Assalamualaikum...

Blog ni hanyalah mengenai rentetan hidup, luahan hati dan tempat curahan segala idea dan pendapat penulis.

Blog ini juga ada menggunakan perkataan aku sebagai penulis yang mana mungkin kasar dan tak mesra bunyinya. Sorry not sorry, this is my style.

Aman tanpa perang,
Ammanda Elydia.


Sunday, 30 August 2015

#hnmjomjalan 2015 Part 7

Assalamualaikum w.b.t.

Hye there! Okayyy jom sambung cerita about my summer trip, which currently is the seventh part. ;) Phewww~

Semalam cerita berakhir dengan naik bas kan? Okayyy now our journey with bas was from Tallinn to St. Petersburg back. Macam biasa, ada stop for imigration, checking passport and so on. Agak leceh sebab kena turun bas, beratur, dan sebab kami ni bukan Russian, so kena isi imigration card sendiri jee tak macam kat airport, diorang tolong isi kan. Luckily this one lady helped us, borrowed her pen to us and everything was good then.

Sampai je St. Petersburg, kami terus nak masuk dalam Baltiyski Vokzal (vokzal is train station). Malangnyaaa sebab kami sampai awal pagi, vokzal tak buka lagi. So melanggok la kami depan vokzal tu ramai-ramai tunggu vokzal buka. Tapi tak lama pun, diorang kasi masuk, apa lagiii cari port nak rehat, nak settle kan diri dan charge camera and handphone bagai.

Selesai semua kami terus gerak ke Moskovskiy Vokzal nak simpan backpack kat sana sebab malam nanti naik train ke Moscow kat sana. Haa satu benda nak kena ambil perhatian, make sure kita tahu train station mana yg kena pi untuk destinasi kita. Different destinations, different vokzals. Hati-hati.. nanti boleh terlepas train kalau silap!

Lepas letak je beg.. kami terus jalan-jalan. Ohh yaa hari ni 22hb Julai, birthday kak Hajar! Aku masa tu dah ada planning nak buat multiple surprises untuk dia. Lagi senang sebab aku yg plan untuk St. Petersburg ni. Haaa so tunggu je la.. ;)

Random building kami masuk nak tumpang toilet. Lol.

Banyak tempat kami pi kat St Petersburg city centre ni. Firstly kami jalan along Nevsky Prospekt ni sambil cuci mata, cari kedai nak makan. Ni kira main street diorang la nii. Bangunan kat sini semua lawa-lawa. Tak macam kat Volgograd suasana dia tapi tahap busy dia macam Moscow. Ramaaai orang! >_<

Saint Michael's Castle.

Mikhailovskiy Garden

Then kami turn ke arah Saint Michael's Castle, luar dia lawaaa.. Tangkap gambar sat dalam ni.. kami pun pusing ke Mikhailovskiy Garden. Tempat ni kan.. subhanallah.. hijau, tenang, nyaman je.. Sejuk mata memandang.. Then we crossed this garden and reached Church of the Savior on Spilled Blood. Haaa yg ni kalau datang St. Petersburg tapi tak datang amik gambar dengan ni, kira macam tak sampai St. Petersburg laaa. By the way, I call this lollipop st.pete sebab dia macam sama dengan lollipop Moscow tu. Warna-warni!

Rehat sat kat Mikhailovsky Garden.

Church of the Savior on Spilled Blood.

From the Groboyedov Canal Embankment. Seberang tu ada ramai yg jual souvenirs. ;)

Haa kalau ada yg nak beli souvenirs, kat depan ni banyak jual. Kena pandai tawar-menawar sebab diorang jual mahal. Tapi bila kita main tolak tarik, haaa boleh dapat murah gila. Entah-entah kalau kami buat keras lagi, dapat lagi murah kut. Hmmm...

