Assalamualaikum...

Blog ni hanyalah mengenai rentetan hidup, luahan hati dan tempat curahan segala idea dan pendapat penulis.

Blog ini juga ada menggunakan perkataan aku sebagai penulis yang mana mungkin kasar dan tak mesra bunyinya. Sorry not sorry, this is my style.

Aman tanpa perang,
Ammanda Elydia.


Tuesday 22 May 2012

Tak faham isi al-Quran.

Assalamualaikum.

Bertemu lagi kita di sini. Alhamdulillah! Agak sibuk sekarang sebab uruskan hal-hal nak masuk PASUM ni. Okey, kali ni nak cerita pasal baca Al-Quran!

Hmmm, pernah tak anda semua terfikir (mungkin sambil-sambil baca Al-Quran) apa maksud ayat ni? Ke main baca je semua? Haaa, tipu la kalau tak pernah pun terfikir, aku selalu terfikir.

Ada jugak yang masalah dia, tak nak baca Al-Quran. Sebab? Sebab takut salah baca. Nanti salah maksud, dapat dosa. TAK! Anda silap! Kalau nak tunggu sampai reti baca, memang sampai ke tua la tak baca-baca. Betul tak?

Sabda Nabi s.a.w, "Yang membaca al-Quran sedangkan dia mahir dengannya akan bersama-sama dengan para malaikat. Yang membaca al-Quran dan tergagap-gagap dan al-Quran amat payah ke atasnya maka baginya DUA PAHALA" -Riwayat al-Bukhari.

Maksud mendapat dua kali pahala, iaitu (1) pahala membaca dan (2) pahala susah payah menghafalnya..

Wah, pelaburan yang menguntungkan! ^0^

Jadi, kepada sesiapa yang tak nak baca sebab yang berkenaan, maka padamkanlah hasrat anda tu dan mulalah membaca Al-Quran sekarang. Tapi macam mana pulak yang nak baca, tapi tak paham. Haa, jom kita ikuti kisah di bawah.

* * * * * *

Suatu pagi di hujung minggu, seorang budak bernama Mikail terdengar atuknya membaca Al-Quran. Sebaik sahaja atuknya selesai mengaji, dia terus menerpa ke atuknya lalu bertanya,

“Tuk, Mikail nak tanya ni. Tuk faham tak ape yang atuk baca tadi?”.

Dengan tenang atunya menjawab,

“Mestilah faham cu. Dulu atuk pernah belajar bahasa arab dengan arwah bapa atuk. Kenapa cu?”

Mikail kemudian menyatakan pendapatnya tentang membaca Al-Quran. Dia memberitahu bahawa beruntunglah atuknya itu sebab tahu membaca dan memahami isi kandungan Al-Quran sedangkan dia hanya tahu membaca tapi tak faham langsung.

Jadi tak ada faedah bagi dia membaca sebab tak faham. Serupalah jugak kalau kita membaca surat khabar bahasa Jerman ke atau bahasa Perancis. Baca boleh tapi apa pun tak faham.

Kemudian atuknya membawa Mikail ke luar rumah. Sampai sahaja di tasik berdekatan dengan rumahnya itu, disuruhnya Mikail untuk mengambil air dari tasik itu untuk diisi ke dalam baldi di hadapan rumahnya dengan menggunakan bakul sampah.

Mikail kehairanan memikirkan apa yang disuruh oleh atuknya itu. Namun tanpa berfikir panjang, dia lakukan juga. Selepas beberapa kali cuba, dia tidak dapat mengisi air ke dalam baldi tersebut. Mikail akhirnya berputus asa. Lalu dia pun berkata kepada atuknya,

“Atuk, dah banyak kali saya cuba tapi tak boleh jugak sebab air keluar daripada bakul ni. Macam mana?”

Kemudian atuknya memberitahu,

“Begitulah juga kalau kamu membaca Al-Quran tetapi tidak dapat menghayati isi kandungannya sebab tak faham. Meskipun baldi tersebut tidak dapat diisi, tapi bakul sampah tu tadi yang kotor sekarang sudah bersih. Begitu lah juga dengan hati kamu.

Selagi kamu membaca Al-Quran, selagi itulah hati kamu akan sentiasa bersih.”

* * * * * *

Wah, untungnya! Setiap apa yang kita buat, jika ikhlas kerana Allah, insyaAllah ada ganjarannya. Jangan risau. Biarlah sekarang ni bersusah-susah kita nak membaca, apatah lagi untuk memahaminya. Jangan sampai bila di akhirat kelak ditanya Allah, kita tak punya alasan kenapa tak baca! :)

*sumber: I LUV ISLAM

Saturday 12 May 2012

Where is God?

