Assalamualaikum...

Blog ni hanyalah mengenai rentetan hidup, luahan hati dan tempat curahan segala idea dan pendapat penulis.

Blog ini juga ada menggunakan perkataan aku sebagai penulis yang mana mungkin kasar dan tak mesra bunyinya. Sorry not sorry, this is my style.

Aman tanpa perang,
Ammanda Elydia.


Monday, 23 April 2012

Esei MARA 2012-Bahasa Melayu dan English

Assalamualaikum.

Di sini saya ingin kongsikan esei MARA saya.

ENGLISH VERSION

My name is Ammanda Elydia Binti Ramli. I am 18 years old and currently living in Gombak, Selangor. I was the eldest and my only brother was 2 years. I lived with my mother who did not work and step-father who worked as a police. I am a former student of Sultan Mahmud Science School. I was one of the best student in school by maintaining my academic performance every year. I took French as a foreign language, and got certificates DELF A1 and DELF A2.

                In school, I was appointed as Deputy Chairman of the Librarians Board, Bureau Chief of Sports House, President of the Pergerakan Puteri Islam Malaysia, Committee member of the French Language Club and the Bureau Chief of BADAR. I have participated in various competitions at various levels such as the Marin Quiz competition FMSM Cup (winner), Summer Camp (runner-up), the National Mathematics Olympiads, National Chemistry Quiz, English Camp, SBP Innovation Competition and SBP French Culture Day (runner-up). I am also active in sports, by representing my school in the handball tournament (winner), netball (third), archery (runner-up), and athletics.

                Now, I'm waiting for any offer from any university that offers education in the medical field and also scholarships / loans from any agency. In my planning, I want to place myself under MARA loan at INTEC, UiTM Shah Alam for preparation to Jordan for four months. Then, I will pursue education in Jordan for 6 years to finish my study at degree level.

                With a degree, I will serve in any government hospital for several years and will consider to open a hospital / clinic myself. My intention to open a hospital / clinic itself is to give employment opportunities to the potential graduates in the medical field and helping people in need of a detailed treatment, especially in rural areas. . With this, I hope that all this planning will run smoothly coupled with assistance from your organization.

Thank you.
* * * * * 

VERSI BAHASA MELAYU

Nama saya Ammanda Elydia Binti Ramli. Saya berumur 18 tahun dan  sekarang sedang menetap di Gombak, Selangor. Saya merupakan anak sulung dari 2 beradik dan adik saya berumur 2 tahun. Saya tinggal bersama ibu yang tidak bekerja dan bapa tiri yang bekerja sebagai polis. Saya merupakan pelajar lepasan SPM Sekolah Menengah Sains Sultan Mahmud dan merupakan salah seorang pelajar cemerlang sekolah dengan sentiasa mengekalkan prestasi akademik supaya sentiasa berada di tahap yang tertinggi. Saya mengambil bahasa perancis sebagai bahasa asing dan berjaya mendapat sijil DELF A1 dan DELF A2.

                Di sekolah, saya pernah memegang jawatan sebagai Timbalan Pengerusi Pengawas Pusat Sumber Sekolah, Ketua Biro Rumah Sukan, Pengerusi Pergerakan Puteri Islam Malaysia, AJK Persatuan Bahasa Perancis dan Ketua Biro BADAR. Saya telah menyertai pelbagai pertandingan di pelbagai peringkat seperti pertandingan Kuiz Marin Piala FMSM (johan), Summer Camp (naib johan), Olimpiad Matematik Kebangsaan, Kuiz Kimia Kebangsaan, English Camp, Pertandingan  Inovasi SBP dan Hari Kebudayaan Bahasa Perancis (naib johan). Saya juga aktif dalam bidang sukan dengan mewakili sekolah dalam pertandingan bola baling (johan), bola jaring (ketiga), memanah (naib johan), dan olahraga.

                Sekarang, saya sedang menunggu tawaran dari mana-mana IPT yang menawarkan pengajian dalam bidang perubatan dan juga tawaran biasiswa/pinjaman dari mana-mana agensi. Dalam perancangan saya, saya ingin menempatkan diri di bawah pinjaman MARA di INTEC, UiTM Shah Alam untuk persediaan ke Jordan selama 4 bulan. Kemudian, saya akan melanjutkan pelajaran di Jordan selama 6 tahun untuk menamatkan pengajian saya di peringkat Ijazah Sarjana Muda.

