Assalamualaikum...

Blog ni hanyalah mengenai rentetan hidup, luahan hati dan tempat curahan segala idea dan pendapat penulis.

Blog ini juga ada menggunakan perkataan aku sebagai penulis yang mana mungkin kasar dan tak mesra bunyinya. Sorry not sorry, this is my style.

Aman tanpa perang,
Ammanda Elydia.


Friday, 31 July 2015

Nasi Goreng Cina

Assalamualaikum w.b.t.

Huihhh penat betul hari ni kemas dapur. Dah lah banyak serangga, kecik-kecik pula tu. Alaa serangga yg warna hitam kecik ada dalam beras tu.. Tak sukaaa! Aku ni dah lah tak berapa okay dengan serangga. Memang take time la nak menghabiskan kerja kat dapur yg should be 1-2 hours boleh siap, ni bawa dari tengah hari, sampai ke petang! Tobat dahhh.

Alhamdulillah hari ni berjaya puasa selama 17 jam lebih. Awat 17 jam tu? Yela kan kat sini tengah summer, so siangnya panjanggg. Subuh pukul 2 pagi, maghrib pukul 750 malam. Memang lah 17 jam. Okay post ni sebenarnya nak kongsi kan resepi berbuka aku petang tadi.

Bila google resepi tiba-tiba tekak terasa nak makan nasi goreng cina. Dah tu search la kita kat satu blog ni nama Azie Kitchen. Blog ni banyak kongsi resepi best dan simple mudah je nak buat. So, meh kita share sikit resepi dia.

Bahan bahan:
1 mangkuk nasi putih
1-2 sudu besar mentega
Minyak masak
Minyak bijan *ni I tak guna pun sebab tak ada*
3-4 ulas bawang putih - tumbuk *lesung tak ada so kita ketuk penyet-penyet jaa*
4 ulas bawang merah - hiris *bawang merah tak ada I ganti bawang besau. boleh laaa*
Isi ayam - potong kecil *ganti sosej sebab nak jimat ayam susah nak pi beli*
Udang secukupnya *allergik, so tak letak*
1 sudu besar lada sulah - tumbuk *I guna yg serbuk punya*
2 biji telur

Bahan Sayuran:
Karot - potong dadu
Cili padi - hiris
Sayur kubis - hiris panjang
Daun bawang - hiris halus
*sayur tak letak sangat sebab tak suka sangat makan sayur. Hehe

Cara cara:
1. Masukkan mentega ke dalam nasi dan kacau sehingga bergaul rata.
2. Panaskan minyak dan minyak bijan, tumis bawang putih, diikuti dengan bawang merah.
3. Kemudian masukkan ayam dan karot. Masukkan sedikit air untuk menghentikan bawang dari terus masak.
4. Masukkan pula udang, cili padi dan lada sulah.
5. Ketepikan semua bahan, tuangkan telur dan kacau rata sehingga telur betul betul masak. Jika nampak kering boleh tambah minyak.
6. Masukkan garam dan gula.
7. Kemudian masukkan nasi yang telah digaul dengan mentega tadi. Kacau rata lagi.
8. Akhir sekali, masukkan sayur kubis dan daun bawang. Kacau rata dan biarkan sayur agak lembut, tutup api. Sedia untuk dihidangkan!

Yaa tahu aku banyak tukar resepi dia. Dah tu nak buat macam mana. Barang dapur tak ada. So kita sesuaikan la apa yg ada dan boleh kan? Alaaa jai juga hah. Alhamdulillah kenyang aku makan berbuka tadi sambil tengok cerita "P.S. I Love You". Syok oiii!

Nanti boleh lah cuba masak lagi untuk housemates bla diorang balik sini nanti kan. Sedap weyhh nasi goreng dia. Aku pula hantu nasi goreng cina. Uihhh, nanges rasa masakan sendiri. Harapnya bila masak untuk orang nanti, jadi lah ya. Hahaha

Nasi Goreng Cina versi Ammanda! Voila!