Assalamualaikum. Here's another story shared from somewhere. Do read, please. :)

* * * * * *

Professor : You are a Muslim, aren't you, son ?
Student : Yes, sir.
Professor: So, you believe in GOD ?
Student : Absolutely, sir.
Professor : Is GOD good ?
Student : Sure.
Professor: Is GOD all powerful ?
Student : Yes.
Professor: My brother died of cancer even though he prayed to GOD to heal him. Most of us would attempt to help others who are ill. But GOD didn't. How is this GOD good then? Hmm?

(Student was silent.)

Professor: You can’t answer, can you ? Let’s start again, young fella. Is GOD good?
Student : Yes.
Professor: Is Satan good ?
Student : No.
Professor: Where does Satan come from ?
Student : From … GOD …
Professor: That’s right. Tell me son, is there evil in this world?
Student : Yes.
Professor: Evil is everywhere, isn't it ? And GOD did make everything. Correct?
Student : Yes.
Professor: So who created evil ?

(Student did not answer.)

Professor: Is there sickness? Immorality? Hatred? Ugliness? All these terrible things exist in the world, don’t they?
Student : Yes, sir.
Professor: So, who created them ?
(Student had no answer.)
Professor: Science says you have 5 senses you use to identify and observe the world around you. Tell me, son, have you ever seen GOD?
Student : No, sir.
Professor: Tell us if you have ever heard your GOD?
Student : No, sir.
Professor: Have you ever felt your GOD, tasted your GOD, smelt your GOD? Have you ever had any sensory perception of GOD for that matter?
Student : No, sir. I’m afraid I haven’t.
Professor: Yet you still believe in Him?
Student : Yes.
Professor : According to Empirical, Testable, Demonstrable Protocol, Science says your GOD doesn't exist. What do you say to that, son?
Student : Nothing. I only have my faith.
Professor: Yes, faith. And that is the problem Science has.
Student : Professor, is there such a thing as heat?
Professor: Yes.
Student : And is there such a thing as cold?
Professor: Yes.
Student : No, sir. There isn’t.

(The lecture theater became very quiet with this turn of events.)

Student : Sir, you can have lots of heat, even more heat, superheat, mega heat, white heat, a little heat or no heat. But we don’t have anything called cold. We can hit 458 degrees below zero which is no heat, but we can’t go any further after that. There is no such thing as cold. Cold is only a word we use to describe the absence of heat. We cannot measure cold. Heat is energy. Cold is not the opposite of heat, sir, just the absence of it.

(There was pin-drop silence in the lecture theater.)

Student : What about darkness, Professor? Is there such a thing as darkness?
Professor: Yes. What is night if there isn’t darkness?
Student : You’re wrong again, sir. Darkness is the absence of something. You can have low light, normal light, bright light, flashing light. But if you have no light constantly, you have nothing and its called darkness, isn’t it? In reality, darkness isn’t. If it is, were you would be able to make darkness darker, wouldn’t you?
Professor: So what is the point you are making, young man ?
Student : Sir, my point is your philosophical premise is flawed.
Professor: Flawed ? Can you explain how?
Student : Sir, you are working on the premise of duality. You argue there is life and then there is death, a good GOD and a bad GOD. You are viewing the concept of GOD as something finite, something we can measure. Sir, Science can’t even explain a thought. It uses electricity and magnetism, but has never be seen, much less fully understood either one. To view death as the opposite of life is to be ignorant of the fact that death cannot exist as a substantive thing.

Death is not the opposite of life, just the absence of it. Now tell me, Professor, do you teach your students that they evolved from a monkey?

Professor: If you are referring to the natural evolutionary process, yes, of course, I do.
Student : Have you ever observed evolution with your own eyes, sir?

(The Professor shook his head with a smile, beginning to realize where the argument was going.)

Student : Since no one has ever observed the process of evolution at work and cannot even prove that this process is an on-going endeavor. Are you not teaching your opinion, sir? Are you not a scientist but a preacher?

(The class was in uproar.)

Student : Is there anyone in the class who has ever seen the Professor’s brain?

(The class broke out into laughter. )

Student : Is there anyone here who has ever heard the Professor’s brain, felt it, touched or smelt it? No one appears to have done so. So, according to the established Rules of Empirical, Stable, Demonstrable Protocol, Science says that you have no brain, sir. With all due respect, sir, how do we then trust your lectures, sir?

(The room was silent. The Professor stared at the student, his face unfathomable.)

Professor: I guess you’ll have to take them on faith, son.
Student : That is it sir … Exactly ! The link between man & GOD is FAITH. That is all that keeps things alive and moving.

