Assalamualaikum...

Blog ni hanyalah mengenai rentetan hidup, luahan hati dan tempat curahan segala idea dan pendapat penulis.

Blog ini juga ada menggunakan perkataan aku sebagai penulis yang mana mungkin kasar dan tak mesra bunyinya. Sorry not sorry, this is my style.

Aman tanpa perang,
Ammanda Elydia.


Wednesday 3 May 2017

ANXIETY


* * * * *

A description of anxiety from Thought Catalog:

“Someone with anxiety is inclined to assume everyone is going to leave. The truth is they battle something they can’t control and there is a sense of insecurity within themselves when it comes to relationships. They know it’s difficult and they don’t want to burden you with their irrational thoughts and worries. So instead, they try to push you away before you get the chance to leave yourself.”

Self-diagnosing much?

Wednesday 4 January 2017

Peringkat-peringkat Dakwah Islamiyyah Semasa Hidup Rasulullah SAW

Assalamualaikum w.b.t...

4 peringkat yang berlainan:

* Peringkat pertama *
Seruan secara sulit memakan masa selama tiga tahun.

* Peringkat kedua *
Seruan secara terang-terangan tanpa kekerasan, berjalan hingga berlakunya hijrah

* Peringkat ketiga *
Dakwah secara terang-terangan menggunakan senjata untuk mempertahankan diri berjalan  hingga pembukaan Mekah alMukarramah.

* Peringkat keempat *
Dakwah secara terang-terangan dan mengangkat senjata terhadap mereka yang cuba menghalang perjalanan dakwah. Dalam peringkat inilah dipraktikan syariat-syariat  Islam dan perintah berjihad pun diturunkan.

* * * * *

Alhamdulillah selesai lagi satu entry tentang Fiqh Sirah ni. InsyaAllah apa yang cuba disampaikan ini dapat memberi manfaat buat semua, dan dapat beri peringatan juga buat diri ini yang sentiasa lupa. Mohon ampun dan maaf atas kesilapan yang ada. Mohon komen agar sama-sama kita dapat perbaiki kesalahan dan berkongsi pengetahuan.

Segala yang baik itu datangnya dari Allah, dan segala yang buruk juga datang dari Allah tetapi disandarkan kembali kepada aku insan yang lemah ini.

Rujukan: Fiqh Al-Sirah, Jilid 1.

Penerimaan Wahyu

Assalamualaikum w.b.t.

Imam Bukhari telah meriwayatkan satu hadis daripada Saidatina Aishah r.a. tentang bagaimana ditemukan wahyu yang pertama.

Daripada Aishah Ummil Mukminin r.a. dikhabarkan bahawa ia telah berkata;

"Penerimaan wahyu yang dimulakan kepada Rasulullah SAW ialah mimpi yang baik lagi benar di dalam tidur, maka tiadalah junjungan bermimpi satu mimpi melainkan datanglah mimpi itu seperti cahaya subuh. Kemudian disukakan(dikemukakan) kepadanya untuk berkhalwat di Gua Hira' lalu bertahannut(beribadat) di dalamnya, iaitu beribadat di dalam masa beberapa malam.

Setelah itu baginda SAW kembali kepada ahlinya dan berbekalan untuk menyambung tahannutnya, Kemudian junjungan kembali lagi kepada Khadijah dan berbekalan sama seumpama itu juga hingga datanglah kepadanya kebenaraan. Sewaktu Baginda di dalam Gua Hira', maka datang kepadanya Malaikat, lalu ia berkata: Iqra'! (Bacalah). Berkata junjungan: Ma Ana biqari' (Tiada aku pandai membaca). Bercerita junjungan:

"Kemudian Jibril mengambil (menarik) aku maka dipeluknya kuat-kuat hingga terasa kepadaku kesungguhannya kemudian dilepaskan aku, lalu ia berkata: Iqra'! (Bacalah). Maka aku berkata: Ma Ana biqari' (Tiada aku pandai membaca), kemudian diambilnya aku lalu dipeluknya ketat-ketat untuk kali yang kedua hingga terasa kepada aku kepayahan kemudian itu dilepaskan aku dan dia berkata: Iqra'! (Bacalah), maka berkata aku: Ma Ana biqari' (Tiada aku pandai membaca), setelah itu mengambil aku akan dia buat kali yang ketiga lalu dipeluknya sungguh-sungguh hingga terasa aku eratnya kemudian dilepaskannya aku, maka ia berkata:

"Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu yang menjadikan, Dia telah menciptakan manusia dari darah. Bacalah, dan Tuhanmulah yang mulia."