Rendang Ayam Ala Perantau

Assalamualaikum w.b.t.

Hari ni dah syawal yg ke berapa ya? Hmm, kalau raya hari tu jatuh pada tarikh 17hb Julai.. so today dah 31 Julai kan. Maknanya dah raya ke 15 lah kan? Haaa dah setengah bulan dah rupanya aku beraya kat perantauan tahun ni. Jangan sedih manda jangan sedih..

*meraung setengah jam* okay, back.

Huh, drama sangat. Hahaha.. Terasa-rasa rindu Malaysia dan seisinya. Rindu suasana raya di Malaysia, walaupun tak lah semeriah masa kita kecik-kecik dulu kan. Hari raya sibuk nak kutip duit raya, pusing kampung bagai. Pakai baju ada tema setiap family. Tahun lepas oren, tahun ni rainbow, tahun depan mak kau hijau. Ehh? Hahaha

Tapi yg paling aku rindu bila raya ialah Rendang Ayam ibu laa. Kalau dapat makan dengan nasi impit, perghhh tak pandang dah lauk lain weyh! Sedap nya rendang ibu *nanges rinduuu*

So sebab tak boleh nak rasa rendang ibu buat, apa lagi buat sendiri la jawabnya! Haa maka misi meng'google' resepi rendang ayam perantau pun bermula! Dah kenapa perantau nya? Sebab bila perantau ni, ingredients nak masak tu.. limited tau. Ada yg tak ada jual kat sini, ada pula yg jual tapi mahal nak mampuihhh. So, cari la resepi yg ala-ala perantau... Kerana mereka-mereka ni faham la perasaan kita-kita ni.. Sobsss.

Jumpa lah juga satu blog ni, dia bagi resepi perghhh senang dan mudah! Rasa dia macam mana and sedap ke idok tak tau la lagi sebab belum buat kan. Ni just share je dulu so senang nak tengok balik. Kau jangan tak buat pula manda. Perangai sangat..

Ok la. Mehh nak share resepi dia.

Bahan-bahan:

Ayam - Guna sekor la kan, baru dapat makan banyak.. nyum nyummm

Bahan blend:
*10 biji bawang merah kecik atau 2 biji bawang merah besar
*4 ulas bawang putih
*15 biji cili padi *kat sini susah nak dapat cili padi, mahal nak oiii
*15 tangkai cili kering *depends nak pedas mana la kan
*1 inci halia
*1 inci lengkuas
*1/2 inci kunyit hidup

2 batang serai - dititik
2 helai daun kunyit
5-10 helai daun limau purut - dihiris kasar, buang garis tengah
4 cawan santan pekat *sebab guna sabtan debu, so pandai-pandai la estimate
4-6 sudu kerisik
garam dan gula secukupnya

Cara-caranya:

  1. Perap ayam yg dah dipotong kecik dengan bahan-bahan blend tadi dan serai for 1 hour. Jangan lupa masukkan garam sekali (3sudu)
  2. After 1 hour, masukkan ayam tu dalam kuali di atas dapur yg menyala apinya.
  3. Masukkan santan dan masak sampai mendidih. Jangan lupa kacau pula, nanti santan limpah.
  4. Masukkan daun limau pururt, daun kunyit, kerisik dan garam. Rasa dulu before add garam sebab maa perap dah letak kan..
  5. Masak ayam tu sampai laa empuk dan agak pekat. Kalau suka kering, tunggu sampai kering.

Done! Boleh la makan dengan nasi impit ke, ketupat ke, lemang boleh, pulut kuning pun boleh. Nak ratah camtu pun boleh. Tapi paling best makan dengan nasi impit. Oihh peberet kita tuuu. Sedap ermmm. Kecuq ayaq liuq!