* * * * * *

The end. Haven't you realised yet? Look around yourself and you will find the answer. These are all the proof that Allah do exist!

Friday 11 May 2012

Temuduga Mara 2012.

Assalamualaikum.

Entry ni dibuat khas untuk luahkan pengalaman-pengalaman aku sepanjang sesi temuduga MARA 2012 ni. Mungkin membantu bagi anda yang akan menghadiri temuduga MARA pada masa akan datang. Semoga berjaya!

10 MEI 2012

Selepas sesi pendaftaran, aku dimasukkan dalam panel no 11. Memandangkan aku orang pertama yang mendaftar, jadinya no aku ialah K1. Ada 4 perempuan da 4 lelaki dalam panel 11. Sebelum 'dijemput' masuk ke bilik temuduga, kami berkenal-kenalan dulu antara satu sama lain bagi mengelakkan rasa segan dan 'awkward' waktu temuduga nanti.

Interviewer dah panggil masuk! Ya Allah, cuaknya aku masa tu. *pengsan

Ohh ya, tak ingat nak sebut sebelum ni. Aku akan ambil jurusan perubatan di Jordan. InsyaAllah.

*sambung balik cerita.

Kami diminta untuk duduk mengikut no giliran masing-masing, kononnya senang nak bagi markah. Markah? Ohh man...

Kami diberi satu soalan atau 'study case'. SC yang kami dapat ialah,
ADE SATU HOT AIR BALLOON(HAB) SEDANG TERBANG MENUJU KE PUTRAJAYA. DALAM PERJALANAN 'HAB' ITU ROSAK DAN DALAM 'HAB' ITU ADA 8 ORANG. UNTUK MENYELAMATKAN KEADAAN, 4 ORANG HARUS DIKELUARKAN DARI 'HAB' TERSEBUT. SETIAP DARIPADA ANDA HARUS MEMILIH SATU WATAK UNTUK DIMAINKAN. MASING-MASING HARUS MEMPERTAHANKAN DIRI MASING-MASING AGAR DAPAT KEKAL BERADA DI DALAM 'HAB' TERSEBUT. KAMI KENA BINCANG 'THE PROS N CONS OF EVERYONE'. NAMA-NAMA YANAG TERDAPAT DALAM HAB TERSEBUT IALAH:

PRIME MINISTER
ISLAMIC AFFAIRS MINISTER
GABENOR BANK NEGARA
DIRECTOR OF MARA
TONY FERNANDES
DATO FADZILAH KAMSAH
KHAIROL FAHMI
ROZITA CHE WAN(ME) 
Siapa cepat, dia dapat. Aku dapat Rozita Che Wan. Apakah? Sangat susah untuk mempertahankan RCW sebab aku sendiri pun rasa yang diri aku ni perlu dicampak keluar 'HAB' tersebut. HAHAHA XD

Then, someone had to make the conclusion. This is the best moment and opportunity that you shoulld grab. It will make you as the leader of the conversation, even you're not. *that was just an opinion.

Panel penemuduga ada tanya kami beberapa soalan contohnya, "What have you learned from this discussion?" "What good quality you think a leader should have and why?". Maka, gunakan peluang ini untuk tonjolkan lagi diri tu. ;)

Lepas tu ada sesi bertanya soalan. Sila tanya segala perkara yang bermain dalam kepala anda pada masa ini. Tiada lagi peluang kedua untuk anda tanya MARA lepas ni.

Kenapa MARA tanya soalan yang tak ada kaitan dengan bidang perubatan? Peliknya?

*Ehemmm hemm!

Cuba reflek balik. Soalan ni sebenarnya nak tengok macam mana kita berkomunikas antara satu sama lain. Selain itu Nak tengok macam mana kita selesaikan masalah yang berkaitan nyawa orang ni. Dalam dunia realiti sekali pun, tak kan lah kita nak suruh 4 orang daripada kita, untuk terjun keluar 'HAB' tu kan? Logik la sikit wahai kawan-kawan semua. -__-;

Semua orang ada hak untuk terus hidup. Sepatutnya kita kena selesaikan masalah tanpa mengira pangkat dan kepentingan seseorang tu. Samalah macam nak rawat pesakit bila dah jadi doktor nanti. Kita tak boleh sesekali memilih kasih dalam merawat pesakit. Ini tidak adil! *emo sikit. HAHAHA!