(Surah al-Alaq 96:1-3)

Pulanglah baginda dengan ayat-ayat itu dan hatinya gementar, lalu masuklah ia kepada Khadijah binti Khuwailid seraya berkata: (Selimutkanlah aku! Selimutkanlah aku!) maka diselimutkan akan dia hingga hilang daripadanya rasa ketakutan kemudian berkata ia kepada Khadijah setelah menceritaan khabar itu: Sesungguhnya aku takut (ke atas diriku) lalu Khadijah pun berkata kepadanya "Tidak sekali! Demi Allah, tiada dihinakan engkau selamanya kerana engkau sebenarnya mempunyai rahim(kasih sayang), dan engkau memikul bebanan dan engkau berusaha terhadap orang yang tiada (orang susah) dan engkau menjamu tetamu dan engkau menolong atas menolak bala."

Kemudian pergilah Khadijah bersamanya menemui Warqah bin Naufal Ibnu Asad bin Abdul Izza iaitu anak bapa saudara Khadijah. Warqah itu adalah seorang yang beragama Nasrani di dalam zaman jahiliyyah dan pandai menulis kitab Ibrani. Maka disalinnya daripada kitab Injil itu dengan bahasa Ibrani apa yang dikehendaki Allah bahawa ia menulis dan adalah ia seorang yang berusia tua dan buta maka Khadijah pun berkata kepadanya "Ya anak bapa saudara! Cuba dengarkan kepada anak saudara engkau ini"; kemudian bertanya kepada Waraqah: "Wahai anak saudaraku! Apakah dia yang engkau lihat itu?"

Lalu Rasulullah SAW menceritakan apa yang (dialami dan) dilihatnya. Setelah itu Waraqah pun berkata kepadanya "Inilah Jibril yang pernah diturunkan Allah ke atas Nabi Musa. Sekiranya aku masih muda remaja dan aku masih pula hidup ketika dikeluarkan (diusir) engkau oleh kaum engkau..." Segera bertanya Rasulullah SAW: (Apakah mereka hendak mengeluarkan aku?) Jawabnya: (Ya! Kerana tidak pernah datang seorang pun yang membawa (risalah) seumpama yang engkau bawa itu melaikan ia akan dimusuhi dan sekiranya aku dapatilah hari engkau itu tentulah aku akan menolong engkau dengan pertolongan yang sungguh-sungguh, kemudian tidak berapa lama sesudah itu Warqah pun meninggal dunia dan wahyu pun berhentilah.

Para ulama berselisih pendapat tentang masa waktu dibekukan atau diberhentikan sementara waktu. Ada yang kata 3 tahun, ada yang kata kurang dari itu dan yang paling hampir seperti yang diriwayatkan Al-Baihaqi: 6 bulan.

Berkata Ibnu Syihab: Dan telah dikhabarkan kepadaku oleh Abu Salamah bin Abdul Rahman bahawa Jabir Ibnu Abdullah Al Ansari telah berkata semasa bercerita tentang terputusnya wahyu: seterusnya junjungan bersabda di dalam percakapannya itu":

"Sedang aku masih berjalan-jalan, tiba-tiba kedengaran oleh ku suara daripada langit, lalu aku angkatkan pandanganku, sekoyong-koyongnya Malaikat yang datang kepada ku di Gua Hira' itu sedang duduk di atas kerusi yang terletak di antara langit dan bumi menyebabkan aku pun terperanjat melihatnya lalu aku pun balik, maka aku katakan: "(Selimutkanlah aku, selimutkanlah aku!) Maka diturunkan Allah, ertinya:

"Wahai orang yang berkemul (berselimut)!, Bangunlah, lalu berilah peringatan. Dan agungkanlah Tuhanmu. Dan bersihkanlah pakaianmu. Dan tinggalkanlah segala (perbuatan) yang keji."

(Surah Al-Mudassir 74:1-5)

Dan kemudian wahyu pun diturunkan dan ia datang pun secara berturut-turut.

PENGAJARAN DAN RENUNGAN

Hadis tentang permulaan penurunan wahyu merupakan titik permulaan dan pengenalan yang membawa ke arah mempercayai segala apa yang telah dibawa oleh Nabi Muhammad SAW seperti perkhabaran ghaib dan suruhan syariat.