Terima kasih tuan blog sebab sudi share resepi yg mudah dan ala-ala perantau. Tapi apasal lah I tak boleh follow blog you? Hmmm.


Thursday, 30 July 2015

WINTER TRIP 2015 : MOSCOW

Assalaamualaikum w.b.t..

Okay, kita sambung balik cerita winter trip kita ni from Kazan. Malam kat Kazan tu kami naik train, terus ke Moscow. Dapat katil atas. Sumpah wa cakap lu, tak best langsung katil atas! Aku dah lah yg gayat tu. Memang tak lena tidur beb. Gelisah sebab panas, sempit dan takut jatuh. Tidur ku tak tenang, rehat ku tak nyaman! Huaaaa...

Pagi tu bangun awal, sebab tak larat dah nak terbaring. Siap kemas-kemas barang, kami pun sampai la Moscow. Alhamdulillah selamat perjalan kami.. Kat sini ada orang yg sambut. Kawan kat Moscow ni juga. Sampai je terus simpan beg semua kat locker room. Perut dah gruk grak gruk grak, so, ke Jerry Wing lah kita!

Ohh ya, kat vokzal(train station) ni ada Jerry Wing, which is franchise macam KFC. Apa yg best nya JW ni? HALAL! Halal beb.. mana mau cari ayam kepci yg halal kat Russia ni. *nanges rindu* Sebab lama tak rasa ayam kepci, kami pun bedal yg banyak punya. Nak menghabiskan tu, jenuh juga la. Hahaha Tu laa, orang tamak selalu rugi. :P

Selesai makan semua, kami pun apa lagi, berjalan la! First destination kami ke...


Masjid kat Prospekt Mira still in progress.

Olympic Stadium

Selesai semua perkara kat atas ni, kitorang gerak ke lain pula. Harapannya nak pi Moscow Oceanarium. Tapi...


Sesat tak jumpa jalan >_<

Sampai la kami ke tempatnya... Tapi kan tempat ni sangat la tak sama dengan apa yg diharapkan. Kononnya kat sini ada shark besau, tempat besau, malangnya.. rasa di hati mengatakan kami salah tempat. So tak apa lah.. masuk je lah. Kena bayar 250RUB. -_-"


Ni la shark nya.. :P




Selesai kat sini, kami pi jalan-jalan dan shopping. Boleh kata datang Moscow ni kan shopping aje kerjanya sebab ada lagi sisa-sisa winter sale yg belum habis! Dah lah masa kat Kazan hari tu check akaun bank, YT dah masuk kan duit for next sem. Currency pula masa tu RM1 = 21RUB. Menangis kegembiraan diri ini weyhhh. :'D

Gila tinggi dia punya escalatorrr!

The thing that I hate the most about Moscow is its escalator yg tinggi nak mampuihhh! Nak berjalan kat sini, nak bergerak dari satu tempat ke satu tempat kena banyak guna metro bawah tanah. Metro dia allah allah allah.... ramai gilos manusios! Dari mana lah datang semua manusia ni. >_<

Escalator dia pula dasyat je semua.. Tinggi macam apa.. Nak sampai atas or bawah, sempat la berangan sampai dapat cucu. Tapi yg best metro dia ada wifi! Haaa, bukan senang nak cari public transport yg ada internet ni. Ye la kadang-kadang jarak perjalanan tu sampai setengah jam pun ada. Memang mereput la kau dalam tu. Hahaha

Jalan lurus ke rumah kawan

Kami kat sini duduk rumah kawan. Diorang ni geng-geng kitorang juga. Orang dalam rumah tu include Anis, Asma, Najwa, Niey, dan Naimah. Kalau nak budget trip, tip dia duduk rumah kenalan. Ikut la kawan ke family ke. So, dapat jimat duit bahagian penginapan, boleh belanja duit tu kat souvenirs ke makanan ke.. makan je kerja kau ya manda.. Hahaha

Terima kasih ya tuan rumah sudi terima kami walaupun masa tu korang sibuk dah start sem. Nanti kalau datang Volgo, meh la duduk rumah kami pula. Kitorang kasi layanan first classs gitew.. ;)

Travel buddies kat Moscow, tanpa Sam di sisi.