Sampai sini sahaja. Tips? Aishhh. Aku pun tak pasti lagi dapat ke tidak tawaran biasiswa ni. Nak bagi tips? tak lah kot. Nasihat lah sikit kot. Walau tak pandai mana pun kita nak cakap Englsh,cuba juga cakap! Kalau ada orang sengih-sengih kambing, senyum-senyum pisang kat korang sebab BI yang berterabur, biarkan mereka dengan senyuman mereka. Biarkan!

Cakap pada diri sendiri, "Ada aku kisah?". Good!

"Even though you can write well in English, that doesn't mean that you can speak well in English too. Its the matter of how brave you are to speak in English and to defence your point!"

Jangan mengaku kalah sebelum mencuba! Bila dah cuba, jangan berhenti berdoa. Semua tu milik Allah. Minta padaNya.

Good luck to all of you! :)

Tuesday 8 May 2012

Keputusan Tawaran Temuduga Mara.

Assalamualaikum.

Setelah berhari-hari tunggu, akhirnya keputusan temuduga MARA dah keluar. Masa mula-mula buka tu, aku dah cuak dah. Ada gambar slip keputusan aku, tapi tanpa sebarang butiran peribadi diri! Apakah? =_="

Bila tengok orang lain post gambar slip mereka dengan butiran peribadi, terus rasa macam nak menangis. Aku cuba buka link tu melalui laptop ibu tapi laptop ibu lembap sangat. Tak keluar-keluar sampai sudah. *sigh...

Lepas tu minta tolong Alif semakkan, aku cuba lah juga melalui laptop aku lagi sekali.

Alhamdulillah.

SLIP TAWARAN TEMUDUGA
Nama Nama:AMMANDA ELYDIA BINTI RAMLI
No. Kad Pengenalan:
Kod Program:LN0301
Panel:PANEL 11
Tarikh:10 MEI 2012
Masa:9.00 AM
Tempat:KOLEJ POLY-TECH MARA BANGI
:SEKSYEN 14 BANDAR BARU BANGI
:43650 KAJANG
:SELANGOR
: ARAHAN KEPADA CALON :
1. SILA HADIR 30 MINIT LEBIH AWAL BAGI URUSAN PENDAFTARAN
2. SILA CETAK SLIP PANGGILAN TEMUDUGA BAGI URUSAN PENDAFTARAN
3. SILA BAWA KAD PENGENALAN BAGI URUSAN PENDAFTARAN
4. SILA BAWA ALAT TULIS
5. PELAJAR DIWAJIBKAN BERPAKAIAN KEMAS DAN FORMAL BAGI TUJUAN TEMUDUGA.


URUSETIA / PANEL BERHAK UNTUK TIDAK MEMBENARKAN PELAJAR DITEMUDUGA JIKA DIDAPATI PELAJAR MENGENAKAN PAKAIAN YANG TIDAK SESUAI
: ARAHAN TAMBAHAN :
(CALON PROGRAM LN0202, LN0203, LN0204, LN0205, LN0208, LN0326, LN0327, LN0328, LN0329 & PT0101)
1. CALON-CALON PERLU MEMBAWA SIJIL-SIJIL ASAL DAN SALINAN
2. SATU KEPING GAMBAR FORMAL UKURAN PASPORT
3. CALON PROGRAM LN0208 SAHAJA AKAN DIMINTA MENULIS ESEI PADA HARI TEMUDUGA
*Nota: Slip ini tidak memerlukan tandatangan

Alhamdulillah! Alhamdulillah! Alhamdulillah!

Tak sabar nak pergi temuduga ni. Semoga semuanya berjalan lancar.
InsyaAllah. :)

Monday 7 May 2012

Seksa Meninggalkan Sembahyang.

Assalamualaikum.

Pernah tak korang tinggalkan sembahyang? Haa, jangan nak tipu. Tak baik tipu tau. Allah marah! Okey, di sini saya ingin kongsikan bersama korang seksa-seksa apabila kita tinggalkan solat fardhu. 

Jom tinjau!

6 SEKSAAN DI DUNIA
•Allah mengurangkan berkat umurnya
•Allah tidak mempermudahkan rezekinya di dunia
•Allah menghilangkan tanda atau cahaya soleh dari raut wajahnya
•Ia tidak akan mempunyai tempat di dalam Islam
•Amal kebajikan yang dilakukannya tidak mendapat pahala
•Allah tidak menerima doanya

3 SEKSAAN KETIKA MENGHADAPI MATI
•Orang itu akan menghadapi mati dalam keadaan yang hina
•Mati dalam keadaan yang sangat lapar
•Mati dalam keadaan yang amat mendahagakan walaupun diberi minum dengan banyaknya

