat tahu yang ada orang tolong uruskan flight kami yang sudah semestinya terlepas 3 jam yang lalu sebab delayed flight kat HK nu. Malangnya, kami(aku, zai, umai dan nad) terpisah dari group kawan-kawan yang lain dan terrrsangat laa lambat masa tu. Imigresen kat sini sangat SLOW! Benci3!

Disebabkan lambat punya pasal, lepas je imigresen tu terus kami menapak laju ke lobby check in. Cari punya cari budak-budak ni jumpa lah juga. Itupun lepas ke hulu ke hilir tanya mat ruski minah ruski keja kat airport ni hah. Menyampah!

Nak bagi best lagi cerita aku ni, kitorang nampak semua dengan luggage masing-masing.

Ya, kami tak tuntut luggage kami!

Masa tu tuhan je tahu perasaan aku. Nak mengamuk tak tahu nak lepas kat siapa. Nak marahkan staff KLIA, tak boleh juga. Silap kitorang juga tak try tengok dulu kat tempat tuntut bagasi tu. Aishhh. -_-"

Maka, misi pencarian beg bermula!

Korang tahu tak, dekat 1 jam lebih la kami pusing airport tu nak tanya mana boleh ambil beg-beg kami tu. Memang kelancaran dan kefasihan berbahasa Ruski sangat terserlah lah masa tu. Ooo, bila dah emergency macam ni boleh pulak ko cakap Russia. Hehh? :p

Last sekali jumpa balik dekat kaunter lost and found nu kat pintu lepas imigresen nu. Aduhh, sakitnya hatikuuu! Bila dah selesai semua, dapat tahu yang aku dan beberapa lagi budak ni dapat flight petang. Ada yang malam tu. Ada pula pagi esok nu. Yang pagi esok tu dapat stay hotel! Ciss, sungguh tak adil! Nikmat orang dengki ajee. :p

Dari Moscow ke Volgo aku just tidur je sebab exhausted sesangat. Rasa tak larat sangat rasa macam nak tercabut habis tulang belulang ni. Orang hidang makanan pun aku tak sedar dah. Tahu-tahu dah sampai Volgo. Nak balik hostel satu hal pulak. Teksi pula mahal. Sorang kena bayar 400rub=Rm40. Cekik darahhh! Biasanya 500rub untuk 2 orang tau. Disebabkan letih sangat, malas nak tawar harga, kitorang terima je.

Memang terbang melayang la duit aku sebab teksi yang cekik darah tu dan exceed luggage yang mahal tu. Huuu~ T_T

Walau apa pun, aku bersyukur juga sebab dalam ramai-ramai, aku yang terpilih untuk menghadapi situasi macam ni. Sekurang-kurangnya aku tahu nak buat apa, nak jumpa siapa, nak pergi mana kalau benda macam ni berlaku lagi lain kali. Harap-harap tak lah kan? Biar yang ni yang pertama dan terakhir. Tak larat dah aku nak harungi lagi sekali. Wuwuwuu!

P/s: esok tu dah keluar jenjalan. Lusa pergi makan sushi dengan adik junior. Visa pun tak hantar lagi masa tu. Hahaha. XD

Sunday 25 August 2013

Kutemu Abah!

Assalamualaikum.

Sebenarnya, tak tahu nak mula dari mana. Dari tadi menulis,padam, menulis, padam dan tulis balik. Huhh. Ok la, kita mulakan dengan ucapan syukur kepada Allah atas nikmat dan rezeki yang dikurniakan. Alhamdulillah!

tapi kenapa?

Kalau ada antara korang yang pernah baca entry aku yang dulu-dulu, mesti tahu cerita pasal Abah aku kan? Haa. post ni pasal Abah aku laa. Setelah sekian lama berdoa dan berharap, Alhamdulillah yang telah menemukan aku dengan Abah. :')

Allah berfirman, "Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu..." (40:60)

Allah temukan aku elok pada masa dan keadaannya. Allah lebih mengetahui kan? :)

Pada raya Aidilfitri yang lepas, aku balik ke kampung dan kami menuju ke Perak. Kampung Abah di Perak. Kami duduk sana beberapa hari. Masa kami sampai, Abah bawa jumpa keluarga Abah, Mak Njang dan keluarga.