Hakikat wahyu ialah sejenis yang bersifat tunggal, ia memisahkan antara 'manusia yang berfikir merangkakan undang-undang dengan otak pemikiran sendiri yang bersifat kemanusiaan' dan 'manusia yang menyampaikan segala sesuatu yang telah diturunkan oleh tuhannya tanpa menukar, menokok tambah dan sebagainya'.

Banyak persoalan tentang wahyu yang dikemukan hanya untuk mengelirukan umat Islam agar syak wasangka di anata kebenaran, wahyu dan ilham, serta inspirasi biasa sebabnya musuh-musuh Islam ini yakin bahawa hakikat wahyu ni lah merupakan sumber kepercayaan dan keyakinan orang Islm yerhadap apa yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW dari Allah SWT.

1. Dakyah tentang wahyu ini ialah hasil daripada renungan dan fkiran Nabi Muhammad SAW dicetuskan dari lubuk hatinya sendiri.

- Nabi dikejutkan dengan ketibaan Jibrial, Jibrail datang dan menyeru kepada Nabi Muhammad, 'Bacalah!', dan memeluknya dengan erat sebanyak 3 kali cukup untuk menegaskan bahawa wahyu yang datang itu bukanlah rekaan khayalan Muhammad SAW dan yang sebenarnya ialah penerimaan suatu hakikat dari suara yang tidak ada kena mengena dengan dorongan jiwa dalam.

Umum pun mengetahui kanbahawa perasaan takut, gerun dan gementar pucat satu badan ni bukan sesuatu yang boleh dibuat-buat dan dipura-purakan. ;)

2. Kalaulah wahyu itu diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW dengan perantaraan Jibrail as, kenapa pula para sahabat yang lain tidak melihat?

- Tanda wujud dan adanya sesuatu tu tak semestinya dapat dilihat oleh mata kasar manusia kerana tenaga dan penglihatan manusia itu terbatas. Sebagai contoh, Malik bin Nabi menegaskan - buta warna. Ada di antara warna yang tidak dapat dilihat oleh si buta warna sebabnya perbezaan sifat warna tu sendiri.

3. Kenyataan waqi'i menunjukkan kebenaran wahyu ialah penurunannya yang berturut-turut.
Buktinya:
- Ada perbezaan antara Al-Quran dan Al-hadis. Nabi menyuruh dan meminta para sahabat supaya menulis Al-Quran selepas diturunkan, dan cukuplah sekadar menghafal Al-Hadis kerana Al-Quran ialah kalam Allah yang diwahyukan dengan makna dan perkataannya sekali, tapi Hadis pula maknanya dari Allah dan perkataannya dari Nabi Muhammad SAW. Ini dibuat supaya nas dan teks Al-Quran tak bercampur-aduk dengan nas Hadis.

- Nabi Muhammad tidak menjawab terus semua pertanyaan dari para sahabat, kadang sampai lama tak jawab sampailah turunnya ayat Al-Quran, baginda akan menjemput penyoal tadi dan membacakan ayat tadi kepadanya. Kadangkala, Nabi bertindak sendiri, kemudian diturunkan ayat yang tertentu untuk menerangkan lagi sesuatu hal hal yang lain yang lebih wajar dan kadang kala pula mengandungi teguran.

- Nabi itu seorang yang buta huruf dan tak mungkin seseorang tu boleh mengetahui peristiwa dan faktor sejarah dengan cara "medition (retrocognition) perantaraan (clair yoyance)" seperti cerita Nabi Yusuf, peristiwa Nabi Musa hanyut dan Firaun. 

* * * * *

Alhamdulillah selesai lagi satu entry tentang Fiqh Sirah ni. InsyaAllah apa yang cuba disampaikan ini dapat memberi manfaat buat semua, dan dapat beri peringatan juga buat diri ini yang sentiasa lupa. Mohon ampun dan maaf atas kesilapan yang ada. Mohon komen agar sama-sama kita dapat perbaiki kesalahan dan berkongsi pengetahuan.

Segala yang baik itu datangnya dari Allah, dan segala yang buruk juga datang dari Allah tetapi disandarkan kembali kepada aku insan yang lemah ini.

Rujukan: Fiqh Al-Sirah, Jilid 1.

Tuesday 3 January 2017

#FIVECITIESFIVEFRIENDS 2

Assalamualaikum w.b.t.

Okay, kita sambung episode baru.. Journey to and in Berlin, German!