3 SEKSAAN SEWAKTU DALAM KUBUR
•Allah akan menyempitkan kuburnya dengan sesempit sempitnya
•Allah akan menggelapkan kuburnya
•Allah akan menyeksanya sehingga hari kiamat

3 SEKSAAN KETIKA BERTEMU ALLAH
•Di hari Kiamat ia akan dibelenggu oleh malaikat
•Allah tidak akan memandangnya dengan pandangan yang belas ihsan
•Allah tidak akan mengampunkan dosa-dosanya dan kan diazab di dalam Neraka dengan azab yang keras

DOSA DAN BALASAN MENINGGALKAN SEMBAHYANG LIMA WAKTU

SUBUH
Sekali meninggalkannya dimasukkan ke dalam Neraka selama 30 tahun di Akhirat (bersamaan 60000 tahun di dunia)

ZOHOR 
Sekali meninggalkannya dosanya sama seperti membunuh 1000 umat Islam

ASAR
Sekali meninggalkannya dosanya sama seperti meruntuh Baitullah (Kaabah di Masjidil Haram, Mekah)

MAGHRIB
Sekali meninggalkannya dosanya sama seperti berzina dengan ibu sendiri

ISYAK
Sekali meninggalkannya Allah tidak reda orang itu tinggal di bumi dan berbumbungkan langit serta makan dan minum dari nikmatnya.

sumber: Masjid Zaid bin Haritsah Jalan Gombak

Jadi, berani tak lagi korang nak tinggalkan sembahyang?

Fikirkanlah!

Saturday 5 May 2012

22 Lawan 1!

Assalamualaikum.

Kisah 22 lawan 1 ni merupakan salah satu kisah yang sangat aku suka. Banyak intipati ilmu yang boleh kita dapat. Terasa kemengan Islam dalam kisah ini. Sama-sama kita renungkan kisah ni. Sebuah cerita yang menarik.

AMARAN: CERITANYA AGAK PANJANG TAPI SANGAT BERBALOI UNTUK DIBACA. :)

* * * * * *

Ada seorang pemuda arab yang baru saja menyelesaikan bangku kuliahnya di Amerika. Pemuda ini adalah salah seorang yang diberi nikmat oleh Allah berupa pendidikan agama Islam bahkan dia mampu mendalaminya. Selain belajar, dia juga seorang juru dakwah Islam. Ketika berada di Amerika, dia berkenalan dengan salah seorang Nasrani. Hubungan mereka semakin akrab, dengan harapan semoga Allah SWT memberinya hidayah masuk Islam.

Pada suatu hari mereka berdua berjalan-jalan di sebuah perkampungan di Amerika dan melintas di dekat sebuah gereja yang terdapat di kampong tersebut. Temannya itu meminta agar ia turut masuk ke dalam gereja. Mula mula ia keberatan, namun kerana desakan akhirnya pemuda itu pun memenuhi permintaannya lalu ikut masuk ke dalam gereja dan duduk di salah satu bangku dengan hening, sebagaimana kebiasaan mereka. Ketika pendeta masuk, mereka serentak berdiri untuk memberikan penghormatan lantas kembali duduk.

Di saat itu, si pendeta agak terbeliak ketika melihat kepada para hadirin dan berkata, "Di tengah kita ada seorang muslim. Aku harap dia keluar dari sini." Pemuda arab itu tidak bergerak dari tempatnya. Pendeta tersebut mengucapkan perkataan itu berkali-kali, namun dia tetap tidak bergerak dari tempatnya. Hingga akhirnya pendeta itu berkata, "Aku minta dia keluar dari sini dan aku menjamin keselamatannya." Barulah pemuda ini beranjak keluar.

Di ambang pintu, pemuda bertanya kepada sang pendeta, "Bagaimana anda tahu bahwa saya seorang muslim." Pendeta itu menjawab, "Dari tanda yang terdapat di wajahmu." Kemudian dia beranjak hendak keluar. Namun, pendeta ingin memanfaatkan keberadaan pemuda ini dengan mengajukan beberapa pertanyaan, tujuannya untuk memalukan pemuda tersebut dan sekaligus mengukuhkan agamanya. Pemuda muslim itupun menerima tentangan debat tersebut.