Tugu dalam metro stesen

Ohh tak ingat nak cakap, kat sini biasa dah banyak tugu-tugu peringatan ni. Dulu Russia kan terlibat dalam peperangan, so banyak lah tugu-tugu peringatan camni. Ada juga tugu yg dibuat khas untuk mengingati tokoh-tokoh terkenal, artisan-artisan ke.

Haa, ni dah masuk day 2 kat Moscow actually. Kami keluar awal pagi nak pi beli souvenirs kat sini.Tempat ni lawa!



Nama tempat ni Kreml' v Izmaylovo. Tu cara sebut dia.. Ni kira the unknown second Kremlin kat Moscow laa. Tempat ni lawa kalau datang masa bukan winter. Sebab kitorang datang masa winter, tempat ni tak nampak sangat macam mana, penuh salji ngan kereta nya. Bila google balik gambar dia, perghhh rugi weyhh tak pergi hari tu!



Kat Kremlin ni, dia ada market tau. Haa, ni lagi satu tips kalau nak beli souvenirs in Moscow, this is the best place. Korang boleh dapatkan macam-macam jenis souvenirs kat sini. Nak patung matrioshka, keychain, pingat-pingat zaman perang, baju, kain semua-semua lah. Datang sini jangan tak datang.

Sebab rambang mata punya pasal, aku pun terbeli lah matrioshka untuk aku sendiri sebab nak hias bilik kat rumah ni ha.. Pastu ada la beli juga keychain matrioshka seplastik harga 1200RUB ada 100biji. Murah sangat ler tu. Yg matrioshkaa besau sikit tu tak ingat dah berapa harga dia. Tapi kalau pandai cakap ruski, kau bargain lah kasi habis. Boleh nya...


Dah sudah kat sini kami pi Arbat street. Kat Arbat street ni pun best. Sini pun ada je orang jual souvenirs, tapi harga tak yah cakap la. Mahal gila la banding dengan kat Ismailovo tu tadi. Sebab pi Ismailovo dulu, so memang terasa-rasa kemahalannya!

Complex of  Rumah hantu sama macam kat Kazan tu

Tak sah kalau tak masuk Hard Rock kan?

Ada Hard Rock cafe kat Arbat Street ni. Beli lah satu baju untuk diri sendiri konon buat kenang-kenangan. Sekali balik pakai kecik la pulak. Tu la peghasan lagi kurusss. Lastly jual je kat housemate, dia nak kasi adik dia. Selamat duit aku..

Add caption


Malam tu apa lagi, shopping lagi la! Ni tak silap Afimall. Haa kat sini besau sangat mall dia pastu banyaknya sale! *rambang mata sebab duit kononnya tengah berkepuk* Hmm, terbang duit juga datang sini masa tu. Beli jacket satu tak silap.. *duit terbang*


Jumpa merpati dua sejoli.

Next day kami pi Muzium Kosmonat. Tiket dia 200RUB kalau adult, tapiii kalau ada student card yg valid, FREE! Tau kenapa sebut valid? Sebabnya.. masa kitorang pi tu, aku dengan umai tak dapat lagi student card baru yg kitorang request dari bulan 12. Masa tu dah bulan Feb tau. Kitorang bayar je la sebab dah sampai, tak kan tak nak masuk kan?

Geram kat uni tak habis lagi ni. buat kerja lambat!

Muzium Kosmonat

Settle kat sini kami pi satu tempat ni dia ala-ala Discount Centre kat Volgograd ni. Banyak kasut-kasut Nike, Adidas dan seangkatan dengannya yg jual murah-murah. Ehh, ori tau semua. Harga ada yg half price, ada yg 75% cut. Si umai ni la yg nak usha Nike Airmax tapi tak jumpa juga yg dia berkenan. So kitorang gerak je dari sana pi Zoopark terus.