Semua baik-baik. Diorang layan kami baik. Aku pun selesa bila bersama diorang walaupun aku tak berapa kenal diorang(sebenarnya tak ingat pun..). Malam tu kami sambut hari jadi aku yang ke 19. Walaupun majlis biasa, simple tapi dengan kehadiran Abah kali ni, hari jadi aku terasa kelainannya. Huuhuu~

Esoknya, Abah bawa aku keluar jalan-jalan. Kami pergi round-round tempat kerja Abah. Menarik tapi panas... =_=" Abah bawa masuk tempat penjagaan ikan Arowana. Ada yang dah besar, ada yang kecik, ada tu kantung telur dia masih melekat lagi kat perut dia, macam biji-biji bola! Comel! ^_^

Walaupun agak panas dan boring, tapi ok laa. Haha. Pastu Abah bawa aku pergi Bukit Merah. Alaa. tak masuk taman tema pun. Jalan-jalan luar tu je haa. Pusing sana, pusing sini. Abah belikan keychain. Hehee. Simpan buat kenangan katanya.

Aku nampak abah kekok nak layan aku. Aku pula jenis yang malu-malu kucing bila dengan orang yang tak biasa. Mungkin sebab dah lama tak jumpa tu yang jadi kekok tu. Bila jumpa, hah tu dia! Besar gajah dah anak dia ni. HAHAHA. XD

Hmm. masa hari terakhir memang tak best. Semua sedih-sedih. Kami pergi Bukit Merah lagi sekali. Jalan-jalan, pusing-pusing, tangkap gambar. Masa nak berpisah tak payah cakap laa. Air mata bercucuran macam paip air ni haa. Abah peluk aku, kemas pelukan Abah. Macam tak nak lepaskan dah.

Sedih, memang sedih.

Takut ni perjumpaan yang terakhir. Abah nampak sakit, dah tua walaupun masih boleh berjalan, bawa kereta. Aku pula nak pergi jauh ni. Kalau ada apa-apa berlaku, susah nak balik Malaysia. Risau dan sedih bila fikir-fikirkan. Abah pun menangis juga. Yela kan, bila lagi nak jumpa? Tahun depan pula la kan? Huuu..

T_T

Abah, Ann harap kita akan dipertemukan lagi oleh Allah pada masa hadapan. InsyaAllah. Abah jaga diri di sana. Solat kena jaga. Ibadat kena perbanyakkan. Ann nak jumpa Abah kat syurga.

Ann sayang Abah, lillah! T_T


Sunday 30 June 2013

Because of something I found something.

Assalamualaikum.

Lately, there's something bothering me. Something I can't describe it literally. It's like something that is flying in your mind, running in your vein. Something that you know it is actually there yet you just do not know what it is. You feel it but you can't 'see' it.

That something had made my life worse and worse and worse. I couldn't sleep well these few nights. I lost my appetite(not all actually). I'm not interested in anything. Neither study, food, holidays, movies, friends nor my beloved one there in Malaysia. Like seriously, what is happening to me?

Erghhh...

Just now, I found this one beautiful video and I watched it. As I watched it, I felt like crying. It really touched my deep-deepest heart. I can't say that the video is excellent but it really gave me something when actually my heart was empty.

I do hope that you guys can spent 5 minutes and 27 seconds of your life to watch this video till the end.

Please, please, please...

source: Facebook JomBorak 
Credit to Zai for sharing it on the first place. Thank you.

Have you watched the video? How is it? Is it good? Do you feel something in your heart, in the deep-deepest heart?

Worth watch right? Huuuu~

No comment from me about the video. Cause you too know how its feel and you know what to do now? Good. The only thing now are how do you want to start and when it is?

Come on! There's not enough time left. Let's move!

Monday 3 June 2013

Jom buat u-turn?

Assalamualaikum.

Alhamdulillah, makin hari makin ramai yang aku lihat berubah ke arah kebaikan. Ramai yang mula sedar tentang Islam. Walaupun dunia sekarang yang kita dah boleh panggil dunia akhir zaman dah, maknanya nak dekat kiamat dah, makin lama makin menggerunkan, membahayakan, dan macam-macam lagi lah, ramai yang mula buat u-turn, untuk kembal ke jalan yang benar. :)

Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.

Macam yang kita tau, makin lama, dunia ni akan jadi macam dulu-dulu. Kita ambik contoh senang, pakaian. Kalau dulu, masa Islam belum datang, kita pakai baju macam tak cukup kain. tapi, bila Islam datang, Alhamdulillah, kain semua cukup, labuh, tutup. Tapi sekarang, dah kembali macam dulu, tak cukup balik. Astaghfirullah. -__-"

Bukan nak tuju kat siapa-siapa. Aku bercakap secara umum. Tapi, kenapa tiba-tiba timbul hal ni? Nak tau kenapa? Sebab... hati aku tersentuh melihat perubahan yang rakan-rakan aku bawa. Kalau dulu, aihhhh, susahnya nak suruh pakai tudung labuh. Tak labuh mana pon, labuh setakat tutup kepala bahu je. Tapi, memberontak, marah, tak nak!

