Assalamualaikum...

Blog ni hanyalah mengenai rentetan hidup, luahan hati dan tempat curahan segala idea dan pendapat penulis.

Blog ini juga ada menggunakan perkataan aku sebagai penulis yang mana mungkin kasar dan tak mesra bunyinya. Sorry not sorry, this is my style.

Aman tanpa perang,
Ammanda Elydia.


Sunday 30 October 2016

Keputeraan Nabi Muhammad SAW Dan Penyusuannya

Assalamualaikum wbt.

Nasab Nabi Muhammad SAW, keputeraannya dan penyusuannya.

Berikut merupakan nasab yang telah disepakati mengenai Nabi Muhamad SAW:

Muhammad bin Abdullah bin Abdul Mutallib(dipanggil juga dengan nama Syaibah Al-Hamd) bin Hashim bin Abdul Manaf(nama AM ialah Al-Mughirah bin Khusai), dinamakan Zaidan bin Khilab bin Murrah bin Ka'ab bin Luai bin Ghalif bin Fihri bin Malik bin Nadri bin Kinanah bin Khuzaimah bin Mudrikah bin Ilyas bin Mudhar bin Nizar bin Mu'ad bin Adnan.

Atas daripada ni, ada yang bersalahan pendapat dan susah untuk dipegang, tapi tak ada khilaf tentang Adnan tu antara anak cucu Nabi Ismail as, anak Nabi Ibrahim as dan Allah telah memilihnya dari sebaik-baik khabilah dan suku. Tak pernah pun ada jahiliyah yang diresapkan kepada sesuatu dari nasabnya.

Diriwayatkan oleh Muslim dari sanadnya, sabda Rasulullah SAW, "Sesungguhnya Allah telah memilih Kinanah di anatara anak-anak Ismail, dan dipilihnya Quraisy dari Kinanah, dan dipilihnya Hashim dari Quraisy dan dipilihnya saya dari Bani Hashim."

Seperti yang kita tahu, baginda dilahirkan pada hari Isnin, 12 Rabiul Awal(mengikut pendapat yang paling hampir dengan kenyataannya) pada Tahun Gajah. Pada tahun itu, tentera bergajah Abrahah Al Asyram telah melanggar masuk kota Mekah, untuk menawan dan memusnahkan Kaabah. Tapi, Allah tu Maha Berkuasa. Percubaan mereka gagal sebabnya Allah SWT telah mengutuskan sekumpulan Burung-Burung Ababil untuk mencederakan dan sekali gus memusnahkan angkatan tentera tu.

Sewaktu dilahirkan, baginda seorang anak yatim, ayahandanya meninggal semasa baginda dalam kandungan ibunya 2 bulan. Setelah dilahirkan, baginda dipelihara oleh datuknya Abdul Mutallib, kemudian disusukan oleh Halimah binti Abi Zuwaib (Haimah Al Sa'diyyah), dari puak Sa'd Bakr.

Waktu tu, kampung Bani Sa'd ni dilanda kemarau yang teruk. Tapi sejak Nabi Muhammad sampai di kampung tu dan menyusu, semuanya berubah. Kampung tu mula subur menghijau, kambing biri-biri dan unta ternakan yang kurus kering, kulit melekat di tulang kembali sihat dan gemuk berlemak, penuh susunya.

Mengikut riwayat oleh Muslim, Rasulullah telah dibedah perutnya oleh Jibril semasa bersama Bani Sa'd, semasa berumur 5 tahun. Ketika itu baginda sedang bermain-main dengan sekumpulan kanak-kanak. Jibril merebahkan dan membelah di hati dan mengeluarkannya. Hati tersebut membasuhnya dengan air zam-zam dan dimasukkan semula ke tempat asalnya. Kanak-kanak lain berlari-lari menemui ibu susannya sambil melaung-laung Muhammad telah dibunuh dan mereka meluru ke arah nabi dan didapati nabi pucat lesu.

Kemudian baginda dihantar pulang ke pangkuan ibunya. Bonda Rasulullah meninggal ketika baginda berusia 6 tahun. Maka menjadi yatim piatu lah Nabi Muhammad SAW. Datuknya pula yang mendidik Nabi Muhammad SAW dan tak lama kemudian, datuknya pula yang meninggal ketika berusia 8 tahun. Baginda kemudian dipelihara oleh bapa saudaranya Abu Talib.