 Kalau ikut itinerary, kami pi Gorky Park pagi before pi airport. Tapi biasalah.. Bila letih dan tak bersungguh sangat, tak pergi la jawabnya. So pagi tu siap-siap apa yang patut, bertolak terus ke airport Moscow. Solat Zohor n Asar semua kat airport. Pukul 3.30 ptg waktu Moscow, kami bertolak ke Berlin. Wooshhh~


Sampai Berlin masa tu, dah gelap dah walaupun masih petang. Patutnya keluar pi cari tiket bas untuk ke Prague for the next trip, tapi kami decide untuk beli tiket next day je sebab semua penat, lapar dan tak larat dah nak keluar. Tidur airport la malam tu. TIPS: NOT RECOMMENDED TIDUR AIRPORT BERLIN UNLESS TIDUR KAT SUITE MAHAL DIA TU. 


Sepanjang malam tak tenang aku nak tidur, kononnya gilir-gilir la jaga barang dan beg ni semua. So 1st shift is mine, yang lain tidur dulu. Sementara tidur, charge la semua elektronik yang ada. Ada couple ni dia tidur airport juga. Baik sangat diorang kasi pinjam extension. Dapat la charge banyak-banyak terus. Thank you so much! :*


Next day, kami pun siap-siap nak pi beli tiket bas ke Prague. Merata-rata juga la cari stesen bas tu. Hahaha Dah selesai semua kami pun gerak la nak check in Meininger Hotel Berlin Alexanerplatz. Siap simpan luggage kat autolocker sebab tak boleh check in awal, kami pun gerak la pi jalan-jalan Berlin!

Di Alexanderplatz. Background tu world clock. Benda tu pusing2, ikut waktu dunia. Currently masa tu Kuala Lumpur(as labelled) pukul 5 lebih petang.. On time pula nak amik gambar dengan background Berlin Television Tower. Hehe

Going there, from Alexanderplatz. Took some random pics cause everything is beautiful here. Maafkan cameraman(read:me) tak pandai ambil gambar lawa.

Macam-macam perangai.. Hahaha :*

One with the Berlin Television Tower. ;) 
Zai(PIC kami di Berlin) cerita something pasal this fountain, but I can't remember. It was interesting. You should look it up. ;)

Then, kami continue lagi perjalanan kami. Ohh ya, sebab kami ni trip jimat, so going to those interesting places woulb be by feet only. Patah kaki oiii tapi puas hati la nampak semua depan mata kan dari naik transport. Alang-alang semua pun tak da lah jauh mana. So exercise sikit. Hehee.

Next kami pi Berlin Cathedral. Oooemmmgeee.. bangunan ni lawa sangat, dikelilingi cam air camtu,,  Lama gak kami kat situ ambil gambar, then tuan kedai kat situ tolong ambil gambar kami berlima sebab nampak kami struggle sangat kut. Hahaha.

Berlin Cathedral ft me. Miahaha.

Pak cik, gambar tak nampak bangunan. Saya kasi 4 bintang je. Hehe..

Then kami continue jalan lagi.. Ke Museum Island German Historical Museum, Unter den Lindo Boulevard. On the way tu ada la orang jual souvenirs, tapi mahal baqhanggg. Hahaha. So telan liur dulu jangan beli lagi... Last skali lepas survey sana sini, beli la juga snow globe seketul. Dah tu je yg beli. Hahaha.




You couldn't walk pass this shop, without stoping by and see at all his artworks.. Serius lawa and hensem! Ehh? HAHAHAHA

Actually banyak gambar dalam kamera Zai, tapi ada kejadian di Prague, all those photos hilang. So quite a lot photos of us dalam tu yang hilang. Tak ada rezeki nak ada kenangan bergambar di Berlin. All these photos are taken from my phone Sony M5 Dual or their phones and ipad.

Okay, jom sambung. So kami jalan-jalan la sepanjang boulevard tu. Banyak kedai souvenirs situ, and if korang nak beli, dan memang dah berkenan kat satu kedai ni, beli je. Tak yah tunggu next kedai la beli sebab nak patah balik malas dah.. And semua kedai pun lebih kurang ja harga sama haa. Just choices la maybe different kan.

Something that I'm obsessed with in Berlin. Ni simbol trafiic light dia, cute okayhhh. ^_^

Before reaching the last destination, kami pi World of Ritter Sport dulu! Mohon sedia duit banyak-banyakkk kalau korang ni peminat tegar coklat like meee!

Tha Ritter Sport pusing-pusing so biggg! I died.