Sekarang dah lain. Makin cantik dan makin sopan aku tengok dengan tudung yang labuh mentutp dada, baju yang longgar tak macam buah nangka, berstokin menutup jari kaki dan ada pula yang bersarung lengan menutup pergelangan. Indah je pemandangan itu. Sejuk mata memandang. ^_^

Tapi, aku lihat balik diri aku. Aduhhh! masih banyak yang kena ubah. Masih jauh rasanya nak kejar rakan- rakan aku tu. Huuuu~

*empangan pecah*

Tapi tak apa. Yang penting, kita mash berada di jalan yang sama. Di atas jalan KEBENARAN. Tak apalah masih jauh pon, asalkan mencuba. Tak apalah tak dapat kejar pon, asalkan mencuba. Apa yang penting ialah MENCUBA.

Allah tak pandang pada keputusan yang kita akan dapat, sebab semua tu sudah ada dalam pengetahuanNya. Apa yang Allah nak tengok ialah USAHA kita dalam mencapai keredhaanNya. Kan? Kita kena ingat, redha Allah yang kita nak cari, yang kita nak kejar. Sebanyak man pon amal kita buat kat dunia ni, tapi tanpa reda dan rahmat Allah, kita tak akan masuk syurga juga.

So, key point dia senang. Do something with the intention to gain Allah's pleasure. Niat kena betul. Niat kena betul. Niat kena betul. So, keep up your work Ammanda! Usaha lebih lagi, moga impianmu menjadi wanita solehah menjadi satu kenyataan, bukan hanya angan-angan kosong!

* * * * *

p/s: esok dah mula praktikal. doakan segalanya berjalan lancar ya. semoga dipermudahkan urusan dunia dan akhirat.

Sunday 12 May 2013

STIG-X 2013!

Assalamualaikum.

Wooaaa! It has been a long long long time since my last update ehh? When I looked at my post list, it was 15 April 2013. That was really old post. Lol. Actually there are a lot and lot and lot of stories that I wanted to write and post in this blog but I barely have enough time even for myself. *sigh*

Okey, lets proceed to our story today!

It's about STIG-X 2013. What is that? Is that some kind of food? No? Ohh, maybe it is a new discovered alien? Hehh. Of course not. *okey, it's not funny. -__- Actually, STIG-X stands for Stalingrad Intervarsity Games. Do you get that guys? Good. :)

This year, our university(VSMU) was chosen as the host. So, as a host, there were a lot of preparations need to be done. I saw that everyone was giving their most cooperation into this program. I was so glad and happy to see the strong bond between the students here. Good! *thumbs up*

Alhamdulillah.

VSMU was the winner! What? Yes, we're the winner! As I was experiencing this for the first time, this was really an extremely good story and memory to be shared and remembered. Seriously, we won a lot of events held. I am so happy. :)

Come, lets have a look at those pictures below. Lets go!


Around the battlefield. Basically, the places I had games.
Discussing the strategies!
My number is 65. Heee~ ;)
Obviously nervous face pretending to be very cool. :P
Cheer time! GO, GO, VOLGOOO! ^_^
Receiving orders from the judges. :)
The girl who is stretching her hands up is me! :3
This is the handball game. We lose with dignity. :')

As I played games but non of them win, so on the closing ceremony day, I was wearing a casual blouse cause I was not going to receive any medals. T__T

The loser! :P
With Alia on the left and Fara on the right. :)

Hot roommate, Zai (left) with cute Kak Akmal! :)
Again, roommate with Moscow-rians, Asma(left) and Anis(right).
Actually there were a lot of pictures taken during this three days program. However, I am too lazy to take and share all those pictures from the seniors and friends. Hew3! :3 So, if you want to see more pictures, do have a look on my profile in FB. :)

However, I am so happy to be involved in this program and game even though I had contributed nothing. I only played some games and our team didn't win the battle. I do feel like I'm the reason of the failure. I'm the loser!