Happy Birthday to youuuu! *muahciked*

Muka lapar tak sempat nak tengok kamera dahhh. >_<

Next kami singgah makan dulu. Okay kat sini la birthday surprise yg pertama! First surprise is a birthday treat! Happy Birthday kak Hajar! Ohh ya kat sini ada set dish 350RUB yg include 1 set sushi, 1 soup, teh 1 teko, 1 dessert. Berbaloiii sangat. Kami ambil 3 sets. Hahaha brunch kannn. Melantak puas-puas laaa. Ohh this restaurant located along the Groboyedov Canal Embankment. Along this river ni juga ada, Mikhailovsky Theatre dan Russian Museum. Tapi tengok je sambil laluuu sebab kalut nak beli souvenirs. Ishhh3..

Mikhailovsky Theatre.

Habis makan, kami sambung jalan kat depan tu ada Kazan Square. Dekat Kazan Square ni ada Kazan Cathedral. Lawaaa tapi ada part of it macam tengah renovate. So macam tak lawa laa bila nak masuk gambar kan. Tapi tak apa, yg penting kenangan ada..

Kazan Square. Timing nak kena betul, kalau tak penuh kereta lalu belakang ni haa.
Last-last aku pula yg tak pandang kamera. Lol

Tadaaa! Ni la Kazan Cathedral nyaaa. ;)

Then kami continue lagi jalan.. Ya Allah... kat St. Petersburg masa tu asyik hujannn je. Sekejap-sekejap berhenti berteduh, memang tak syiok jalan. Aku dengan yg jenis tak tahan sejuk terus kena selsema, bersin tak berhenti. Hadoiii rosak mood jee. Dah jalan tu, kami stop lagi dekat satu kedai souvenirs ni. Dia macam celah-celah bangunan dan diorang jual murah-murahhh! Menyesal beli kat sana tadi tapi kat sini limited laa souvenirs dia tak varies sangat. Ohh ya kak Hajar beli payung oren Kung fu Panda kat sini. Jangan tak guna pula lepas ni kak Hajar yaaa.. Muehehe ;)

Berhenti sat sebab hujan. Masa ni la perasan kedai souvenirs kat seberang tu.
Macam kebetulan je kitorang akan berhenti sini. Haha

Payung baru ft Mariinskiy Palace. Haha

Sambung perjalanan lagi ke Mariinskiy Palace, then lintas Blue Bridge ke arah St. Isaac's Square. Sini ada pamyatnik Nikolayu I dan St. Isaac's Cathedral. Habis lawat sini, kami jalan lagi ke arah Neva River sampai jumpa Senatskaya Square. Kat sini Mednii Vsadnik or in English: Bronze Horseman. Hmmm aku jadi eksaited sikit sebab masa exam ada hafal rasskaz(story) yg ada perkataan ni. Lol.


Duk telek city map. Belakang tu pamyatnik Nikolayu I.

St. Isaac's Cathedral.

Mednii Vsadnik.

Then kami sambung jalan ke Admiralty building, Saint Petersburg, dari belakang. Lol. Sebabnya aku nak jalan along Neva River ni nak ke port di Dvorsovyy Most (Palace Bridge?). Haaa knon nya ikut plan nak buat second birthday surprise kat sini. Sooo second birthday treat would be a boat trip along the canal arounds the city! Malangnyaaa yg aku nak tu tak ada plus abang kat boat tu macam sengal jee nak tak nak layan customer. Dengan hujan lebat gilaaa sampai rasa payung nak tercabut, memang tak jadi laa jawabnya.. Rugiii. -_-'

Red Bridge. Yep ada banyak bridge macam ni and they name the bridge according to the colours.. or.. they colour the bridge according to the name given.. Hmmm. -_-'

Sebab tak jadi naik boat, kitorang smabung jalan and sight-seeing kat Winter Palace, State Hermitage Museum, Palace Square, The Hermitage Theatre. Weather masa ni sangat lahhh mendung so nak tangkap gambar pun kena adjust lighting, exposure settings and so on. Leceh dengan banyak barang lagii. Hmmm. Not a very good experience la for me..

