Assalamualaikum w.b.t.
Semalam pergi Ashan jalan-jalan shopping dari tengahhari sampai ke petang. Balik tu dah tak larat sangat sampai lembik kaki. So semalam lepas solat maghrib, dia mesej good night. Nak tidur dah katanya. Aku pun dah tak larat dengan mengantuknya lagi pun nak tidur awal juga la. Sedar balik dalam pukul 1 lebih. Solat isya' apa semua then tunggu subuh.
Masuk je subuh ingat nak tidur balik tapi malam dah tidur kaw-kaw, so hari ni kena produktif la sikit kan.. Perut lapar, masuk dapur tengok barang dapur apa yg ada. Beras yilek! Makan mee la jawabnya.. Aku ni bukannya suka sangat makan mee goreng, mee berkuah semua tu except kueytiow. Kat sini pula nak masak mee kena guna spagetti sebab mana ada orang jual mee kuning sini. Memang tak selera sangat la makan. (memilih sangat makan ni haaa.. belajar bersyukur manda oiii...)
Tiba-tiba tekak teringin nak makan spagettie carbonara. Haa barang-barang macam ada semua. Kalau tak ada pandai-pandai la adjust ye dokk? So selepas di google resepi carbonara ni, senang je nak buat. Aku combine je semua resepi. Hasilnya sedap weyhhh! *masuk bakul, angkat sendiri nampak :P Tak guna sos Prego pun dan paling penting senang dan cepat! 30minit comfirm siap! ;)
Bahan-bahan:
Butter/olive oil untuk tumis bawang
Bawang putih 5 biji potong dadu
Bawang merah 1 biji (ganti dengan bawang besar) cincang halus
Ayam/udang/sosej
Tepung gandum 1-2 sudu (untuk likatkan)
Susu segar 500ml
Lada hitam tumbuk
Garam
Parsley/basil untuk hiasan (tak letak)
Cheese parmesan/cheddar (guna yg slice je)
Cara-cara:
1. Masukkan butter/olive oil dan tumis bawang. Gaul sampai naik bau dan warna.
2. Masukkan ayam/udang/sosej. Sebab udang tak makan, sosej pun tak terasa macam nak, so kita letak ayam je. Potong kecik-kecik.
3. Then letak tepung gandum 1-2 sudu
4. Masukkan susu segar. Actually ikut suka je nak letak banyak mana pun susu tu, ikut selera masing-masing. ;)
5. Campurkan sedikit air dan kacau sehingga mendidih.
6. Kemudian masukkan lada hitam dan garam secukup rasa. Kacau sehingga berkrim.
7. Kalau ikut resepi, masukkan parsley/basil. Tapi sebab tak ada, kita skip je step ni.
8. Masukkan cheese, kacausampai likat dan siap!
Jangan lupa rebus spagetti tu! Tips: tunggu air betul-betul panas baru masukkan spagetti, tambahkan sikit garam untuk rasa dan minyak supaya tak melekat bila kering.
Aku pun tak sure juga macam mana rasa asal spagetti carbonara ni, and I'm very sure that it doesn't look like this or must I say, it shouldn't? Hahaha >_< Aku suka kuah dia banyak, so memang limpah la kan.. Atas masing-masing nak makan macam mana. Pilihan di tangan anda!

Presentation out. Yg penting rasa dia umpphhh! Hahaha :P |
Jangan lupa rebus spagetti tu! Tips: tunggu air betul-betul panas baru masukkan spagetti, tambahkan sikit garam untuk rasa dan minyak supaya tak melekat bila kering.
Aku pun tak sure juga macam mana rasa asal spagetti carbonara ni, and I'm very sure that it doesn't look like this or must I say, it shouldn't? Hahaha >_< Aku suka kuah dia banyak, so memang limpah la kan.. Atas masing-masing nak makan macam mana. Pilihan di tangan anda!
No comments:
Post a Comment