Kesimpulan dan Pengajaran yang Dapat Diambil:

1. Nasab keturunan Nabi Muhammad yang dipilh oleh Allah SWT itu dari yang paling baik pilihannya.

Konsep kasih kepada Rasulullah SAW ialah kasih kepada kaum yang dalam kalangan mereka lahirnya Rasulullah SAW dan kasih kepada qabilah yang dalam kalangan mereka diputerakan baginda.

Ini bukan sebab fanatik, tetapi kerana pada hakikatnya bangsa Arab Quraisy itu telah mendapat kemuliaan dan penghormatan disebabkan hubungan mereka dengan Rasulullah. Tapi tak dapat dinafikan ada juga yang menyimpang dari ajaran yang dibawa oleh nabi, jadi terputuslah hubungannya dengan Rasulullah SAW.

2. Nabi dilahirkan yatim piatu, bukan suatu kebetulan tetapi merupakan ketentuan Ilahi.

Antara hikmahnya: agar tiada sesiapa pun yang menaruh syak wasangka bahawa seruan nabi ni adalah ilham dari ibunya, tunjuk ajar dari bapa dan datuknya lebih-lebh lagi Abdul Mutallib merupakan pemuka terkenal di kalangan kaumnya. Di sini dapat kita lihat bahawasanya nabi telah dibesarkan dan dipelihara jauh dari jagaan dan peliharaan ibu bapa.

Malahan nabi juga dipelihara oleh Bani sa'd semasa kecil dan berada di bawah pemeliharaan bapa saudaranya sekejap sahaja. Untuk menyimpulkan hikmah Allah tu, kisah ni disudahi dengan penolakan dan keengganan Ab Talib menerima dan memeluk agama Islam. Sedikit sebanyak peristiwa ini memainkan peranan dalam mendidik Rasulullah ke arah dakwahnya.

Allah menjaga nabi daripada tangan-tangan yang cuba memanjakan, dan memewahkan nabi dengan wang, harta kekayaan supaya tidak timbul di hati baginda semangat kebendaan atau gilakan pangkat. Sekali gus dapat menyangkal kata-kata bahawa kenabian nabi sengaja dibuat-buat untuk mencapai kepenganjuran.

3. Rasulullah adalah rahmat Allah untuk manusia sejagat.

Ini terbukti dengan kisahnya di kampung Bani Sa'd di mana semua tanaman menjadi subur, ternakan menjadi gemuk dan sihat. Perkara ini tidak pelik dan ganjil. Pernah tak kita meminta supaya Allah menurunkan hujan pada musim kemarau dengan berkat para solihin dan berkat keluarga Rasulullah agar doa kita dimakbulkan? Haa kalau itu pun Allah turunkan hujan, apatah lagi kalau Nabi Muhammad sendiri berada di tempat itu. Lebih-lebih lagi kampung itu sanggup menerima dan memelihara serta menyusukan Rasulullah kan?

Firman Allah SWT:

 "Dan tidak Kami utuskan engkau (Muhammad) melainkan sebagai rahmat untuk alam sejagat."

(Surah Al-Anbya' 21:107)

4. Peristiwa pembedahan perut Rasulullah SAW sebagai pengisytiharan kerasulan nabi yang boleh dilihat dan didengar.

Hikmahnya di sini bukanlah untuk membuang titik-titik kejahatan dalam hati Rasulullah. Kalau macam tu, sennag lah kita nak cuci dosa-dosa kita, dengan buat pembedahan. So hikmahnya ialah untuk mengiklankan dan mengisytiharkan kerasulan nabi, menjadikannya maksum dan mempersiapkan baginda untuk menerima wahyu dari kecil lagi dengan cara yang boleh dilihat dengan mata kasar. Dengan cara ni, orang akan percaya dan beriman dengan risalah pengutusannya dengan mudah.

* * * * *

Alhamdulillah. Selesai sudah entry kali ini yang dah lama sangat-sangat nak buat tapi selalu tak ada kesempatan. InsyaAllah apa yang cuba disampaikan ini dapat memberi manfaat buat semua, dan dapat beri peringatan buat diri ini yang sentiasa lupa. Mohon ampun dan maaf atas kesilapan yang ada. Mohon komen agar sama-sama kita dapat perbaiki kesalahan dan berkongsi pengetahuan.

Segala yang baik itu datangnya dari Allah, dan segala yang buruk juga datang dari Allah tetapi disandarkan kembali kepada aku insan yang lemah ini.

Rujukan: Fiqh Al-Sirah, Jilid 1.

No comments:

Post a Comment