Moscow Zoopark
Moscow Zoopark pun ada tiket FREE for students! So, korang tunjuk je student card korang, then you may go in. No need to queue beli tiket bagai. Malangnya, sama seperti kejadian di atas. Tak masuk la beb, tiket bapak mahalll! 800RUB masa tu kalau nak masuk juga harga biasa. Nangesss!

Sebab dah tak ada tempat nak pi, so.. shopping lagi! Haa, ni shopping last jadi kita balun kaw-kaw. Balik tu memang tidur nyenyak laa kaki penat badan lenguh, esoknya dah last day kat Moscow.

Last day kat Moscow, kami ke Kremlin!

Depan Kremlin. Muka je lebih. Hahaha

GUM!

GUM kat Moscow ni besar, tak macam yg kat Kazan. Dalam dia pun lawa sangat-sangat. Pastu kat sini jual barang-barang branded yg kau tengok mampu telan air liur je sebab kalau kau mimpi nak beli pun tak mampu, nak beli betul di dunia realiti? Huh, jauh sekali! Hahaha



Dalam GUM ada jual eskrem sedap. 50RUB satu cone eskrem. Ya, kami gila sebab sejuk-sejuk winter macam ni pun beli eskrem lagi siap makan kat luar. Alaa, mana nak dapat pengalaman makan eskrem vanilla GUM masa winter kalau bukan masa tu kan? Balik Malaysia biasa la makan masa hujan. Best apa... ;)


Luar GUM which is kat Krasnaya Ploshad ni ada nya si lolipop ni. Hahaha Nama sebenar bangunan yg macam lolipop ni is St. Basil Cathedral. Cantik gila benda ni and opkos kalau datang Moscow, benda ni wajib datang tengok dan tangkap gambar. So wefie satu! (ye ke satu? :P )


Pak cik, saya tau lantai tu sejuk. Tapi tak payah lah tengok macam tu sekali..
Hahaha >_<

Before balik malam tu, kami beli bekal dulu before naik train. Apa lagi kalau bukan Krispy Kreme donut yg sedap dan terkenal lah sangat tu. Tapi memang famous pun sebab kat Volgograd tak ada. Yg ada just Seven Donut yg tak berapa memikat selera tapi murah tu. Wuwuwuu

Rambang mata weyhh nak pilih yg mana.
Silap pilih, manis gilakkk sampai nak telan pun lekat.

Amik kau, 2 kotak aku bedal.

Malam tu before naik train balik ke Volgograd, kami pi makan kat Chaihana kat area pavalets juga. Ni kedai makan halal. So, semua benda boleh makan kita pun order macam-macam la kan? Hahaha. Haa kat sini ada ruangan solat. So sesiapa yg sampai area ni, tak tau nak solat mana, pi la tumpang sat kat kedai dia. ;)

Before balik tu, geng-geng Moscow datang jumpa kitorang. Huii, terharu weyhhh. Thank you korang sebab sudi hantar balik. Siap ikut naik platform lagi. *nanges lagi sebab terharu*

Plov dan lulya kebab

Overall, cuti winter ni I puas hati uolls... Duit tak habis banyak macam ke Paris ke London dulu.. Ya lah kan jalan dalam Russia je. Tapi memang best winter trip kali ni. I think what make this trip more memorable is my travelmates. Memang best travel dengan korang. Thank you girls for the memories and let's create more and more and more after this okayhh? ;)

Haaa, panjang kan entry kali ni? Ya laa panjang lah sikit sebab tak pecahkan ikut day. Nak pecah-pecahkan pun tak berbaloi sebab siang je jalan, petang ke malam tu pi shopping je kerjanya. Huhu



Jumpa lagi next post! Pasal apa? Nanti kan...