Haa pilih-pilih jangan tak pilih.. Banyak weyhhh. *syurga dunia*

Ada dessert kat tingkat atas. Ada museum juga, tapi dessert menang lagi la nak upload gambar. Hahaha.

TIPS: BELI COKLAT DULU KAT BAWAH SIAP, BARU NAIK MAKAN KAT TINGKAT ATAS SEBAB LEPAS BELI AKAN DAPAT DISKAUN. Kami rugi sebab pi makan dulu baru turun beli. Sobs. Membazir diskaun tak tau nak guna buat apa. Ishh.


6/10 sebab bukan peminat dessert. Manis and buah masam ya amat. They try to balance, tapi perit juga la tekak nak makan haa. Huhuu..

Budak-budak bajet kaya. YOLO!

Habis makan, kami sambung lagi perjalanan kami. Hujung Boulevard ni is the Brandenburg Gate. Kisah kat sini pun menarik juga tapi tak nak la cerita sini nanti panjang pula post, so boleh la pi google sendiri. Rajin-rajinkan sikit diri tu pi Google.. Hiks! Haa kat sini la jumpa 1D! ;)

Start sini la, kat semua tempat pun nak buat hidung kembang mcm ni. Hahaha SENONOH sangat perangai. Hahahahahahahaha >_<

Ooo before balik tu kan, kami singgah kedai random gila sebab tak tahan sejuk asyik nak shi-shi je kan. Beli tak, tandas guna. Mekaseh tuan kedai...walaupun awak tak peghasan kami guna. Semoga terus maju jaya perniagaan tuan. :*

Before balik kami pi la satu mall ni. Interesting sangat mall ni sebab dalam mall ni juga ada train and subway station tigkat atas. Serius menarik gilaaa rasa macam kat future daa bila tengok atas subway gerak sana sini. Tengok bawah nampak train. Ooo kat sini laa saya jatuh cinta... dengan losyen tangan Nivea hazelnuts. Hahaha Haa sini ada kedai halal, not bad harga. Beli la buat dinner, not me. I'm eating maggie for sure and bekal roti canai dari Moscow. Hahaha

HALAL!

Tired and sleepy face don't care~
Balik rehat kat dorm best gilaaa. Makan-makan then tidur! Esok bas awal pagi!

This marks the end of our journey in Berlin, Germany!
Till we meet again Berlin. A great city indeed.

To be continued...

#FIVECITIESFIVEFRIENDS

Assalamualikum w.b.t.

Wowww, it has been ages since the last time I updated my travelogue aye? The last one was the summer trip with kak Hajar and now I'm going to update my last winter trip, which is in 2016. Mehhh.. Well, 2016 is one hell of a ride, full of excitements, memories, tears, sweat and tears. Hahaha. I think it's not too late to wish you Happy New Year!

Let's get straight to our story as I need to finish this travelogue by today or else I won't update cause the memories are almost fading! Gosh!

* * * * *

#FIVECITIESFIVEFRIENDS

Yep, cam poyo je kan. Hahaha. Tak da lah.. just nak clarify yg this trip kami berlima, ke 5 cities. The first city was Moscow, Russia and the date was 20th Jan 2016. Untuk kesian kalinyaaa aku pergi Moscow, the same place, so nothing much to tell.

FIVEFRIENDS

Pi sana with flight, and sampai je Moscow tu, terus pi simpan beg kat autolocker. Apa lagi, pi jalan laa. Masa tu dah lewat petang, and Moscow still winter so malam cepat la kan. Disebabkan baru sampai, so itinerary kami tak padat for the first day ni. Just jalan-jalan Red Square, GUM, and around the place tengok Moscow malam-malam lah kononnya.

GUM (left)

St. Basil

Dekat dataran tu ada dia buka cam funfair laa. Ada konsert, pastu kuda pusing-pusing, skating. Tapi kecewa sikit sebab St.Basil Cathedral tak buka lampu, So, macam hambar sikit kat situ. Haihhh. Malam tu Moscow saaangat sejuk, and sebab tak tahan sangat, kitorang masuk GUM, cari heater. Actually kami berdiri direct atas lubang heater tu. Hahaha Sumpah sejuk gila! Memang jari langsung tak rasa laa masa tu. T_T

Sampai GUM memang tak sah laa kalau tak pekena aiskrim GUM kan? Haaa ni namanya buang tebiat. Dah tau kat luar sejuk... pi bedal lagi aiskrim. Lepas tu badan vibrate macam ada 1000 phone tengah vibrate dalam baju bhahaha!