                Dengan segulung ijazah, saya akan berkhidmat di mana-mana hospital kerajaan selama beberapa tahun dan akan memikirkan untuk membuka hospital/klinik sendiri. Niat saya untuk membuka hospital/klinik sendiri adalah kerana ingin meningkatkan peluang pekerjaan kepada bakal-bakal graduan dalam bidang perubatan dan membantu masyarakat yang memerlukan rawatan terperinci terutama di kawasan pedalaman. Dengan ini, saya berharap agar segala perancangan ini akan berjalan lancar ditambah pula dengan bantuan dari pihak tuan.

Sekian,terima kasih.
* * * * * 

Maybe these essays will help you. If not for this year, maybe for the juniors next year. I wish you all the best and good luck!

14 comments:

  1. Assalammualaikum, nak tnya, esei nimkena tulis dgn tgn or perlu type? :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikummussalam w.b.t. Masa tahun saya boleh tulis tangan boleh juga type. Saya send yg type je. Alhamdulillah dapat je interview MARA tu. :) Dalam borang tu, dia tak cakap ke nak tulis or type? Kalau tak ckap, insyaAllah boleh je mana2. :)

      Delete
  2. Nak tanya, pinjaman pelajaran mara 2015 camne? Bnyak spekulasi yng mmbuatkan diri ini gelisah dan ada yang kata pinjaman pelajaran mara dah xde untuk 2015? Betui ke...please jwab...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalamualaikum w.b.t.

      Firstly saya nak cakap saya bukan pelajar tajaan MARA. Saya pelajar tajaan Yayasan Terengganu. So saya tak rasa saya layak bercakap lebih mengenai hal ini. Tapi saya cuba bantu yg mana mampu.

      Kalau pasal macam mana, apa yg saya boleh jawab sekarang saya tak tahu. Betul banyak spekulasi yg kita dengar sana sini kan. Tapi spekulasi tetap spekulasi. Speculation is just a form of theory, without evidence. Kalau kita tengok keadaan sekarang, mungkin apa yg tengah berlegar dalam kalangan masyarakat, betul. Tapi benda tu belum tentu terjadi kan? Mungkin salah. So, there is still hope. Teruskan berdoa!

      Saya rasa(saya tekankan di sini, ini pendapat saya, tak melibatkan sesiapa sekali pun) pinjaman itu tetap akan terus ada, tetapi akan berlainan syarat dan mekanisme dia. Maybe cara apply, cara saringan pemohon, pembayaran balik or anything.

      Pendapat saya lebih baik awak tanya terus pada pihak yg berkenaan. Kadang2, kalau tanya yg bawah2 ni, kami tak tau apa2. Cuba call directly bahagian tajaan MARA or tanya kaunselor sekolah. They surely will provide you with a better answer. :)

      Delete
  3. salam kak , sya nak buat esei utk biasiswa . sya nk kopi sikit2 akak punya bole ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam adik. Mesti dah lama tulis ni kan. Hehe. Sorry lama tak buka jadi tak peka dengan notis blog. Boleh je nak kopi banyak2 pun okay. :) Untuk sesiapa yg rasa nak kopi juga, boleh juga. :) :)

      Delete
  4. salam sis, kalau buat loan mara pun ada interview ke? sorry sy tktahu sgt psl ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wassalam.. saya pun kurang pasti pasal ni sbb sy sendiri bukan pemegang scholarship from mara. ^_^" logic nya, should ada la tapi iv dia maybe tak la sesusah apply for biasiswa kut..

      Delete
  5. Tq sis . Sya mohon izin untuk copy yew . Utk biasiswa kos pendidikan awal kanak2 . Doakan sya supya dapat berjaya sehingga Master n dapat membntu n mengubah nsib keluarga saya . Amin

    ReplyDelete
    Replies
    1. welcome.. walaupun dh lama awk comment, sy doakan awk sentiasa berjaya dlm apa jua yg awk lakukan. :)

      Delete
  6. cantik blog awak boleh x bgi tips nak buat blog macam ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. hye missmanzanaa.. sorry sy dh lama tak berblogging ni. dah lupa2 dah edit blog ni mcm mna.. tpi dlu sy bnyak google mcm mna nak edit blog ni. sy pun dh tak ingat dh mcm mna buat tu semua sbb still guna yg sama je dri dlu...

      Delete