Wednesday, 29 July 2015

WINTER BREAK 2015 : KAZAN Part 3

Assalamualaikum w.b.t.

Hey, dah masuk cerita day 3 kat Kazan dah ni. Haa, day 3 ni merupakan day last juga aku kat Kazan ni. So, apa yang kami buat sepanjang day 3 ni ialah cuba untuk menziarahi seberapa banyak mungkin masjid yg ada kat Kazan ni. Haa, ada berapa?

Based on my research before pi jalan-jalan hari tu, ada 9 masjid semuanya:
  1. Äcem Mosque
  2. Bornay Mosque
  3. Bulgar Mosque
  4. Iske Tash Mosque
  5. Märcani Mosque
  6. Nurulla Mosque
  7. Qolşärif Mosque
  8. Soltan Mosque
  9. The Thousandth Anniversary of Islam Mosque
Hari ni, kami bangun awal pagi, siap breakfast kat bawah which is again provided by our hostel, kami pun terus gerak pi lawat masjid-masjid yang ada.

Qolşärif Mosque

Masjid Qol Sharif ni kami dah pergi masa day 2 kat Kazan. Alhamdulillah Allah bagi rezeki dan peluang untuk perform Zohor and Asar prayer kat sini. Syukur tak terhingga! Dalam Qol Sharif ni ada a few parts, ada ruang solat yg hanya Muslim je boleh masuk, ada ruang tinjau yg boleh nampak ruang solat dari atas, ada ruang legar kat bawah dan ada juga Islamic Museum yg ada banyak pameran kat undergroud. Semua part free je nak masuk, tapi kat muzium tu kena bayar sikit. 100RUB orang biasa, 50RUB kalau students. So, siapa-siapa yg nak datang sini, mohon bawa student card ya!Jimattt... ;)

The Thousandth Anniversary of Islam Mosque or The Anniversary Mosque


Katanya masjid ni dibina di Kazan, Tatarstan, Rusia untuk memperingati ulang tahun ke-seribu pengislaman orang Bulgar Volga pada tahun 922. Masjid ni kan ada nama alternatif, The Mosque Across The Qaban, sebabnya most masjid kat Kazan ni located kat sebelah satu lagi pada Qaban (ada lake yg pisahkan part ni la). Sebelah yg satu lagi tu ramai orang Tatar duduk. Yg sebelah sini where this mosque is located, mostly orang Russia yg duduk sini.

Belakang tu Qaban Lake.

So, lepas lawat masjid ni, kami pun jalan la ke seberang sini. Lake tu kan, dia sebenarnya beku tau. Kira solid ice atas tasik ni. Kononnya kami nak la seberang kut tasik ni sebab nak pusing jauh! Tapi semua dah penakut. Aku pula nak lntas sangat, tapi takut ais pecah then jatuh ke dalam. Dah lah tak gheti berenang. Huishhh manda kau jangan cari pasal oiii! Lastly kitorang jalan je pusing tasik tu sambil tengok-tengok sekeliling. Puihhh.


 Märcani Mosque

Hah, sampai la kami ke next masjid. Boleh juga nak eja masjid Mardzhani. Dah kita tak gheti nak sebut bahasa dia tu kan. Hahaha


Imam masjid ni baik sangat. Diorang sambut kami elok. Tunjukkan jalan ke mana nak pergi pastu kan, dalam masjid ni ada la pameran-pameran, ada kawasan jual beli. Interior dia pun lawa! Kemas, bersih dan besar.

Mehh nak ceghita sikit sejarah masjid ni..

Selepas beberapa dekad penindasan terhadap umat Islam di Imperial Rusia masjid ni adalah masjid pertama yang dibina di Kazan, merupakan masjid yang tertua di Tatarstan dan the only masjid di Kazan yang terlepas penutupan dalam tempoh Soviet.

Ruang solat wanita.