Pendeta berkata, "Aku akan mengajukan kepada anda 22 pertanyaan dan anda harus menjawabnya dengan tepat." Si pemuda tersenyum dan berkata, "Silakan!" Sang pendeta pun mulai bertanya,

1. Sebutkan satu yang tiada duanya,
2. dua yang tiada tiganya,
3. tiga yang tiada empatnya,
4. empat yang tiada limanya,
5. lima yang tiada enamnya,
6. enam yang tiada tujuhnya,
7. tujuh yang tiada delapannya,
8. lapan yang tiada sembilannya,
9. sembilan yang tiada sepuluhnya,
10. sesuatu yang tidak lebih dari sepuluh,
11. sebelas yang tiada dua belasnya,
12. dua belas yang tiada tiga belasnya,
13. tiga belas yang tiada empat belasnya.
14. Sebutkan sesuatu yang dapat bernafas namun tidak mempunyai ruh!
15. Apa yang dimaksud dengan kuburan berjalan membawa isinya?
16. Siapakah yang berdusta namun masuk ke dalam surga?
17. Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah namun Dia tidak menyukainya?
18. Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah dengan tanpa ayah dan ibu!
19. Siapakah yang tercipta dari api, siapakah yang diazab dengan api dan siapakah yang terpelihara dari api?
20. Siapakah yang tercipta dari batu, siapakah yang diazab dengan batu dan siapakah yang terpelihara dari batu?
21. Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah dan dianggap besar!
22. Pohon apakah yang mempunyai 12 ranting, setiap ranting mempunyai 30 daun, setiap daun mempunyai 5 buah, 3 di bawah naungan dan dua di bawah sinaran matahari?"

Mendengar pertanyaan tersebut, pemuda itu tersenyum dengan keyakinan kepada Allah. Setelah membaca basmalah dia berkata,

1. Satu yang tiada duanya ialah Allah SWT.
2. Dua yang tiada tiganya ialah Malam dan Siang. Allah SWT berfirman, "Dan Kami jadikan malam dan siang sebagai dua tanda (kebesaran kami)." (Al-Isra': 12).
3. Tiga yang tiada empatnya adalah kesilapan yang dilakukan Nabi Musa ketika Khidir menenggelamkan sampan, membunuh seorang anak kecil dan ketika menegakkan kembali dinding yang hampir roboh.
4. Empat yang tiada limanya adalah Taurat, Injil, Zabur dan al-Qur'an.
5. Lima yang tiada enamnya ialah Solat lima waktu.
6. Enam yang tiada tujuhnya ialah jumlah Hari ketika Allah SWT menciptakan makhluk.
7. Tujuh yang tiada delapannya ialah Langit yang tujuh lapis. Allah SWT berfirman, "Yang telah menciptakan tujuh langit berlapis-lapis. Kamu sekali-kali tidak melihat pada ciptaan Rabb Yang Maha Pemurah sesuatu yang tidak seimbang." (Al-Mulk: 3).
8. Lapan yang tiada sembilannya ialah Malaikat pemikul Arsy ar-Rahman. Allah SWT berfirman, "Dan malaikat-malaikat berada di penjuru-penjuru langit. Dan pada hari itu lapan orang malaikat menjunjung 'Arsy Rabbmu di atas (kepala) mereka." (Al-Haqah: 17).
9. Sembilan yang tiada sepuluhnya adalah mukjizat yang diberikan kepada Nabi Musa iaitu: tongkat, tangan yang bercahaya, angin taufan, musim kemarau, katak, darah, kutu dan belalang. Dan bukti-bukti itu ialah angin taufan, belalang, kutu, katak, darah, tongkat, tangan, belah laut, memayungi mereka dengan awan, al-man, al-salwa, batu hingga yang lain daripada tanda kekuasaan Allah yang mereka saksikannya.
10. Sesuatu yang tidak lebih dari sepuluh ialah Kebaikan. Allah SWT berfirman, "Barang siapa yang berbuat kebaikan maka untuknya sepuluh kali lipat." (Al-An'am: 160).
11. Sebelas yang tiada dua belasnya ialah jumlah saudara-saudara Nabi Yusuf.
12. Dua belas yang tiada tiga belasnya ialah mukjizat Nabi Musa yang terdapat dalam firman Allah, "Dan (ingatlah) ketika Musa memohon air untuk kaumnya, lalu Kami berfirman, 'Pukullah batu itu dengan tongkatmu.' Lalu memancarlah daripadanya dua belas mata air." (Al-Baqarah: 60).
13. Tiga belas yang tiada empat belasnya ialah jumlah Saudara Nabi Yusuf ditambah dengan ayah dan ibunya.
14. Adapun sesuatu yang bernafas namun tidak mempunyai ruh adalah waktu Subuh. Allah SWT ber-firman, "Dan waktu subuh apabila fajarnya mulai menyingsing." (At-Takwir: 18).
15. Kuburan yang membawa isinya adalah Ikan yang menelan Nabi Yunus AS.
16. Mereka yang berdusta namun masuk ke dalam surga adalah saudara-saudara Nabi Yusuf, yakni ketika mereka berkata kepada ayahnya, "Wahai ayah kami, sesungguhnya kami pergi berlumba-lumba dan kami tinggalkan Yusuf di dekat barang-barang kami, lalu dia dimakan serigala." Setelah kedustaan terungkap, Yusuf berkata kepada mereka, " Tak ada cercaan terhadap kamu semua." Dan ayah mereka Ya'qub berkata, "Aku akan memohonkan ampun bagimu kepada Rabbku. Sesungguhnya Dia-lah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." (Yusuf:98)
17. Sesuatu yang diciptakan Allah namun tidak Dia sukai adalah suara keldai. Allah SWT berfirman, "Sesungguhnya seburuk-buruk suara adalah suara keldai." (Luqman: 19).
18. Makhluk yang diciptakan Allah tanpa bapa dan ibu adalah Nabi Adam, Malaikat, Unta Nabi Shalih dan Kambing Nabi Ibrahim.
19. Makhluk yang diciptakan dari api adalah Iblis, yang diadzab dengan api ialah Abu Jahal dan yang terpelihara dari api adalah Nabi Ibrahim. Allah SWT berfirman, "Wahai api dinginlah dan selamatkan Ibrahim." (Al-Anbiya':69).
20. Makhluk yang terbuat dari batu adalah Unta Nabi Shalih, yang diazab dengan batu adalah tentera bergajah dan yang terpelihara dari batu adalah Ashabul Kahfi (penghuni gua).
21. Sesuatu yang diciptakan Allah dan dianggap perkara besar adalah tipu daya wanita, sebagaimana firman Allah SWT, "Sesungguhnya tipu daya kaum wanita itu sangatlah besar." (Yusuf: 28).
22. Adapun pohon yang memiliki 12 ranting setiap ranting mempunyai 30 daun, setiap daun mempunyai 5 buah, 3 di bawah teduhan dan dua di bawah sinaran matahari maknanya: Pohon adalah Tahun, Ranting adalah Bulan, Daun adalah Hari dan Buahnya adalah Solat yang lima waktu, Tiga dikerjakan di malam hari dan Dua di siang hari.