Never mind, I still have time as I wll join this for 5 years more. Will try again next year and this time I will come back at least with 1 medal. I will! *fiery eyes*

For all the athletes who won, congratulations for your success. For those who were not lucky enough, try your luck next year. InsyaAllah. The result is just nothing. What is more important is the effort you put in order to achieve the success. There must be a reason behinds anything that happened right? Who knows?

For sure, Allah is the best planner and will always be the best. He'll gives you the best among the best. Thank you, Allah! :')

* * * * * *

Next entry would be about how I spent my two weeks holiday? I promise you it would be a very long one with a few parts. :3

Monday 11 March 2013

Al-Quran itu panduan hidup mukmin.

Assalamualaikum.


تَرَكْتُ فِيْكُمْ اَمْرَيْنِ مَا اِنْ تَمَسَكْتُمْ بِهِمَا لَنْ تَضِلُّوْا اَبَدَ
كِتَابَ اللهِ وَسُنَّتِى

"Kutinggalkan kepadamu (umat Islam) dua pusaka abadi, apabila kamu berpegang kepadanya
nescaya kamu tidak akan sesat, iaitu Kitab Allah (Al Quran) dan Sunnahku"

Berpeganglah pada dua perkara ini. Dengan berpandukan Al-quran dan Sunnah, insyaAllah hidup pasti berada di jalan yang benar. InsyaAllah!

source: GOOGLE
*putar diri 360 darjah!*

^__^

Sunday 10 March 2013

Tips on how to score straight As in examination?

Assalamualaikum.

Apa khabar iman kamu? Macam mana amalan kamu? Masih istiqamah kah? Ya? Waa. Alhamdulillah. :) 

Ehemmm...

Tengok tajuk tu dah nampak dah nak tulis apa kan? Hehh. Memang poyo. Memaaannggg poyo! >__< Kenapa tiba-tiba je nak tulis entry ni? Pelik yooo! Okey2, camni cerita nyo...(Ehh, this entry is going to be very long. So, rasa macam tak nak baca, baik tak payah. Membazir masa pula nanti. Nak baca pon okey je. Thank you! :)

* * * * * *

HH: assalamualiakum kak ann ^^ ihihi u may not know me . *mmg tk kenal pun  tpi sy tjumpa this blog of you  dan baca lah == hihih .

bla.. bla.. bla...

HH: akak , acaner nk dpt stret a ==

bla.. bla.. bla...

ME: H sayang. Akak da nak undur dri ni. Akak ada kerja ni. Nanti akak create an entry on blog about some tips i used to do back at school. InsyaAllah this weekend. Okeyh? Do take care of yourself. Thanks for spending your time chit-chating with me. I hope that it had gave some benefits to you. InsyaAllah. Assalamualaikum dear. 

* * * * * *

Haaa. Cerita dah dipendekkan dah. Actually, saaaaaangat pendek dah. =_=" Tapi, lebih kurang macam tu la. So this post is dedicated to all my juniors tak kira la sesiapa pun especially adik HH(Haura Herlina) ;)

Okey, below were some methods I had used before when I was still in school.

* * * * * *

1. ALWAYS DO YOUR HOME WORKS AND FINISH THEM.

Haaa, sebut homework je semua da buat muka toyee da. -_-" Jangan macam tu. Homework yang cikgu bagi tu laa yang sangat penting. Cikgu tau apa yang akan masuk exam. They now what to do to the students. Follow your teachers flow. Like seriously, tak kan laa cikgu nak bagi homework yang tak ada kaitan langsung pon dengan study kan? Tak logik tapi ada je cikgu buat macam tu. Kenapa? Just to make you think out of the box. Ya laa. Asyik dok fikir pasal exam je. Langsung tak develop otak tu. Kan3? Agree angkat kaki tangan! *tak payah, bukan nampak pun. :P

2. MAKE A STUDY GROUP.

Korang semua tau tak, study group ni, saaaaaaangat lah membantu. Apasal lak? Sebab nyaaa, bila korang bincang-bincang dengan kawan-kawan, korang akan tau apa yang korang kurang, apa yang korang tak tau atau apa yang korang tak perasan cikgu sebut dalam kelas. Errkkk? Diri sendiri yang kena. >__<

"Alaa. Tapi, saya suka belajar sensorang. Tak jadi laa kalau belajar ramai-ramai. Asyik cakap ke lain je. Gossip~gossip~gossip."

