Assalamualaikum...

Blog ni hanyalah mengenai rentetan hidup, luahan hati dan tempat curahan segala idea dan pendapat penulis.

Blog ini juga ada menggunakan perkataan aku sebagai penulis yang mana mungkin kasar dan tak mesra bunyinya. Sorry not sorry, this is my style.

Aman tanpa perang,
Ammanda Elydia.


Tuesday, 10 April 2012

Pilihan lepas SPM?

Assalamualaikum.
Soalan yang sentiasa bermain di minda pelajar lepasan SPM.

1. Biasiswa? Tajaan? Pinjaman? ...?
2. Matriks? A-level? IB? Asasi? Diploma? ...?
3. IPTS? IPTA? ...?
4. Doktor? Engineer? ...?

source: GOOGLE
Serabut kepala fikirkan apa yang menjadi pilihan hati? Kadang-kadang tu kita rasa muak, jemu, menyampah sampai rasa nak muntah bila fikirkan semua ni. Ingatkan lepas habis sekolah, senang. Rupa-rupanya makin susah! Macam mana bila dah jejak ke alam universiti nanati? >_<;

Kita kena sentiasa ingat, kalau kita sentiasa berusaha dan tak pernah putus asa tambah tawakal lagi, insyaAllah kejayaan tu dalam genggaman je. Rezeki tu ada di mana-mana kan?

1. Basiswa? Tajaan? Pinjaman? ...?

Bercakap pasal biasiswa, tajaan dan pinjaman ni semua memang susah nak pilih. Ikutkan hati nak biasiswa atau tajaan je. Senang bila dah habis belajar nanti. Tak ada lah kena bayar banyak sangatkan? Kalu pinjaman, pun sama je. Kena bayar juga tapi jumlah yang lebih banyak la. Jenuh jugalah nak habis bayar. Tadi baru terdengar dalam berita, Tan Sri Muhyiddin bagi pengumuman yang sangat terbaik. BIASISWA JPA AKAN DIBERI AUTOMATIK KEPADA PELAJAR YANG MENCAPAI 9A+ KE ATAS. Hancur luluh hati ni. Sabar je la. Adalah tu rezeki di mana-mana nanti kan? :')

2. Matriks? A-level? IB? Asasi? Diploma? ...?

Yang ni pun pening juga untuk membuat pilihan. Masing-masing ada kelebihan dan keburukannya. Ada yang cakap matriks susah, jadual padat. Kalau A-level atau IB sesuai laa buat pelajar-prlajar yang nak melanjutkan pelajaran ke luar negara tu. Asasi? Dalam hati,, nak sangat ambil yang ni. Hehe. Diploma pula senang, Dah habis belajar boleh terus kerja. Nak sambung belajar lagi pon no hal. Yang mana ya. Masing-masing ada baik dan buruk nya. Susah susah.

3. IPTS? IPTA? ...?

Kalau tanya yang ni memang aku pilih IPTA. Ibu cakap IPTS ni orang buat jadi pilihan kedua. Betul ke? Walau macam mana pun, pilihan di hati sebenarnya nak fly oversea! Nak tengok negara orang. Nak keluar dari Malaysia, cari pengalaman. Tinggalkan semua kenangan pahit kat Malaysia dan bina pengalaman manis baru di tempat orang. Gituuu~

4. Doktor? Engineer? ...?

Cita-cita lah yang palinga aku tak suka fikirkan sebabaku memang tak tahu sampai saat ni untuk jadi apa. Impian di hati nak jadi doktor. Mampu ke aku? Aku ni bukannya tahan tengok darah, muntah nanah ni semua. Tengok orang sakit je nak nangis. :P Engineer? Uishh. Yang ni payah sikit. Aku bukannya minat sangat elektronik, mesin-mesin ni semua. Habis lah aku! ~_~"

Yang aku mampu sekarang ialah berdoa pada tuhan mohon diberi petunjuk dan pertolongan dalam mengharungi ujian demi ujian yang mendatang. Serahkan segalanya pada Allah!