Pendeta dan para hadirin merasa takjub mendengar jawapan pemuda muslim tersebut. Kemudian dia pun mula hendak pergi. Namun dia mengurungkan niatnya dan meminta kepada pendeta agar menjawab satu pertanyaan saja. Permintaan ini disetujui oleh pendeta.

Pemuda ini berkata, "Apakah kunci surga itu?"

Mendengar pertanyaan itu lidah pendeta menjadi kelu, hatinya diselimuti keraguan dan rupa wajahnya pun berubah. Dia berusaha menyembunyikan kekuatirannya, namun tidak berhasil. Orang-orang yang hadir di gereja itu terus mendesaknya agar menjawab pertanyaan tersebut, namun dia cuba mengelak. Mereka berkata, "Anda telah melontarkan 22 pertanyaan kepadanya dan semuanya dia jawab, sementara dia hanya memberi cuma satu pertanyaan namun anda tidak mampu menjawabnya!"

Pendeta tersebut berkata, "Sesungguh aku tahu jawapannya, namun aku takut kalian marah." Mereka menjawab, "Kami akan menjamin keselamatan anda." Pendeta pun berkata, "Jawapannya ialah:

Asyhadu An La Ilaha Illallah Wa Aasyhadu Anna Muhammadar Rasulullah."

Lantas pendeta dan orang-orang yang hadir di gereja itu terus memeluk agama Islam. Sungguh Allah telah menganugerahkan kebaikan dan menjaga mereka dengan Islam melalui tangan seorang pemuda muslim yang bertakwa.

* * * * * *

Mampukah kita menjadi seperti pemuda itu? Keimanan dan ketakwaan yang jitu akhirnya mampu mengislamkan satu gereja!

Subhanallah!

*artikel dikongsi daripada seorang hamba Allah. Semoga Allah merahmati kamu. Terima kasih! :)

Apa itu Qarin?

Assalamualaikum.

Hari ni nak kongsikan tentang sesuatu yang sentiasa dekat dengan kita dalam kehidupan seharian kita.

Qarin!

Tahukah anda apa itu qarin, yang sentiasa ada bersama kita?

Qarin adalah jin yang dicipta oleh Allah sebagai pendamping manusia. Boleh dikatakan ia sebagai "kembar" manusia. Setiap manusia yang dilahirkan ke dunia ini pasti ada qarinnya sendiri. Rasulullah s.a.w. sendiri tidak terkecuali. Cuma bezanya, qarin Rasulullah adalah muslim. Manakala yang lainnya adalah kafir.

