Assalamualaikum...

Blog ni hanyalah mengenai rentetan hidup, luahan hati dan tempat curahan segala idea dan pendapat penulis.

Blog ini juga ada menggunakan perkataan aku sebagai penulis yang mana mungkin kasar dan tak mesra bunyinya. Sorry not sorry, this is my style.

Aman tanpa perang,
Ammanda Elydia.


Sunday, 4 November 2012

Aku ada KAMU! :')

Assalamualaikum.

Kehidupan di dunia ni memang penuh dengan dugaan, cabaran, dan rintangan. Ada yang berjaya menghadapinya dengan tenang. Ada pula yang sedang merangkak perlahan. Ada juga yang masih terkapai-kapai mencari jalan keluar. Tak kurang juga yang rasa dirinya gagal dalam cubaan itu. Macam-macam pandangan dan pendapat yang timbul dari bibir masing-masing.

Berfikir, aku dalam golongan yang mana? Mungkin yang terkapai-kapai itu. Aduhhh...

Namun ingatlah, tuhan sentiasa bersama kita. Di mana jua, bila masa pun, jika kita rasa jatuh, jatuh sehingga tak mampu, tak terdaya nak bangun dan bangkit meneruskan perjuangan, ingatlah Allah masih ada. Allah sentiasa ada. Ya, sentiasa ada.

Buanglah ego mu! Campakkan perasaan malu mu! Angkatlah tanganmu kepada tuhan yang maha esa! Berdoalah. Sesungguhnya, Allah suka pada yang meminta-minta, merayu-rayu kepadaNya..

Sedarkah kamu pabila kamu ditimpakan musibah, kesusahan, cubaan dan sebagainya, itulah tanda Allah sedang merindukan mu! Merindukan doa dari hamba-Nya yang satu ini. Rindu untuk mendengar suara hambaNya merintih sayu, meminta dan memohon daripadaNya.

*Empangan pecah*

Allah...

Sedarkanlah aku dari lamunan yang panjang ini. Sedarkan aku dari terus hanyut dibawa pergi kehidupan duniawi. Sedarkanlah aku bahawa aku masih ada tuhan yang sentiasa MENGASIHI, MENYAYANGI, MELINDUNGI dan MENGAMPUNKAN hambaNya ini.. Sedarkanlah aku ya Allah!

*Air mata makin laju*

Sungguh, berasa malulah kita kepada Allah, seandainya dalam sehari, tidak terdetik sekali pun nama Allah. Allah yang telah menciptakan kamu, memberi rahmat, melimpahkan rezeki, mengurniakan kasih sayang dan memberikan segala-galanya. :')

Ya Allah. Ampuni aku, seandainya pada suatu ketika, aku terlupa untuk mengingatiMu, terlupa untuk bersyukur padaMu, terlupa bahawa aku adaMu. Tetaplah mengasihi aku, menyayangi aku dan tempatkanlah aku dalam orang-orang yang dikasihimu.

Amin.