Assalamualaikum...

Blog ni hanyalah mengenai rentetan hidup, luahan hati dan tempat curahan segala idea dan pendapat penulis.

Blog ini juga ada menggunakan perkataan aku sebagai penulis yang mana mungkin kasar dan tak mesra bunyinya. Sorry not sorry, this is my style.

Aman tanpa perang,
Ammanda Elydia.


Wednesday 29 July 2015

WINTER BREAK 2015 : KAZAN Part 3

Assalamualaikum w.b.t.

Hey, dah masuk cerita day 3 kat Kazan dah ni. Haa, day 3 ni merupakan day last juga aku kat Kazan ni. So, apa yang kami buat sepanjang day 3 ni ialah cuba untuk menziarahi seberapa banyak mungkin masjid yg ada kat Kazan ni. Haa, ada berapa?

Based on my research before pi jalan-jalan hari tu, ada 9 masjid semuanya:
  1. Äcem Mosque
  2. Bornay Mosque
  3. Bulgar Mosque
  4. Iske Tash Mosque
  5. Märcani Mosque
  6. Nurulla Mosque
  7. Qolşärif Mosque
  8. Soltan Mosque
  9. The Thousandth Anniversary of Islam Mosque
Hari ni, kami bangun awal pagi, siap breakfast kat bawah which is again provided by our hostel, kami pun terus gerak pi lawat masjid-masjid yang ada.

Qolşärif Mosque

Masjid Qol Sharif ni kami dah pergi masa day 2 kat Kazan. Alhamdulillah Allah bagi rezeki dan peluang untuk perform Zohor and Asar prayer kat sini. Syukur tak terhingga! Dalam Qol Sharif ni ada a few parts, ada ruang solat yg hanya Muslim je boleh masuk, ada ruang tinjau yg boleh nampak ruang solat dari atas, ada ruang legar kat bawah dan ada juga Islamic Museum yg ada banyak pameran kat undergroud. Semua part free je nak masuk, tapi kat muzium tu kena bayar sikit. 100RUB orang biasa, 50RUB kalau students. So, siapa-siapa yg nak datang sini, mohon bawa student card ya!Jimattt... ;)

The Thousandth Anniversary of Islam Mosque or The Anniversary Mosque


Katanya masjid ni dibina di Kazan, Tatarstan, Rusia untuk memperingati ulang tahun ke-seribu pengislaman orang Bulgar Volga pada tahun 922. Masjid ni kan ada nama alternatif, The Mosque Across The Qaban, sebabnya most masjid kat Kazan ni located kat sebelah satu lagi pada Qaban (ada lake yg pisahkan part ni la). Sebelah yg satu lagi tu ramai orang Tatar duduk. Yg sebelah sini where this mosque is located, mostly orang Russia yg duduk sini.

Belakang tu Qaban Lake.

So, lepas lawat masjid ni, kami pun jalan la ke seberang sini. Lake tu kan, dia sebenarnya beku tau. Kira solid ice atas tasik ni. Kononnya kami nak la seberang kut tasik ni sebab nak pusing jauh! Tapi semua dah penakut. Aku pula nak lntas sangat, tapi takut ais pecah then jatuh ke dalam. Dah lah tak gheti berenang. Huishhh manda kau jangan cari pasal oiii! Lastly kitorang jalan je pusing tasik tu sambil tengok-tengok sekeliling. Puihhh.


 Märcani Mosque

Hah, sampai la kami ke next masjid. Boleh juga nak eja masjid Mardzhani. Dah kita tak gheti nak sebut bahasa dia tu kan. Hahaha


Imam masjid ni baik sangat. Diorang sambut kami elok. Tunjukkan jalan ke mana nak pergi pastu kan, dalam masjid ni ada la pameran-pameran, ada kawasan jual beli. Interior dia pun lawa! Kemas, bersih dan besar.

Mehh nak ceghita sikit sejarah masjid ni..

Selepas beberapa dekad penindasan terhadap umat Islam di Imperial Rusia masjid ni adalah masjid pertama yang dibina di Kazan, merupakan masjid yang tertua di Tatarstan dan the only masjid di Kazan yang terlepas penutupan dalam tempoh Soviet.