Winter Palace in there.

State Hermitage Museum with its forever long queue.
Imma not going in there coz imma cannot stand too long just for the queue.
Total lost. Should have try to get in there too.. T_T

Palace Square. Besar sangat dan ada kereta kuda kalau ada yg nak try naik. ;)

Lepas tu aku cakap kat kak Hajar, our trip dah habis kalau belah tanah besar ni. Habis awal sebab boat trip pun sepatutnya dah 1 jam lebih. Sooo ada masa lebih ni ajak la kak Hajar ke Peter and Paul Fortress kat seberang pulau sana. Nak kena lintas Dvortsovy Most ke sana. Tiba-tiba masa tu aku rasa kaki aku dah nak letup. Sakit gilaaa kaki aku masa tu Allah je yg tahu. Tak larat dah nak jalan tapi sayang kalau tak pi kan? Gagahkan juga kaki ni melangkah.. T_T

Dvortsovy Most.
Yo girl, what's with that weird smile huh? Tudung tuuu :P

Sampai satu tempat kitorang stop jap beli kacang manis. Sedap gilaaa! Aku tak tau laaa apa nama dia tapi dia jual kat kiosk-kiosk kecik around the city dan paling banyak jumpa dalam Mikhailovsky Garden dekat dengan lollipop tadi. Harga agak mahal tapi sedap gilaaa. Okay la walaupun mahal sebab kacang yg dia guna bukan kacang tanah biasa tu. Kacang almond, hazelnut, cashew... Hahaha

Kacang manis ft Neva River. Belakang tu island yg connected dengan tanah besar by bridge or metro.

Kami sambung lagi berjalan.. Dah apasal asyik berjalan je nii. Haha Actually most of the main attractions just a walking distance from one another. So jalan je lah nak tengok tempat orang, bangunan lawa semua tu kan.. ;)

Old Saint Petersburg Stock Exchange and Rostral Columns.
Where I decided, I can't walk anymore.

Ohh yaaa kitorang dah halfway nak pi fortress tu then aku decide tak nak pergi. Sorry kak Hajar.. kaki ku sakit sekaliii tak dapat nak jalan dah.. Rasa lecet, sengal, cramp semua ada. Sooo kami decide naik metro balik ke city centre again. Tapi sempat lagi kami singgah kedai Nike masa tu tengok sale.. umppphhhh tercabar iman! Hahaha

Random street we passed through, will always lead us to a destination.
Tapi memang random laa sebab tak tau dah kat mana kitorang masa ni.
Tetiba tak pandai baca peta. -_-'

Theatre, somewhere along our walk. Teheee.

Sampai city centre, kami rehat je sampai train malam ni. Makan di food court Galeria. The biggest shopping mall in St. Petersburg I guess. Lawa dan besar gilaaa. Rasa tak layak nak masuk dengan back pack besar gunung kat belakang ni. Haha Biaq pi laaa bukan orang kenal punnn. :P

So, the end of St.Petersburg trip. Overall boleh cakap yg city ni lawa, banyak tempat menarik boleh pi, makanan senang dapat like bersepah tepi jalan je and of course fast foods are the easiest too find. Kesibukan fuhhh boleh tahan laaa.. Kereta banyak sangat, orang ramai gilaaa, maybe sebab masa tu musim cuti kan. So tahan je laa.. Weather memainkan peranan yg sangat penting dalam trip kali ni. Mood rosak juga laa sebab weather tapi nak salah kan siapa kan? Dah memang aturan alam macam tu. I should be prepared patutnya.. Hmmm.

Le me is hungry. Le me is grumpy.

Okay till next post di Moscow. Ohh yesss we went there by overnight train lower seat near toilet and no one is sitting in our compartment. The best place, private je rasa. Thanks akak cashier tolong pilih seat yg best. Hehehe.. See yaa next time!

Byeee!

No comments:

Post a Comment