Pada umumnya qarin yang kafir ini kerjanya mendorong dampingannya membuat kejahatan. Dia membisikkan was-was, melalaikan solat, berat nak baca al-Quran dan sebagainya. Malah ia bekerja sekuat tenaga untuk menghalang dampingannya membuat ibadah dan kebaikan.

Untuk mengimbangi usaha qarin ini Allah utuskan malaikat. Ia akan membisikkan hal-hal kebenaran dan mengajak membuat kebaikan. Maka terpulanglah kepada setiap manusia membuat pilihan mengikut pengaruh mana yang lebih kuat. Walau bagaimanapun orang-orang Islam mampu menguasai dan menjadikan pengaruh qarinnya lemah tidak berdaya. 

Caranya dengan membaca "Bismillah" sebelum melakukan sebarang pekerjaan, banyak berzikir, membaca al-Quran dan taat melaksanakan perintah Allah.

Sabda Rasulullah s.a.w. daripada Abdullah Mas'ud r.a. maksudnya: "Setiap kamu ada Qarin daripada bangsa jin, dan juga Qarin daripada bangsa malaikat. Mereka bertanya: "Engkau juga ya Rasulullah." Sabdanya: "Ya aku juga ada, tetapi Allah telah membantu aku sehingga Qarin itu dapat kuislamkan dan hanya menyuruh aku dalam hal kebajikan sahaja." 
(Riwayat Ahmad dan Muslim)

Aisyah r.ha. menceritakan bahawa pada suatu malam Rasulullah s.a.w. keluar dari rumahnya (Aisyah), Aisyah berkata: "Aku merasa cemburu." tiba-tiba Baginda berpatah balik dan bertanya: "Wahai Aisyah apa sudah jadi, apakah engkau cemburu?" Aku berkata: "Bagaimana aku tidak cemburu orang yang seumpama engkau ya Rasulullah." Sabda Baginda: "Apakah engkau telah dikuasai oleh syaitan?" Aku bertanya: "Apakah aku ada syaitan?" Sabda Baginda: "Setiap insan ada syaitan, iaitu Qarin." Aku bertanya lagi: "Adakah engkau pun ada syaitan ya Rasulullah?" Jawab Baginda: "Ya, tetapi Allah membantuku sehingga Qarinku telah masuk Islam."
(Riwayat Muslim)

Di dalam hadis lain daripada Ibnu Umar r.a., sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: "Aku dilebihkan daripada Nabi Adam a.s. dengan dua perkara, iaitu pertama syaitanku kafir lalu Allah menolong aku sehingga dia Islam. Kedua, para isteriku membantu akan daku tetapi syaitan Nabi Adam tetap kafir dan isterinya membantu ia membuat kesalahan." 
(Riwayat Baihaqi)

Ibn Muflih al-Muqaddasi menceritakan: Suatu ketika syaitan yang mendampingi oran beriman, bertemankan syaitan yang mendampingi orang kafir. Syaitan yang mengikuti orang beriman itu kurus, sedangkan yang megikuti orang kafir itu gemuk. Maka ditanya mengapa engkau kurus, "Bagaimana aku tidak kurus, apabila tuanku masuk ke rumah dia berzikir, makan dia ingat Allah, apabila minum pun begitu." Sebaliknya syaitan yang mengikuti orang kafir itu pula berkata: "Aku sentiasa makan bersama dengannya dan begitu juga minum."

Qarin akan berpisah dengan "kembar"nya hanya apabila manusia meninggal dunia. Roh manusia akan ditempatkan di alam barzakh, sedangkan qarin terus hidup kerana lazimnya umur jin adalah panjang. Walau bagaimanapun, apabila tiba hari akhirat nanti maka kedua-duanya akan dihadapkan ke hadapan Allah untuk diadili. Tetapi qarin akan berlepas tangan dan tidak bertanggungjawab atas kesesatan atau kederhakaan manusia.

Cuba bayangkan sejenak tentang 'kembar' kita ini, terutamanya apabila kita terasa ingin melakukan perbuatan dosa dan kejahatan. Sudah pasti dia gembira jika kita tewas dengan kejahatan dan sedih jika kita berjaya menangkisnya.

Ingatlah ini dan berfikir tentang Apa yang akan kita lakukan.

JANGAN SESEKALI KITA TEWAS KEPADANYA. MARILAH KEMBALI MELANGKAH DI JALAN ISLAM YANG SEBENAR !

*karangan ini dikongsi daripada seorang hamba Allah. Semoga kamu dirahmati Allah selalu. Terima kasih! :)