Antara pameran yg ditunjukkan.

Masjid ini sekarang kan dinamakan sempena Tatar ulama Şihabetdin Märcani yang bekerja di sana sebagai imam sejak 1850.

Ni lah dia ulama tu. 


Ruang jual beli depan pintu keluar masjid.

Sudah solat sunat kat sini, kami continue lagi ke masjid seterusnya which is...

Nurulla Mosque


Cerita sikit ea pasal masjid ni..

Masji ni dibina pada tahun 1845-1849 atas sumbangan saudagar Ğ. M. Yunısov. Pada tahun 1929 menara masjid ni musnah, dan till 1992 masjid ni digunakan untuk pangsapuri dan pejabat. Masa tahun 1992 masjid ni pun tukar nama Nurullah and then returned to the believers.Alhamdulillah.. Around 1990-1995 menara di restored balik.

Khusyuk benau baca history nya.. :P

A group of mak cik tengah belajar mengaji, or tengah tadarus al-Quran.
Sejuk mata tengok Islam di Russia berkembang je kat Kazan ni. :'D

Ruang solat wanita kat bawah.

Ruang solat laki kat atas, lawa kata orang.
Mampu tangkap gambar dari bawah je.

Kedai jual-beli barang-barang dalam masjid Nurulla ni.

Ok sebab dah masuk tengah hari, nak kena check out lagi kan, so kami pun gerak balik hostel, settle kan check out semua, kami pun ke train station nak hantar Sam balik Volgo. Kenapa Sam je? Sebab.. Kami continue pula journey kami ke Moscow! Yeayyy!

Depan pintu gerbang hostel.
Hostel nya jauh ke dalam lagi. Hahaha

Lepas hantar Sam, kami continue lagi jelajah masjid. Yang ni kelakar okeyhhh. Tak tau la sebab dah malam ke apa, susah sangat nak cari next masjid ni. Hajat di hati nak cari Masjid Iske Tash, tiba-tiba bila sampai madrasah Iske Tash. Dalam hati dah rasa macam lain je. Masa on the way jalan kaki tu ada dah nampak dari jauh menara tapi gelap je nampak. So tak apa lah, kami continue jalan nampak tak nampak je masjid tu kat mana kan.. Bila sampai, tak ada pula masjid tu. Masa tu dah maghrib, so kami singgah je la sini solat jama' terus.

Ruang solat depan laki, belakang perempuan.
Nampak benau bukan masjid. >_<

Madrasah Iske Tash.

Masa ni ada 1 funny thing yg happened, tapi biarlah jadi memori kami bertiga je. Hahaha >_<

(Ps: balik tu google la masjid ni balik, memang sah salah tempat! Lain benar rupanya. Yg ni menara di tepi. Yg tu menara di tengah. Aiyaaa. -_-" )

Sebab dah lewat malam, nak cari pun susah, kami pun lapar, so semua decide nak tangguh la pencarian ni. Semua dah tak tahan sejuk, balik ke centre balik cari kedai makan. Dah tak tau nak makan mana, kami pun decide nak masuk kedai ni.

2 budak nakal, teman ke Moscow! ;)
Interior design kedai ni lawa. waiter yg serve meja kami pun lawa dan baik sangat and what more, she knows where Malaysia is! Dia cakap dia pernah study kat KL, Taylor College ke apa ntah 3 tahun dulu so she knows a little bit about Malaysia and she is super excited to meet us. Hahaha

Perut kenyang, mata dah ngantuk, kami gerak balik ke train station tunggu train kami malam. So, masuk train terus tidur la weyhhh. ZzzZzzZzz



See you in Moscow! ;)

Ps: Total masjid yg berjaya dijejaki : 4/9

Märcani Mosque
Nurulla Mosque
Qolşärif Mosque
The Thousandth Anniversary of Islam Mosque

Akan ku jejak yg 5 lagi, lain kali!