Nad's missing.

Malam tu tak ada buat apa pun, just jalan-jalan and terus balik rumah kawan. Bual-bual then terus tidur. Esok nya konon nak bangun n kluar awal la kan.. Haremmmm.

AMARAN: Post ni akan jadi panjang cause I'll try to squeeeezeeee stories for 1 city in 1 post. So, kalau tak larat, sila berhenti dan pi dapur buat kopi or teh, ambik biskut skali then datang balik sambung baca sambil cicah biskut tadi. Heeee. :P

* * * * *

The next day, 21st Jan 2016, we were expected to start our trip at 7 o'clock in the morning and of course that didn't happen. Miahaha >_< The first place was Partisan and Ismailovskiy. Including this time, it was my 3rd time I guess that I've been here. Suka benauuu tempat ni. Hahaha. Went here and bought a musical St.Basil (?) Entah laa apa nama dia. Harga mahal sikit kalau tak silap, tapi minta murah lagi, senyum-senyum, kenyit mata sikit, dapat la murah.. 550RUB. LOL.

Tragedi sangat sebab silap dengar harga.. Ingat 15p, rupanya 50p satu. Mati la nakkk..

Then, pi Nike Discount Centre. Bangunan tu banyak je jenama lain pun. Adidas, Reebok, Vans and the gang la. Compared to Volgo, kat Moscow memang murah-murah la dan banyak pilihan sangat. Telan liur juga la tahan nafsu nak beli sebab takut lari bajet. Heaaaa. Then, pi la Adidas Discount Centre. Akhirnya aku tewas. Beli la juga akhirnya kasut for winter wear. Okay la kan sebab memang ada dalam list nak beli.. Yeke.. *alasan*

Masa tu dah petang so kitorang pun straight ke Prospekt Mira nak pi lawat Masjid Moscow yg baru buka after renovation hari tu. Mula- tu mcam sesat la sikit nak ke sana, then ada nampak sorang Muslimah ni nampak macam nak ke sana, so kami follow laa. Dah sampai situ, ada pula sorang Muslim ni tolong kitorang nak masuk kut mana semua. Siap tolong carikan pintu masuk perempuan semua. Terima kasih.. Btw, masjid tu lawa gilaaa, besar and modern sangat. Lamaaa sangat tak pi solat kat masjid sampai rasa syahduuu je. Kalau boleh nak berlama-lamaan kat situ. Tapi masa tu ada kawan dah tunggu. I'll be back! :*



Pi Kiev Mall, terjumpa la kedai Vans. Terus teringat kan cik abang buah hati pengarang jantung haa. Katanya berkenan kat Vans. So masuk la sat carikan design yg dia berkenan tu. Tak ada.. tapi ada la berkenan yg lain. Susahnya nak contact dia masa tu dengan line tak clear, bateri nak habis, memang berpeluh-peluh juga laa nak dapatkan confirmation. Heaaa..

Malam tu balik memang letih gila. Boom tidur awal!


* * * * *

22nd Jan 2016. Pagi-pagi lagi pi lawat Zoopark. Hahaha. Tak meriah pun sebab pi hari weekday kan. Ohh ya, masuk free je dengan student card! ;) Sebab salji tebal, and sejuk ya amat, kitorang pi lawat polar bear, and just a few animals along the way. Lajuuu je cari bangunan yg boleh masuk sebab nak cari heter. Hahaha. Dasar kulit nipis, tak tahan sejuk! HAHAHA


Orang Utan so sad, and boring. Kesian..

Nak tau tak, dalam banyak-banyak binatang kitorang tengok, tau tak apa binatang yang paling excited kitorang jumpa? ORANG UTAN! Haihhh, jauh-jauh belajar memang paling excited last skali jumpa yg asal negara kita juga. Hahaha.

Then kitorang pi Arbat Street, jalan-jalan sambil mencari Poop cafe. Haa Poop cafe ni kan, dia bertemakan tandas. The seats, bowls, cups and plates. Everythinggg.. So, menarik la kan nak try, tapi malangnya tak ada. Cari merata-rata, rupanya dah tutup. Alih-alih pi Afi Mall, makan n solat kat sana ja. 


Ohh, sini Bubble Waffle masyaAllah sedap ya amat! Yg Volgo pun rasa hambarrr... Balik malam tu, kami start packing2 sebab esoknya dah nak ke Berlin, German!




To be continued...