Ruang solat wanita.

Antara pameran yg ditunjukkan.

Masjid ini sekarang kan dinamakan sempena Tatar ulama Şihabetdin Märcani yang bekerja di sana sebagai imam sejak 1850.

Ni lah dia ulama tu. 


Ruang jual beli depan pintu keluar masjid.

Sudah solat sunat kat sini, kami continue lagi ke masjid seterusnya which is...

Nurulla Mosque


Cerita sikit ea pasal masjid ni..

Masji ni dibina pada tahun 1845-1849 atas sumbangan saudagar Ğ. M. Yunısov. Pada tahun 1929 menara masjid ni musnah, dan till 1992 masjid ni digunakan untuk pangsapuri dan pejabat. Masa tahun 1992 masjid ni pun tukar nama Nurullah and then returned to the believers.Alhamdulillah.. Around 1990-1995 menara di restored balik.

Khusyuk benau baca history nya.. :P

A group of mak cik tengah belajar mengaji, or tengah tadarus al-Quran.
Sejuk mata tengok Islam di Russia berkembang je kat Kazan ni. :'D

Ruang solat wanita kat bawah.

Ruang solat laki kat atas, lawa kata orang.
Mampu tangkap gambar dari bawah je.

Kedai jual-beli barang-barang dalam masjid Nurulla ni.

Ok sebab dah masuk tengah hari, nak kena check out lagi kan, so kami pun gerak balik hostel, settle kan check out semua, kami pun ke train station nak hantar Sam balik Volgo. Kenapa Sam je? Sebab.. Kami continue pula journey kami ke Moscow! Yeayyy!

Depan pintu gerbang hostel.
Hostel nya jauh ke dalam lagi. Hahaha

Lepas hantar Sam, kami continue lagi jelajah masjid. Yang ni kelakar okeyhhh. Tak tau la sebab dah malam ke apa, susah sangat nak cari next masjid ni. Hajat di hati nak cari Masjid Iske Tash, tiba-tiba bila sampai madrasah Iske Tash. Dalam hati dah rasa macam lain je. Masa on the way jalan kaki tu ada dah nampak dari jauh menara tapi gelap je nampak. So tak apa lah, kami continue jalan nampak tak nampak je masjid tu kat mana kan.. Bila sampai, tak ada pula masjid tu. Masa tu dah maghrib, so kami singgah je la sini solat jama' terus.

Ruang solat depan laki, belakang perempuan.
Nampak benau bukan masjid. >_<

Madrasah Iske Tash.

Masa ni ada 1 funny thing yg happened, tapi biarlah jadi memori kami bertiga je. Hahaha >_<

(Ps: balik tu google la masjid ni balik, memang sah salah tempat! Lain benar rupanya. Yg ni menara di tepi. Yg tu menara di tengah. Aiyaaa. -_-" )

Sebab dah lewat malam, nak cari pun susah, kami pun lapar, so semua decide nak tangguh la pencarian ni. Semua dah tak tahan sejuk, balik ke centre balik cari kedai makan. Dah tak tau nak makan mana, kami pun decide nak masuk kedai ni.

2 budak nakal, teman ke Moscow! ;)
Interior design kedai ni lawa. waiter yg serve meja kami pun lawa dan baik sangat and what more, she knows where Malaysia is! Dia cakap dia pernah study kat KL, Taylor College ke apa ntah 3 tahun dulu so she knows a little bit about Malaysia and she is super excited to meet us. Hahaha

Perut kenyang, mata dah ngantuk, kami gerak balik ke train station tunggu train kami malam. So, masuk train terus tidur la weyhhh. ZzzZzzZzz



See you in Moscow! ;)

Ps: Total masjid yg berjaya dijejaki : 4/9

Märcani Mosque
Nurulla Mosque
Qolşärif Mosque
The Thousandth Anniversary of Islam Mosque

Akan ku jejak yg 5 lagi, lain kali!

No comments:

Post a Comment