Assalamualaikum...

Blog ni hanyalah mengenai rentetan hidup, luahan hati dan tempat curahan segala idea dan pendapat penulis.

Blog ini juga ada menggunakan perkataan aku sebagai penulis yang mana mungkin kasar dan tak mesra bunyinya. Sorry not sorry, this is my style.

Aman tanpa perang,
Ammanda Elydia.


Tuesday, 22 May 2012

Tak faham isi al-Quran.

Assalamualaikum.

Bertemu lagi kita di sini. Alhamdulillah! Agak sibuk sekarang sebab uruskan hal-hal nak masuk PASUM ni. Okey, kali ni nak cerita pasal baca Al-Quran!

Hmmm, pernah tak anda semua terfikir (mungkin sambil-sambil baca Al-Quran) apa maksud ayat ni? Ke main baca je semua? Haaa, tipu la kalau tak pernah pun terfikir, aku selalu terfikir.

Ada jugak yang masalah dia, tak nak baca Al-Quran. Sebab? Sebab takut salah baca. Nanti salah maksud, dapat dosa. TAK! Anda silap! Kalau nak tunggu sampai reti baca, memang sampai ke tua la tak baca-baca. Betul tak?

Sabda Nabi s.a.w, "Yang membaca al-Quran sedangkan dia mahir dengannya akan bersama-sama dengan para malaikat. Yang membaca al-Quran dan tergagap-gagap dan al-Quran amat payah ke atasnya maka baginya DUA PAHALA" -Riwayat al-Bukhari.

Maksud mendapat dua kali pahala, iaitu (1) pahala membaca dan (2) pahala susah payah menghafalnya..

Wah, pelaburan yang menguntungkan! ^0^

Jadi, kepada sesiapa yang tak nak baca sebab yang berkenaan, maka padamkanlah hasrat anda tu dan mulalah membaca Al-Quran sekarang. Tapi macam mana pulak yang nak baca, tapi tak paham. Haa, jom kita ikuti kisah di bawah.

* * * * * *

Suatu pagi di hujung minggu, seorang budak bernama Mikail terdengar atuknya membaca Al-Quran. Sebaik sahaja atuknya selesai mengaji, dia terus menerpa ke atuknya lalu bertanya,

“Tuk, Mikail nak tanya ni. Tuk faham tak ape yang atuk baca tadi?”.

Dengan tenang atunya menjawab,

“Mestilah faham cu. Dulu atuk pernah belajar bahasa arab dengan arwah bapa atuk. Kenapa cu?”

Mikail kemudian menyatakan pendapatnya tentang membaca Al-Quran. Dia memberitahu bahawa beruntunglah atuknya itu sebab tahu membaca dan memahami isi kandungan Al-Quran sedangkan dia hanya tahu membaca tapi tak faham langsung.

Jadi tak ada faedah bagi dia membaca sebab tak faham. Serupalah jugak kalau kita membaca surat khabar bahasa Jerman ke atau bahasa Perancis. Baca boleh tapi apa pun tak faham.

Kemudian atuknya membawa Mikail ke luar rumah. Sampai sahaja di tasik berdekatan dengan rumahnya itu, disuruhnya Mikail untuk mengambil air dari tasik itu untuk diisi ke dalam baldi di hadapan rumahnya dengan menggunakan bakul sampah.

Mikail kehairanan memikirkan apa yang disuruh oleh atuknya itu. Namun tanpa berfikir panjang, dia lakukan juga. Selepas beberapa kali cuba, dia tidak dapat mengisi air ke dalam baldi tersebut. Mikail akhirnya berputus asa. Lalu dia pun berkata kepada atuknya,

“Atuk, dah banyak kali saya cuba tapi tak boleh jugak sebab air keluar daripada bakul ni. Macam mana?”

Kemudian atuknya memberitahu,

“Begitulah juga kalau kamu membaca Al-Quran tetapi tidak dapat menghayati isi kandungannya sebab tak faham. Meskipun baldi tersebut tidak dapat diisi, tapi bakul sampah tu tadi yang kotor sekarang sudah bersih. Begitu lah juga dengan hati kamu.

Selagi kamu membaca Al-Quran, selagi itulah hati kamu akan sentiasa bersih.”

* * * * * *

Wah, untungnya! Setiap apa yang kita buat, jika ikhlas kerana Allah, insyaAllah ada ganjarannya. Jangan risau. Biarlah sekarang ni bersusah-susah kita nak membaca, apatah lagi untuk memahaminya. Jangan sampai bila di akhirat kelak ditanya Allah, kita tak punya alasan kenapa tak baca! :)

*sumber: I LUV ISLAM

2 comments:

  1. btol2.. bc Quran menenangkan hati wlpn xphm.. kalu phm, lagi la sayu je :(

    ReplyDelete
  2. hehe :) btol3... kalu paham, sangat la sayu. terkenang dosa2 lama. ape yang dah kite buat untuk Allah. haihhh~

    ReplyDelete