Haha. I know. I know. I used to do that too. Erkkk! >_<"  Tapi, kena laa cari jalan penyelesaian kan? Just like me. I'm  a person who don't really love to join study group sebab mesti SG akan melencong. What I do is, I, me, myself yang buat study group tu. Acano tuh? Alaa, kira jadi master mind or leader camtu laa. I invite friends who are really serious with study. Duhh, skema nya study group ni! =_=" Ehh, nak straight A tak ni? Kalau nak, kena tegas sikit. Selalu ingatkan kawan-kawan setiap kali perbualan dah nak melencong. Okey? Pastu kawan-kawan yang nampak macam lagho dah tu tak kan nak dibiarkan? Cuba ajak slow-slow. Lama-lama bila diorang nampak study group korang berkesan, diorang pon interested nak join. Kan? ;)

3. PAY ATTENTION IN THE CLASS.

Wooo~ Yang ni laa yang paling susah sekali nak maintain dalam kelas. Haha. Tapi kan, mehh sini nak cakap. I had never fall asleep in the class. *walawehhhh! tepuk tangan sekali!  Terbangga laa pulak. Astaghfirullah. Ehhh, tak ada lah. Just nak kuatkan statement ayat lepas ni. --> Macam mana leh tak tidoq dalam kelas? Kalau tak cakap bukti, tips tak menjadi la ye kan? :P

Ehehhh. Macam ini caranya...

1. Minum air masak bila mata dah rasa macam start nak tutup. Kasi fresh sikit diri tu.

2. Always change your position of sitting*turut disyorkan UAI. Bukan maksudnya tukar seat ke apa. Tukar cara korang duduk tu. Mula-mula tegak, pastu menyenggeng ke apa ke. Ikut suka hati korang lah. Asal kan tukar selalu. Okey? ;)

3. Jangan dok diam, dengar jeee apa yang cikgu cakap. JANGAN! Nanti korang cepat boring. Korang kena tulis apa yang cikgu cakap. Catat. Kalau tak boleh sangat, menconteng laa apa-apa pun. Asalkan telinga tu boleh tangkap lagi apa cikgu dok mengajar kat korang. *ini terbukti dalam satu kajian ya.

4. Next, fikirkan perasaan cikgu kalau nampak korang tidur waktu dia mengajar. Cuba korang jadi cikgu tu. Mesti sedih kan fikir aku ajar tak best ke? Budak-budak tak suka aku ke? Aku..? Aku...? Kesian weyhhhh! Kalau cikgu tak redha, macam mana? Ada yang kantoi satu subjek nanti. So, JANGAN TIDUR pasni tau!

5. Yang ini paling berkesan laa for me. TENGOK KAWAN TIDUR. Hahaha! Pernah tak korang tengok kawan tidur time cikgu mengajar? Lawak seyhhh! Tersenggok-senggok. Mata dah sepet gila. -__- Kalau letak mancis buat tahan kelopak mata tu, comfirm patah mancis tu. COMFIRM! Haha. >__<" Try tengok diorang, korang akan rasa kelakar. Comfirm korang gelak-gelak dann terus segar mata tu. Try laa. ;) *tapi jangan lupa kejutkan kawan tu. :P

4. TEACH OTHERS! a.k.a BE A TEACHER!

This is my fav method. So beneficial for both sides, me and my friends.

"Saya bukannya pandai nak ajar-ajar orang bagai."

Adoiiii laaa. Kalau laa korang tau benefit apa yang korang akan dapat bila korang buat camni, comfirm korang nak buat. Nak tau tak? 

Rasulullah shallallahu'alaihi wa sallam bersabda:

"Tuntutlah ilmu, sesungguhnya menuntut ilmu adalah pendekatan diri kepada Allah Azza wajalla, dan mengajarkannya kepada orang yang tidak mengetahuinya adalah sodaqoh. Sesungguhnya ilmu pengetahuan menempatkan orangnya, dalam kedudukan terhormat dan mulia (tinggi). Ilmu pengetahuan adalah keindahan bagi ahlinya di dunia dan di akhirat." (HR. Ar-Rabii')

Rasulullah shallallahu'alaihi wa sallam bersabda:

"Apabila anak adam meninggal dunia, terputuslah ilmunya kecuali tiga perkara, yaitu: sedekah jariyah, ilmu yang bermanfaat, dan anak sholih yang mendo'akannya." (HR. Muslim)

Haaa. Sekarang dah tau. Ini baru antara 'benefit'nya. Baaaaaanyak lagi! Pernah tak dengar ayat ni:
"Semakin banyak kamu memberi, semakin banyak yang kamu akan dapat." Allah akan melipatgandakan ilmu yang kamu curahkan. Tak rugi apa-apa pun laa. :)

Korang cakap korang tak pandai kan? So, study laa something! Bila orang tanya, boleh laa jawab dan info yang paling penting adalah dengan cara ini, korang dapat hampir 100% teknik belajar yang berkesan. sebab korang menggunakan mata or vision, mulut or komunikasi dan telinga serentak untuk belajar!

