Assalamualaikum...

Blog ni hanyalah mengenai rentetan hidup, luahan hati dan tempat curahan segala idea dan pendapat penulis.

Blog ini juga ada menggunakan perkataan aku sebagai penulis yang mana mungkin kasar dan tak mesra bunyinya. Sorry not sorry, this is my style.

Aman tanpa perang,
Ammanda Elydia.


Thursday 22 March 2012

UPU

Assalamualaikum.

Hidup agak tunggang langgang ya sekarang. Macam-macam yang harus diselesaikan. Aku sekarang ni tengah buat pelbagai kerja dalam satu masa. Antaranya ialah mengisi borang UPU *Allah je tahu betapa peningnya nak isi lengkap semua ni. Selain tu, aku tengah tulis surat berhenti kerja yang harus dihantar pada esok hari.

Aku juga sedang mencari laman web untuk biasiswa. Sebagai tambahan, aku sedang melayan FB, message, bergayut kat telefon dan makan coklat Cadburry! Haa, yang ni semua saja kerja tambahan. :P

Okey, pasal UPU ni, aku dah pilih apa yang aku nak.

Bidang yang dipilih:

1. sains tulen
2. farmasi
3. ekonomi/perakaunan/perniagaan

Program pengajianyang dipilih:

1. asasi sains hayat-UIAM
2. asasi sains hayat-UM
3. asasi perubatan-UIAM
4. asasi sains fizikal-UM
5. asasi famasi-UIAM
6. diploma farmasi-UiTM
7. diploma perakaunan-UiTM
8. diploma sains aktuari-UiTM

Itu pilihan dan perancangan aku. Tapi, pilihan dan perancangan Allah adalah yang terbaik! Serahkan segalanya pada Allah. :)

Ehh? UPU buat hal pula. Kena isi lagi sekali? Hmm. Hmm. Hmm. Kertas lebih senang dari online.

Haihh, sabar je la. 

No comments:

Post a Comment