Assalamualaikum...

Blog ni hanyalah mengenai rentetan hidup, luahan hati dan tempat curahan segala idea dan pendapat penulis.

Blog ini juga ada menggunakan perkataan aku sebagai penulis yang mana mungkin kasar dan tak mesra bunyinya. Sorry not sorry, this is my style.

Aman tanpa perang,
Ammanda Elydia.


Thursday 19 June 2014

Pesanan seorang sahabat.

Assalamualaikum.

Hidup di dunia yang penuh dengan cabaran dan dugaan sangat mencabar diri ini untuk terus menuju ke hadapan, terus melangkah dengan semangat. Sungguh, kadang-kadang diri ini rasa seperti dah tak mampu, tak kuat untuk bangun dari jatuh yang menyakitkan. Berkali-kali pulak tu. Rasa macam nak terus duduk, dan biar masa berlalu pergi.

Masa ini, hati tak payah cakap lah kan? Pasti tengah retak. Ada yang berderai lagi. Dalam duduk kita itulah, kita cuba panjangkan tangan untuk mengutip serpihan yang berkecai tu. Kadang-kadang, dalam waktu mengutip itu, tangan kita terhiris luka. Sakit lagi. Kutip lagi, luka lagi, sakit lagi.

Waktu ini lah kita perlukan kekuatan dan sokongan orang lain. Allah hantarkan insan-insan itu untuk menhulurkan tangan mereka. Menarik kita bangun, menyapu debu di baju dan memimpin kita melangkah lagi. Sungguh, insan sebegini tidak ramai. Siapa sahaja yang sanggup dan mampu menjadi sahabat sebegini?

Alhamdulillah, aku tenang hidup di sini. Ramai teman dan sahabat sebegini. Menjadi tulang belakang antara satu sama lain. Kau jatuh, aku angkat. Aku jatuh, kau pula yang angkat. Syukur, masih ada yang menyayangi dan mengambil berat walau kita tak ada talian darah. Syukur! :')

Ohh ya. Ada seorang sahabat ini, dia tinggal pesan pada diri ini. Pesannya amat baik sekali. Teringin pula rasa nak berkongsi. Mungkin boleh membekalkan pahala yang berterusan buat sahabat ini kalau-kalau ada yang mengikuti? InsyaAllah.

Ini pesannya:

Be the best sister in the world for your heart.

  • Seorang kakak yang sentiasa menjaga dan mendidik adiknya supaya patuh pada nur hatinya. Tak mudah melepaskan dirinya kepada orang lain.
  • Seorang doktor yang menjaga peradaban, kehormatan, maruah mahupun aurat agar dirimu sentiasa mahal untuk sesiapa tetapi murah dan eksklusif hanya yang ditakdirkan untukmu.
  • Seorang kakak yang menjaga belakang bajunya supaya tak nampak belakang.
  • Seorang kakak yang menyuruh hatinya melakukan kebaikan dan meninggalkan keburukan. Selagi boleh..
  • Seorang kakak yang meleteri hatinya atas kejahatan/kealpaan yang dilakukan dan menasihatinya kembali.
  • Seorang kakak yang memuji atas kebaikannya tetapi sentiasa mengingatkan akan bahaya pujian itu.

Be the best brother in the world to your body and soul.
  • Seorang abang yang melindungi tubuh, maruah dan hati dirinya supaya tak terjatuh dengan mudah pada tipu daya.
  • Seorang abang yang bijak dalam menganalisis setaip kata-kata/janji manis yang diberikan oleh orang lain.
  • Seorang abang yang teguh akan setiap prinsip dan kata-kata yang akan mahupun yang telah dibina.
  • Seorang abang yang tidak sentiasa lelah menolong dirimu, memberi harapan dan kata-kata kebaikan dalam dirimu menyelusuri kehidupanmu di sini.
  • Seorang abang yang turut sama membantu kakakmu dalam menjaga diri, hati, iman, maruah...

Semoga dirimu sentiasa diberkahi.

Panjang pesannya dan insyaAllah akan disemat dalam hati. Kalau anda terbaca entry ini, anda tahu siapa anda. Nanti boleh kutip saham pahala anda di akhirat nanti ya! ;)


Terima kasih daun keladi!


No comments:

Post a Comment