Cuba tengok tips kat atas balik. Buat homework? Korang akan guna mata je. Study group? Korang guna most mulut dan telinga. Tumpu perhatian dalam kelas? You use only eyes and ears but when you teach people, you use almost all you sense in delivering every knowledge or info you want to deliver. Right?

Hands up for those who agree! Good. :)

Hmmm. These were the most-main-important methods I used to do back at school. Banyak je yang lain-lain. Tu atas masing-masing laa kan. Entry pun dah panjang berjela-jela. So, minta diri dulu ya. Good luck to all juniors. Semoga entry ni bermanfaat.

p/s: Herlina, I've done my part. So, next is yours. All the best! ^_^

Tuesday 26 February 2013

Terasing itu beruntung!

Assalamualaikum.

What a shocking new I got today!

Before I begin my story, lets have a look on this hadith.

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَال َ: قَالَ رَسُولُ اللّهِ قال : بَدَأَ الإِسْلاَمُ غَرِيبا وَسَيَعُودُ كَمَا بَدَأَ غَرِيباً فَطُوبىَ لِلْغُرَبَاءِ 
Dari Abu Hurairah, ia berkata; Rasulullah bersabda, “Islam bermula dalam keadaan asing, dan akan kembali terasing seperti semula, maka beruntunglah orang-orang yang terasing”

After I read this hadith, I realised, our prophet, Muhammad S.A.W. had told us before just like above. Then, why should I felt annoyed? Then why should I felt angry? Then why should I ask why all this things happened? Why oh why? Hehh. Too many why. -..-"

"After a storm comes fair weather, after sorrow comes joy. There must be something better after every piece of unpleasantness." -based on (94:5-6) 
InsyaAllah, everything is going to be fine. :)

Tuesday 8 January 2013

Abah, where are you?

Assalamualaikum.

Sejak dua menjak ni, aku asyik teringat kat abah je. Aku rindu abah. Sangat sangat rindu. Scroll down FB, nampak post pasal abah. Buka you tube dan selongkar pon masih pasal abah. Korek korek MR. Google hensem pon, tetap pasal abah. Sini abah. Sana abah.

Aku jadi rindu pada orang itu!

Abah, Ann rindu abah, abah kat mana? Ann nak sangat jumpa abah. Banyak Ann nak cerita kat abah ni.
"Abah tau tak Ann sekarang dah ada kat Russia, kat negara orang. Ann ambil bidang perubatan. Tu cita-cita Ann dari kecik dan sampai sekarang. Alhamdulillah, Ann mampu sampai sini. Dah separuh jalan dah abah. Ann nak buat abah dan ibu bangga. Abah gembira?"
Kalaulah abah baca. Kalaulah abah dengar.

*kolam bertakung*

"Abah, Ann pernah berazam nak cari abah. Walau kat mana pun abah berada. InsyaAllah! Abah, Ann dah ada orang yang Ann sayang dan Ann harap, dia akan jadi suami Ann nanti, jadi bapa kepada anak-anak Ann, jadi anak kepada ibu dan abah. Tapi, Ann harap sangat-sangat, abah yang jadi WALI Ann. Ann ada abah je. Kalau tak Ann kena pakai wali hakim. Ann TAK NAK. Ann minta tolong bakal menantu abah ni. Minta tolong dia carikan abah bersama-sama Ann. Ann akan cari abah. Ann akan! :'("

Abah, abah dengar tak luahan hati Ann ni? Ann tau abah dengar. Ann tau. ANN PASTI!

*kesat air mata*

Abah, Ann tengok cerita PAPA, I LOVE YOU! Ann menangis, sebab rindu abah. Ann menangis dalam bilik air, atas katil. Ann menangis setiap kali teringat kat abah. Asyik menangis je teringatkan abah.
T.T

Ann dengki tengok orang lain call abah diorang. Keluar jalan-jalan sama-sama. Makan sama-sama. Cakap dan bersembang bersama. Ann dengki abah, Ann DENGKI!

*empangan pecah*

Abah, Ann nak abah tau yang Ann sangat SAYANGKAN abah. Sangat sangat sangat sayang!

I miss you so much....